Anda di halaman 1dari 10

Nota Nilai Pendidikan Moral SPM

1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

1.1 Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan Prinsip Rukun Negara

Ciri-ciri nilai :
1. Manusia diamanahkan untuk menjaga dan mentadbir bumi.
2. Manusia perlu menjaga hubungan sesama manusia, penghuni lain dan alam sekitar.
3. Tidak boleh menganiayai tumbuhan dan haiwan kerana haiwan dan tumbuhan adalah
sebahagian daripada makhluk Tuhan.
4. Apabila hubungan ini tidak berlaku dengan baik, salah satu daripada unsur ini akan
terancam dan mendatangkan kesan buruk. Contohnya banjir, kemarau, kekurangan
sumber alam, kepupusan haiwan.
5. Bersyukur dengan ciptaan Tuhan dan berusaha menjaganya.

1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain.

Ciri-ciri nilai ;
1. Menimbulkan kepercayaan dan perasaan hormat orang lain terhadap kita.
2. Tidak menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan dengan melakukan perkara
yang dilarang.
3. Sentiasa menepati janji apabila berhubung dengan orang lain.
4. Menyimpan rahsia dan jangan sesekali membocorkannya kerana ini akan
menghilangkan keyakinan orang lain.
5. Menolak ganjaran yang diberikan dan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan
ikhlas.

1.3 Harga Diri


Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga diri dalam
kehidupan.

1. Menjaga kehormatan diri daripada terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti :


Memakai pakaian tidak sopan
Mengambil dadah, pil khayal
Pergaulan bebas
2. Bertekad untuk berkelakuan baik dan menjauhi tingkah laku yang boleh merosakkan
diri.
3. Remaja perlu pandai memilih rakan yang bermaruah tinggi dan pandai menjaga diri.
4. Mengamalkan ajaran agama untuk mengelakkan daripada terlibat dengan perkara
yang menjatuhkan harga diri.

1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna.

Ciri-ciri nilai :
1. Amalan nilai bertanggungjawab amat penting supaya perancangan dapat dilakukan
dengan lancar dan dapat meningkatkan disiplin diri seseorang.
2. Perancangan yang baik meningkatkan produktiviti individu, keluarga dan negara.
3. Menunjukkan sikap jujur, bersih, cekap, amanah dan bermotivasi tinggi dalam diri
individu.
4. Orang yang bertanggungjawab menepati janji.
5. Mereka juga akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan atau
tindakan yang diambilnya.

1.5 Hemah Tinggi


Beradap sopan dan berbudi pekerti dalam pergaulan seharian.

Ciri-ciri nilai:
1. Perlu menjaga pergaulan seharian dengan berkelakuan sopan santun.
2. Beradap sopan ialah tingkah laku dan tutur kata yang baik serta perlakuan yang
baik. Contohnya tidak meninggi diri, tidak menunjuk-nunjuk, tidak sombong dan tidak
mengata orang lain.
3. Menjaga tutur kata dalam pergaulan dengan rakan-rakan, ibu bapa dan orang yang
lebih tua.
4. Sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dalam pergaulan agar disenangi oleh
rakan-rakan.

1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Ciri-ciri nilai :
1. Tolak ansur ialah menghormati dan bersedia menerima pendapat orang lain yang
berbeza dengan pendirian sendiri.
2. Dalam pergaulan seharian, sikap tolak ansur adalah penting agar tidak menimbulkan
perselisihan faham.
3. Perlu menghadapi sesuatu perkara yang sukar dengan sabar untuk mengelak
pertelingkahan.
4. Menghindarkan diri daripada bersikap mementingkan diri.
5. Mendengar dan menerima nasihat daripada orang yang lebih tua dan tidak membuat
sesuatu keputusan secara terburu-buru kerana orang yang lebih tua mempunyai
pengalaman dan pandangan yang bernas.
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Ciri-ciri nilai :
1. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
2. Sentiasa berfikiran terbuka, rasional dan berfikiran positif dalam setiap perlakuan.
3. Orang yang berdikari tidak mudah dipengaruhi oleh emosi malah sentiasa
memikirkan kepentingan orang lain.
4. Mereka juga sentiasa mencuba perkara baru dan sanggup menanggung risiko.

1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Ciri-ciri nilai :
1. Ciri-ciri kerajinan ialah tekun, cekal, gigih, dedikasi dan berdaya maju.
2. Sikap tekun bererti melakukan sesuatu dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
3. Cekal bermaksud tidak mudah mengalah dan sentiasa mencuba.
4. Gigih merujuk kepada patuh pada pendirian atau pendapat sendiri dan tidak mudah
putus asa.
5. Dedikasi bererti sanggup mengorbankan tenaga dan masa untuk sesuatu usaha atau
tanggungjawab.
6. Mereka yang berdaya maju pula akan mempunyai sifat keyakinan diri untuk
mencapai cita-cita dan mempunyai matlamat hidup.
7. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dalam segala aspek
kehidupan.

1.9 Kasih Sayang


Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas.

Ciri-ciri nilai :
1. Kasih sayang lahir dari hati yang ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau orang
lain.
2. Perasaan sayang sesama manusia akan melahirkan suasana yang harmoni manakala
sayang kepada alam akan menjadikan persekitaran terpelihara.
3. Sifat ini perlu dipupuk dari kecil dalam diri anak-anak agar kehidupan lebih
sejahtera.
4. Sifat ini perlu dipupuk dari kecil dalam diri anak-anak agar kehidupan lebih sejahtera
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Ciri-ciri nilai :
1. Merujuk kepada sikap mempertimbangkan sesuatu secara objektif atau menyeluruh.
2. Sesuatu keputusan yang dibuat tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak
bersikap pilih kasih.
3. Mengambil kira kesan baik dan buruk sesuatu keputusan yang dibuat dan juga
perlulah memuaskan hati semua pihak tanpa menyinggung perasaan sesiapa.

1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.

Ciri-ciri nilai :
1. Tidak membuat keputusan atau tindakan secara terburu-buru.
2. Sentiasa memikirkan baik atau buruk sesuatu tindakan dan keputusan supaya tidak
menyinggung perasaan orang lain.
3. Mereka akan disenangi dan disayangi oleh rakan-rakan dan keluarga.
4. Menerima segala teguran dan nasihat yang diberikan dengan hati yang terbuka agar
boleh dijadikan sebagai panduan.

1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain.

Ciri-ciri nilai:
1. Tidak sombong dan besar diri dengan apa yang dimiliki, malah sentiasa menjaga
perasaan orang lain.
2. Sentiasa bersederhana dalam menimbangkan kepentngan diri dan orang lain.
3. Sentiasa bersederhana dalam setiap pertuturan.
4. Tidak terlalu mementingkan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan diri.
5. Membantu orang lain mengikut kemampuan diri

MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN http://prezi.com/mt--


kyrwnkep/nilai-kekeluargaan/

Ciri-ciri nilai :
1. Menerima tradisi nenek moyang dan bertanggungjawab
untuk mengekalkannya.
2. Sentiasa menghormati sesuatu kebiasaan, adat-istiadat dan
kepercayaan yang diwarisi dari nenek moyang.
3. Mengamalkan tradisi keluargaan supaya tidak dilupakan
oleh generasi akan datang.
4. Menerima dan menghormati amalan tradisi, adat dan
kepercayaan yang diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia.
5. Tidak merasa rendah diri dan berbangga dengan amalan
tradisi keluargaan kita

Berusaha gigih untuk menaikkan nama negara Berbelanja secara cermat dan berhemah
semasa kegawatan ekonomi Sedia berkorban untuk negaraCiri-ciri amalan nilai sanggup
berkorban untuk negara

undang-undang..

Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan hidup. Menerima undang-undang dalam negeri


atau luar negeri.Sentiasa mematuhi peraturan dan undang- undang.
KARANGAN : LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK NILAI-
NILAI MURNI DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar.Hal ini
terjadi demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan
nilai-nilai ini dalam diri anak-anak mereka.Jika nilai-nilai murni ini tidak dipupuk
maka negara kita akan dahagakan masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh
itu,nilai-nilai murni ini haruslah dipupuk sejak dibangku sekolah lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bagaimanakah cara-cara untuk memupuk
nilai-nilai murni ini daripada terus hilang ditelan zaman?

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui
bantuan pihak kerajaan.Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran
kepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang
sedang mengalami proses pembangunan ekonomi.Kempen ini haruslah
dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat tahi
ayamkerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri.Jika inisiatif
untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak
kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia
modenisasi ini.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini secara
berterusan supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni yang
akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara ini.

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai
moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa tentang
pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka
masih tidak mengenal apa itu erti kehidupan.Ibu bapa boleh memupuk anak-anak
mereka dengan sentiasa mengajar mereka tentang pentingnya semangat
kejiranan dan perpaduan.Oleh hal demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa
mereka untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang
menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya
mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang
maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang
negara pada masa akan datang bak kata pepatahapi kecil baik dipadam.Oleh
itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap
pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam
mendidik anak-anak kerana belakang parang jika diasah tajam juga.

Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan moral


ini amat dituntut kerana di sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua
selepas di rumah.Dalam mengatasi masalah ini,pihak sekolah boleh mengadakan
pelbagai aktiviti yang berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah
seperti bergotong-royong untuk membersihkan sekolah dan mencantikkan
sekolah.Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar
tentang peri pentingnya semangat bekerjasama dan saling membantu dalam
kalangan masyarakat.Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata pelajaran
baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak sekolah tidak
memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini maka negara kita semakin
kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi tunggak
negara pada masa akan datang.Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan
peranan utama dalam mengatasi keruntuhan nilai-nilai moral dalam kalangan
masyarakat.

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah
melalui media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-
informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti
internet,televisyen dan banyak lagi memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal
yang berlaku pada masa sekarang.Oleh hal demikian,sudah tentulah usaha untuk
memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa.Untuk
merealisasikan impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama dalam
menjayakan program ini dan sentiasa berjuang untuk kadaulatan negara.Seperti
yang sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam
kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah
sentiasa memaparkan nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai murni melalui
iklan-iklan di televisyen.JIka pihak media massa tidak bekerjasama dalam
mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk mewara-warakan masalah yang
sedang dihadapi ini kepada masyarakat di luar sana.Oleh itu, pihak media massa
menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini
bak kata pepatahyang berpayung yang ditembak

Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan peranan dalam mengadakan


program kemasyarakatan di kampung masing-masing seperti gotong-royong
membersihkan kampung,menolong keluarga miskin dan sebagainya.Program
seperti ini dapat mengajar penduduk kampung tentang kepentingan semangat
bekerjasama atau nilai moral yang terpuji bagi mewujudkan sebuah masyarakat
kampung yang harmonis.Program seperti ini juga memberi peluang kepada
penduduk untuk meluangkan masa bersama kerana masyarakat pada zaman ini
yang hanya mengejar kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti katak
dibawah tempurung yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh itu,program
seperti ini banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan seharusnya
dilakukan di setiap kampung di negara ini.

Kesimpulannya,kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah


keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak
mestilah memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni
dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatahBersatu kita teguh,bercerai kita
roboh.Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini di dalam diri kita kerana tidak
rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana hancur badan
dikandung tanah,budi baik dikenang juga.
epentingan Memiliki Nilai Murni
Dewasa ini nilai murni amat penting terutama dalam aspek
pembangunan Negara. Nilai murni merupakan sikap positif dan seharusnya
dimiliki oleh setiap individu. Antara contoh nilai murni termasuklah berdisiplin,
rajin, ikhlas, dan sebagainya. Sesungguhnya nilai-nilai murni perlu ditanam ke
dalam jiwa semua orang. Jika nilai murni tidak berharga, tidaklah pihak kerajaan
melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni sejak 2005.
Individu yang mempunyai nilai-nilai murni dalam dirinya akan sentiasa
berfikir positif. Hal ini menjadikannya seorang yang berfikiran terbuka dan dapat
bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat serta dapat hidup dalam apa-
apa saja persekitaran. Ringkasnya, individu tersebut ke tengah boleh, ke tepi
pun boleh. Individu yang berfikiran positif ini akan melihat segala masalah
sebagai suatu cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Hal ini
membolehkannya hidup dengan ceria.
Dalam dunia pekerjaan pula, seseorang yang mempunyai disiplin kerja
yang tinggi pasti dapat menyelesaikan kerja mengikut jangka masa yang telah
ditetapkan. Jika disiplin tidak ditanamkan dalam diri kakitangan ini, timbullah
sikap bekerja ala kadar saja oleh kakitangan terbabit. Mereka kurang berusaha
untuk meningkatkan kecekapan bekerja kerana beranggapan bahawa gaji akan
tetap diperoleh pada setiap bulan. Sebaliknya, seseorang pekerja yang memiliki
nilai rajin dan berdisiplin akan senantiasa berusaha untuk meningkatkan
kecekapan bekerja.
Niai murni seharusnya dihayati dan dimiliki oleh setiap lapisan
masyarakat Negara ini. Dengan nilai murni yang tertanam dalam diri, setiap
individu dalam masyarakat akan menjadi warganegara yang berguna.mereka
akan memiliki rasa cinta akan Negara dan ssanggup berkorban demi kedaulatan
Negara. Sekiranya rasa cinta akan Negara menyubur dalam jiwa rakyat, maka
masalah sosial dan jenayah kian berkurang. Sekiranya masalah-masalah tersebut
dapat dikurangkan, maka Malaysia akan bertambah maju dan makmur sekali gus
rakyat akan dapat hidup dangan lebih sejahtera.
Kesinpulannya, nilai-nilai murni perlulah dihayati dan diamalkan dalam
kehidupan seharian. Penghayatan nilai-nilai murni akan menjadikan seseorang itu
warganegara yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai