Anda di halaman 1dari 3

33 Tips Menjadi Pelajar Cemerlang

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam
pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan


agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti


pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama
ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
STPM.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau


peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan
penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku


rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang
ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini
akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah
tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri
dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal
mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan
tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan
untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi
pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu
sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah
ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata carilah ilmu
pengetahuan dengan cara bersoal-jawab.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini
kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar
sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih
dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam
kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap
sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas
atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar
yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang


mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung
ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu


pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan


seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam
peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah
ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam
peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar


sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk
mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan


semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-


teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan
pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan
untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, Dont judge the book by its
cover. Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru
yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan


kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang
cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan
pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba
mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat
pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan,
aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan
gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara
yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang
dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api,
elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam
kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk
penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak junk-food.
Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah
tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang


seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat
berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan
kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah
berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah
berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi
dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang
telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah
disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat
agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek


kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi
kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan
panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh
diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai