Anda di halaman 1dari 9

GROUP: E

NAMA : JANENETTY ANAK KAREK NO. MATRIK: D20141066837

UNIT 6: DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN


MALAYSIA

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran unit ini, anda dapat:


i. Menerangkan konsep dan pengertian dasar pendidikan.
ii. Membandingbezakan dasar pendidikan yang berkaitan dengan kawalan, solusi, kebajikan
dan inovasi.
iii. Membahaskan dasar pendidikan yang berkaitan dengan pembangunan insan

TUGASAN: Falsafah dan dasar pendidikan memainkan peranan penting dalam


menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia. Bincangkan hubungkaitan dan
kepentingannya dalam pembangunan pendidikan negara.
Rujukan: http://moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf

6.0 Peta Minda

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

1
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.1 Keterangan mengenai hubungan di antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan


dan sistem pendidikan negara.

Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau


FALSAFAH
panduan terhadap perkara-perkara yang
PENDIDIKAN
berhubung kait dengan pendidikan. Ia juga
merupakan matlamat pendidikan sesebuah
DASAR
negara adalah berdasarkan falsafah
PENDIDIKAN
pendidikan yang telah ditetapkan. Berdasarkan
falsafah pendidikan yang telah ditetapkan
juga, maka segala perancangan dalam
SISTEM pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar,
PENDIDIKAN pengisian program pendidikan, penentuan isi
kandungan kurikulum, aspek pelaksanaan
kurikulum dan sebagainya akan berfokus dan
menuju ke arah yang sama.

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Dasar yang telah digubal akan menjadi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan teras serta sumber rujukan dalam setiap
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Antaranya: program yang akan dirancang dan
a) Pendidikan Prasekolah
dilaksanakan Formulasi idea sebagai
Program pendidikan bagi murid yang
berumur dari empat hingga enam tahun panduan untuk tindakan melaksanakan
Falsafah Pendidikan. Merupakan satu
b) Pendidikan Rendah dokumen yang menggambarkan aspirasi

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Kursus pengajian pada peringkat rendah kerajaan dalam menentukan hala tuju
yang direncanakan bagi tempoh enam tahun
pendidikan negara. Dasar yang telah
tetapi yang boleh tamat diikuti dalam
tempoh antara lima hingga tujuh tahun. digubal akan menjadi teras serta sumber
Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau rujukan dalam setiap program. Dasar
sekolah jenis kebangsaan. pendidikan yang digubal memberi
tumpuan kepada pelbagai aspek dan
c) Pendidikan Menengah
komponen dalam sistem pendidikan,
Pendidikan yang terdiri daripada
pendidikan menengah rendah dan iaitu meliputi peringkat pendidikan
menengah atas. formal, jenis pendidikan, kurikulum,
Pendidikan menengah yang diadakan terdiri pentadbiran, penyertaan dan agihan
daripada :- infrastruktur dan sumber. Perincian
i. sekolah akademik
dasar-dasar sedemikian rupa adalah
ii. sekolah teknik dan vokasional
iii. sekolah kebangsaan agama untuk memastikan pengukuhan prinsip
demokrasi, kesamarataan dan
d) Pendidikan Lepas Menengah kesejagatan dalam pendidikan
Pendidikan yang disediakan untuk
seseorang yang sudah tamat mengikuti
pendidikan menengah rendah dan
menengah atas, tetapi tidak termasuk
pendidikan tinggi.

2
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.2 Kepentingan dasar-dasar pendidikan di Malaysia.

(a)
Dasar Kawalan

(d) DASAR- (b)


Dasar Inovasi DASAR Dasar
PENDIDIKAN Kebajikan

(c)
Dasar Solusi

Rajah 6.2: Dasar-dasar pendidikan di Malaysia

Dasar Keterangan Contoh


Pendidikan
a) Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk - Rang Undang-

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Dasar kawalan adalah untuk pencegahan, pengajaran dan Undang Pendidikan
peringatan. - Akta Pendidikan
Hukuman berat yang dikenakan kepada (1961 & 1996)
pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk - Peraturan &
penjara atau denda atau kedua-duanya sekali Tatatertib Dalam
Dalam perkhidmatan awam tindakan Pendidikan
mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, - Undang-Undang
amaran bertulis, penahanan, pemindahan, Pendidikan
pengekalan (statik) dan pemecatan. - Tatatcara Disiplin
Ganjarannya pula ialah kesinambungan
operasi, perkhidmatan kepada mereka yang
akur.

b) Dasar solusi Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian - Dasar 1 Murid 1


masalah yang memberi tumpuan kepada Sukan
aspek sosial dan ekonomi. - Dasar Keciciran
Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan sifar
untuk mengatasi masalah yang timbul. - Dasar Integrasi
Dasar-dasar solusi dalam pendidikan Nasional
mensejajarkan semula hala tuju,
pelaksanaan dan perancangan yang dibuat

3
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

dalam bidang pendidikan.

c) Dasar ini berkaitan dengan usaha - Yuran pendidikan


Dasar memperbaiki kebajikan & perkhidmatan percuma
Kebajikan dalam pendidikan. - Pemberian
Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap pinjaman buku teks
keilmuan, kemahiran dan kemanusian secara menyeluruh
kepada tahap yang lebih tinggi kerana - Biasiswa
pendidikan dapat mengubah status individu - PTPTN
dan struktur sosial, ekonomi dan politik - Rancangan
Makanan Tambahan
- KWAMP

d) Bertujuan membawa pembaharuan dalam - Jenis sekolah:


Dasar Inovasi masyarakat menerusi pendidikan. Sekolah Bestari,
Dasar jenis ini bersifat futuristik-pragmatik Sekolah Kluster dan
kerana cuba membawa masyarakat kepada Sekolah Berprestasi
keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada. Tinggi
Penyertaan secara holistik dan komprehensif - Bahan pengajaran
dari semua pihak menjadi penentu kepada berasaskan teknologi
kejayaan dasar jenis ini maklumat dan
multimedia
- Pentaksiran
Berasaskan sekolah

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

4
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.3 Pengaruh dasar-dasar pendidikan terhadap pembangunan insan dan negara.

Dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan adalah Dasar Pendidikan Kebangsaan mempengaruhi


bagi pembangunan insan ke arah mewujudkan pembangunan negara kerana melalui dasar-dasar
masyarakat yang mapan. Hasrat Falsafah tersebut menghasilkan rakyat yang bersatu, guna
Pendidikan Kebangsaan adalah agar berlaku tenaga penuh, negara yang stabil, aman dan
pembangunan insan yang seimbang dan bersepadu makmur, warganegara yang cemerlang gemilang
yang melibatkan dimensi intrinsik dan instrumental dan terbilang seterusnya memantapkan kemajuan
untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan ekonomi, sosial dan politik. Hasil pembelajaran
negara. Dalam Pelan Induk Pembangunan akan membentuk pengetahuan, kemahiran,
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pembangunan modal inovasi dan nilai yang menjadi anjakan kepada
insan disebut semula dengan istilah modal insan, pembangunan sumber tenaga yang melonjakkan
negara bangsa dan rakyat minda kelas pertama. pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan
Dasar-dasar pendidikan mampu meningkatkan ilmu mampu dijadikan asas kukuh dalam
pembangunan insan yang berinovatif, berakhlak pembangunan negara.
mulia, hidup bermasyarakat, beretika dan
berbudaya, bersemangant patriotic, berfikiran
kreatif dan kritis, menghargai alam sekitar, celik

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


teknologi maklumat, berkemahiran dan
berketerampilan.

5
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 (DPK)


Apakah DPK?
Formulasi idea sebagai panduan untuk tindakan melaksanakan Falsafah Pendidikan.
Dasar yang dibentuk yang memberi tumpuan kepada pelbagai aspek dan komponen
dalam sistem pendidikan, iaitu meliputi peringkat pendidikan formal, jenis
pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan infrastruktur dan
sumber.

Bagaimanakah DPK dibentuk?


1. Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 sebagaimana yang
termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 diadakan dengan tujuan
mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaaan.
2. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dan menghasilkan Laporan
Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan Rahman Talib ini kemudian
dimaktubkan dalam Akta Pelajran 1961.
3. Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji
semula dasar pendidikan bagi membentuk masyarakat bersatu padu dan
berdisiplin di samping memenuhi sumber manusia dalam pembangunan
negara. Laporan jawatankuasa ini diterbitkan dalam tahun 1979.

Apakah objektif DPK?


1. Untuk membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


politik negara.
2. Ingin menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan
menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi.
3. Untuk memenuhi keperluan keperluan tenaga rakyat, melahirkan masyarakat
berdisiplin, bersatupadu dan terlatih.

Bagaimanakah objektif DPK dapat dilaksana & dicapai?


a. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
b. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah
c. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
d. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
e. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
f. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
g. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau
pendalaman.

6
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.5 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris


(MBMMBI)

Apakah MBMMBI?
Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM merupakan bahasa pengantar utama
pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh BI adalah untuk
membolehkan penerokaan pelbagai ilmu dan meningkatkan persaingan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, BI juga merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan.

Bagaimanakah MBMMBI dibentuk?


Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
di sekolah-sekolah, iaitu Tahun 1 hingga Tingkatan 5, dan digantikan dengan Dasar
MBMMBI. Jemaah Menteri juga memutuskan bahawa Dasar MBMMBI
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010.

Apakah objektif MBMMBI?


a) Meningkatkan penguasaan murid dalam BM dan BI
b) Menyediakan guru BM dan BI mengikut opsyen yang mencukupi dan

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


meningkatkan kompetensi guru BM dan BI
c) Meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam PdP BM dan BI
d) Meningkatkan penggunaan BM dan BI dalam aktiviti luar bilik darjah.

Bagaimanakah objektif dasar MBMMBI dapat dilaksana & dicapai?


1. Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
2. Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
3. Menempatkan Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Mengikut Opsyen
4. Menggunakan Khidmat Pakar, Perunding dan Pembantu Guru
5. Memperluas Penggunaan Bahan dan teknologi maklumat dalam P&P Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris
6. Memperluas Publisiti dan Kempen Pengukuhan Bahasa
7. Meningkatkan Penyertaan Murid dalam Aktiviti Bahasa di Luar Bilik Darjah
8. Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan Pencapaian Murid

7
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.6 Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)

Apakah dasar 1M1S?

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Bagaimanakah dasar 1M1S dibentuk?

Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk
mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid
yang kurang atau tidak aktif.
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan
murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


Apakah objektif dasar 1M1S?

Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti


berikut:
1. Meningkatkan kecergasan jasmani
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3. Memupuk perpaduan di antara kaum
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid
5. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

8
Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

Bagaimanakah objektif 1M1S dapat dilaksana & dicapai?

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami


masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan.

2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan
sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah.

3. Sukan yang ditawarkan di bawah 1 Murid 1 Sukan hendaklah berunsurkan


aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

4. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada


aktiviti rumah sukan dan kelab sukan.

5. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan


merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di
sekolah. Asas kepada dasar ini adalah pelaksanaan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di
sekolah.

6. Segala sumber, mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi


pelaksanaan dasar ini.

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar


7. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam
aktiviti sukan.

8. Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang
kepada pembangunan sukan sekolah.

9. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan


peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi
meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

10. Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa


menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur
dan langkahlangkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan
sebarang kemalangan.