Anda di halaman 1dari 5

Kenapa Sambutan Valentine's Day Dilarang

Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentines Day sebagai perayaan paling


diminati dan sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan.
Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak
pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati
dan diraikan saban tahun.

To be my Valentine?

Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentines Day ungkapan To be my


Valentine sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada
si dara dalam menzahirkan kecintaannya. Menurut Ken Sweiger, perkataan
Valentine berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa. Menurutnya lagi, kata ini
sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan
Lupercus, tuhan orang Romawi.

Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau
pasangannya menjadi To be my Valentine?, maka dengan hal itu sesungguhnya ia
telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah
dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi Sang Maha
Kuasa dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan
berhala.

Mengapa Mawar Merah?

Selain ucapan To be my Valentine pemberian jambangan mawar merah oleh si


teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentines Day. Ia dianggap
satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang hakiki. Sebenarnya perbuatan ini
merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan
karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran
Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia
langsung tiada kaitan dengan Islam dan hanya mitos karut. Amalan memberi bunga
mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku
selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Language of Flowers,
yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan
perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat
Valentines Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Sambutan Valentines Day Dilarang Kerana Hukumnya HARAM

Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau


meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia amalan ini adalah HARAM dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali
ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa
amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan
tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan
perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan
meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam. Pengharaman dan
larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas
aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang
dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat
manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.

Sejarah Valentines Day

Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year,
April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata
sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus
diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat beberapa versi
pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.

Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan


kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia.
Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18
Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish
Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para
pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan
mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang
tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek
hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan


serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing.
Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah
untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula
dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua
pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di
laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk
menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan
kesuburan mereka.

Pendapat Kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika
pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.

Pendapat Ketiga: Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di


Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan
penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu,
St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh
kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana
mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Yang terakhir, pendapat keempat adalah berdasarkan apa yang dinukilkan oleh
Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya. Sambutan Hari
Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14
Februari.

Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi
umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam
memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.

Kebejatan Acara Valentines Day


Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan
berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi
acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun,
menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia
madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci. Lihatlah bagaimana saban tahun
kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi
mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi.
Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada
pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal
pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan
melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi
membuktikan perjanjian cinta? Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara
tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu
tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan
sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan
dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.

Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan
kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih
menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada
Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan
bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka
yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan
cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu
semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa
nakhoda keimanan. Keindahan detik syurga ciptaan penuh tipu daya hanya wujud
pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentines
Day. Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan
menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu
kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan
selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia
sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi
nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
Zahirkan Cinta Ikut Acuan Islam

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang
sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-
Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang
ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya. Menzahirkan kasih sayang
kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang
diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia
perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi
menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan. Ia
bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya
bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan
dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah
disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.

Anda mungkin juga menyukai