Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENYELIAAN BERKESAN

MENANGANI GURU DAN STAF BERMASALAH

Penyeliaan di sekolah dilaksanakan oleh guru besar atau penyelia yang diberi tanggungjawab
seharusnya mampu menangani guru dan staf bermasalah. Dalam organisasi sesebuah sekolah,
pemimpin sekolah atau penyelia yang terlibat boleh mengenal pasti guru dan staf yang
bermasalah sama ada permasalahan individu ataupun berpasukan menerusi penyeliaan yang
dijalankan. Seterusnya, langkah dan pendekatan yang sesuai boleh dilaksanakan boleh
menangani guru dan staf yang bermasalah dalam organisasi secara sistematik. Menurut
Boardman, Douglas & Bent (1953) penyeliaaan ialah satu usaha untuk mendorong,
menyelaras dan membimbing guru dalam hal-hal pengajaran supaya guru-guru lebih
berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Alfonso, R.J. (1980) mengatakan
bahawa penyeliaan adalah satu tingkah laku yang dipertanggungjawabkan secara rasmi
kepada seseorang yang mendatangkan kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi
pembelajaran murid-murid dan seterusnya mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan. Teori
penyeliaan Tradisional sainstifik karya Frederick Taylor pada 1900-an pula menekankan
kepada penyeliaan terhadap keseluruhan tugas guru supaya pengajaran yang berkesan dapat
dihasilkan. Teori penyeliaan tradisional menganggap guru sebagai golongan yang perlu
dikawal rapi. Hubungan penyelia dengan yang diselia perlu ada jarak dan ruang yang jelas.
Secara keseluruhannya penyeliaan menurut teori ini menghendaki guru diselia dan dicerap
untuk memastikan tercapainya matlamat pengajaran dan prestasi akademik yang tinggi.

MENANGANI MASALAH DAN CABARAN DALAM KERJA

Menerusi pendekatan pelaksanaan penyeliaan yang terancang, sesebuah organisasi sekolah


mampu mengenal pasti masalah dan cabaran yang wujud dalam persekitaran kerja. Perbezaan
setiap individu, budaya kerja, latar belakang dan iklim sekolah boleh menimbulkan pelbagai
masalah dan menjadi cabaran kepada organisasi dalam mencapai objektif serta matlamat
organisasi. Pelaksanaan penyeliaan yang sistematik dan berterusan mampu memahami isu
dan masalah yang wujud serta mempersiapkan organisasi bagi menghadapi cabaran dan
menetapkan hala tuju yang perlu dicapai. Proses menangani masalah dan cabaran yang wujud
dalam organisasi merupakan salah satu penyeliaan yang berkesan. Teori Penyeliaan
Hubungan Manusia (Elton Mayo,1930-1950) Mayo percaya bahawa produktiviti kerja akan
meningkat bila terdapat hubungan yang baik ditempat kerja. Teori Penyeliaan Humanistik
lebih mementingkan hubungan baik antara penyelia dan guru yang diselia. Keadaan ini
dipercayai dapat mewujudkan rasa kepuasan kerja dan komitmen yang tinggi di kalangan
guru-guru yang diselia. Pekerja diberikan kesempatan untuk berinteraksi antara satu sama
lain, memperlakukan mereka dengan sopan dan melibatkan mereka dalam proses membuat
keputusan. Guru diberi kepercayaan penuh kerana mereka adalah golongan profesional yang
telah menghadiri kursus yang panjang penting bagi sekolah.

MOTIVASI RAKAN SEKERJA

Penyeliaan yang dilaksanakan dalam organisasi sekolah perlu juga mampu memotivasikan
rakan sekerja, bukannya sekadar mencari kesalahan yang boleh menyebabkan timbul rasa
ketidakpuasan hati di kalangan guru-guru yang diselia. Ketidakfahaman tentang proses dan
konsep penyeliaan akan menyebabkan penyeliaan diberikan melahirkan tanggapan yang
negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai helah untuk mencari salah. Jika ini berlaku, maka
peranan guru besar sebagai pemimpin pengajaran juga diragui dan dipersoalkan. Kekeliruan
ini ditambah lagi berikutan ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyelia kepada guru
penolong kanan yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalam penyeliaan
pengajaran. Guru-guru yang diselia perlu diperjelas mengenai tujuan atau matlamat
penyeliaan yang ingin dilaksanakan. Pada awal 1980, neoscientific (Sergiovanni et. al, 1998)
memperkenalkan Teori Penyeliaan Santifik Moden memberi tumpuan kepada konsep
ketrampilan dan peningkatan ke arah mencapai kecemerlangan pengajaran guru. Di samping
itu, implikasi teori ini dapat mencungkil keperluan motivasi, kepuasan dan komitmen dari
segi pengiktirafan, pujian dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis. Ianya juga
merupakan pengembelingan daya usaha serta menggalakkan komunikasi dua hala (Hussin,
1992). Penyeliaan mengikut teori Penyeliaan Saintifik Moden lebih bersifat membantu dan
membimbing serta diharap dapat melahirkan guru yang iltizam dan cemerlang serta dapat
melahirkan anak didik yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Teori ini sering
disebut sebagai kepentingan dalam penyeliaan, akauntabiliti, dan kecekapan serta
kebijaksanaan yang kurang bersifat peribadi. Pemeriksaan rancangan pelajaran harian dan
lawatan ke bilik menggunakan standard kriteria-direferensikan ujian dan hasil penerbitan.
Neoscientific pengurusan sangat bergantung kepada kuasa luaran yang ditetapkan oleh pihak
atasan. Penyeliaan dalam konteks memotivasikan rakan sekerja dapat dicapai dengan
memahami cara berfikir kumpulan, mengekalkan hubungan baik, bersikap telus dalam
berkomunikasi, komited dengan kerja dan mengiktiraf sumbangan yang telah diberikan oleh
individu-individu dalam organisasi sekolah.

MEMBINA PERANTARA YANG BERKESAN

Penyeliaan di sekolah perlu dilihat sebagai satu usaha dalam membina perantara yang
berkesan dalam mencapai objektif dan matlamat organisasi sekolah. Perantara yang berkesan
dalam organisasi sekolah akan terbina dengan mewujudkan rangkaian perhubungan yang baik
di tempat kerja, pendekatan hubungan dalam kumpulan dari sudut psikologi, motivasi
kumpulan melalui kaunseling dan mengekalkan kumpulan yang terbaik. Berdasarkan
Douhlas Mcgregor (1960) menjelaskan tentang penyeliaan dalam sudut Pengurusan Sumber
Manusia. Menurutnya, seseorang pengurus sekolah perlu memberikan perhatian terhadap
sumber manusia dengan melihat kepada keperluan manusia, potensi dan kepuasan dan bukan
hanya untuk mengembirakan mereka serta memanipulasikan mereka. Human Resources
Supervision ada membincangkan bahawa guru adalah individu yang berpotensi dan
berkemampuan untuk berkembang sebagai manusia yang positif serta proaktif sebagaimana
yang dijelaskan dalam teori Y McGregor. Implikasi dari teori ini dalam proses pencerapan
pengajaran guru, banyak membantu mereka ke arah terlaksananya hasrat dan cita-cita
Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu pendekatan teori Y sepatutnya didokong oleh pentadbir
sekolah. Ianya merupakan satu stail kepimpinan yang dapat membantu proses pengajaran
guru yang lebih berkesan dan berwawasan. Penyeliaan atau pencerapan dalam konteks
pendidikan bertujuan untuk membangunkan perkembangan psikologi manusia ke arah
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

PENGURUSAN MASA

Penyeliaan yang dilaksanakan di dalam organisasi sekolah juga perlu menitikberatkan


pengurusan masa yang sistematik. Penyeliaan yang berkesan dilaksanakan dengan
menganalisa pengurusan masa dengan baik. Penyelia perlu mengenali dan mengawal
pembuangan masa semasa proses penyeliaan yang dilaksanakan. Teknik-teknik pengurusan
masa yang produktif perlu dikuasai oleh penyelia. Kegagalan merancang pelaksanaan
penyeliaan dengan baik boleh menyebabkan fungsi penyeliaan tidak mencapai objektif
seperti yang diharapkan. Malahan ia turut mendatangkan permasalahan yang lain kepada
organisasi dan individu yang diselia. Pemimpin sekolah perlu merangka perancangan
strategik yang sistematik, berterusan dan memenuhi objektif organisasi dalam melaksanakan
penyeliaan dalam organisasinya. Ini merangkumi cara-cara merancang jadual kerja,
mesyuarat, dan cuti guru-guru serta staf agar perjalanan pelaksanaan penyeliaan dalam
organisasi dapat berjalan dengan lancar.

SIFAT-SIFAT SEORANG PENYELIA BERKESAN

BERPENGETAHUAN

Seseorang penyelia yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas penyeliaan di


sekolah sama ada penyelia dalaman mahupun pihak luar perlu memiliki pengetahuan dalam
bidang yang ingin diselia. Organisasi sekolah terdiri daripada pelbagaian kepakaran dan
bidang tugas seperti pengurusan, kurikulum, panitia, dan jawatankuasa-jawatankuasa.
Penyeliaan yang dilaksanakan lazimnya berfokus terhadap perkara-perkara tertentu dalam
sesebuah organisasi sekolah. Justeru, penyelia-penyelia yang dilantik atau
dipertanggungjawab harus mempunyai pengetahuan dan memahami bidang tugas yang ingin
diselia. Penyelia yang tidak mempunyai pengetahuan tentang bidang yang ingin diselia akan
menghadapi masalah dalam memahami perkara-perkara yang perlu diselia, batas-batas
bidang serta tidak jelas mencapai objektif penyeliaan yang dilaksanakan.

BERKETRAMPILAN

Ketrampilan seseorang penyelia merujuk kepada cara dirinya melihat diri dalam aspek
kepercayaan, pemikiran dan perasaan terhadap penyeliaan yang dipertanggungjawabkan.
Ketrampilan penyelia boleh dilihat menerusi penampilan secara fizikal, pandangan diri dan
orang lain, perasaan nilai diri serta keyakinan diri. Seseorang penyelia yang berkesan
mempunyai ketrampilan diri yang positif terhadap tanggungjawab yang dilaksanakan.
Seseorang penyelia perlu mempunyai keyakinan diri terhadap keupayaan diri menyelia guru-
guru di sekolah dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang
secukupnya. Selain itu, penyelia menunjukkan sikap yang boleh dijadikan contoh,
mewujudkan hubungan baik, komunikasi berkesan, dan mampu memotivasikan guru-guru
yang diselia. Menerusi sikap jujur, telus dan ikhlas yang ditunjukkan dalam penyeliaan,
mampu melahirkan rasa hormat dan senang hati di kalangan guru-guru yang diselia.

BERORIENTASIKAN KERJA

Penyeliaan yang dilaksanakan di sekolah perlu merangkumi perkara-perkara dalam


lingkungan bidang tugas guru demi memperbaiki dan meningkatkan pencapaian organisasi.
Skop penyeliaan perlu diketahui dan difahami oleh seseorang penyelia agar tidak membuat
penyeliaan di luar skop kerja atau tidak mendatangkan manfaat kepada organisasi. Setiap
penyeliaan yang dilaksanakan mempunyai objektif dan matlamatnya berdasarkan orientasi
kerja yang wujud dalam sesebuah sekolah. Penyeliaan yang dilaksanakan secara tidak jelas,
atas dasar kepentingan peribadi dan bersifat negatif terhadap individu atau kumpulan yang
diselia tidak akan mendatangkan kebaikan untuk organisasi serta menjejaskan usaha
mencapai matlamat organisasi.

KREATIF

Dalam setiap penyeliaan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi sekolah, pemimpin
atau penyelia yang dilantik perlu bertindak secara kreatif sebagai salah satu amalan
penyeliaan yang berkesan. Penyeliaan yang dijalankan dalam organisasi sekolah mempunyai
tujuan-tujuan tertentu berdasarkan konteks keadaan organisasi sesebuah sekolah. Budaya,
iklim, latar belakang dan komitmen individu dalam organisasi sekolah yang berbeza
memerlukan kreativiti pemimpin atau penyelia dalam memastikan matlamat penyeliaan dapat
dicapai khususnya dalam mewujudkan hubungan dan komunikasi yang berkesan semasa
penyeliaan dijalankan.

BERFIKIRAN POSITIF

Penyelia seharusnya mempunyai corak pemikiran yang positif dalam melaksanakan


penyeliaan terhadap guru-guru dan staf di sekolah dengan meletakkan matlamat
penyeliaannya untuk membantu, berkongsi pengetahuan, memotivasi, dan mempertingkatkan
kemahiran guru yang diselia secara telus dan jujur menerusi hubungan baik dan komunikasi
yang berkesan. Penyelia tidak sewajarnya mempunyai prasangka yang buruk, memandang
serong dan mengaibkan individu yang diselia disebabkan segala kekurangan dan kelemahan
yang telah dikenal pasti. Amalan pemikiran positif yang ditunjukkan mampu mengubah
persepsi negatif di kalangan guru-guru dan staf dalam organisasi sekolah terhadap amalan
penyeliaan yang dijalankan. Seterusnya pendekatan ini akan mewujudkan suasana penyeliaan
yang baik di kalangan organisasi sekolah dalam membantu mencapai visi dan misi yang telah
ditetapkan.

Biblografi

Arsaythamby Veloo* and Mary Macdalena A Komuji (2013), Kesan Penyeliaan Klinikal
Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah. Universiti Utara Malaysia.

Hamdan Bin Said & Nurlia Binti Mohamad (2007), Penyeliaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.