Anda di halaman 1dari 15

Ujian

Pilih jawapan yang betul.

1. Ayah menghadiahi abang sebuah motosikal berjenama_________.


A. Pensonic B. Modenas C. Bernas D. Wira

2. Linda segera menanggalkan _________nya lalu masuk ke dalam rumah.


A. rambut B. baju C. kasut D.
tangan

3. Semasa cuti sekolah, Arman dan keluarganya melancong ke ________.


A. Klinik Kasih B. Restoran Ali C. Pulau Pinang D. Pasar
Besar Kepayang

4. ______ aedes membawa virus yang boleh menyebabkan demam denggi.


A. Lalat B. Nyamuk C. Burung D. Ayam

5. Buah ____ sangat berkhasiat dan membantu sistem penghadaman kita.


A. labu B. bawang C. durian D. betik

6. Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah ________.


A. Gunung Angsi B. Gunung Kinabalu C. Gunung Everest D.
Gunung Tahan

7. Sekumpulan pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk


mengambil gambar ____________ di dalam gua itu.
A. labah-labah
B. labi-labi
C. kelawar
D. cengkerik
8. ____________ itu mendapat maklumat dari anak guamannnya
sebelum perbicaraa disambungkan semula.
A. Peguam
B. Hakim
C. Juruaudit
D. Arkitek

9. Pemuda itu menjatuhkan baldi ke dalam ____________ untuk


mendapatkan air.
A. kolam
B. perigi
C. kolah
D. lopak

10. Jurukamera itu mengambil gambar kedua-dua pengantin itu di


dalam____________
A. auditorium
B. stadium
C. studio
D. garaj

11 "Nah, ambil wang _______! k"ata emak sambil menghulurkan wang


kepada
saya.
A itu
B ini
C sini
D situ

12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.


A itu
B sini
C sana
D mana
13 "Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan
kesejukan.
A mana
B sini
C situ
D ini

14 "Jangan berkelakuan _______, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.


A begitu
B begini
C itu
D ini

15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa

16 Duduklah di _______ yang kausuka.


A mana
B siapa
C siapa-siapa
D mana-mana

17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.


A bila-bila
B apa-apa
C siapa-siapa
D mana-mana

18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.


A Bila-bila
B Apa-apa
C Mana-mana
D Siapa-siapa

19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.


A bila
B siapa
C bila-bila
D siapa-siapa
20 "_______lah ucapan daripada Guru Besar," kata juruacara majlis.
A Ini
B Begini
C Begitu
D Demikian

21. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang


berat itu di muara sungai.
A menghulurkan C meletakkan
B melontarkan D melabuhkan

22. Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan
yang lebat itu.
A mencapai C menggarap
B menduduki D merangkul

23. Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________
di kawasan hutan tebal di kaki bukit.
A terjumpa C berjumpa
B dijumpai D menjumpai

24. Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan


sempadan.
A menumbangkan C menewaskan
B menundukkan D menumpaskan

25.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak
kerajaan.
A penghapusan C penerokaan
B pembersihan D pembasmian

26.Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A mengikis C meraut
B menarah D mengupas

Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.


27. A Ali suka membaca buku.
B Dia pancing ikan di sungai.
C Ahmad tendang bola itu.
D Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.

28. A Adik saya suka menangis.


B Air sungai itu mengalir deras.
C Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Turki.
D Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.

Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul .


29. A Pak Mat sedang membelah kayu.
B Ruzila sedang memasak kuih.
C Noraini sedang makan buah rambutan.
D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.

30. A Jangan melompat.


B Dia lompat jauh.
C Dia senyum kepada saya.
D Ani bersalam dengan saya.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


31. Anjing liar itu ________ seketul tulang.
A mengepit C menjamah
B mengonggong D memakan
32. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar
itu.
A ditipu C ditegur
B disapa D dikunjungi

33. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
A mencabut C memotong
B mencukur D menggunting

34. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal
keseorangan di teratak buruk itu.
A melancong C menziarahi
B mendatangi D menemui

35. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________


daging pada lidi sebelum membakarnya.
A meraut C memasuk
B menjolok D mencucuk

36. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang
untuk ________ puisinya.
A menyanyikan C mengalunkan
B mempamerkan D mendendangkan

37. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain
Sekolah Kebangsaan Kampung Aman.
A diangkat C dipegang
B disambut D dijulang

38. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
A menyudu C menyodok
B meminum D mencedok
39. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat
melanggar seekor gajah.
A tergelincir C terbabas
B tersangkut D tersangkut

40. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi
pondoknya.
A menenun C menyirat
B menganyam D menyulam

41 Ekspo pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ___________ mendapat


sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.
A jika
B ketika
C hingga
D sementara

42 Makanlah makanan yang berkhasiat ___________ badan kamu sentiasa


cergas.
A jika
B sejak
C kerana
D supaya

43 Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti, __________


Azminmengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
A dan
B lantas
C manakala
D sementara

44 Tetamu itu bangun _________ turun ke serambi.


A dan
B lalu
C maka
D setelah

45 Manjeet berkata ________ dia pasti akan mengikuti rombongan sambil


belajar ke Putrajaya itu.
A bahawa
B seraya
C maka
D agar
46 Ibu tua itu memeluk anaknya _________ membelai rambutnya.
A serta
B walhal
C malahan
D kendatipun

47 Pak Mat mengumpul nira _______ dibuat manisan dan tuak.


A setelah
B semasa
C untuk
D bagi

48 ___________ hujan turun, pasukan bola sepak itu masih bermain di


padang.
A Semoga
B Tatkala
C Hingga
D Supaya

49 _____________ letih, pelumba basikal itu meneruskan kayuhannya


sehingga ke garisan penamat.
A Tatkala
B Semasa
C Sungguhpun
D Walau bagaimanapun

50 Pertahanan negara perlu diperkuat ___________ keamanan negara


sentiasa
terjamin.
A agar
B untuk
C hingga
D bahawa

51 Sri Devi tidak akan makan _________ ibu tidak memujuknya.


A setelah
B apabila
C sekiranya
D sementara

52 Setelah mendapati rakan-rakan lain berdiam diri, Rodiah __________


mengangkat tangan untuk menjawab soalan Matematik itu.
A maka
B lantas
C sambil
D justeru

53 Sekumpulan pekerja sedang berehat sambil berbual-bual ___________


menyambung tugas masing-masing.
A sementara
B semenjak
C sebelum
D semasa

54 Bukan Amirul sahaja yang pemurah __________ anaknya juga


dermawan.
A malahan
B namun
C tetapi
D maka

55 __________ kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita pasti


berjaya.
A Semenjak
B Sekiranya
C Semasa
D Selagi

56 ___________ sebelum kejadian itu berlaku, mereka kelihatan bermain


bola di tepi pantai.
A Apabila
B Justeru
C Sejurus
D Ketika

57 Wafiy akan terus berusaha _________ cita-citanya untuk menjadi


seorang
angkasawan belum tercapai.
A sementara
B walaupun
C apabila
D selagi

58 Sampah itu dikutipnya ___________ dibuangnya ke dalam tong sampah.


A seraya
B apabila
C bahawa
D kemudian

59 ___________ menunggu bas, Norita membaca buku cerita.


A Setelah
B Jikalau
C Walaupun
D Sementara

60 Perlawanan itu akan dibatalkan __________ hujan turun dengan


lebatnya.
A semoga
B kerana
C jikalau
D untuk

61 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.


A cair
B putih
C pekat
D merah

62 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah


berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar

Gambar 1
Soalan 63 berdasarkan Gambar 2

63 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula


harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam

64 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah
__________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul

Gambar 2

Soalan 65 berdasarkan Gambar 2

65 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.


A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
66 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket
bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang

67 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan
lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman

68 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.


A baik
B cergas
C nyaman
D indah

69 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala


Woh itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup

70 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-
gurumereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh

71 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-


ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang
72 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

73 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.


A utas
B untai
C gulung
D lembar

74 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik


Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

75 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.


A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

76 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.


A kelompok
B tompok
C buah
D biji

77 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia
menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

78 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.


A biji
B ulas
C buah
D buku

79 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada


jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

80 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.


A butir
B das
C biji
D pucuk

Aduh Aduhai Amboi wahai Cis Wah


Nah Syabas Hai Oh Eh

81 ______________, sudah lama kita tidak berjumpa !


82______________, kamu rupa-rupanya yang mengambil pensel aku !
83 ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam
peperiksaan Bahasa Melayu.
84 ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa
kemalangan di jalan raya itu.
85 ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama!
86 ______________, merahnya baju awak !
87 ______________, cubalah kek yang saya buat ini !
88 ______________, rupa-rupanya awak yang mencuri duit aku !
89 ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang
ditimpa bencana bumi seperti tsunami dan gempa bumi.
90 _____________, sakitnya gigi aku !
91 _____________, cantiknya bunga ini !
92 _____________, berani kamu menggangu adikku !
93 _____________, ambillah wang ini !
94 _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam
pertandingan melukis itu !
95 _____________, peningnya kepala aku ini !
96 _____________, sakitnya perut aku ini !
97 _____________, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!

Anda mungkin juga menyukai