Anda di halaman 1dari 6

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS/ PROJEK


(INDIVIDU)
SEMESTER: 6 TAHUN: 3

ELM3033
PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH:

ESTHER JOAN DAWSON


No. K/P: 951025 -10- 6236
Program: PISMP
Kumpulan Akademik: ANGKA GILIRAN:

G.6.2 2014172340044

PENSYARAH:
DR. ZAHIAH BINTI HARIS@ HARITH
USTAZAH NOR RAIHAN BINTI MOHD NOR

TARIKH HANTAR TARIKH DITERIMA:

17 FEBRUARI 2017

TUGASAN 1
Huraikan peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai. Banding beza di antara pentaksiran formal dengan pentaksiran tidak
formal dan bincangkan masalah pentaksiran yang berlaku di sekolah.
1.0 PENDAHULUAN

Sejak mutakhir ini, pelbagai gejala yang tidak bermoral berlaku yang menunjukkan manusia,
khususnya kalangan murid sekolah sudah mula terhakis nilai-nilai kemanusiaan. Unsur ganas
dan zalim telah memenuhi ruang hati yang mengakibatkan manusia seperti kehilangan rasa
kemanusiaan. Disebabkan terhakisnya nilai kemanusiaan, manusia sanggup memukul,
membelasah rakan sebaya dan akhirnya membawa kepada pembunuhan. Iman dan amal
perbuatan sangat berkait rapat dalam kehidupan Islam. (Aminudin Mansor, 2013) Justeru, Nabi
SAW bersabda: "Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal
perbuatan tanpa iman." (riwayat Ath Thabrani dalam Muhammad Faiz Almath, 1991)

Sehubungan dengan itu, anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 jelaslah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai-
nilai murni. Antaranya, mengukuhkan pendidikan agama Islam dan pendidikan moral dengan
memberi lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.

1.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN MORAL

Bagi melaksanakannya, maka peranan dan tanggungjawab guru pendidikan moral adalah amat
signifikan. Menurut Mohamad Muda (1998), para pendidik bertanggungjawab dalam menerapkan
nilai-nilai murni dan akhlak di mana penekanan dititikberatkan mengenai perlakuan baik,
peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen-
elemen ini sangat penting dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

1.1.1 Guru Sebagai Mentor (Muaddib)

Guru boleh mengajar tetapi belum tentu berjaya mendidik. Oleh itu, guru sebagai mentor
bertanggungjawab sebagai penerap nilai dan penyampai ilmu serta pengasuh kemahiran sosial
kepada anak didikan mereka. Peranan mentor adalah sebagai kawan, pembimbing, kaunselor
dan juga guru (Bova, 1984). Sementara, mentor iaitu muaddib yang bermaksud mendidik dalam
membentuk adab daripada perspektif Islam. (Salhah Abdullah & Ainon Mohd, 2005). Dalam
pembentukan rakyat yang menghayati nilai, guru perlulah berperanan sebagai muaddib semasa
memupuk adab, akhlak dan nilai ataupun proses pembentukan disiplin dan sikap bagi
membentuk sahsiah murid. Contohnya, seseorang murid terlibat dengan gejala maksiat, maka
guru perlu mendidik murid tersebut mengenai kesan daripada tindakan yang dilakukan agar tidak
bercanggah dengan nilai-nilai moral dan membimbing murid tersebut ke jalan yang benar.
1.1.2 Guru Sebagai Role Model

Tingkah laku guru merupakan contoh teladan yang akan diikuti oleh murid-murid. Oleh itu,
guru berperanan sebagai role model haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh
menjadi teladan kepada murid untuk dicontohi. Ini ditegaskan oleh Bergem (1990) iaitu, kanak-
kanak memerlukan hubungan sosial yang rapat dengan orang dewasa yang merupakan role-
model dan membantu mereka bertindak, belajar dan bermain. Dalam hal ini, guru harus
berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa rajin, menepati masa, rajin dan
mempunyai sikap positif (Mok Soon Sang, 2014). Sebagaimana yang kita ketahui,
tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik
darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek
perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan
yang bermoral tinggi, harmonis dan seimbang.

1.1.3 Guru bertanggungjawab mewujudkan persekitaran kelas yang memberangsang dan


positif

Dalam menjayakan aspek penerapan nilai murni dan penghayatan nilai murni, guru merupakan
orang yang penting dalam melaksanakan strategi ini. Persekitaran yang menggalakkan dan
menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses P&P serta penghayatan nilai-nilai
murni (Mohammad Khairi Othman & Asmawati Suhid, 2010). Hasil dapatan kajian Khadijah Zon
dalam Habsah Ismail (2000) mendapati bahawa pihak sekolah dan guru perlu mengetahui
tentang keperluan untuk mewujudkan satu budaya sekolah yang dikehendaki dalam KBSM. Oleh
itu, guru peka dengan keperluan murid piramid Heiraki Keperluan Maslow. Contohnya, guru
memastikan murid mendapat keperluan fisiologi yang secukupnya, dari aspek keselamatan pula,
guru perlu memastikan murid selamat dari sebarang gangguan luar, seperti geng buli dan
sebagainya.

Bagi aras sosial, guru perlulah menerapkan unsur kasih sayang dalam kelas antara guru
dan murid, murid dan murid. Hasil daripada ini, murid akan berasa dipunyai dan terjalinnya
persahabatan. Seterusnya, bagi aspek penghargaan, guru perlulah memberi peneguhan positif
kepada murid yang menghayati nilai-nilai murni, dengan ini, murid akan berasa di hargai. Aras
yang tertinggi adalah untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri di mana murid akan minat
untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang lain, kreativiti dan keaslian serta penolakan
terhadap tekanan sosial. Di sini, dapat dilihat, apabila guru peka dengan keperluan murid, maka
murid yang mencapai kesempurnaan kendiri ini, tanpa disedari akan menghayati nilai-nilai murni.
Kaedah pengajaran

Pemilihan pendekatan mengajar dan bahan pengajaran yang dapat mengintegrasikan


nilai-nilai murni seiring dengan objektif yang telah ditetapkan perlu dilakukan semasa melakukan
perancangan pengajaran. Ini disokong oleh Baharom Mohamad et al (2008) bahawa, sekolah
dianggap sebagai penggerak utama dalam mencorakkan pemikiran dan tingkah laku pelajar,
maka pendekatan guru dalam menyampaikan subjek tertentu serta interaksi yang berlaku banyak
mempengaruhi personaliti pelajar. Justeru itu, guru perlu menjadikan aktiviti pembelajaran
menarik supaya murid dapat menguasai objektif pengajaran serta mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian. Menurut Rahil Mahyuddin et al (2009), antara teknik mengajar yang
boleh digunakan termasuklah simulasi, pendekatan projek seperti projek gotong royong untuk
rumah anak yatim, lawatan ke pusat warga emas dan sebagainya yang dapat memberi peluang
kepada murid untuk berinteraksi dengan warga sekolah dan juga masyarakat. Interaksi pelbagai
hala seperti ini perlu digalakkan kerana secara tidak langsung membentuk rakyat yang
menghayati nilai-nilai seperti bertoleransi, nilai tolong menolong, nilai kasih sayang dan
sebagainya.
1.2 BANDING BEZA PENTAKSIRAN FORMAL DAN PENTAKSIRAN TIDAK FORMAL

Pentaksiran adalah untuk memantau dan mengetahui keberkesanan dan kecemerlangan


program yang dilaksanakan serta merupakan sebahagian daripada proses PdP (Sulaiman
Shamsuri, 2008)

Pentaksiran secara formal merupakan pentaksiran yang dilakukan secara terancang di


dalam bilik darjah dan sekolah dengan menggunakan alat pengukuran yang sesuai bagi
memastikan proses pembelajaran mencapai objektif yang diharapkan (Abdullah Zhidi Omar &
Mahdi Shuid, 2016). Pentaksiran formal merangkumi pentaksiran formatif fan sumatif.
Pentaksiran formatif melibatkan penggunaan ujian untuk meningkatkan prestasi perkembangan
pembelajaran semasa. Pentaksiran tersebut dilakukan semasa dan setelah murid selesai
mengikuti satu unit pelajaran.

Pentaksiran tidak formal dilakukan dengan membuat pemerhatian dan mendapatkan


maklum balas daripada pihak lain tentang seseorang murid di dalam bilik darjah (Abdullah Zhidi
Omar & Mahdi Shuid, 2016). Pemerhatian dan penilaian terhadap murid mungkin berasaskan
tingkah laku, emosi dan kognitif. Pelaporan penghayatan moral murid hendaklah membayangkan
ciri-ciri perkembangan murid. Pelaporan ini hanya menghuraikan tahap kemajuan murid.

Banding beza pentaksiran formal dan pentaksiran tidak formal dari segi aspek yang
pertama adalah, matlamat pentaksiran. Matlamat pentaksiran formal adalah untuk mengetahui
keberkesanan pengajaran agar guru dapat merancang dan mengubah suai pengajaran serta
dapat memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain.
Manakala, Pentaksiran tidak formal lebih menjurus kepada membuat penilaian serta
pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah.

Seterusnya, perbezaan kedua adalah dari aspek instrumen pentaksiran. Pentaksiran


formal melibatkan penggunaan instrumen seperti ujian formatif atau sumatif untuk melihat
pencapaian murid dalam sesuatu bab pembelajaran atau mata pelajaran, manakala bagi
pentaksiran tidak formal pula, instumen yang digunakan adalah seperti kaedah pemerhatian,
senarai semak, rekod anekdot, portfolio, hasil kerja murid, maklumat daripada ibu bapa, rakan
atau guru lain yang mengetahui tentang murid tersebut.
Perbezaan kedua adalah dari aspek format. Pentaksiran Formal mempunyai format
piawai yang tertentu seperti pembinaan soalan ujian berdasarkan Jadual Spesikasi Ujian (JSU).
JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji serta
memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan, manakala
bagi pentaksiran tidak formal, format boleh diubahsuai oleh guru terutamanya dalam menilai
tingkah laku atau amalan moral melalui penggunaan kaedah temu bual. Temu bual merupakan
satu instrumen yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Temu bual yang
dijalankan sama ada berstruktur atau tidak berstruktur tidak mempunyai format dan dibina oleh
guru mengikut keperluan murid.

Anda mungkin juga menyukai