Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

KERTAS KERJA JAWATANKUASA INDUK


KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANTARA UNIT-UNIT JABATAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PJM 3132 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON
(PISMP S5 PJ SK/SJKC/SJKT Ambilan Januari 2013)

TARIKH
7 MAC 2015

MASA
2.00 petang hingga 7.00 petang

TEMPAT
BALAI KERAPATAN

ANJURAN
OPSYEN PJ PISMP SEMESTER 5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUJUAN TUGASAN
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT KURSUS PJM 3132

PROGRAM KOHORT
PISMP S5 PJ SK/SJKC/SJKT Ambilan Januari 2013

1.0. Pengenalan
Penganjuran pertandingan Badminton ini diadakan bermatlamat untuk menyahut seruan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan
yang menyeru pihak sekolah merancang pengurusan aktiviti sukan secara sistematik untuk
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sukan. Pertandingan ini juga dapat memberi
panduan dan pengetahuan kepada para guru pelatih tentang pengurusan dan pengelolaan
sesuatu pertandingan sukan di samping mencungkil murid-murid yang berbakat.

2.0. Rasional
Kertas Kerja ini bertujuan untuk mendapat kelulusan dan kerjasama daripada pihak institut
amnya iaitu Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM), Seremban khususnya, berhubung dengan perkara
yang dicadangkan.

3.0. Matlamat
Projek ini berhasrat mendedahkan guru pelatih kepada pengaplikasian pengetahuan dan
kemahiran pengurusan dan pengelolaan sepanjang masa projek dijalankan. Selain memberi
pengalaman langsung tentang proses penganjuran program kejohanan badminton,
penganjuran ini juga bertujuan melahirkan guru yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

4.0 Objektif
Pada akhir program ini peserta dapat :-
4.1 Memperkenalkan dan mempromosikan sukan badminton dalam kalangan generasi akar
umbi.
4.2 Melahirkan murid-murid yang aktif dan sihat dari segi jasmani, intelek, rohani dan sosial.
4.3 Memupuk dan mempertingkatkan kemahiran mengurus dan mengelola pertandingan sukan
di peringkat sekolah.
4.4
5.0 Butiran Penganjuran

Kejohanan Badminton yang dianjurkan oleh IPG Kampus Raja Melewar adalah untuk
menjayakannya.

5.1 KUMPULAN SASARAN : Semua guru pelatih major Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan dan Pensyarah.

5.2 TARIKH : 7 Mac 2015

5.3 HARI : Sabtu

5.4 MASA : 2.00 p.m. - 7.00 p.m.

5.5 TEMPAT : Balai Kerapatan

5.6 KATEGORI : Lelaki, Perempuan dan Pensyarah

06. Tentatif Program


TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
01.45 Semua jawatankuasa yang terlibat berkumpul di Balai
petang Kerapatan, IPGKRM untuk membuat penyediaan dan
pemeriksaan terhadap peralatan. Taklimat diberikan
kepada semua jawatankuasa.

02.00 Semua guru pelatih PJPK berkumpul di Balai


petang Kerapatan
7 Mac
2015 02.15 Ketibaan para tetamu VIP dan Pensyarah PJPK
petang

02.30 Perlawanan bermula.


petang

06.30 Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan


petang kejohanan. Bersurai.

07. BELANJAWAN
PENDAPATAN PERBELANJAAN

(RM) (RM)
Kutipan daripada ahli 5.00 x 55 orang = Cenderamata 15x1=15.00
jawatankuasa 275.00 (Plakat)

Makanan dan 3 x 55= 165.00


Yuran Peserta 10.00 x 20 = 200 minuman

Banner 30.00

Bajet Luar Jangka 20.00

Bulu Tangkis 100.00

JUMLAH 475.00 JUMLAH 330.00

8.0 Jawatankuasa Pengelola

Penaung : Tn. Haji Abu Bakar bin Sahari


Pengarah
IPG Kampus Raja Melewar
Penasihat : Pn. Suraya Bibi binti A.K. Bapotti
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Pensyarah Penasihat :Encik Razak Bin Sulong

Pensyarah Penasihat : Encik Zulkefly Bin Jamil

Pengerusi : Mohd Azizan Bin Kaunsin

Naib Pengerusi : Siti Halijah Bt Ahmad Yusof

Setiausaha : Ameer Firdaus B. Redzuan

Naib Setiausaha : Huong Hong Ming

Bendahari : Mohd Nazmi B. Shamsuddin

Ahli Jawatankuasa Kerja


8.1 Teknikal dan Pertandingan

Rizza Bt Abd Rashed


Indirakumar A/L Sathasivam
Nur Aisyah Hafizah Bt Zainuddin
Nurhayatianim Bt Abd Rahman
Mohamad Khairul Nizam B. Mohad Johar
Nor Amirul Akmal Hisham
Tan Shin Hooi

8.2 Persiapan Tempat dan Peralatan

Loh Kent Chee


Suthersan A/L Govindasamy
Muhammad Ilyas B. Fozilan
Muhammad Ashraaf Safuan B. Jalaluddin
Mohd Nizammudin B. Badrul Hisham

8.3 Keselamatan & Kebersihan

Khairrul Anuar B. Mustaffa


Nurul Ashikin Bt Zulkapli
Nur Athirah Hazirah Bt Suhimi
Nik Muhammad Aiman B. Nik Akif
Kee Tien Ah
Alvin Tony A/L Anttoneysamy

8.4 Dokumentasi

Mohd Amir Fakhri B. Ismail


Dorothy Edward
Ng Kim Moi
Rowena Lim Siew Xian

8.5 Publisiti dan Siaraya

Nor Amirulfitri B. Othman


Ella Tiong Shi Yun
Amy Ting Shu Ting
Yap Pei Woon

8.6 Makanan dan Minuman

Siti Nor Aisyah Bt Husin


Noraini Bt Jumain
Nur Suhailah Bt Samson
Faizal B. Lahaning
Lim Shu Ting

8.7 Hadiah dan Cenderamata

Oo Woei Tian
Muhammad Firdaus B. Johari
Ong Zhi Ting
Tan Wan Ting
Lee Yen Yee
Mohd Aizuddin B. Azeran
8.8 Pendaftaran dan Urusetia

Mah Cheng Yee


Wong Pooi Man
Nur Jannah Bt Adnan
Nadhirah Bt Shamsuddin

8.9 Buku Program

Ili Gan Bt Abdul Rahman Gan


Ferah Francisca Justin
Teoh Mei Ying
Vinothini A/p Linggam

8.10 Tugas-Tugas Khas

Clarissa Lee Ching Ching


Cheong Jeng Shuan
Nor Azlin Bt Abd Rashid
Nur Fazlinda Bt Amjis
Dickly Michael

9.0 Bidang Tugas Jawatankuasa

JAWATAN BIDANG TUGAS CATATAN


a. Mempengerusikan semua Mesyuarat ahli
Jawatankuasa Kejohanan Badminton serta
bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat.

b. Menandatangani sebarang surat- surat


yang melibatkan urusan pertandingan
tampar dengan semua ahli program dan
pihak luar.

c. Menandatangani / meluluskan
PENGERUSI / permohonan penggunaan wang atau

NAIB PENGERUSI
penerimaan wang kejohanan bersama
Bendahari dan Setiausaha.

d. Meluluskan peraturan-peraturan baru yang


difikirkan perlu bersama ahli-ahli
Jawatankuasa Kejohanan Badminton
untuk kepentingan ahli sebelum Mesyuarat
Agung.

e. Mengagihkan tugas kepada semua AJK

f. Memantau perjalanan dan pelaksanaan


gerak kerja keseluruhan.
a. Menjalankan kerja-kerja pentadbiran
Kejohanan Badminton.

b. Menguruskan hal-hal surat menyurat.

c. Menyimpan semua minit-minit mesyuarat,


rekod-rekod dan borang-borang untuk
Kejohanan Badminton.

d. Menandatangani notis panggilan


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kejohanan
Badminton dan Mesyuarat Agung serta
SETIAUSAHA /
hadir dalam semua mesyuarat dan
NAIB SETIAUSAHA membuat catatan minit mesyuarat.

e. Menandatangani kelulusan permohonan


penggunaan wang atau penerimaan
wang untuk pertandingan badminton
bersama-sama Pengerusi dan Bendahari
Kejohanan Badminton.

f. Menyediakan kertas kerja untuk dibawa


ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Kejohanan Badminton dan Mesyuarat
Agung.
a. Menyediakan sejumlah cenderamata
untuk diberikan kepada pihak yang terlibat
semasa Majlis Penyampaian hadiah.

b. Menyenaraikan senarai nama para


pemenang.

c. Merancang dan melaksanakan program

AJK HADIAH /
Jawatankuasa yang telah diluluskan dalam

CENDERAHATI Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan


Mesyuarat Agung.

d. Hadir dalam Mesyuarat Ahli


Jawatankuasa serta mengambil tindakan-
tindakan yang ditetapkan di dalam
mesyuarat tersebut.

e. Menyediakan laporan lengkap aktiviti di


bawah naungannya.

a. Berurusan dengan pihak kantin untuk


menyediakan makanan dan minuman
berbungkus untuk semua ahli Kejohanan
Badminton.

b. Merancang dan melaksanakan program


Jawatankuasa yang telah diluluskan dalam
AJK MAKANAN DAN
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan
MINUMAN
Mesyuarat Agung.

c. Hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa


serta mengambil tindakan-tindakan yang
ditetapkan di dalam mesyuarat tersebut.

d. Menyediakan laporan lengkap aktiviti di


bawah naungannya.
a. Memastikan keselamatan pelajar
sepanjang aktiviti dijalankan.

b. Membawa peti pertolongan cemas


semasa Kejohanan Badminton.

c. Prihatin terhadap semua perkara yang


berlaku yang melibatkan keselamatan
pelajar semasa Kejohanan Badminton yang
berkaitan secara langsung / tidak langsung
dengan pertandingan sukaneka.
AJK KESELAMATAN
d. Merancang dan melaksanakan program
DAN KEBERSIHAN
Jawatankuasa yang telah diluluskan dalam
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kejohanan
Badminton dan Mesyuarat Agung.

e. Hadir dalam Mesyuarat Ahli


Jawatankuasa serta mengambil tindakan-
tindakan yang ditetapkan di dalam
mesyuarat tersebut.

f. Memastikan tahap kebersihan di


kawasan kejohanan sentiasa bersih dan
selamat.

AJK PERSIAPAN
TEMPAT DAN a. Menyediakan peralatan yang berkaitan
PERALATAN untuk dibawa semasa Kejohanan
Badminton

b. Merancang dan melaksanakan program


Jawatankuasa yang telah diluluskan dalam
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan
Mesyuarat Agung.

c. Hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa


serta mengambil tindakan-tindakan yang
ditetapkan di dalam mesyuarat tersebut.

d. Menyediakan laporan lengkap aktiviti di


bawah naungannya.

e. Menyenaraikan setiap peralatan yang


diperlukan semasa kejohanan.

f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik


selepas kejohanan.

g. Mengembalikan peralatan yang digunakan


selepas tamat kejohanan.

h. Menyediakan gelanggang badminton.

i. Memastikan tempat duduk VIP, gelanggang


badminton, peralatan badminton
mencukupi.

j. AJK persiapan tempat perlu berkolaborasi


dengan AJK lain untuk mengetahui
keperluan AJK semasa kejohanan.

10. Carta Gantt


Bil Aktiviti Bulan
Januari Februari Mac
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5 6 7
1 Mesyuarat Kali / /
Pertama
2 Perlantikan AJK / / /
Induk dan
Jawatankuasa
Kerja
3 Mesyuarat Kali / /
Kedua
4 Mesyuarat Kali /
Ketiga
5 Persiapan Tempat / /
6 Kejohanan /
Badminton
7 Post-morterm //

11. Penutup
Adalah amat diharapkan agar pertandingan ini dapat dianjurkan dengan lancar.
Kerjasama daripada para ahli jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan
untuk menjayakan aktiviti ini. Semoga matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang
dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar 1
Murid 1 Sukan iaitu mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan di
sekolah supaya murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam sukan dapat dicapai
melalui penganjuran pertandingan ini. Akhir sekali, diharapkan bahawa semangat kesukanan
dan prinsip 1M1S akan dapat disemai melalui kejohanan ini.

Disediakan oleh,

______________________________________
(AMEER FIRDAUS BIN REDZUAN)
Setiausaha,
Kejohanan BadmintonTertutup Antara Unit-Unit Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan,
IPG Kampus Raja Melewar.

Disemak oleh,

________________________________________
(EN ZULKEFLY BIN JAMIL)
Pensyarah PJM 3132 Badminton dan Hoki,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan,
IPG Kampus Raja Melewar.

Disahkan oleh,
__________________________________
(PN. SURAYA BIBI BINTI A. K. BAPOTTI)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan,
IPG Kampus Raja Melewar.

Anda mungkin juga menyukai