Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA
PROGRAM AMALI PENDIDIKAN LUAR

KUMPULAN : PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2014

TARIKH : 11-16 APRIL 2016

TEMPAT : CERIA BOGAK BEACH RESORT, PULAU PANGKOR,


PERAK
1. PENGENALAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan Pengarah bagi melaksanakan

Program Amali Pendidikan Luar untuk siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP) Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2014.

2. RASIONAL
Pendidikan Luar didefinisikan sebagai salah satu item yang penting bagi melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian

dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, bersesuaian dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


Selain itu, Pendidikan Luar juga akan lebih memberi kesedaran kepada individu bahawa

setiap pelajaran mempunyai kepentingan yang berbeza. Penerapan nilai yang tidak

diketahui selama ini akan diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan seperti nilai kerjasama

dan bertolak ansur amat dititikberatkan. Pelaksanaan aktiviti Pendidikan Luar seumpama ini

akan melahirkan generasi pendidik yang lebih berketerampilan, berjiwa kental dan berani

mengharungi segala cabaran dan dugaan yang bakal menimpa ketika mereka melakukan

aktiviti fizikal seperti orientering, berkayak, abseiling dan kembara .


Selain daripada itu, aktiviti Pendidikan Luar juga dapat melahirkan guru yang lebih

berdisiplin, bijak menguruskan masa, berkepimpinan dan sentiasa cemerlang dari segi

jasmani, rohani, intelektual, emosi dan sosial. Sekiranya semua elemen ini diterapkan

sepanjang program ini iaitu selama 6 hari 5 malam, nescaya prinsip Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dapat dicapai.

Di samping itu, Pendidikan Luar juga didefinisikan sebagai proses pendidikan

terancang yang dilaksanakan dalam alam semula jadi bertunjangkan kaedah experiential

learning dan memanipulasikan elemen risiko dalam membangunkan potensi holistik individu

( Mohd Amin, 2011).


Pendidikan Luar telah bermula seawal peradaban manusia (Neill, 2002). Secara amnya

Pendidikan Luar sebagai program berasaskan pendidikan yang dijalankan di luar bilik darjah

bagi mencapai pembangunan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK).

Program ini dijalankan berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) Kursus

Pendidikan Luar (PJM 3083) bagi mendedahkan guru pelatih kepada aktiviti luar

berorientasikan darat dan air yang dijalankan selama 45 jam. Melalui aktiviti pendidikan luar

siswa guru dapat menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang lebih

mendalam. Elemen yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi merupakan subjek

yang penting dan perlu didalami oleh siswa guru major Pendidikan Jasmani untuk memberi

tunjuk ajar, mengurus dan mengendalikan sesuatu aktiviti apabila bertugas di sekolah

sebagai pendidik kelak.

Ilmu yang diperolehi mampu membimbing murid disekolah nanti. Apabila guru pelatih

telah mengikuti Amali Pendidikan Luar, mereka akan merasakan Pendidikan Luar

merupakan satu kaedah pembelajaran yang menarik dan boleh diubah kaedahnya dari

proses tradisional kepada proses yang lebih dinamik dan menarik. Program ini diharapkan

bukan sahaja dilaksanakan bagi mencapai dan memenuhi RMK PJM 3083, tetapi juga bagi

memastikan guru pelatih dapat memenuhi dan menjayakan objektif pelaksanaanya serta

dapat mengaplikasikanya di sekolah kelak selaras dengan objektif yang terkandung dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).

3. OBJEKTIF
i. Memenuhi kehendak RMK Kursus Pendidikan Luar (PJM 3083) iaitu amali selama

45 jam dan dapat merancang, mengelola dan mengurus aktiviti-aktiviti Pendidikan

Luar.
ii. Mendedahkan guru pelatih kepada aktiviti yang perlu dikuasai di dalam Kursus

Pendidikan Luar.
iii. Melahirkan generasi guru yang mempunyai kemahiran yang pelbagai dalam bidang

pendidikan luar.
iv. Melahirkan pelatih guru yang mampu memahami prestasi dan cabaran semasa

sistem pendidikan Malaysia yang berfokuskan penambahbaikan akses kepada

pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),

menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan

keberkesanan sistem seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).


v. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid

bagi 13 tahun dan seterusnya sehingga tahun 2025.


vi. Menggariskan program tranformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,

termasuk perubahan utama dalam kementerian pelajaran Malaysia, yang

membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang

meningkat serta menyokong tranformasi perkhidmatan awam.


vii. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap keindahan dan

kekayaan alam semula jadi termasuk isu alam sekitar.


4. MAKLUMAT PELAKSANAAN
TARIKH : 11 16 April 2016
TEMPAT : Ceria Bogak Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak.
5. KUMPULAN SASARAN
Siswa guru program PISMP Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2014 (Rujuk Lampiran 1)
6. JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh)

Penasihat : Tuan Haji Zulkifli bin Hassan

(Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani)

Penyelaras : En Mohd Foazi bin Md Nor


Pengerusi : Muhammad Azammudin bin Sanif

Setiausaha : Bayindra Saiful

Bendahari : Muhammad Kamil bin Mohammad Nor

Ahli Jawatankuasa

Buku program dan aktiviti : Nurul Nadzirah binti Abd Karim

: Lidya Mundu

Pengangkutan dan keselamatan : Ahmad Syazwan bin Ahmad Wajiah

: Bayindra Saiful

Makanan dan minuman : Lidya Mundu

: Fazwana Evaniesha binti Karim

Logistik : Muhammad Arif bin Jaidi

: Farah Nor Iziati binti Mohd Yasin

Dokumentasi dan publisiti : Farah Nor Iziati binti Mohd Yasin

: Muhammad Kamil bin Mohd Nor

Persembahan : Fazwana Evaniesha binti Abdul Karim

: Nurul Nadzirah binti Abd Karim

7. TENAGA PENGAJAR / FASILITATOR

Sepanjang program ini dilaksanakan, tenaga pengajar / fasilitator akan dilantik dari

kalangan pensyarah-pensayarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mereka

merupakan individu-individu yang memiliki kepakaran dan berketerampilan dalam aktiviti-

aktiviti tertentu.
Senarai Nama pensyarah

Pemantau : Tn Haji Zulkifli bin Hassan

Ketua Jabatan,

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Penyelaras : En Mohd Foazi bin Md Nor

Pensyarah : En Azhar bin Awang

En Mohamed Shah bin Abdul Manan

En Sabri bin Tan

Dr Taslimah binti Haji Jalaludin

Penilai : En Abdul Wahid bin Ali Piah

En Meor Mohd Makhfudz bin Abu Hassan.

8. PENTAKSIRAN DAN PEMANTAUAN

Sepanjang tempoh menjalankan Program Pendidikan Luar ini, siswa guru turut dinilai oleh

panel penilaian yang bakal dilantik. Terdapat empat komponen pentaksiran yang akan

dilaksanakan iaitu abseiling, kayak, perkhemahan dan orienteering. Pentaksiran ini akan
menggunakan Rubrik Pemarkahan Pentaksiran Amali, Buku Panduan Pelaksanaan

Pentaksiran Amali PISMP Pendidikan Jasmani : KP (IPG) 8282 / 600 / 1 / Jilid 10 (87).

Di samping itu, pemantauan turut dijalankan oleh pihak Ketua Jabatan, Jabatan

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Ketua Unit Peperiksaan dan Penganugerahan serta

pihak Inhouse Externel Examiner (iEE). Hal ini memastikan piawaian yang telah ditetapkan

sentiasa dipatuhi.

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
i. Pakej Pelajar
BIL. PERKARA KUANTITI KOS (RM)
1. Makanan dan minuman 9 orang x RM 15 x 6 hari 810.00

2. Sewa tapak 9 orang x RM 15 x 6 hari 810.00

3. Sewa dapur dan alatan memasak RM 100.00 x 6 hari 600.00

4. Insuran 9 orang x RM 1.50 x 6 hari 81.00

5. Sewaan kayak 6 Kayak x RM 40.00 x 4 jam 960.00

6. Sewaan bot 1 Bot x RM 75.00 x 4 jam 300.00

7. Ubat-ubatan 1 unit X RM 100 100.00

Jumlah 3661.00

ii. Pakej Pensyarah

BIL Perkara Kuantiti Kos (RM)


1 Tuntutan perjalanan 3 buah kereta x RM 100.00 x 600.00

2 Penginapan (elaun penginapan) 2(pergi dan balik)

RM 100.00 x 7 orang x 6 hari 4200.00


Jumlah 4800.00

10. PENGANGKUTAN

Sebuah bas Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

11. TENTATIF PROGRAM ( Rujuk Lampiran 2)

12. PENUTUP
Program Pendidikan Luar ini diharapkan agar dapat dijalankan dengan sempurna

dan dapat memberikan pendedahan yang mencukupi tentang kemahiran di dalam Kursus

Pendidikan Luar kepada siswa-siswa guru. Semoga program yang telah dirancang ini dapat

dijayakan dan dapat mencapai objektif pelaksanaanya serta memberi pengalaman dan

kemahiran kepada guru pelatih. Hal ini dapat melahirkan generasi yang sihat, cergas dan

cerdas serta menguasai ilmu Pendidikan Luar.

LAMPIRAN 1

Senarai Nama Siswa Guru Program Amali Pendidikan Luar

UNIT : P1
OPSYEN : PENDIDIKAN JASMANI (SK)
PROGRAM : PISMP (AMBILAN JUN 2014)
BI
NAMA NO KP NO TEL
L
951212-33-
1 AHMAD SYAZWAN B MOHD WAJIAH 014-5123618
5077
950217-12-
2 BAYINDRA SAIFUL 011-19043376
6739
950217-06-
3 FARAH NOR IZIATI BT MOHD YASIN 01126957535
5614
951117-06-
4 FAZWANA EVANIESHA BT KARIM 0129396651
5056
940309-13-
5 LIDYA MUNDU 017-5909620
5692
951207-06-
6 MUHAMMAD ARIF B JAIDI 014-5070309
5199
950704-08-
7 MUHAMMAD AZAMUDDIN B. MOHD SANIF 017-5359910
6789
940921-03-
8 MUHAMMAD KAMIL B MOHD NOR 01112962601
5401
951013-01-
9 NURUL NADZIRAH BT ABD KARIM 017-7427169
7260
Disediakan oleh,

-------------------------------------------
( BAYINDRA SAIFUL )
Setiausaha Unit P Program Pendidikan Luar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.
Disemak oleh,

----------------------------------------
( EN MOHD FOAZI BIN MD NOR )
Penyelaras Pendidikan Luar,
Jawatankuasa Program Pendidikan Luar Unit P,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta Perak.

Disahkan oleh,

---------------------------------------
( TN HJ ZULKIFLI BIN HASSAN )
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta Perak.

Disokong oleh,

--------------------------------------
(TUAN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta Perak.

Diluluskan oleh,

-------------------------------------
(TUAN HAJI SULAIMAN BIN WAK)
Rektor,
Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai