Anda di halaman 1dari 4

Majlis Perkahwinan Rilla & Fuad

27 Disember 2014
Teks Pengacara Majlis

Pengacara Majlis:
Nur Lailam binti Mustaffa

Masa Teks Nota


Selamat datang diucapkan kepada para tetamu ke
Majlis Raja Sehari
__________________________________________
__________________________________________.
bertepatan ____________________________
atau pada tahun masihinya, 27 Disember 2014.

Dipersilakan para tetamu untuk menikmati pelbagai


juadah yang disediakan.
Istimewa pada majlis hari ini, para tetamu boleh
menikmati roti jala, kuih muih, ________________
__________________________________________.

Untuk makluman hadirin, catering bagi majlis pada


hari ini disediakan oleh _____________________
________________________________________.
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Para hadirin, dengan ini kita mempersilakan ketibaan


pasangan Raja Sehari kita
__________________________________________
__________________________________________
*selepas pengantin tiba di pintu gerbang*

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama


padan, beriringan masuk, pasangan raja sehari;
____________________________________
____________________________________
*selepas pengantin duduk di pelamin*

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.
Yang dihormati ________________________ dan
______________________________, selaku tuan
rumah, yang diraikan pasangan mempelai, yang
dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja
dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan
para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Pada hari yang berbahagia ini, kami mengucapkan
Selamat datang ke
Majlis Perkahwinan
______________________________________
_________________________________________.
Bagi memohon majlis ini agar diberkati dan dirahmati
Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
__________________________________________
Dipersilakan.
Seterusnya, kita akan meneruskan majlis dengan
acara menepung tawar dan merenjis air mawar.

Dengan itu, saya


menjemput _____________________
__________________________________, Ayahanda
dan bonda kepada pengantin perempuan.
Seterusnya,

Seterusnya,
Seterusnya, Puan Marlia Abd Majid, kakak kepada
pengantin lelaki & Suami.
Dan, Puan Marlina Abd Majid, kakak kepada pengantin
lelaki & Suami.
Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis
air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan
pasangan pengantin kita hari ini.

Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Lauk pauk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada


hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa
hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan
ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang
disediakan bagi menikmati jaudah hidangan.

*Pengantin berjalan dan duduk di meja utama*


Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin yang dirahmati sekalian, janganlah malu


janganlah segan untuk sama sama menikmati
juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru
tiba, saya mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan
puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

*selang masa 30 saat*

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, majlis


mempersilakan En. Edzuan Shamsuddin, rakan
sekuliah kepada pengantin perempuan untuk
menyanyikan sebuah lagu diikuti dengan persembahan
layar majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi.
9.30 pm *nyanyian oleh Edzuan* 5 minit
Lagu: Sedetik Lebih
9.35 pm *playback video nikah* 5 minit
9.40 pm *selang 30 saat selepas playback nikah*
Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini
menjemput kedua dua mempelai untuk acara
memotong kek. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
*upacara potong kek* 5-10 minit
9.45 pm Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa
mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa
yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat
buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah
wassalamualaikum WBT.

http://www.abgshah.com/2011/07/teks-pengacara-majlis-perkahwinan.html
http://wanpasystem.blogspot.com/2011/11/teks-mc-majlis-perkahwinan.html