Anda di halaman 1dari 22

PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

0
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

TAJUK 5 KONSEP OPERASI NOMBOR

5.1 Sinopsis
Topik ini menerangkan berkenaan dengan pengertian empat operasi aritmetik. Operasi asas
aritmetik ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. Dalam topik ini juga memberi panduan
membina cerita berkaitan dengan empat operasi, unsur identiti dan unsur songsangan operasi
nombor dan hukum operasi dan penggunaanya. Dalam matematik, kaedah alternatif
pengiraan penting bagi membantu murid dalam menyelesaikan masalah dalam matematik.
Selain itu ianya akan meningkatkan lagi motivasi dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.
Panduan dalam menganggar dan membundarkan nombor juga diberi untuk mengingat kembali
apa yang murid telah belajar di sekolah dahulu.

5.2 Hasil Pembelajaran


Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
Menjelaskan makna operasi tambah dan operasi tolak.
Membina cerita berkaitan dengan operasi tambah dan operasi tolak.
Menggunakan teknik pengendalian manik yang betul untuk mewakili nombor
dengan abakus.
Menghuraikan makna operasi darab dan operasi bahagi.
Membina cerita berkaitan dengan operasi darab dan operasi bahagi.
Menghuraikan konsep unsur identiti dan unsur songsangan bagi operasi nombor.
Mengenal pasti unsur identiti dan unsur songsangan bagi operasi tambah dan
operasi darab.
Mengaplikasikan hukum-hukum operasi nombor.

5.3 Makna Operasi Nombor

5.3.1 Pengertian empat operasi aritmetik

1
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Operasi aritmetik yang terlibat dalam operasi nombor bulat ialah tambah, tolak, darab
dan bahagi . Keempat-empat operasi ini merupakan asas penting dalam matematik.

a. Operasi Tambah
Makna Tambah
i. Gabungan 2 set (Combining Two Sets)
Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek dengan
satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk
menjadikan suatu set objek yang disatukan.

Contoh:
Amirah mempunyai 3 guli merah dan 5 guli biru. Berapa banyakkah guli yang
dimiliki oleh Amirah semuanya?

ii. Tokokan (Increment)


Istilah tokokan adalah merujuk kepada situasi di mana suatu kuantiti bertambah
sebanyak satu amaun dan operasi tambah diperlukan untuk mencari jumlah baru
setelah berlaku tokokan.
Contoh:

Suhu air di dalam cawan adalah 38 oC. Selepas memanaskannya beberapa


ketika, suhu air telah naik sebanyak 4o C. Apakah suhu air sekarang?

Asas Penambahan
3 + 5 = 8

2
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Juzuk tambah Hasil tambah

Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk


songsangannya) yang setiap sebutan (juzuknya) ialah nombor 1 digit.
Menguasai fakta asas tambah sangat penting kerana fakta asas ini merupakan
asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat.
Di dalam Pengajaran dan pembelajaran, kepelbagaian aktiviti dan bahan bantu
mengajar (BBM ) akan membantu murid dalam menguasai pembentukan konsep
fakta asas tambah dengan lebih berkesan di samping latihan untuk peneguhan.
Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan terlebih dahulu untuk
mengembangkan kefahaman murid tentang penambahan. Strategi yang
berkesan (strategi berfikir) diperkenalkan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.
Mengingat dan menghafal semua fakta asas tambah perlu dilakukan oleh murid
dan dengan ini murid mampu menyatakan semua fakta asas tambah dengan
cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang berkesan.
Guru perlu mestilah memastikan muridnya telah menguasai konsep
penambahan yang mantap (termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta
mereka mengingati fakta asas tambah.

b. Makna Operasi Tolak


i. Pengasingan atau mengambil keluar ( Take away )
Pengasingan dan mengambil keluar melibatkan ada satu kuantiti pada awalnya
dan mengeluarkan satu kuantiti tertentu daripadanya serta mempertimbangkan
berapa kuantiti yang tinggal.
Kajian mendapati bahawa penolakan adalah situasi yang mudah difahami oleh
murid. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan mengambil keluar
menyebabkan ramai murid merujuk kepada satu situasi penolakkan sahaja. Oleh
itu adalah penting, apabila murid memahami ayat penolakkan seperti 8 3 = 5
sebagai 8 tolak 3, sama dengan 5, Bukan seperti 8, keluarkan 3 sama dengan
5. Pengasingan atau mengambil keluar adalah satu daripada empat jenis situasi
penolakkan.
Contoh:

3
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Amir mempunyai 5 ekor ayam. Dua daripadanya telah dicuri. Berapakah


bilangan ayam yang tinggal?

ii. Perbandingan ( Comparison )


Perbandingan - dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama disusun
semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada
pasangan dikenali sebagai baki atau beza. Masalah ini boleh juga diselesaikan
dengan penolakkan, walaupun tiada yang diambil keluar.
Contoh:

Chandra mempunyai 5 biji epal. Dennis mempunyai 2 biji epal. Berapa banyak
epal yang dimiliki Chandra lebih daripada Dennis?

iii. Yang Ditambah Tinggal / Sebahagian-Keseluruhan (Missing Addend / Part-


Whole)
Situasi ketiga bagi penolakkan ialah sebahagian-keseluruhan. Masalah ini
melibatkan satu set objek yang diasingkan atau dipisahkan kepada 2 bahagian.
Anda sudah mengetahui jumlah keseluruhan objek serta jumlah objek yang
berada dalam satu bahagian. Anda hanya perlu tahu berapa objek yang tinggal
dalam bahagian yang satu lagi. Tiada yang ditambah atau dikeluarkan anda
hanya ada satu situasi yang melibatkan sebahagian dan keseluruhan.

Contoh:

4
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Bobie ada 5 ekor arnab. Dua daripada arnab ini ialah jantan. Berapa ekor arnab
ialah betina?

iv. Susutan (Decrement)


Situasi ini berlaku dalam kehidupan seharian kita seperti penurunan berat badan,
suhu, cecair atau saiz. Anda akan diberi jumlah unit pada awalnya, dan diminta
mencari jumlah unit baru setelah berlaku susutan.
Contoh:

Eli mempunyai 5 litre jus oren. Dia minum 2 litre jus oren. Berapa banyak jus
oren yang tinggal?

Asas Penolakan
Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada
nombor 1 digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit.
Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas tolak iaitu :
i. mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan
ii. mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.
Operasi tolak biasanya diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul
semula kepada tolak dengan mengumpul semula.
Sebelum mempelajari operasi tolak dengan mengumpul semula, murid perlu
mahir kemahiran yang berikut:

5
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

i. Fakta asas bagi tolak


ii. Menolak nombor yang sama nilai tempatnya
iii. Nilai tempat bagi angka
iv. Menulis nombor dalam bentuk tambah menggikut nilai tempat.
vi. Menulis nombor berkenaan dalam bentuk yang lain.

b. Makna Operasi Darab


Makna Darab
i. Penambahan Berulang / Kumpulan Sama Banyak (Repeated Addition /
Equal Groups)
Masalah kumpulan sama banyak atau penambahan berulang adalah masalah
biasa dalam struktur pendaraban, di mana anda melibatkan beberapa kumpulan
tertentu yang mempunyai saiz yang sama. Apabila kedua-dua bilangan dan saiz
kumpulan diketahui (tetapi jumlah tidak diketahui), masalah ini dapat
diselesaikan menggunakan pendaraban.
Contoh:

Terdapat 5 bekas buah tomato. Setiap bekas mengandungi 2 biji tomato. Berapa
banyakkah tomato semuanya?

ii. Luas / Tatasusunan (Area / Array)


Masalah luas dan tatasusunan merupakan contoh masalah yang jarang
digunakan dalam struktur pendaraban. Luas bagi segiempat boleh dikira dengan
meletakkan petak 1 unit atau mengira secara berasingan atau mengira lebar
segiempat (bilangan unit petak dalam lajur) dan panjang (bilangan unit petak
dalam baris).
Contoh Luas:

6
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Sama seperti luas, tatasusunan segiempat iaitu dalam bilangan diskrit,


menggunakan objek boleh bilang (seperti bilangan unit kerusi dalam dewan
peperiksaan)- jumlah objek boleh dikira dengan mendarabkan bilangan baris
dengan bilangan objek dalam baris. Model tatasusunan boleh membantu murid
menvisualiasikan proses pendaraban.
Contoh 1: Tatasusunan:

Terdapat 3 baris buah tomato.


Setiap baris mengandungi 5 biji
tomato. Berapa banyakkah tomato
semuanya?

Contoh 2: Tatasusunan:

Ada 5 baris bentuk


segitiga. Setiap baris ada
3 buah segitiga.
Berapakah jumlah
segitiga semuanya?

7
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

iii. Perbandingan (Comparison)


Masalah perbandingan melibatkan struktur pendaraban yang berbeza. Dalam
masalah perbandingan, ia boleh dilihat sebagai masalah penolakkan. Terdapat 2
set yang berbeza, dengan menggunakan padanan 1-1 bagi menentukan berapa
banyak satu set lebih besar daripada set yang satu lagi.
Contoh:

Ali berbelanja RM25 untuk pakaian hari raya. Borhan berbelanja 3 kali lebih
daripada Ali. Berapa banyakkah yang telah dibelanjakan oleh Borhan untuk
pakaian hari raya?

iv. Gabungan (Combination)


Masalah perbandingan adalah salah satu jenis dalam struktur pendaraban. Di
sini, 2 faktor mewakili saiz 2 set kumpulan yang berbeza dan hasildarab
menunjukkan berapa banyak pasangan objek yang dapat dibentuk, dengan
menggunakan satu objek dari setiap kumpulan.
Contoh 1:

8
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Ahmed ada 3 helai kemeja-T dan 2 helai seluar. Berapakah gabungan pakaian
yang mungkin?

Kita boleh menulis dalam ayat metematik seperti berikut :

4 x 5 = 20

Bilangan kumpulan Bilangan ahli Jumlah kesemuanya


setiap kumpulan.
Asas Pendaraban

Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau
satu digit, misalnya daripada 0 x 0 hingga 9 x 9. Bagi menjamin komputasi
efisien ( jawapan yang tepat dan menjimatkan masa).
Terdapat 100 fakta darab asas untuk pendaraban, setiap satunya terdiri
daripada dua nombor bulat satu digit kurang daripada 10 ( 1 hingga 9)
Nombor yang terlibat dalam asas darab dinamakan sebagai faktor dan hasil
pendarabannya dikenali sebagai hasil darab. faktor pertama dinamakan
pendarab dan faktor kedua dinamakan yang didarab.
Contoh 7 x 6 = 42

Faktor Faktor Hasil darab


(Pendarab ) ( yang didarab)

d. Makna Operasi Bahagi


Makna Bahagi
i) Penolakan Berulang / Pengukuran (Repeated Subtraction / Measurement )
Dalam situasi pembahagian menggunakkan jenis penolakkan berulang, anda
mempunyai kumpulan yang sama saiz, anda telah ketahui bilangan objek yang
ada dalam setiap kumpulan, dan anda diminta menentukan bilangan kumpulan.

9
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Contoh:

Terdapat 6 biji tomato. Setiap murid makan 2 biji tomato. Berapa bilangan murid
yang dapat makan tomato?

ii) Perkongsian / Pembahagian (Sharing / Partition)


Dalam situasi pembahagian jenis perkongsian, satu set objek diasingkan kepada
bilangan kumpulan yang sama dan anda diminta mencari bilangan ahli dalam
setiap kumpulan yang sama itu. Dalam hal ini, anda telah mengetahui bilangan
kumpulan yang and ingin bentukkan, tetapi anda tidak tahu bilangan ahli yang
diperlukan dalam setiap kumpulan.
Contoh:

10
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Terdapat 6 biji tomato. Jika tomato tadi dibahagi sama rata kepada 2 murid,
berapa biji tomato yang diperolehi setiap murid?

Dari contoh di atas adalah sukar untuk ditunjukkan secara ilustrasi, bagaimana
pembahagian jenis perkongsian berlaku. Adalah lebih mudah jika ianya
ditujukkan secara perlakuan. Contoh lain yang sama dengannya adalah dalam
permainan kad.

1
3 5 2 4 6

Asas Pembahagian

Fakta bahagi mempunyai faktor pembahagi dan dan hasil bahagi bernombor satu
angka. Contoh : 14 2 = 7 .
Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi ialah Pengelasan objek-
objek, Penggunaan pengalaman harian, manipulasi objek-objek, melukis dan
menganalisis gambar dan mencari jawapan melalui pertalian.

5.3.2 Membina Cerita Berkaitan Dengan Empat Operasi Aritmetik

a. Gabungan 2 set
Contoh :

Ahmad ada 22 biji bola merah dan 5 biji bola biru. berapa biji bola
semuanya
11
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

b. Tokokan
Contoh:

Pada awal pagi, suhu sebuah kolam ialah 280C. Pada waktu
tengahari, suhu air kolam meningkat sebanyak 30 C.
berapakah suhu air kolam pada waktu tengahari itu?

c. perkongsian sama rata


Contoh :

100 biji epal disimpan dalam 5 buah kotak secara sama rata.
Berapakah biji epal dalam sebuah kotak ?

d. Penolakan berulang
Contoh :

Sebuah kotak boleh menyimpan 5 biji bpla. Ada 75 biji bola


yang perlu disimpan. Berapa kotak yang diperlukan?

5.3.3 Konsep Unsur Identiti Dan Unsur Songsangan Operasi Nombor


a. Konsep Unsur Identiti

Unsur identiti dapat dilihat dalam operasi tambah dan oprasi darab.

Contoh :
(i) 3 + 0 = 0 + 3 = 3
Sebarang nombor apabila ditambah dengan sifar tidak akan mengubah nombor asal

(ii) 6 x 1 = 1 x 6 = 6
Sebarang nombor apabila didarab dengan 1 tidak akan mengubah nombor asal

b. Unsur Songsangan Operasi Nombor

Unsur songsangan juga boleh dilihat dalam operasi tambah. Tolak adalah songsangan
bagi operasi tambah dan darab

i ) Tolak songsangan bagi tambah


Contoh :

3 + 7 = 10 10 - 7 = 3, 10 3 = 7

ii ) Bahagi Songsangan kepada darab

Bahagi ialah songsangan darab, kecuali bagi hal-hal yang melibatkan baki.
Keupayaan murid menyelesaikan kira-kira bahagi bergantung pada kebolehan

12
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

mereka menyongsangkan fakta darab .


Contoh :

2 x 6 = 12 12 2 = 6, 12 6 = 2

5.3.4 Hukum Operasi Dan Penggunaannya (tukar tertib, taburan, sekutuan)

Hukum operasi Hukum Contoh


Tukar tertib Operasi Tambah :
a+b =b+a 2+3=3+2
Operasi Darab :
axb=bxa 4x5=5x4

Taburan a ( b + c ) = ab +ac 2( 3 + 4 ) = 2( 3 ) + 2( 4 )
2 (7) = 6 + 8

Sekutuan (a+b)+c=a+(b+c) (2 + 5 ) + 4 = 2 + ( 5 + 4 )
7+4= 2+9

5.3.7 Pembundaran Kepada Nilai Tempat Terhampir

a. Pembundaran nombor

Pembundaran adalah sejenis penganggaran.

Kita sentiasa membuat pembundaran semasa membuat anggaran.


Pembundaran memberi jawapan yang hampir. Terdapat beberapa teknik
pembundaran yang boleh digunakan untuk mendapat anggaran. Setiap teknik
melibatkan pembundaran ke nilai tempat yang tertentu.

Nombor bulat boleh dibundar kepada puluh terhampir, ratus terhampir, ribu terhampir,
dan sebagainya.
Nombor perpuluhan boleh dibundarkan kepada persepuluhan yang hampir, perseratus
yang hampir, perseribu yanghampir, dan sebagainya.

b. Round down

Contoh :

13
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Bundarkan 5321 kepada puluh yang hampir.

5321 5320

c. Round up

Contoh :

Bundarkan 5325 kepada puluh yang hampir

5325 5330

Pembundaran nombor biasanya digunakan untuk permudahkan pengiraan mental.


Nombor yang dibundarkan hanya akan mendapat jawapan yang hampir sahaja
semasa pengiraan dibuat.

Terdapat dua sebab yang penting untuk membuat


anggaran:

(1) Untuk menyelesaikan masalah dengan cepat.

(2) Untuk menyemak jawapan yang munasabah.

Pada garis nombor, anda boleh lihat bagaimana pembundaran nombor


menghampiri nilainya.
Teknik pembundaran yang biasa digunakan di sekolah adalah membundarkan
nombor yang diakhiri dengan 5.
Salah satu keburukan kaedah ini adalah anggaran yang diperoleh apabila terdapat
beberapa 5 yang terlibat akan menghasilkan jawapan yang besar. Contohnya, cari
anggaran hasil tambah bagi 35 + 45 + 55 +65 + 75 akan menghasilkan nilai yang tinggi ,
lebih sebanyak 25 kalau dibandingkan dengan nilai tepatnya, 275, kerana 40 + 50 + 60
+ 70 + 80 = 300.

14
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Pembundaran pecahan dan perpuluhan

Seperti yang tersebut di peringkat awal, nombor perpuluhan boleh dibundarkan


kepada persepuluh, perseratus, perseribu yang hampir atau kepada lain tempat
perpuluhan yang hampir.
Terdapat peraturan yang perlu diikuti apabila membundarkan nombor kepada suatu
tempat perpuluhan yang tertentu.
Ikutilah langkah di bawah untuk membundarkan nombor kepada bilangan tempat
perpuluhan yang dikehendaki.

(i) Tambah 1 kepada digit pada tempat perpuluhan itu jika digit di sebelah
kanannya sama atau lebih besar daripada 5.

(ii) Kalau digit di sebelah kanannya kurang daripada 5 biarkan digit tersebut

(iii) Keluarkan digit-digit yang tidak berkaitan.


Contoh :

3.417824 bundar kepada 2 titik perpuluhan.

3. 417824 3.42

Bagaimana anda membundarkan nombor perpuluhan yang diberi kepada


nombor bulat yang hampir? Bolehkah kita mengguna kaedah yang sama
seperti yang dinyatakan di atas? Adakah peraturan yang sama dipatuhi apabila
membundarkan nombor perpuluhan kepada nombor bulat yang hampir?

Contoh :

8.5489 dibundar kepada nombor bulat yang hampir ialah 9

5.3.8 Melakukan operasi nombor menggunakan abakus.

Pengenalan Abakus

15
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Abakus ialah suatu alat komunikasi bermanik yang digunakan untuk mengira. Abakus
juga merupakan suatu model aritmetik yang konkrit lagi dinamik. Abakus juga boleh
digunakan untuk membina kebolehan murid dalam membuat pengiraan.

A) Bahagian-bahagian abakus yang kita perlu tahu.

B) Penggunaan jari dan nama jari tangan.

16
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

C) Pergerakan manik. Fungsi ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.

Ibu Jari : Menggerakkan manik bawah menghala ke palang pemisah

Jari Telunjuk : Menggerakkan manik bawah daripada palang pemisah.

Jari Hantu : Menggerakkan manik ke atas dan jauh daripada palang pemisah.

D) Terdapat 5 Prinsip Pembelajaran Mengenai Abakus & Arirmetik Mental.


1. Berkomunikasi
2. Menaakul
3. Membuat Perkaitan
4. Penyelesaian Masalah
5. Membuat Perwakilan

Pelajaran Abakus dalam matematik


Apa itu Program Abakus dan Aritmetik Mental? Penggunaan sistem pengiraan abakus
merupakan salah satu model matematik membolehkan murid menguasai aritmetik
mental. Sasaran Program Abakus dan Aritmetik Mental Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah untuk membolehkan murid sekolah rendah menguasai pengiraan secara mental.
Model pengiraan abakus adalah asas kepada perkembangan pengiraan secara mental.

17
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Terdapat enam sebab utama penggunaan abakus dan aritmetik mental dalam
pengajaran & pembelajaran matematik iaitu
Penumpuan
Semua deria utama digunakan apabila mengendalikan abakus. Oleh itu, ia akan
meningkatkan murid.
Ingatan
Kedua-dua otak kiri dan otak kanan aktif apabila menggunakan abakus. Otak kanan
mengingati corak dan imej manakala otak kiri mengira secara mental.
Gambaran Dan Inspirasi
Pengiraan secara pantas dan dapat menyelesaikan banyak masalah.
Pemerhatian
Latihan secara pemerhatian dan membuat latihan tanpa kesilapan.
Kepantasan
Membina kebolehan mengira secara pantas dan pada masa yang sama
mengelakkan daripada kesilapan.
Membaca Dan Mendengar
Kebolehan membaca secara kuat, memahami dan memproseskan maklumat untuk
menyelesaikan masalah dengan pantas.

Perkembangan Program Abakus Di Malaysia

Abakus pertama kali diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia pada tahun 1994.
Pada peringkat awal, abakus jenis 5:2 yang dikenali sebagai sempoa digunakan. Sistem
perwakilan nombor pada sempoa jenis 5:2 adalah kurang berkesan dan penggunaan
sempoa sebagai alat pengiraan tidak selaras dengan perkembangan terkini. Pada tahun
1996, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk menggunakan abakus 4:1 Dalam
masa yang sama idea Aritmetik Mental juga diintegrasikan dalam program abakus. Dari
tahun 1996 hingga 2010, kurikulum abakus tidak dilaksanakan secara formal di sekolah
tetapi program latihan abakus untuk guru dijalankan. Hanya pada tahun 2004 program
Abakus dan Aritmetik Mental dilaksanakan di sekolah rendah Malaysia secara formal.

Isi Kandungan Kurikulum Abakus Dan Aritmetik mental

18
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

A) Pengetahuan
Perwakilan Nombor
Tambah dan Tolak
Darab
Bahagi

B) Kebolehan
Mengaplikasikan ilmu abakus dalam pengiraan aritmetik.
Menggambarkan proses operasi dan hasilnya dalam minda.

C) Sikap
Disiplin diri
kepantasan
Ketepatan

Penolakkan dan Penambahan


Mengandungi 4 kemahiran tolak iaitu tolak terus, kombinasi 5, kombinasi 10 dan
gabungan kombinasi. Di bawah merupakan gambarajah bagi nombor tolak terus.

Penolakkan 1 digit dengan 1 digit

Gerakkan manik atas ke arah palang dan kesemua 4 manik bawah kearah palang untuk
menunjukkan nilai 9. untuk penolakkan, gerakan nilai 6 iaitu, manik atas ke atas dan 1
manik bawah ke bawah. Maka hasilnya 3.

Penolakkan 2 digit dengan 2 digit tanpa kumpul semula

19
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Nilaikan 43 di atas sempoa dengan menaikkan 3 manik nilai sa dan 4 manik di tempat
puluh. Turunkan 2 manik di nilai tempat sa dan 1 manik di nilai tempat puluh. Hasilnya
31

Kombinasi 5 dan 10
Kombinasi 5 digunakan apabila manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke hala
palang pemisah. Oleh itu, Kawan Kecil digunakan. Kawan Kecil merupakan kombinasi
dua nombor yang memberi jawapan 5.

1+4 = 5
2+3 = 5
3+2 = 5
4+1 = 5

Kombinasi 10 digunakan apabila manik atas dan manik bawah tidak mencukupi untuk
digerakkan ke hala palang pemisah. Oleh itu, Kawan Besar digunakan. Apabila Kawan
Besar digunakan, turunkan Kawan Besar dan bawa 1 pada tiang di sebelah kiri.

Kawan Besar merupakan kombinasi dua nombor yang memberi jawapan 10.

1+9=10
2+8=10
3+7=10
4+6=10
5+5=10
6+4=10
7+3=10
8+2=10
9+1=10

20
PKP 3118 ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHAN

Penambahan Mudah
Penambahan satu digit nombor dengan satu digit nombor tanpa kumpul semula

Satu manik di bawah yang paling atas dinaikkan ke atas untuk nilai 1. Untuk tambah 2,
naikkan manik 2 manik selebihnya ke atas. Hasilnya adalah 3

Penambahan 2 digit nombor dengan 2 digit nombor tanpa kumpul semula

Naikkan 2 manik dibawah paling kiri yang berada di atas kearah palang/bim. Satu manik
bawah yang berada disebelah kanan untuk memberi nilai 12. Untuk menambahkan 31
pula, gerakkan satu manik ke atas dibahagian nilai tempat sa dan 3 manik bahagian
nilai puluh. Hasilnya adalah 43.

21

Anda mungkin juga menyukai