Anda di halaman 1dari 9

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan dapat
disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Pertamanya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada


Pensyarah saya iaitu Puan Azamiah Binti Yonus@Ahmad kerana telah memberi
bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa saya membuat tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan yang turut sama membantu dari
segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini seperti
yang telah ditetapkan.

Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan
bantuan daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya
memerlukan mereka.

Sekian, terima kasih.

1
PENGENALAN

Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan


elektrik , pembekalan elektrik pada harga yang berpatutan , pelesenan mana mana
pepasangan elektrik , pengawalan mana mana pepasangan , loji dan kelengkapan
elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan dan
penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya .
Peraturan peraturan asas yang boleh diperolehi , bagi perlindungan orang , ternakan
dan harta benda terhadap kemalangan kemalangan yang mungkin timbul akibat
penggunaan elektrik .

2
AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (AKTA 447)

i. Definisi :

Akta ini boleh lah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula
berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan
dalam Warta .
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia , walau bagaimanapun Menteri
boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-
mana peruntukan Akta ini di mana-mana negeri .

ii. Tujuan :

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pegawalseliaan industri


pembekalan elektrik , pembekalan elektrik pada harga yang munasabah , pelesenan
mana-mana pepasangan elektrik , pegawalan mana-mana pepasangan , loji-loji dan
kelengkapan elektrik berkenaan degan perkara yang berhubung dengan keselamatan
orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan
dengannya .

3
iii. Cari satu masalah dan selesaikan dengan merujuk akta elektrik :

MASALAH :

Aiman ditahan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga kerana membuat pindah milik
lesen pendawaian daripada seorang sahabatnya yang memiliki lesen pendawaian
elektrik yang deikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga tanpa kebenaran .

PENYELESAIAN :

Aiman perlu mendapat kebenaran daripada pihak Suruhanjaya Tenaga kerana


menurut Akta Bekalan Seksyen 9 (3) tiada lessen boleh dipindah milik jika keizinan
bertulis Menteri telah diberikan .

4
PERATURAN PERATURAN BAGI PEMASANGAN ELEKTRIK

i. Definisi :

Peraturan peraturan adalah direka untuk melindungi :

Orang
Harta benda dan
Ternakan di lokasi yang dikhaskan untuk mereka , terhadap bahaya akibat
pemasangan elektrik yang digunakan dengan penjagaan yang sesuai
dengan mengambil berat tentang tujuan untuk apa pemasangan itu
dilakukan .

Peraturan peraturan ini adalah dimaksudkan untuk disebut dalam


kesempurnaan jika dirujuk dalam sebarang kontrak . Ia tidak boleh dimaksudkan untuk
mangambil alih sesuatu spesifikasi yang terperinci atau untuk memberi arahan kepada
orang orang yang tak terlatih atau untuk menyediakan bagi setiap keadaan . Sesuatu
pemasangan yang sukar atau ciri yang khusus akan memerlukan nasihat seorang
jurutera yang berkelayakan .

5
ii. Tujuan :

Peraturan peraturan ini adalah bertujuan untuk digunakan pada pemasangan


elektrik amnya , tetapi dalam kes kes tertentu ia mungkin memerlukan penambahan
oleh kehendak kehendak atau syor syor Piawai British atau oleh kehendak
kehendak orang yang mengarahkan kerja itu .

Kes kes seperti itu termasuk yang berikut :

Tanda tanda elektrik dan pemasangan tiub discaj kilauan voltan tinggi
BS559
Lampu kecemasan BS5266
Pemasangan dalam atmosfera letupan yang berkemungkinan BS5345
Pengesahan kebakaran dan sistem amaran dalam bangunan BS5839
Pemasangan tertakluk kepada Akta Telekomunikasi 1984 BS6701 ,
Bahagian 1
Sistem pemanasan permukaan elektrik BS6351

iii. Cari satu masalah dan selesaikan dengan merujuk peraturan elektrik :

6
MASALAH :

Ali telah disaman oleh pihak Suruhanjaya Tenaga kerana membuat pendawaian
soket alur keluar tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya
Tenaga .

PENYELESAIAN :

Ali perlu membuka semula pendawaian tersebut mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga kerana menurut peraturan elektrik 553-01-01
setiap soket alur keluar hendaklah mematuhi dengan kehendak item (i) dan (ii) di
bawah dan kehendak yang bersesuaian dengan peraturan 553-01-01 hingga 553-01-02
.

553-01-01

(i) kecuali bagi litar SELV , adalah mustahil bagi mana-mana pin plag untuk membuat
sentuhan dengan mana-mana sentuhan hidup sekutu soket alur keluar sedangkan lain-
lain pin plag itu terdedah sama sekali .

(ii) adalah tidak mungkin bagi mana-mana pin plag membuat sentuhan dengan
sebarang sentuhan hidup dengan mana-mana soket alur keluar dalam pemasangan
yang sama selain jenis soket alur keluar yang mana plag itu direka bentukkan .

553-01-02 Kecuali bagi SELV atau litar istimewa dari Peraturan 553-01-05 , setiap plag
dan soket alur keluar hendaklah deripada jenis yang tidak alih balik , dengan
peruntukan bagi penyambungan konduktor pelindung .

7
RUMUSAN

Setelah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru ini , iaitu tugasan berkaitan Akta
Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan Peraturan Peraturan Bagi Pemasangan
Elektrik . Saya mendapati terdapat pelbagai akta serta peraturan yang telah dikeluarkan
oleh pihak berkuasa untuk kita patuhi . Akta dan peraturan ini jangan lah sesekali kita
abaikan supaya kita dapat mengelakkan keselamatan pekerja serta pengguna terjejas .

8
RUJUKAN

BUKU :

Buku Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)


Buku Peraturan Peraturan Bagi Pemasangan Elektrik

Anda mungkin juga menyukai