Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan
Perkataan kerjaya sering digunakan untuk membawa beberapa makna yang
berbeza. Merujuk kepada kamus dewan, kerjaya telah didefinisikan sebagai perjalanan
atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan. Namun begitu, untu tujuan
perbincangan di sini, definisi yang diberikan oleh Greenhouse, iaitu suatu corak
pengalaman berkaitan pekerjaan di sepanjang kehidupan seseorang akan digunakan
(DeSimone & Harris, 1998). Manakala pembangunan kerjaya didefinisikan oleh
Greenhouse sebagai satu proses berterusan yang melibatkan pergerakan individu melalui
beberapa peringkat kehidupan dan setiap satu peringkat mempunyai isu, tema, dan
tugasnya yang tersendiri (DeSimone & Harris, 1998).

Pembangunan kerjaya perlu dititikberatkan bagi pihak organisasi kerana ia dapat


memberi peluang kepada para pekerja untuk berusaha keras membangunkan kerjaya dan
memikirkan tentang kedudukan dan masa depan mereka dalam sesebuah organisasi. Bagi
mengkaji pembangunan kerjaya, konsep pembangunan kerjaya amat penting untuk
difahami terlebih dahulu. Pembangunan kerjaya merupakan suatu pendekatan formal yang
digunakan oleh organisasi untuk membantu individu mendapatkan kemahiran dan
pengalaman bagi menjayakan pekerjaan masa kini dan juga pada masa hadapan (Zafir dan
Fazilah, 2003). Persepsi sering dikaitkan dengan pandangan seseorang individu. Persepsi
setiap orang adalah berbeza mengikut pandangan masing-masing. Persepsi merupakan
proses fizikal dan juga kognitif yang kompleks, aktif dan dinamik.

Oleh yang demikian, dalam pembangunan kerjaya setiap individu perlulah


melibatkan diri dalam dua aktiviti yang penting iaitu perancangan kerjaya dan pengurusan
kerjaya. Perancangan kerjaya merupakan suatu proses yang melibatkan tiga perkara iaitu:-
Individu mengenali diri sendiri, menyedari peluang, kekangan dan pilihan
yang ada, serta akibat dari setiap pilihan.
Individu mengenalpasti matlamat berkaitan kerjaya.
Individu memprogramkan pekerjaan, pelajaran, dan lain-lain pengalaman
yang dapat menunjukkan arah dan langkah-langkah bagi mencapai matlamat
kerjaya yang spesifik.

1
Pengurusan kerjaya pula adalah satu proses berterusan yang melibatkan persediaan,
perlaksanaan, dan pemantauan pelan kerjaya yang telah dibentuk oleh seseorang individu
sama ada secara bersendiri atau pun selari dengan sistem kerjaya organisasi. Oleh yang
demikian, penulisan tugasan ini akan meneliti aspek pembangunan kerjaya ke atas seorang
pekerja yang berkhidmat dalam Ireka Enginering and Construction Sdn Bhd (Ireka) yang
berada dalam daerah Sandakan, Sabah. Analisis juga akan turut dilakukan ke atas
cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan pembangunan kerja kakitangan Ireka
tersebut dapat dilakukan dengan lebih memuaskan.

2.0 Peringkat Pembangunan Kerjaya Pekerja


Dalam Ireka, proses pembangunan kerja salah seorang pekerja yang berkhidmat
dalam Bahagian Pemasaran dan Promosi iaitu Encik Hasrul (bukan nama sebenar) dapat
dibahagikan kepada beberapa peringkat yang utama seperti mana yang dijelaskan di
bawah:-

a) Peringkat Persediaan Kerjaya


Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan ke atas Encik Hasrul, didapati
bahawa peringkat pembangunan kerjaya beliau bermula menerusi persediaan yang
dilakukan sebelum bekerja. Ini adalah satu peringkat yang sangat penting di mana
Encik Hasrul menyediakan diri beliau dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk menyandang suatu jawatan. Sebelum menyertai Ireka, Encik
Hasrul mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang
pemasaran. Menerusi proses pendidikan yang diterima, ianya memberikan
kelebihan kepada Encik Hasrul untuk memahami konsep pemasaran dan cara
mengaplikasikannya dalam sesebuah organisasi.

Dalam pada itu, Encik Hasrul juga pernah bekerja dengan beberapa syarikat kecil
di sekitar daerah Sandakan yang juga berkaitan dengan aktiviti pemasaran. Ini
bermakna bahawa persediaan awal yang dilakukan oleh Encik Hasrul tidak hanya
terhad kepada aspek pengetahuan dan kemahiran. Sebaliknya, beliau juga turut

2
mencari pengalaman dalam bidang pemasaran yang juga menjadi faktor penting
untuk memastikan kerjaya Encik Hasrul dapat dibangunkan dengan lebih baik.

b) Peringkat Menyertai Organisasi di Peringkat Awal


Peringkat kedua dalam proses pembagunan kerjaya Encik Hasrul adalah peringkat
menyertai organisasi. Ini adalah peringkat awal Encik Hasrul berada dalam Ireka
yang mana menjadi intipati penting kepada pembangunan dan perkembangan
kerjaya beliau. Semasa di peringkat awal penyertaan Encik Hasrul dalam Ireka,
beliau masih tidak memahami dengan jelas tentang peranan yang beliau perlu
lakukan khususnya dalam aspek pemasaran dan promosi. Namun begitu,
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pengurus Bahagian Pemasaran dan
Promosi Ireka iaitu Puan Norwinnie telah membantu Encik Hasrul untuk
memahami peranan dan tugasanya dengan lebih baik.

Dalam pada itu, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang pemasaran
juga turut membantu beliau untuk lebih positif dalam memastikan kerjaya beliau
dalam Ireka dapat berkembang selari dengan hasrat dan matlamat beliau.
Persekitaran positif yang wujud dalam organisasi Ireka dan ditambah dengan
rangsangan positif daripada rakan sekerja lain turut membantu Encik Hasrul untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran organisasi Ireka. Perkara ini telah menjadi
salah satu elemen penting yang memudahkan Encik Hasrul untuk lebih selesa
melaksanakan tugasan beliau dalam Ireka.

c) Peringkat Pertengahan Kerjaya


Peringkat ketiga yang turut menjadi proses semasa terhadap pembangunan kerjaya
Encik Hasrul adalah peringkat pertengahan. Selepas 5 tahun berkhidmat dalam
Ireka, beliau kini mampu melakukan aktiviti pemasaran dan promosi terhadap
perhidmatan yang ditawarkan Ireka kepada pelanggan. Kemahiran komunikasi
yang semakin meningkat dan kemahiran perhubungan industri yang semakin
berkembang merupakan antara pencapaian semasa yang ditunjukkan oleh Encik
Hasrul sepanjang perhidmatan beliau dalam Ireka. Ekoran daripada perkembangan

3
dan kemajuan positif ini, maka Encik Hasrul pernah menerima anugerah pekerja
cemerlang pada tahun 2015 daripada Ireka ekoran daripada pencapaian semasa
Encik Hasrul pada ketika itu yang telah membantu Ireka meningkatkan hasil
tahunan dan membawa imej Ireka yang sangat baik kepada pelanggan yang
berurusan dengan Encik Hasrul. Penganugerahan dan pengikhtirafan yang diterima
oleh Encik Hasrul adalah satu proses perkembangan yang baik kepada beliau dan
menjadi antara motivasi penting kepada Encik Hasrul untuk terus kompetitif dan
cemerlang dalam perkhidmatannya.

d) Peringkat Akhir Kerjaya


Peringkat terakhir dalam proses pembangunan kerjaya Encik Hasrul dalam Ireka
adalah peringkat akhir kerjaya beliau. Namun begitu, proses ini masih belum
dicapai oleh Encik Hasrul. Berdasarkan kepada penerangan yang diberikan oleh
Encik Hasrul, beliau menyatakan bahawa beliau akan terus berkhidmat dalam Ireka
selagi kerja cemerlang beliau sentiasa diperlukan oleh pihak pengurusan Ireka.
Dalam pada itu, beliau juga sangat mengharapkan agar beliau dapat bertahan lama
dalam Ireka dan dapat mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam Ireka seperti
ingin menjadi pengurus di Bahagian Pemasaran dan Promosi. Ini bermakna bahawa
peringkat akhir kerjaya Encik Hasrul dalam Ireka dan mungkin dalam hidup beliau
adalah apabila beliau mampu mencapai tingkat tertinggi jawatan yang diinginkan
atau diimpikan. Perkara ini tidak hanya menjadi impian Encik Hasrul sahaja.
Sebaliknya, turut menjadi impian kesemua pekerja dalam Ireka dan pekerja di
syarikat lain yang ingin menamatkan perhidmatan mereka dalam sesebuah
organisasi dengan kedudukan, pangkat dan gaji yang tinggi.

Daripada penerangan dan penjelasan, dapat dilihat bahawa proses pembangunan


kerjaya seorang pekerja seperti Encik Hasrul melibatkan empat proses yang utama. Setiap
prosese melibatkan beberapa perkara dan situasi yang pasti akan dilalui oleh setiap pekerja
yang mana bermula menerusi proses mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman sebelum menyertai sesebuah organisasi dan diakhiri dengan proses
penamatan kerjaya dengan cemerlang.

4
3.0 Analisis Semasa Pembangunan Kerjaya Pekerja
Dalam memastikan proses pembangunan kerjaya seseorang dapat berkembang
dengan baik, maka setiap setiap organiasi termasuklah organisasi Ireka yang merupakan
tempat berkhidmat Encik Hasrul perlu merancang proses pembangunan kerjaya yang
terbaik untuk pekerja mereka. Ini adalah untuk memastikan agar pekerja seperti Encik
Hasrul sentiasa rasa dihargai dan cenderung untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan
produktif. Perkara yang sama juga dapat dilihat dalam proses perkembangan Encik Hasrul
pada masa kini yang mana Encik Hasrul sentiasa berusaha untuk meningkatkan kerjaya
beliau menerusi perancangan, pelaksanaan dan aktiviti pembangunan kerjaya yang
dilaksanakan dalam Ireka. Justeru, proses perkembangan Encik Hasrul dalam Ireka pada
masa kini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan Ireka. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-

a) Penilaian Personaliti Pekerja


Setiap pekerja perlu mempunyai personaliti dan sahsiah yang mana mencerminkan
kredibiliti mereka dalam melaksanakan suatu tugas dan amanah yang diberikan
kepada mereka. Dalam perkara ini, Ireka akan membuat penilaian terhadap
personaliti setiap pekerja dalam merancangan program pembangunan kerjaya
pekerja. Contohnya, menjalankan penilaian terhadap perhubungan sosial yang
wujud dalam organisasi sama ada berada pada tahap yang baik atau sebaliknya.
Sekiranya perhubungan sosial di antara pekerja adalah kurang memuaskan seperti
sikap tidak prihatin dalam membantu pekerja lain yang memerlukan bantuan,
hanya melakukan kerja yang dikhususkan kepada pekerja tersebut dan sebagainya,
maka pihak pengurusan akan menganalisis dan menilai personaliti pekerja untuk
mengenal pasti bentuk latihan dan program pembangunan pekerja yang boleh
dilaksanakan. Begitu juga dengan penilaian terhadap sikap pekerja terhadap
organisasi yang akan dinilai untuk merancang program pembangunan kerjaya yang
akan dilaksanakan. Dengan menjalankan penilaian terhadap personaliti pekerja,
maka organisasi akan dapat mengenal pasti masalah sikap dan personaliti yang
wujud dalam organisasi yang akan digunakan untuk menganalisis program dan
aktiviti pembangunan kerjaya pekerja yang boleh dilaksanakan. Ini bermakna

5
bahawa program dan aktiviti pembangunan kerjaya pekerja akan dapat mengatasi
masalah sikap dan personaliti yang dihadapi oleh pekerja.

b) Penilaian Tingkah Laku Kerja


Penilaian terhadap tingkah laku pekerja juga akan dilihat terhadap tingkah laku
yang ditunjukkan oleh pekerja dalam melaksanakan tugas. Contohnya seperti
membuat penilaian terhadap tingkah laku pekerja di tapak pembinaan dalam
mengutamakan keselamatan semasa berada di tapak pembinaan. Sekiranya terdapat
pekerja yang tidak mengutamakan keselamatan semasa berada di tapak pembinaan
seperti tidak memakai kasut, tidak memakai topik keledar keselamatan dan
sebagainya, maka teguran akan dilakukan ke atas kumpulan pekerja tersebut.
Sekiranya situasi sama masih berlaku di tapak pembinaan ini, maka program untuk
meningkatkan kesedaran mengutamakan keselamatan di tempat kerja akan
dilakukan oleh pihak Jabatan Sumber Manusia. Ini adalah untuk memastikan agar
pengetahuan dan kesedaran setiap pekerja untuk mengutamakan keselamatan tidak
tempat kerja akan dapat ditingkatkan. Ini juga penting agar Ireka tidak berhadapan
dengan masalah untuk mengendalikan kes kemalangan di tempat kerja. Secara
tidak langsung, risiko kemalangan di tempat kerja akan dapat dikurangkan ke tahap
yang minimum.

Penilaian terhadap tignkah laku pekerja seperti ini tidak hanya dilaksanakan ke atas
pekerja yang berada di tapak pembinaan sahaja. Sebaliknya, pekerja yang berada di
bahagian lain juga akan turut dinilai berkenaan dengan tingkah laku dalam
melaksanakan tugas dan kerja. Sekiranya terdapat simptom negatif yang
ditunjukkan oleh pekerja, maka program pembangunan sikap dan tingkah laku
pekerja akan dirancang dan dilaksanakan.

c) Penilaian Produktiviti Pekerja


Penilaian terhadap produktiviti kerja yang ditunjukkan oleh pekerja juga akan turut
dilakukan dalam proses perancangan pembangunan sumber manusia khususnya
yang berkaitan dengan kerjaya pekerja. Dalam konteks ini, pekerja akan dinilai

6
berkenaan dengan produktiviti kerja mereka sama ada berada pada tahap yang
memuaskan atau sebaliknya. Dalam melaksanakan penilaian ini, Jabatan Sumber
Manusia mempunyai penanda aras yang digunakan untuk mengukur kualiti dan
produktiviti kejer setiap pekerja. Sekiranya terdapat ramai pekerja yang tidak
mencapai penanda aras tersebut, maka perancangan terhadap program dan latihan
kerjaya akan dilakukan. Ini adalah untuk memastikan agar latihan pembangunan
sumber manusia yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman pekerja. Secara tidak langsung, perkara seperti ini akan
dapat memastikan produktiviti pekerja akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih
memuaskan.

d) Penyertaan Pekerja Dalam Program Latihan dan Kemahairan


Pihak pengurusan Ireka juga turut merancang program latihan dan kemahiran yang
mana perlu diikuti oleh pekerja terpilih untuk memastikan pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman pengurusan pekerja dapat ditingkatkan. Dalam perkara ini,
terdapat beberapa program dan latihan yang dilaksanakan oleh Ireka untuk
membentuk dan membangunkan kerjaya pekerja. Contohnya seperti Program
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia yang dilaksanakan ke atas
kakitangan dalam Bahagian Sumber Manusia. Program seperti ini dilaksanakan
untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pekerja dalam Jabatan Sumber
Manusia Ireka berkenaan dengan aspek pengurusan sumber manusia. Contohnya
seperti cara menjaga kebajikan pekerja, cara memantau dan menilai projek di tapak
pembinaan, cara menyelia kualiti dan produktiviti pekerja dan sebagainya.
Menerusi pelaksanaan program ini, pengetahuan dan kemahiran pekerja telah dapat
ditingkatkan dan seterusnya meningkatkan kemahiran pekerja di Jabatan Sumber
Manusia Ireka untuk membuat keputusan dengan relevan dan berkesan.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa perkara yang menjadi keutamaan
dalam Ireka dalam memastikan proses pembangunan kerjaya setiap kakitangan Ireka
seperti Encik Hasrul dapat dikembangkan dengan memuaskan.

7
4.0 Cadangan Perancangan Kerjaya
Dalam aspek perancangan dan pembangunan kerjaya dalam kalangan pekerja
seperti Encik Hasrul, terdapat beberapa perkara yang perlu diutamakan oleh setiap
organisasi termasuklah Ireka di mana tempat Encik Hasrul berkhidmat. Antaranya ialah:-

a) Peranan Organisasi Ireka Dalam Perancangan Pembangunan Kerjaya


Organisasi atau majikan mempunyai beberapa tugas dan peranan dalam merancang
program pembangunan kerjaya untuk pekerja. Antaranya adalah seperti mana yang
berikut:-

Penilaian
Peranan utama yang perlu dilakukan oleh pekerja dalam aspek perancangan
pembangunan kerjaya perkaya adalah meneliti dan menilai masalah yang
dihadapi oleh pekerja. Penilaian dan pemantauan perlu dilakukan tersebut
dahulu seperti menjalankan temubual ke atas pekerja berkenaan dengan
masalah yang dihadapi oleh mereka dalam melaksanakan suatu tugas dan
peranan. Menerusi penilaian yang dijalankan, maka majikan atau pengurus
sumber manusia perlu merancang program, latihan atau bengkel yang berkaitan
yang dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja.

Namun begitu, pihak organisasi perlu mendapatkan pandangan daripada


pekerja berkenaan dengan program pembangunan kerjaya yang boleh dirancang
dan dilaksanakan. Ini kerana, penglibatan pekerja dalam proses perancangan
pembangunan kerjaya akan dapat memberikan gambaran dan idea kepada
organisasi atau majikan berkenaan dengan program yang sesuai dilaksanakan
untuk membangunkan kerjaya pekerja. Secara tidak langsung, perhubungan
antara pekerja dan organisasi juga akan dapat dibentuk dan seterusnya mampu
untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sumber
manusia yang lebih berkesan. Secara tidak langsung, masalah yang dihadapi
oleh pekerja juga akan dapat diatasi dengan lebih berkesan.

8
Meningkakan Pengetahuan dan Kemahiran Pekerja
Peranan kedua yang perlu dilakukan oleh organisasi dan majikan adalah dengan
memastikan perancangan dan pelaksanaan pembangunan kerjaya akan dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja. Perancangan pembangunan
kerjaya juga adalah untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Dalam
memastikan misi dan visi organisasi dapat ditingkatkan, maka setiap pekerja
perlu dilengkapkan dengan pelbagai aspek yang berkaitan dengan organisasi
yang disertai. Menurut Junaidi Abu Bakar dalam artikalnya, setiap pekerja
perlu dilengkapi dengan pelbagai bentuk pengetahuan dan kemahiran yang
mana penting kepada setiap pekerja agar sentiasa membuat keputusan yang
dapat memberikan manfaat kepada organisasi. Dalam masa pada itu, penulis
juga turut menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong
sesebuah organisasi untuk mengurus dan merancang program pembangunan
kerjaya dengan lebih baik. Antaranya ialah:-
Keperluan untuk bersaiang dalam industri khususnya bagi
organisasi yang berorientasikan keuntungan agar dapat bersaing dengan
pesaing lain dengan lebih cemerlang.
Mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja
yang mana mampu untuk mempengaruhi keupayaan dan kecekapan
pekerja. Dengan demikian, perancangan terhadap pelbagai latihan dan
program pembangunan sumber manusia dilakukan untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh pekerja seperti tekanan kerja, aspek
keselamatan dan sebagainya.
Melahirkan pekerja yang lebih bertanggung jawab
mempunyai sikap untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh
khususnya dalam meningkatkan keupayaan organisasi dalam industri
yang diceburi.

Oleh itu, tiga perkara yang dinyatakan di atas adalah faktor utama yang
mendorong kepada peranangan sumber manusia pada hari ini. Perkara yang
sama juga turut dinyatakan oleh Mark S. Van Clieaf di mana beliau menyatakan

9
bahawa tujuan perancangan pembangunan kerjaya adalah untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pekerja dalam merancang dan melaksanakan
pelbagai strategi yang dapat membantu organisasi untuk bersaing dengan lebih
efektif dalam pasaran. Beliau turut menyatakan bahawa setiap pekerja dalam
organisasi juga perlu memahami terhadap peranan dan tanggung jawab mereka
agar setiap pekerja dapat memainkan peranan dan tanggung jawab mereka
dengan lebih cemerlang dan seterusnya membantu organisasi bersaing dengan
organisasi. Ini bermakna bahawa pengetahuan dan kemahiran setiap pekerja
dalam pelbagai aspek seperti dalam aspek perancangan strategi organisasi yang
lebih perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Namun begitu, perkara ini
perlu dilakukan menerusi program perancangan pembangunan kerjaya yang
lebih efektif dan berkesan.

b) Peranan Pekerja Ireka Dalam Perancangan Pembangunan Kerjaya


Selain daripada organisasi Ireka, pekerja dalam Ireka juga turut mempunyai
bebeapa peranan yang dilaksanakan untuk memastikan perancangan pembangunan
kerjaya dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang. Oleh itu, terdapat beberapa
peranan pekerja yang perlu dilaksanakan dalam aspek perancangan pembangunan
kerjaya. Antaranya ialah:-

Kerjasama
Setiap pekerja dalam Ireka perlu memberikan kerjasama dalam setiap usaha
organisasi untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan kerjaya.
Tanpa adanya kerjasama daripada pekerja, maka setiap proses untuk merancang
dan melaksanakan program pembangunan kerjaya tidak akan dapat
dilaksanakan. Contohnya, pekerja perlu bekerjasama dengan majikan untuk
menyatakan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam melaksanakan tugas
mereka. Sekiranya pekerja tidak menyatakan kebenaran berkenaan dengan
masalah yang dihadapi untuk melaksanakan tugas mereka, maka kemahiran dan
pengetahuan pekerja tidak akan dapat ditingkatkan. Dalam pada itu, perkara ini
juga akan menyebabkan Ireka tidak dapat beroperasi dengan cemerlang kerana

10
terdapat masalah dalam organisasi yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu,
kerjasama yang diberikan oleh pekerja adalah suatu perkara yang sangat perlu
untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi oleh pekerja khususnya yang
berkaitan dengan kemahiran dan pengetahuan mereka akan dapat diatasi
menerusi perancangan pembangunan kerjaya yang sesuai dan berkesan.

Penglibatan dan Kesungguhan


Perancangan terhadap program pembangunan sumber manusia juga
memerlukan penglibatan pekerja. Dalam konteks ini, pekerja perlu memberikan
penglibatan dan kesungguhan mereka terhadap perancangan program yang
telah dirancang oleh Ireka. Contohnya, organisasi telah memilih beberapa orang
pekerja untuk mengikuti program pembangunan kerjaya yang akan
dilaksanakan. Oleh itu, setiap pekerja yang telah disenaraikan perlu
menunjukkan kesungguhan mereka untuk menjayakan program pembangunan
kerjaya yang akan dilaksanakan. Secara tidak langsung, perancangan dan
pelaksanaan program sumber manusia akan dapat dilaksanakan dengan lebih
memuaskan.

Menerusi perkara yang dinyatakan di atas, maka usaha untuk menggalakkan


perkembangan kerjaya dalam kalangan pekerja seperti Encik Hasrul akan dapat dilakukan
dengan lebih berkesan dan memuaskan.

5.0 Kesimpulan
Dalam melaksanakan suatu tugas, seorang pekerja perlu mempunyai pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman. Ini penting agar setiap setiap tugas dan kerja yang dilakukan
dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan menunjukkan pencapaian yang tinggi. Perkara
yang sama juga turut dapat dilihat dalam memberikan kerja mutlak kepada kerani sumber
manusia yang mana perlu mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang
tinggi agar menjadi penentu kepada kejayaan dalam melaksanakan setiap tugas yang
diberikan.

11
Proses pembangunan kerjaya seorang pekerja akan melibatkan banyak aspek
terutamanya yang melibatkan prestasi semasa pekerja tersebut. Menurut Kopelman (1990),
prestasi kerja ialah tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh individu dalam
organisasi. Tugas dan tanggungjawab ini didokumenkan melalui borang penilaian prestasi.
Manakala Jain & Traiandis (1990) pula melihat prestasi kerja sebagai penilaian dan
membuat pengadilan terhadap kualiti dan kuantiti produktiviti seseorang pekerja dan ia
memerlukan kayu pengukur yang jelas untuk melihat individu itu berada pada tahap
prestasi yang sebenar. Kepuasan kerja dapat didefinisikan sebagai reaksi seseorang
individu terhadap pengalaman kerja mereka (Berry, 1997). Menurut Landy dan Conte
(2004) kepuasan kerja adalah perilaku positif atau keadaan emosi kesan daripada penilaian
terhadap pengalaman kerja seseorang. Menurut Ahmadi dan Alireza (2007), kepuasan
kerja adalah tahap seseorang menyukai kerjanya. Selain itu, reaksi emosi seseorang
terhadap pekerjaan tertentu juga boleh dirujuk sebagai kepuasan terhadap kerja
(Gruneberg, 1979). Oleh itu, setiap pekerja seperti Encik Hasrul perlu berusaha untuk
meningkatkan prestasi kerja mereka akan proses pembangunan kerjaya mereka akan dapat
dilakukan dengan lebih baik.

Jumlah Perkataan : 2,992 Patah

12
Rujukan
Ab Aziz Yusof, (2013). Pengurusan Sumber Manusia : Konsep, Isu Dan Pelaksanaan, Edisi
Ketiga, Diterbitkan Pearson Prentice Hall Malaysia Sdn.Bhd.

Cheese, P., Thomas, R.J. dan Craig, E. (2012) The Talent Power Organization: Strategies For
Globalization, Talent Management And High Performance, London And Philidaphia,
Kogan Page.

Chek Mat. (2014). Pengurusan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications Dan Distributors
Sdn. Bhd

Delery, J.E. dan Doty, D.H. (2012). Models Of Theorizing In Strategic Human Resource
Management: Tests Of Universalistic, Contingency, And Configurational Performance
Predictions, Academy Of Management Journal, 39, 802-35.

Deming, W.E. (2012). Some Obstacles To Improvement In Quality And Efficiency. Erfaringer
Fra Kvalitetssyring I Japan, 87-115.

Hashim Fauzi Yaacob. (2014). Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia: Cabaran Abad
Ke- 21. Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Kathleen Cotton. (2013). Developing Employability Skills. Canada: School Improment


Research Series

Raymond A. Noe (2014), Human Resources Managment, Publishing New York Mcgraw-Hill
Companies, Inc.

13