Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Saya Vegeneswari a/p Kesavan dari unit PJK PISMP semester 3 bersyukur kepada
Tuhan yang maha berkuasa dan maha penyayang kerana dengan limpah kurnianya dapat
menjayakan tugasan Gimnastik PJM 3072. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapakan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam tugasan ini. Terutamanya kepada
pensyarah saya, En.Jalil Bin Osman yang telah telah banyak tunjuk ajar dan menjadi fasilitor
untuk menyiapkan tugasan ini. Tajuk tugasan kerja kursus ini ialah kemahiran asas gimnastik
jenis aktiviti dan keselamatan semasa aktiviti dijalankan.

Kerja kursus ini dibahagikan kepada dua iaitu mandapatkan maklumat berkaitan tajuk
pola pergerakan yang dipilih dengan menggunakan dalam aktiviti gimnastik. Saya telah mencari
kepentingan kemahiran asas gimnastik, jenis aktiviti dan pergerakan yang sangat baik. Tugasan
ini adalah tugasan individu dan tugasan berkumpulan. Secara berkumpulan kami menyediakan
buku skrap yang menunjukkan kefasihan aktiviti yang betul dan tepat. Pada awalnya, tugasan
ini amat sukar dan saya berasa takut. Namun begitu, setelah mendengar penerangan daripada
pensyarah saya En.Jalil Bin Osman saya lega dan yakin untuk menyiapakan kerja kursus ini.

Seterusnya, untuk tugasan ini saya juga mengambil kesempatan seperti berbincang dengan
rakan sekumpulan saya. Saya mengambil masa yang agak panjang untuk mencari bahan di
pusat sumber, artikel dan internet. Pencarian bahan bahan yang berkaitan kemahiran asas
gimnastik i agak tepat dan jelas. Oleh sebab itu, saya telah memastikan aktiviti yang saya telah
cari betul dan tepat. Saya telah semak dengan pensyarah subjek ini.

[Type text] Page 1


Saya telah mendapatkan maklumat tentang merancang Rancangan Pengajaran Harian
RPH berdasarkan aktiviti dari panduan pengajaran KSSRTahun 4. Saya menyediakan RPH
mengikut format yang ditetapkan.Oleh itu, saya mengambil masa untuk analisis ansur maju bagi
kemahiran yang saya telah dipilihnya. Walau bagaimanapun, pengalaman saya yang pernah
mengajar di sekolah selama empat tahun dan ini membantu saya untuk mendapatkan
gambaran tentang hujah yang bernas bagi menyokong setiap pernyataan.

Saya juga mengambil masa yang panjang bagi menghasilkan bahan keseluruhan jenis
kemahiran gimnastik yang sesuai untuk sekolah rendah. Saya mengambil masa untuk memilih
tajuk untuk bina aktiviti yang sesuai dan menepati kehendah standard pembelajaran yang
dinyatakan secara kritis dan kreatif. Saya juga telah mendapatkan idea idea bukan sahaja dari
rakan sekumpulan malah rakan rakan seunit. Disamping itu, saya mencari ideaidea dalam
internet dan buku-buku yang berkenaan.

Selain itu, kami sekumpulan telah mencipta buku skrap dan menghasilkan kemahiran
senaman lantai dan lombol. Rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat
tambahan. Mereka membantu kami untuk membuat kerja kursus ini dengan lebih mudah.
Semasa membuat bahan ini kami, mendapatkan lagi bukti-bukti yang kukuh, terperinci. Sebagai
seorang guru harus saya mengaplikasikan gimnastik artistik di kalangan murid-murid sekolah
rendah supaya mereka dapat gambaran terhadap Pendidikan Jasmani dan kesihatan,

Akhirnya, saya ingin menyatakan di sini bahawa tugasan ini memberi input yang banyak
dalam diri saya. Tugasan ini membantu untuk menilai dan memperbaiki diri saya. Selain itu,
saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada ahli kumpulan saya yang banyak
membantu untuk menjayakan tugasan kumpulan menyediakan buku skrap ini dengan baik.
Saya turut juga sangat berterima kasih kepada pensyarah saya yang membantu saya secara
langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan serta menjayakan kerja kursus pendek ini
dengan baik.

Senyum selalu Sekian, terima kasih.

[Type text] Page 2

Anda mungkin juga menyukai