Anda di halaman 1dari 3

TRIAGE

Triaging bermaksud sistem pengasingan mengikut kepentingan dan

keperluan. Mengasingkan pesakit yang hadir di jabatan kecemasan mengikut

keutamaan dan prognosis (peluang untuk selamat) setiap pesakit

TUJUAN TRIAGING

Tujuan triaging adalah untuk menentukan peringkat keterukan sesuatu

kes yang memerlukan pertolongan dan rawatan. Dengan adanya triage

pesakit dapat disaring dengan lebih teliti sebelum mendapatkan rawatan

selanjutnya. Selain itu, pendiagnosan pesakit dapat dilakukan dengan cepat

dan tepat mengikut zon-zon yang terdapat di jabatan kecemasan.

SISTEM TRIAGE DIPRAKTIKKAN DI PENEMPATAN KLINIKAL

Sistem triage ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu primary dan

secondary. Primary adalah untuk kes bencana atau on-site untuk kes di

Jabatan kecemasan. Dalam secondary triage di Jabatan kecemasan, kes

pesakit akan dibahagikan kepada 3 zon utama dan 2 zon tambahan.

Zon pertama adalah Zon Merah. Didalam Zon Merah, staf kesihatan

akan mengendalikan kes-kes yang kritikal. Kes dimana jika terlambat diberi

rawatan walaupun seminit, pesakit akan mati.


Zon kedua adalah Zon Kuning. Zon kuning secara asasnya adalah kes

separa kritikal. Zon Kuning mengendalikan kes-kes yang tidak terlalu teruk

seperti kes di Zon Merah, tetapi pesakit yang dirawat masih diambang maut.

Zon Hijau mengendalikan kes yang tidak kritikal daripada kes

kemalangan kecil seperti putus jari, luka yang memerlukan jahitan dan

cucian. Kepatahan yang tidak serius dan membahayakan diri pesakit, kes

demam low-grade, sehinggalah ke kes kecil. Kebanyakan kes di Zon Hijau

adalah untuk pesakit yang masih mampu berdiri dan melakukan beberapa

aktiviti yang dilingkupkan didalam 14 Aktiviti Harian (ADL) contohnya

bernafas, mendengar, melihat, makan, minum, tidur dan lain-lain.

PERANAN DAN TUGAS PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN SEBAGAI TRIAGE

Pembantu pegawai perubatan (PPP) berperanan melakukan

penyaringan awal di triage untuk dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu zon

merah, zon kuning dan zon hijau mengikut keterukan yang dialami oleh

pesakit. PPP mengendalikan kaunter Triage berdekatan pintu masuk utama

ke Jabatan Kecemasan untuk pengasingan.

Selain itu, pembantu pegawai perubatan juga membuat diagnosis awal

sesuatu penyakit kepada pesakit sebelum dirujuk kepada pegawai

perubatan. Rawatan kecemasan juga diberikan kepada pesakit yang telah

diasingkan mengikut zon-zon. PPP berperanan menjadi pegawai yang terawal

menerima pesakit di jabatan kecemasan dan menerima pesakit sebelum

melakukan rawatan di hospital.