PERIBAHASA
PERIBAHASA
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. (m/s 10)
(SPM 2004)
Dengan adanya kerjasama dalam masyarakat, keadaan masyarakat itu
akan menjadi kuat dan sebarang pekerjaan dapat dilaksanakan dengan
mudah.
2. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (m/s 10 & 166)
(SPM 2004)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.
7. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya. (m/s 174 & 176)
Jika hendak mendidik anak hendaklah bermula sejak kecil lagi.
11. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. (m/s 234)
Sesuatu yang sentiasa dikenang atau diingati dan sukar untuk dilupakan.
Di samping itu, peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu
tingkatan 5 pula ialah:
.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (m/s 3)
Setiap keinginan tentu ada cara untuk mencapainya.
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. (m/s 91 & 116)
(SPM 2004)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong
antara satu sama lain.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (m/s 98)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong
antara satu sama lain.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.
(m/s 114, 115, 116 & 216)
Seseorang itu perlu berusaha untuk memperoleh sesuatu.
21. Genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. (m/s 215)
Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga
berjaya.
24. Biar mati anak, jangan mati adat. (m/s 179 & 265)
Sikap menghormati dan sayangkan adat tradisi itu lebih daripada
menghormati dan menyayangi anak sendiri.