Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan 2

B5D1E1 (mengenal pasti mud sedih, riang dan takut)

Arahan :
1. Sila tunjukkan mud lagu yang diperdengarkan.

Pemerhatian:
1. Guru memperdengarkan kepada murid lagu yang menunjukkan mud sedih , riang dan takut

2. Murid menunjukkan mud muka sedih ,riang dan takut apabila mendengar lagu yang
diperdengarkan di hadapan murid yang lain.

B5D1E2 (mengenal pasti tekstur nipis dan tebal)

Arahan :
1. Sila perhati dan dengar visual lagu yang akan diperdengarkan.
2. Nyatakan tekstur lagu tersebut "adakah lagu itu nipis atau tebal?"

Pemerhatian:
1. Guru menayangkan visual berbentuk kumpulan dan solo.
2. Murid akan bezakan antara dua persembahan ini.

B5D1E3 (mengenal pasti dinamik kuat dan lembut)

Arahan :
1. Sila nyatakan adakah lagu ini kuat atau lembut.

Pemerhatian:
1. Guru memperdengarkan sebuah lagu.
2. Murid menyatakan dinamik kuat dan lembut dalam lagu tersebut.

B5D1E4 (mengecam bunyi pic tinggi, rendah dan pic tengah)

Arahan :
1. Nyatakan pic tinggi,rendah dan pic tengah dalam lagu yang akan diperdengarkan dengan
menggunakan icon haiwan ( burung, gajah dan anjing).

Pemerhatian:
1. Guru memainkan lagu.
2. Murid boleh menunjukkan pic yang berkenaan dengan menggunakan icon haiwan ( burung,
gajah dan anjing)

B5D1E5 (mengenal pasti warna ton suara dan perkusi )

Arahan :
1. Sila memperdengarkan sebuah lagu dari rakaman kaset/CD.
Pemerhatian:
1. Guru meminta murid mengenalpasti ton-ton suara yang diperdengarkan. Cth: ton lelaki dan ton
perempuan .
2. Murid-murid menunjukkan warna ton suara dengan perkusi badan.
Cth : ton rendah / lembut - petik jari ,ton kuat /tinggi- tepuk tangan

B5D1E6 (melakarkan grafik menunjukkan tempo cepat dan lambat)

Arahan :
1. Tunjukkan gambar haiwan yang bergerak cepat (arnab) dan haiwan yang bergerak lambat(siput
babi)

Pemerhatian:
1. Guru meperdengarkan lagu tempo lambat dan cepat.
2. Murid akan menunjukkan gambar haiwan yang berkenaan.

B5D1E7 (mengenal pasti bunyi detik panjang dan pendek)

Arahan :
1. Sila tunjukkan bunyi detik panjang dan pendek.

Pemerhatian:
1. Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
2. Guru memperdengarkan kepada murid-murid lagu-lagu yang bunyi detik panjang dan pendek.
3. Murid-murid membuat pergerakan ruang diri berdasarkan bunyi panjang dan pendek.

B5D1E8 (membezakan ton suara)

Arahan :
1. Sila tunjukkan ton suara lembut dan kuat.

Pemerhatian:
1. Murid menyanyi lagu "Ayam Didik" dengan dinamik lembut dan kuat.
2. Murid memainkan alat perkusi dengan dinamik lembut dan kuat. (dram)

Anda mungkin juga menyukai