Anda di halaman 1dari 13

LONTAR PELURU

1.0 SEJARAH

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan
acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu
telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah
dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan
pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar
peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat


sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil
berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai
sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru
diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan
kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat
sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan
ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di
Sukan Olimpik moden tahun 1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun
1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan
yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan
papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang
diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik
melontar peluru.
2.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN

1. Peluru

Ia diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Berat peluru untuk
peserta lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg manakala ukuran
diameter adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm. bagi peserta remaja
begantung kepada umur iaitu peringkat umur bawah 17 tahun lelaki dan wanita
adalah 5 kg dan 4 kg manakala bawah 15 tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg
dan 3.25 kg. Perbezaan berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat
mengikut keupayaan peserta berdasarkan peringkat umur.

Jadual 1: Spesifikasi ukuran dan berat peluru dalam acara lontar peluru berdasarkan kategori
yang dipertandingkan.

Wanita
Lelaki Lelaki Lelaki
Peluru Remaja/Junior/
Remaja Junior Senior
Senior
4.000 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg
Maklumat pengeluar
Beraneka jenis alat yang 4.005 kg 5.005 kg 6.005 kg 7.265 kg
dikeluarkan untuk 4.025 kg 5.025 kg 6.025 kg 7.285 kg
pertandingan
Garis pusat minimum 95 mm 100 mm 105 mm 110 mm
130
Garis pusat maksimum 110 mm 120 mm 120 mm

2. Gelanggang

Ia terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat. Bulatan melontar


dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi kawasan yang berdiameter 2.135
meter. Di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan penahan untuk
menentukan sama ada lontaran sah atau batal. Jika peserta memijak atau kaki
melepasi papan penahan, lontaran dikira batal. Kawasan pendaratan peluru
hendaklah bebas daripada halangan dan gangguan. Ia bersudut 400 dari titik
tengah bulatan melontar. Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan
pendaratan ini, lontaran yang keluar atau mengenai garisan dibatalkan.

Rajah 1: Gelanggang lontar peluru.

Rajah 2: Bulatan dan kawasan lontaran peluru.

3. Pita pengukur
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang
peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari
papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

Rajah 3: Cara mengukur jarak (Peraturan 145).

4. Pakaian

Pakaian peserta melontar peluru sama seperti pakaian peserta olahraga lain.
Begitu juga dengan kasut atau spike.
Kasut yang sesuai boleh digunakan dan ia tidak semestinya spike.
Kasut biasa tanpa paku lebih sesuai kerana bulatan atau kawasan melontar
biasanya diperbuat daripada simen konkrit.

3.0 CARA MEMBUAT LONTARAN.

1. Kaedah pegangan peluru

Cara memegang peluru perlu diberikan keutamaan oleh peserta. Terdapat dua cara
untuk memegang peluru iaitu;

i. Menggunakan tiga jari


Cara mudah dan selamat untuk memegang peluru adalah dengan
meletakkan peluru pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari. Peluru
mesti dipegang pada dasar tiga jari tengah manakala ibu jari dan jari
kelengkeng bertindak sebagai penyokong. Jari kelengkeng boleh
dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah.
ii. Menggunakan lima jari

Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi


kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu
kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar
melontar peluru.

Rajah 4: Cara memegang peluru.

4.0 TEKNIK MELONTAR

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru.


Antaranya ialah teknik berdiri, teknik lontaran sisi, teknik pemindahan
(OBrien) dan teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back).

i. Teknik berdiri
Untuk mendapat pergerakan tangan dan bahu yang betul, boleh dilakukan
dengan teknik berdiri sebagai satu latihan. Berikut adalah cara lontaran
dalam teknik berdiri;
Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di
bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang
memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar.
Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke
kanan.
Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki
diluruskan dan peluru di tolak keluar.
Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri
membantu mengimbangkan tangan.

Rajah 5: Teknik lontaran berdiri.

ii. Teknik lontaran sisi

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah


bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian
kaki kiri diangkat.
Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru
keluar.

Rajah 6: Gerakan dalam teknik lontaran sisi


iii. Teknik membelakangi kawasan lontaran

Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan mempunyai kelebihan
jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkah teknik ini adalah;

Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.

Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

Kaki kiri diangkat sedikit.

Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan


lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.

Tolak peluru keluar dengan kuat.

Rajah 7: Gerakan dalam teknik membelakangi kawasan lontaran.

ii. Teknik pemindahan (OBrien).


Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh atlit-atlit peringkat
tinggi yang mempunyai kemahiran lontaran yang tinggi serta
berpengalaman.

Cara melakukan teknik OBrien adalah seperti berikut;

Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh


dengan garisan belakang.

Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki
kanan.

Mulakan langkah dengan kaki kanan.

Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.

Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru dengan
kuat.

Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke hadapan


dan imbangkan dengan tangan kiri.
Rajah 8: Gerakan dalam teknik OBrien.

5.0 ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU

i. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan
betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.

ii. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.

iii. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu
dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu
pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.
Fasa persediaan
1. Bongkokkan badan.
2. Bengkokkan kaki kanan.
3. Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

Fasa gelungsuran
1. Tendang kaki kiri cepat ke belakang ke arah lontaran, serentak gelungsurkan
kaki kanan ke tengah bulatan.
2. Letakkan kaki kiri dekat kayu penahan dengan tidak mengubah kedudukan
bahagian atas badan.
3. Luruskan kaki dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
4. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
5. Bahu menghadap arah lontaran.

Fasa lontaran

1. Siku kanan diangkat tinggi.


2. Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
3. Peluru dilepaskan.

Fasa pemulihan
1. Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
2. Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

6.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

i. Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta
menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.
ii. Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.
iii. Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta tidak
melebihi lapan orang.
iv. Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.
v. Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti
mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan
mendarat dikira batal.
Rajah 9: Lontaran yang sah dan batal.

vi. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru


mendarat.
vii. Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya
peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.
viii. Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa
membuat lontaran.
ix. Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan
cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki peserta,
pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.
Rajah 10: Kedudukan pengadil.

7.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

i. Latihan yang sistematik


ii. Mengenalpasti tahap dan kecerdasan peserta semasa melakukan aktiviti
iii. Kesesuaian pakaian
iv. Persekitaran atau tempat aktiviti
v. Penyeliaan ,arahan dan bimbingan
vi. Perlakuan aktiviti
vii. Disiplin peserta

RUJUKAN

1. Diperolehi pada 12 Mac 2016 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga


2. Diperolehi pada 12 Mac 2016 daripada
http://www.dmoz.org/World/Bahasa_Indonesia/Olahraga/desc.html
3. Diperolehi pada 12 Oktober 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan
4. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Buku Peraturan Olahraga KOAM 2006-2007.

Anda mungkin juga menyukai