Anda di halaman 1dari 21

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PT3

KAJIAN NOVEL
6:20
(SITI JASMINA IBRAHIM)

TINGKATAN 3

CSL
Ulasan Novel 6:20 1
http://cikgusazali.blogspot.com

Sinopsis

Bab 1 Isnin

Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu
pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi
dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak
mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut sudah
tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan
perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu Tamadun Islam Melalui Seni Bina yang diajar Profesor Darul.

Bab 2 Selasa

Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji
Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan
lelaki tersebut atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya, Sukma
membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma bertanyakan tentang lelaki tersebut
kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan
kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat
kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar
baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu. Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya
siapakah diri Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat
atau Sukma dilanda perasaan.

Bab 3 Rabu

Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya. Ibunya
menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor.
Di pintu pagar, muncul 2 ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih.
Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar. Ayah Sukma mengajak Sukma ke
Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar,
kawan Sukma. Sukma akur dengan permintaan ayahnya. Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar
cemerlang semasa sama-sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik
Kemasyarakatan Islam. Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.

Bab 4 Rabu Malam

Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan ahli persatuan telah
bertemu dengan Ehsan berusia 3 tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Di majlis
tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar
kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut
yang songsang dan suka meniru gaya barat. Ketika di majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua
(nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada 6:20 subuh Isnin tetapi tidak berkesempatan berjumpa
dengannya.

CSL
Ulasan Novel 6:20 2
http://cikgusazali.blogspot.com

Bab 5 Khamis

Jam 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji
Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya
soalan. Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu
pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma. Di bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry
berada di Kelab WX2. Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah
mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan yang mengandungi
muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi
mendalami ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu
peperangan dan penindasan melanda dunia. Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan
menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.

Bab 6 Khamis Malam

Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu
pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka
hadir ke rumah mereka. Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya
supaya membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu
saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional. Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan
Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian
tradisi. Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa
dia ialah guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di
kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat

Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk
menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum itu. Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma
mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu
memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang terdengar suara ibu
melarikan diri keluar. Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma
mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya. Apabila tidak menemui Aim,
mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak
Rashid. Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma. Ibu beranggapan
Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk
kuliah Profesor Darul. Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah
terrorism. Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu bahawa
dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya semalam.

CSL
Ulasan Novel 6:20 3
http://cikgusazali.blogspot.com

Bab 8 Jumaat Petang

Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa dengan mereka di
belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul
sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu
pagar rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran
dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik
Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry
menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada
malam itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan
sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman yang meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2
dan mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui
tentang WX2 dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma berkeras
ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya
memerhatikannya.

Bab 9 Jumaat Malam

Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis diri, Kelab WX2
dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq
mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain.
Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk menghantar Sukma ke Kafe
Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan
Sukma supaya berhati-hati. Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali
lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim
iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim
telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu.
Sukma meminta Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu
6:20. Rafiq juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin. Jerry
menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul,
berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar
kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan
oleh Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka
berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka. Selepas
berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa
hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan
bahawa dia bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat pilihan.

CSL
Ulasan Novel 6:20 4
http://cikgusazali.blogspot.com

Bab 10 Sabtu

Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi
Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma
panas dan meminta Sukma menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak
aman di dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu. Sukma berjumpa dengan Teja.
Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan mereka disambut oleh Reny. Reny memberitahu bahawa dia
mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan
memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak
langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 Sabtu Lagi

Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa agak terkejut dengan sikap
Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan sebelum ini. Iskandar seronok menceritakan
tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat
juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan. Sukma berasa hairan kerana tidak
mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma
bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan misi kelab mereka. Sukma berlegar-legar di
ruang kelab itu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap
Iskandar yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry. Reny tiba-tiba
muncul dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi
kelabnya itu kepada Reny dan Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah
ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.

Bab 12 Sabtu Siang

Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong. Sukma mendapatkan penjelasan
daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak
yatim piatu dan cucu kepada Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin
mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma mengajak Aim ke rumahnya. Teja
dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma. Teja menanyakan tentang Kelab WX2 kepada Sukma.
Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan
Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada
Sukma tentang ruang sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi kumpulan yang
dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada
Sukma. Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka
iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma
berusaha membawa Teja dan Aim keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat
pandangan daripada bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma
hanya meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang
ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apa-apa dan hanya
meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.

CSL
Ulasan Novel 6:20 5
http://cikgusazali.blogspot.com

Bab 13 Sabtu Petang

Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi sebelum membawa Aim
keluar dari biliknya. Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk
Sukma. Buku itu menceritakan tentang cara-cara menangani tekanan. Sukma tidak menyenangi cara
ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir cuba menenangkan keadaan
dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti. Sukma
berjanji akan meminta maaf dengan ibunya atas sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk berbincang
dengan ayahya tentang masalah remaja yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma
mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros. Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai
program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang
wujudnya ideologi yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.

Bab 14 Sabtu Malam

Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan Abang Aim. Menurut
Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah menawarkan
pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah
diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak. Masyarakat di situ tidak suka kepada
Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan
memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk
menjelaskan tentang ruang sepi kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar
tentang kehilangan Jerry. Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya dia
menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih
haruslah yang positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah
Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada
nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada
masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri
menjaga Sukma selama 2 bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma
meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusia 4 bulan
ada tergantung di rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya
kepada Sukma.

Bab 15 Sabtu Malam yang Sama

Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma mencampuri
urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang
ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang
dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua yang telah berlaku. Jerry hanya
meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas
menghantar Jerry pulang, Sukma dan Rafiq pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan
tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut
Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu.
Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka
sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka

CSL
Ulasan Novel 6:20 6
http://cikgusazali.blogspot.com

sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga terdiri
daripada 80% remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang.
Mereka tidak mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan
diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan
sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya
mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma
dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat.
Menurut Iskandar, mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk
melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan
segala maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.

Bab 16 Ahad

Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma.
Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu.
Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim
yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang
ibunya yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa yang
telah diterangkan oleh Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan
menggunakan kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya
melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan siapa ibunya yang
sebenar kepada ayahnya.

Bab 17 Ahad Pagi

Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan
Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat
yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-
sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi kerjasama dengan
membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar.
Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah
ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik
dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai Pati 1 bagi memastikan aktiviti mempengaruhi
pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan
untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan.
Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan mereka. Semua
ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan sekadar
kelab hiburan semata-mata.

CSL
Ulasan Novel 6:20 7
http://cikgusazali.blogspot.com

Bab 18 Ahad Petang

Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi maklumat
tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan
memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan
membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan tersebut. Iskandar tiba-
tiba datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah
dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati
Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat
yang diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam
kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.

Bab 19 Hari Ini

Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan
Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam
teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah
tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.

**************

Tema:

Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang
mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih
untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut
dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan
black metal yang telah dilakukan oleh Jerry.

Persoalan:

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.


Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu
misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa
bahaya kepada dirinya.

ii. Konflik dalam keluarga.


Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan
Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk
mengurangkan masalahnya.

CSL
Ulasan Novel 6:20 8
http://cikgusazali.blogspot.com

iii. Tanggungjawab seorang sahabat.


Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2
walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.

iv. Berani menegakkan kebenaran


Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan
kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar
kelab tersebut.

v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.


Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan
urusan masing-masing.

vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.


Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung
dan merawat penyakit kulit Ehsan.

vii. Remaja yang mudah terpengaruh.


Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan
mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

Plot:

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot
iaitu:

i. Permulaan

Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu-tetamu yang hadir di pintu pagar rumahnya pada
jam 6:20 pagi. Ibunya telah melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini
menyebabkan Sukma begitu teruja untuk mengetahui tetamu misteri tersebut.

ii. Perkembangan

Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.


Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan mengadakan persembahan
tarian tradisi Sarawak.
Jerry telah menceritakan tentang ruang sepi yang terdapat pada kelab WX2.
Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui tentang Sukma melaluinya.
Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan Iskandar.
Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.

CSL
Ulasan Novel 6:20 9
http://cikgusazali.blogspot.com

iii. Klimaks

Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2.
Jerry telah memberi maklumat kepada pihak polis.
Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu
membantu Sukma.
Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.

iv. Peleraian

Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi.

Watak dan Perwatakan:

Watak Utama

Nur Sukma
i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.
ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam.
iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima
hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya).
iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang
berada di luar pagar rumahnya).
v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya
daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).
vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar
terhadap ibunya).
vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap
menunaikan solat setiap waktu).
viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar
kelab tersebut).
ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan
pengaruh pemikiran barat).
x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam
kereta ketika operasi dijalankan).
xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke
rumahnya).
xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat
berkaitan Kelab WX2).
xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).

CSL
Ulasan Novel 6:20 10
http://cikgusazali.blogspot.com

Watak Sampingan

Puan Delia
i. Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir.
ii. Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua,
kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya).
iii. Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air
kepada Rafiq).
iv. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar.
v. Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.
vi. Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang
diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan).
vii. Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah).
viii. Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan
menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).

Tuan Haji Syaqir


i. Seorang yang bertanggungjawab (Tuan Haji Syaqir melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah).
ii. Seorang yang prihatin (Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai
pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan).
iii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Tuan Haji
Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu).
iv. Seorang yang berjasa kepada rakyat (Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya
terhadap mereka).
v. Seorang yang tidak emosional (Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham
yang berlaku antara Sukma dengan Puan Delia).
vi. Seorang yang bertolak ansur (Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma
pergi ke Kelab WX2 seorang diri).
vii. Seorang yang pandai memujuk (Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya
dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya).

Teja
i. Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam.
ii. Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun.
iii. Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa.
iv. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi (Teja sentiasa berusaha membantu
rakan-rakannya).
v. Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya (Teja membantu Jerry yang
bermasalah).
vi. Seorang anak yang taat terhadap kedua-dua ibu bapanya (Teja mengikut arahan ibunya yang
menyuruhnya pulang ke rumah).

CSL
Ulasan Novel 6:20 11
http://cikgusazali.blogspot.com

Reny
i. Berketurunan Iban.
ii. Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta.
iii. Mahir segala jenis tarian tradisional.
iv. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
v. Menimba ilmu hanya melalui pembacaan.
vi. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa (Reny memohon maaf kepada Sukma kerana
tidak memberitahu tentang penglibatannya dalam Kelab WX2).
vii. Seorang anak yang rajin (Reny rajin membantu keluarganya).
viii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Jerry
i. Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun.
ii. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma.
iii. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah).
iv. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam
menentukan hidupnya).
v. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan
ruang sepi).
vi. Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan sedia
bekerjasama dengan polis).
vii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Iskandar
i. Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah.
ii. Tertarik kepada Sukma.
iii. Gemar memberontak dan pesimistik (Iskandar suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang).
iv. Seorang lelaki yang ego (Iskandar suka merendahkan orang lain).
v. Bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan (Iskandar insaf tentang keterlanjurannya ketika
menganggotai Kelab WX2).
vi. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2.

Kak Ros
i. Jiran kepada keluarga Sukma.
ii. Seorang Inspektor Polis yang berusia lingkungan 30-an.
iii. Hidup bersendirian tanpa kedua-dua ibu bapanya.
iv. Seorang yang cekal dan tabah (Kak Ros hidup sebatang kara setelah kematian kedua-dua orang
tuanya).
v. Berani menjalankan tugas (Kak Ros menyiasat tentang kegiatan Kelab WX2).
vi. Sayang akan Sukma seperti adiknya sendiri (Kak Ros menasihati Sukma supaya sentiasa berhati-
hati).
vii. Mengambil berat tentang Sukma (Kak Ros berusaha membantu Sukma).

CSL
Ulasan Novel 6:20 12
http://cikgusazali.blogspot.com

Rafiq
i. Berasal dari Washington.
ii. Pelajar cemerlang dari Amerika.
iii. Seorang lelaki yang baik hati.
iv. Seorang yang mudah dibawa berbincang.
v. Merupakan pelajar baharu di universiti yang sama dengan Sukma.
vi. Tertarik kepada Sukma.
vii. Seorang yang berperwatakan sederhana dan merendah diri (Rafiq sentiasa merendah diri
walaupun dia pelajar cemerlang).
viii. Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah.
ix. Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia.
x. Mempunyai semangat setiakawan (Rafiq sentiasa membantu Sukma mahupun Jerry yang
bermasalah).

Wanita Tua/Nenek
i. Seorang wanita tua yang berdikari (Nenek hidup sendiri bersama-sama cucunya, Aim).
ii. Sayang akan cucunya.
iii. Bidan kepada ibu Sukma.
iv. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma (Nenek menjadi bidan dan
pengasuh Sukma).
v. Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia.
vi. Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya.
vii. Seorang yang tabah (Nenek membesarkan cucunya seorang diri setelah kematian anak lelakinya)
viii. Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya.

Abang Aim
i. Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah.
ii. Seorang penghidap AIDS.
iii. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang.
iv. Bekas ahli kumpulan WX2.
v. Tinggal di belakang rumah Tok Siak.
vi. Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan Pati1 dan dadah untuk
mempengaruhi pengikut mereka.

Aim kecil
i. Anak yatim piatu yang baru berusia 5 tahun.
ii. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia 2 tahun.
iii. Matang walaupun masih kecil.
iv. Muncul di rumah Sukma pada 6.20 pagi.
v. Gemar makan roti.
vi. Mendengar kata (Aim sentiasa patuh akan nasihat nenek).
vii. Sayang akan neneknya.

CSL
Ulasan Novel 6:20 13
http://cikgusazali.blogspot.com

Su Ani
i. Ibu saudara Teja.
ii. Pemilik Kafe Flora.
iii. Berkahwin dengan Su Rawi.
iv. Seorang yang pemurah (Su Ani selalu meraikan Teja dan rakan-rakannya).
v. Seorang yang baik hati (Su Ani mengajak Sukma dan rakan-rakannya makan di kafenya walaupun
baharu mengenali mereka).
vi. Mesra dengan kanak-kanak.

Pak Rashid
i. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun.
ii. Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam.
iii. Seorang yang pandai menyimpan rahsia (Pak Rashid merahsiakan aktiviti ibu Sukma).
iv. Prihatin terhadap Sukma (Pak Rashid bimbang akan Sukma yang sentiasa keresahan).
v. Seorang yang baik hati (Pak Rashid sentiasa menawarkan tenaganya untuk membantu Sukma).

Latar:

Latar Masa
i. 6:20 pagi
Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak
dikenali di hadapan rumahnya.

ii. Petang
Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.

iii. Senja
Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.

iv. Malam
Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood

Latar Tempat
i. Banglo Taman Megah
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.

ii. Di Dewan Kuliah


Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.

iii. Balkoni kamar


Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.

iv. Rumah Ehsan


Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.

CSL
Ulasan Novel 6:20 14
http://cikgusazali.blogspot.com

v. Kafe Flora
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang
diketuai oleh Erman.

vi. Di pintu pagar rumah


Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar.

vii. Dewan peperiksaan


Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.

viii. Tempat rehat


Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan
mereka.

viii. Kelab WX2


Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.

ix. Warung Pak Alias


Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan.

x. Rumah Aim
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.

xi. Rumah Tuk Siak


Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.

xii. Kawasan tanah perkuburan


Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah
meninggal dunia dua tahun lepas.

xiii. Bangunan biru di hujung daerah


Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan
terhadap mereka.

xiv. Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena tembakan ahli.

CSL
Ulasan Novel 6:20 15
http://cikgusazali.blogspot.com

Latar Masyarakat

i. Masyarakat pelajar universiti.


Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan
Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.

ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.


Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2
dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan
tersebut.

iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.


Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.

iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan


Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut bertindak
ganas.

v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran.


Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara
kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim
yang lari meninggalkan dia dan Aim.

vi. Masyarakat yang berdikari.


Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk
menyara kehidupan.

vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat.


Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan
kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

CSL
Ulasan Novel 6:20 16
http://cikgusazali.blogspot.com

Teknik Penceritaan:

i. Pemerian
Contoh: Tepat jam 6:20 hari Rabu, dua minggu lepas, saya sudah duduk di balkoni kamar. Mata
saya tertumpu ke arah luar pagar. Suasana terasa dingin. Saya melirik sekitar balkoni. Embun
membasahi kelopak dan dedaun mawar putih yang saya tanam di dalam pasu di sepanjang
dinding balkoni. Suasana sunyi sepi. Sesekali terdengar kicauan burung sayup-sayup.

ii. Imbas kembali


Contoh: Saya tersenyum ingatan saya tentangnya kembali . Awal pagi semalam, sewaktu saya
mencari wanita tua yang membawa sebakul buah manggis, pemuda inilah yang melintas di
hadapan saya. Dia yang berbasikal cuba menyapa dengan senyuman. Ya, memang dialah
pemuda itu. Pertanyaannya saya jawab dengan anggukkan.

iii. Dialog
Contoh: Sukma kenal dia? Siapa, ya? Awak ni penuntut baharu di sini? Tanya Teja.

iv. Monolog dalaman


Contoh: Tiada. Hati kecil saya berbisik dengan keraguan. Bisikan hati itu melahirkan senyuman
hambar di bibir saya.
Contoh: Bijak sungguh anak kecil ini, kata hati saya.

v. Saspens
Contoh: Saya menanti dengan penuh debaran. Salah seorang pegawai polis telah memaklumkan,
kumpulan di daerah kami sudah berpecah dan ketua tertingginya ada bersama-sama di sini.
Ibukah ketua tertingginya, ayah?

vi. Kejutan
Contoh: Pak Rasyid, ibu ke mana pagi tadi? Dia ada hubungan sulit dengan sesiapa di luar
pengetahuan ayah ke?
Haji Rasyid tersentak . Dia tidak menyangka saya saya meragui ibu sehingga tahap itu.
Oh, selamat datang ke kelab WX2, Cik Nur Sukma!
Saya tersentak dan menoleh ke arah pemilik suara yang menyapa dengan suara yang lantang.

CSL
Ulasan Novel 6:20 17
http://cikgusazali.blogspot.com

Gaya Bahasa:

i. Personafikasi
Contoh: Cuaca pagi terasa menggigit kerana malam tadi hujan turun dengan lebat.
Contoh: Hati kecil saya menghidu sesuatu.
Contoh: Angin ikut mendakap bahu, melenggokkan pinggang.
Contoh: Menyedari Asar sudah semakin tua.

ii. Sinkope
Contoh: Kenapa akak tak nak cakap. Akak tak suka jumpa Aim?.

iii. Simile
Contoh: Dia hairan melihatkan kami dua beranak duduk berhadapan seperti patung
cendana.
Contoh: Dia kini menjadi seperti tugu seorang remaja...
Contoh: Bersolek pucat pasi seperti mayat
Contoh: Dia yang sering sinikal dan berprasangka, kini bagaikan anak kecil yang riang, tenang
dan positif mendepani saya.

iv. Kata ganda


Contoh: Apa awak cakap ni? Anak kita sihat walafiat. Kenapa fikir yang bukan-bukan
Contoh: Jawapan Tuk Siak lebih menggemparkan. Saya jadi keliru,libang-libu, lalu
bingkas bangun.

v. Peribahasa
Contoh: rendah diri, hati budi, air muka, berhati kering, hilang akal, berpeluk tubuh,
tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia.

vi. Penggunaan Bahasa Inggeris


Contoh: teroris, fall from grace, enter, power point, underground

vii. Penggunaaan Bahasa Arab


Contoh: Insya-Allah, Assalammualaikum, Alhamdulillah, madrasah, souq,
waalaikumussalam.

viii. Bahasa puitis


Contoh: Saya memejamkan mata merehatkan fikiran, perasaan dan tubuh yang
keletihan berkejaran ke sana ke mari mencari jawapan
Contoh: Saya memejamkan mata dan menari terasa alam berputar mengikut irama
gendang, mengikut jatuh tapak kaki ke bumi dan melayang ke udara mengikut
langkah tarian. Angin ikut mendakap bahu, melenggokkan pinggang. Terasa
amat ringan, amat nyaman.

ix. Anafora
Contoh: Mengapa tak pergi bertanya kepada mereka, bukakan pintu mengapa tak benarkan
mereka masuk? Ayah Sukma tak tahu?

CSL
Ulasan Novel 6:20 18
http://cikgusazali.blogspot.com

x. Inversi
Contoh: Dunia yang baharu terasa kini.

xi. Metafora
Contoh: kolam mata, kerusi panas, pintu jawapan

xii. Bahasa sinis


Contoh: Tak sangka kita akan berjumpa di sini ! Apa khabar Tuan Haji Syaqir, wakil
kami yang amat baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang kami?
Suara itu seperti sedikit menyindir.

xiii. Kata majmuk


Contoh: kaki lima

xiv. Doa
Contoh: Sebelum melangkah keluar, ada doa dan ayat tertentu daripada al-Quran yang dianjurkan
membacanya. Yang paling mudah, maksudnya Dengan nama Allah,kami bertawakal kepada
Allah.

Nilai Murni:

i. Nilai kasih sayang


Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang
dikatakan mengalami tekanan perasaan.

ii. Nilai prihatin


Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan
rawatan kulit Ehsan.

iii. Nilai setiakawan


Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu
Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Nilai tanggungjawab


Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan
walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.

v. Nilai saling menghormati


Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika
mereka berkunjung ke rumahnya.

vi. Nilai kejujuran


Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar
dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.

CSL
Ulasan Novel 6:20 19
http://cikgusazali.blogspot.com

vii. Nilai pengorbanan


Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.

viii. Nilai patriotik


Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan
menggugat keamanan negara.

ix. Nilai keimanan


Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam.

x. Nilai kecintaan
Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi
walaupun mereka merupakan golongan remaja.

xi. Nilai kerjasama


Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli
kumpulan WX2.

xii. Nilai rasional


Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatan
Kelab WX2.

Pengajaran:

i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita


Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang
berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar


Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya
sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.
Contoh: Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalam
kehidupan mereka
Contoh: Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihan
hidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat.

iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan


Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka
iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di
luar negara.

CSL
Ulasan Novel 6:20 20
http://cikgusazali.blogspot.com

v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah


Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi
jawatankuasa di kampungnya.

vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam


Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat
Islam.

vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran


Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara
kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim
yang lari meninggalkan dia dan Aim.

viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara


Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada
terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

Salam hormat.

CSL
Ulasan Novel 6:20 21

Anda mungkin juga menyukai