Anda di halaman 1dari 3

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN REDANG


15350 KOTA BHARU,
KELANTAN.

Ruj Kami : SKR 100-9/4(02)


Tarikh : 03 MAC 2012
Yang Amat Berhormat,
Tuan Guru Datuk Bentara Setia,
Menteri Besar,
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Kota Darul Naim,
15502 Kota Bharu,
Kelantan.

Yang Amat Berhormat Tuan Guru,

POHON SUMBANGAN MEMBINA TEMPAT WUDUK DAN


TANDAS MUSALLA SEKOLAH

Perkara di atas dirujuk.

2. Saya sebagai YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Redang ingin memohon


sumbangan untuk membina tempat berwuduk dan tandas bagi keselesaan
pelajar menjalankan aktiviti seperti mengambil Wuduk, Sembahyang
berjamaah,Kelas Fardu Ain,Tazkirah,dan sebagainya di musalla sekolah.

3. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Tuan Guru, Musalla Sekolah


Kebangsaan Redang telah dibina pada tahun 1995 malalui sumbangan
penduduk kampung. Kos bagi membina tempat wuduk dan tandas
tersebut dianggarkan sebanyak RM10,000.00.

4. Besarlah harapan kami semoga permohonan ini mendapat


pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Yang Berhormat bagi
keselesaan murid-murid dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.Untuk
memudahkan urusan pihak Yang Berhormat,disini disertakan nama bank
dan no akaun PIBG SK Redang:

Nama Bank : Bank Muamalat


No.Akaun : 0301-0072973-72-3 ( PIBG SK REDANG )

Sekian,terima kasih.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Yang benar,

..
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN REDANG
15350 KOTA BHARU,
KELANTAN.

Ruj Kami : SKR 100-9/4(03)


Tarikh : 22 MAC 2012
Yang Amat Berhormat,
Tuan Guru Datuk Bentara Setia,
Menteri Besar,
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Kota Darul Naim,
15502 Kota Bharu,
Kelantan.

Yang Amat Berhormat Tuan Guru,

UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN YANG


DIBERIKAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG dan warga Sekolah Kebangsaan


Redang menyusun sepuluh jari mengucapkan jutaan terima kasih atas
sumbangan yang telah diberikan dalam bentuk wang ringgit bagi
menjayakan pembinaan tempat wuduk dan tandas untuk kemudahan
murid-murid di sekolah ini. Butiran sumbangan seperti berikut:

Jumlah Sumbangan : RM 5000.00


Aktiviti /Program : Pembinaan Tandas dan tempat wuduk
Jenis Sumbangan : Cek
Tempat : S.K. Redang

3. Kerjasama dan sumbangan daripada pihak Yang Amat Berhormat


Tuan Guru amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian,terima kasih.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Yang benar,

..