Anda di halaman 1dari 11

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 2016

UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

MANUAL PENGGUNA
SISTEM PENSKORAN OFFLINE (UAT3 v1.0)

1. Sistem Operasi: MS Word 2007 dan MS Excel 2007 dan ke atas.


2. Simpan kedua-dua fail Excel dan Words dalam Folder baru atas Desktop.
3. Hanya satu set fail Excel dan Words diperlukan untuk semua kelas.

MS Excel
Ini adalah fail (UAT3v1.0) untuk penyimpanan semua data keputusan Ujian Aptitud Am Tahun 3. Satu fail excel
(UAT3v1.0)) untuk semua kelas.

1. Buka fail excel yang disimpan untuk mengisi data Pentaksiran Psikometrik.
2. Terdapat 5 butang utama dan 9 butang analisa setiap domain pada papan pemuka.
Butang analisa
Domain

5 Butang utama

3. Masukkan Nama Sekolah, kod sekolah, nama GBK dan Nama Guru Besar pada ruang yang disediakan.
4. Klik pada butang DATA untuk memasukkan data psikometrik.
5. Nama murid, Kelas, Nombor Kad Pengenalan murid dan skor hanya perlu dimasukkan dalam worksheet ini.

Klik untuk kembali ke


papan pemuka

6. Markah yang dimasukkan dalam worksheet DATA akan dipindahkan secara automatik ke dalam
3 pecahan maklumat kelas dan 9 analisa mengikut domain kecerdasan.

7. Semua worksheets lain telah dikunci supaya formula tidak berubah yang akan menyebabkan pindahan skor
yang salah. Setelah selesai memasukkan maklumat murid dan data skor murid, klik butang MENU UTAMA
untuk kembali ke Papan Pemuka.

Klik pada anak panah


dan pilih kelas untuk
paparan kelas

8. Kini anda boleh mendapatkan dapatan Pentaksiran Psikometrik mengikut kelas. Anda hanya perlu klik
pada ruang KELAS UNTUK PAPARAN, dan klik pada butang anak panah di hujung kanan ruang dan pilih
kelas.
Pilih dan klik untuk paparan
yang dikehendaki

9. Kini anda boleh mendapatkan maklumat berdasarkan Profil Kelas, Analisis Kelas (graf mengikut domain
kecerdasan) dan Profil Individu dengan hanya klik pada butang seperti di atas.

Profil Kelas
Analisis Kelas

Profil Individu

10. Anda boleh mencetak maklumat di atas mengikut keperluan.


11. Klik pada butang MENU UTAMA untuk kembali ke Papan Pemuka.
ANALISA KECERDASAN

12. Klik pada butang domain untuk mendapatkan maklumat data yang dikehendaki mengikut domain.

Contoh: Untuk mendapatkan senarai nama murid mengikut domain BM1, klik pada butang VL BM 1, klik
pada tanda anak panah pada bahagian catatan dan saring jenis data yang dikehendaki.

Nota: Semua column dengan anak panah boleh digunakan untuk saringan jenis data yang diperlukan

13. Cetak worksheet PROFIL KELAS dan ANALISIS untuk serahan kepada pihak pentadbir, Setiausaha PBS
untuk tindakan intervensi susulan.
Cetak worksheet setiap domain kecerdasan untuk rujukan intervensi atau mana-mana pihak
berkepentingan mengikut keperluan untuk tindakan susulan.

14. Klik MENU UTAMA untuk kembali ke Papan Pemuka.


CETAKAN PENYATA KEPUTUSAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

MS Excel - untuk cetakan Penyata Keputusan Pentaksiran Psikometrik (Profil Individu)

1. Klik pada butang PROFIL INDIVIDU

Klik pada kotak


NAMA MURID

2. Klik pada kotak NAMA dan pada anak panah di hujung kotak untuk pilihan nama
murid. Cetak Penyata ini secara satu per satu untuk diserahkan kepada murid/penjaga.
MS Word

Ini adalah fail untuk cetakan Penyata Keputusan Pentaksiran Psikometrik (Profil Individu) secara sekaligus
bagi setiap kelas. Satu fail word akan wujud pada akhir operasi ini dan akan disimpan mengikut kelas.

1. Operasi Mail Mergingdigunakan untuk memindahkan data dari fail excel ke word dalam bentuk
Penyata Keputusan Pentaksiran Psikometrik murid secara individu.

2. Klik KELAS UNTUK PAPARAN pada Papan Pemuka dan pilih kelas yang ingin dicetak.

Klik pada anak panah


untuk pilih kelas yang ingin
dicetak
3. Buka fail PENYATA KEPUTUSAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK di dalam folder UAT3 v1.0.

4. Klik Mailings > Select Recipients > Use Existing List


5. Paparan seperti dibawah akan keluar dan klik fail excel (fail yang mengandungi data yang
dikehendaki iaitu UAT3v1.0.xls (dalam folder UAT3v1.0) > Open.
6. klik pada MAIL MERGE > OK
7. Setelah selesai, klik Finish & Merge > Edit Individuals Documents.
8. Pilih dan klik All > OK

9. Satu fail word baru bertajuk Letters yang mengandungi Penyata Keputusan setiap murid di
dalam kelas yang dipilih akan diwujudkan secara otomatik.

Peringatan: Fail words (Letters) akan memaparkan 60 helaian secara otomatik. Sila cetak Penyata
Keputusan mengikut bilangan murid di dalam kelas yang dipilih sahaja.

10. Simpan fail word Letters (Save as) mengikut kelas.

Contoh nama: PENYATA KEPUTUSAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK_6M.


11. Cetak semua penyata ini untuk diserahkan kepada murid/penjaga.

Nota: Jika terdapat masalah teknikal dalam operasi Mail Merge ke fail word, sila cetak Penyata
Keputusan
Pentaksiran Psikometrik individu murid dari fail excel, worksheet PROFIL IND(sila rujuk mukasurat 6).

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai