Anda di halaman 1dari 13

MEMBENTUK KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN KERJA

BERKUMPULAN BERLANDASKAN ORIGAMI

ZAINUAN BIN ISMAIL

MD YUSRI BIN MD YUNUS

MEOR AZIMIN BIN AHMAD SEPUAN

MUHAMMAD SHABRI BIN MUHAMAD NUR

Abstrak

Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan merupakan kemahiran insaniah


yang perlu dikuasai dan diterap dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan pelajar. Justeru para pendidik perlu memilih straregi
pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada keberkesanan yang tinggi
untuk mencapai hasrat murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber seperti
penggunaan origami sebagai alat pendidikan telah banyak dibuktikan
keberkesananannya malah mampu membentuk kemahiran kerja berkumpulan
dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat sifat kepimpinan dan
kemahiran kerja berkumpulan melalui aktiviti origami berkumpulan. Secara
khususnya kajian ini menilai seni lipatan origami dalam membentuk sifat
kepimpinan dan pembangunan kemahiran kerja berkumpulan berdasarkan tahap
penilaian reaksi dalam Model Kirkpatrik terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah
daerah Segamat. Metodologi kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan
instrumen senarai semak. Sampel kajian pula melibatkan 90 orang pelajar dari
sekolah rendah di daerah Segamat. Data senarai semak dikumpul dan akan
dianalisis secara manual menggunakan peratus. Pengkaji menjangkakan hasil
keputusan kajian ini dapat menunjukkan pembentukan kepimpinan dan
kemahiran kerja berpasukan setelah menjalani aktiviti origami berkumpulan.
Diharapkan aktiviti berkumpulan berlandaskan seni lipatan origami diterima baik
dan dapat membantu pihak tertentu terutamanya pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Segamat dalam menerapkan kemahiran kepimpinan dan kemahiran kerja
berkumpulan.

Kata kunci: origami, kepimpinan, kerja berpasukan.

1.0 Pengenalan

Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan


yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang
ingin dicapai. Bakat kepimpinan dan kemahiran kerja berpasukan amat
diperlukan dalam sesebuah organisasi. David M. Traversi (2007) menyebut
bahawa faktor kepimpinan yang membezakan antara sesebuah organisasi yang
berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala keputusan yang dibuat akan
bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam
sesuatu organisasi. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan
sesebuah organisasi meningkatkan mutu disiplin dan keterampilan warga
organisasi. Pemimpin merupakan unsur terpenting di sesebuah organisasi dalam
mewujudkan iklim disiplin yang baik. Oleh yang demikian, pemimpin seharusnya
diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan peranan dan tugas mereka.
Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan
pengorbanan semua pihak. Mengikut Ishak bin Sin (2002), kejayaan syarikat-
syarikat dan juga sekolah-sekolah berkenaan sama ada di Barat atau di Malaysia
telah mendorong penyelidik-penyelidik untuk mengenal pasti gaya kepimpinan
yang berupaya mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan serta berjaya
membuat perubahan-perubahan besar. Program ini mensasarkan pelajar
daripada sekolah rendah di daerah Segamat kerana pelajar-pelajar ini sering
terlibat dengan tugasan atau projek dan amali yang memerlukan kerja
berkumpulan. Di dalam amali yang dilakukan, sering kali pelajar ini menghadapi
konflik kepimpinan bagi mencapai objektif sesuatu amali. Program ini diharapkan
dapat membantu pelajar dalam membina daya kepimpinan di dalam diri seorang
pelajar itu di samping beberapa objektif lain. Program ini menggunakan seni
lipatan Origami hasil inovasi Yoshio Sato sebagai medium untuk pembelajaran
dan melatih kepimpinan pelajar. Oleh itu program kepimpinan ini seharusnya
diterapkan kepada para pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa
yang akan datang.

1.1 Latar belakang masalah


Pembangunan tamadun sesuatu bangsa terletak pada kualiti generasi
yang menerajui kepimpinan sesebuah negara. Usaha membina kualiti
kepemimpinan generasi muda khususnya para remaja adalah penting. Mereka
merupakan aset yang bakal mengisi keperluan kepimpinan negara bagi tujuan
kelangsungan pembangunan di masa hadapan. Perhatian masyarakat terhadap
pembinaan kualiti kepimpinan remaja khususnya pelajar semakin meningkat
(Bisland 2004). Keadaan ini berikutan kesedaran masyarakat terhadap keperluan
mempunyai pemimpin yang bersedia untuk mengambil tanggungjawab
memimpin negara. Potensi kepimpinan ini perlu dikenalpasti, malah bakat
mereka perlu diasah dan diberi peluang untuk dikembangkan dalam pelbagai
sudut. Sekiranya bakat kepimpinan ini tidak dicungkil dan dipupuk dengan baik,
individu yang mungkin dilahirkan pintar, tidak akan berkembang untuk
menjadikan dia seorang yang berbakat sepenuhnya (Gagne 2009). Kepimpinan
merupakan salah satu kebolehan semula jadi yang terkandung dalam domain
sosioafektif. Individu yang memiliki kebolehan kepimpinan didapati berbakat
dalam aspek komunikasi yang melibatkan keupayaan untuk berempati, kreatif
dalam menggunakan daya pujuk untuk mempengaruhi orang lain. Kebolehan
dan bakat tersebut selari dengan definisi kepemimpinan oleh Terry (2006) yang
menyatakan kepemimpinan adalah kegiatan-kegiatan untuk mempengaruhi
orang lain agar mahu bekerjasama untuk mencapai tujuan kelompok secara
sukarela. Selain itu, pelajar yang mempunyai potensi kepimpinan ini juga dilihat
sebagai golongan yang bersedia untuk berkongsi ciri-ciri kepimpinan yang umum
seperti kemahiran mengendalikan kumpulan, mendorong dan memotivasi orang
lain, menyelesaikan masalah secara kreatif, menggunakan kemahiran
komunikasi yang berkesan, melihat peluang dalam sesebuah perhubungan,
luwes dalam pemikiran dan tindakan, mudah memahami konsep-konsep yang
kabur, cekap menstruktur matlamat dan objektif serta dapat menilai proses
kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat (Bisland 2004; Feldhusen & Bleiss
1994; Karnes & Bean 1996).
Kemahiran kerja berpasukan merujuk kepada sekumpulan individu dalam
sesebuah organisasi yang melakukan tugas secara berganding bahu antara satu
sama lain dan sama-sama bergabung bagi mencapai matlamat kumpulan. Ahli
pasukan akan berinteraksi rapat, berkongsi maklumat, membuat keputusan dan
memikul tanggungjawab bersama bagi melakukan tugas yang ditetapkan
(Saadan et al., 2011). Partridge (2007) pula menyatakan dengan wujudnya kerja
berpasukan, sesebuah organisasi itu akan mempunyai semangat kekitaan,
mempunyai tujuan yang jelas dan tahu apa yang mereka perlu lakukan,
mendapat sokongan daripada ahli-ahli pasukan yang lain, akan dihormati dan
dihargai atas sumbangan mereka, berkongsi masalah dan menyelesaikan
masalah bersama-sama. Sebaliknya, Yusof (2003) merumuskan terdapat lima
faktor yang menyebabkan kegagalan kerja berpasukan antaranya ketidaksediaan
ahli untuk bekerjasama antara satu dengan yang lain, gagal memperoleh
sokongan daripada pengurusan atasan, terdapat pengurus yang tidak bersedia
untuk membebaskan kawalan, gagal untuk bekerjasama dengan pasukan-
pasukan kerja yang lain dan ahli tidak yakin dengan hala tuju pasukan.
Menurut Wise (2005) menyatakan bahawa penyelidikan telah
menunjukkan bahawa seni kertas lipatan adalah subjek tambahan yang unik dan
berharga untuk kurikulum terutamanya di peringkat sekolah rendah. Origami
bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu kaedah yang berharga untuk
membangunkan kemahiran yang tertentu. Oleh yang demikian, aktiviti seni
origami telah dilihat dapat menyumbangkan banyak kebaikan dan kelebihan
dalam aktiviti penerapan kemahiran insaniah (KI) malah mampu membentuk
kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, pengkaji
mendapati aktiviti seni lipatan origami boleh membangunkan kemahiran
kebolehkerjaan khususnya kemahiran kerja berpasukan dalam memenuhi aspek
kompetensi pekerjaan yang ingin diceburi. Hal ini telah disokong oleh kajian
Mohd Adnan (2009) yang menjelaskan bahawa 90% pelajar bersetuju tentang
wujudnya nilai kerjasama dan bantu-membantu ketika menghasilkan karya
origami.
1.2 Penyataan masalah

Dalam menangani masalah kepimpinan ini, Malaysia serta kebanyakan


negara Asean menstruktur semula kepimpinan di institusi pendidikan mereka
dalam menempuh persaingan di peringkat global (Chang, Ahmad, Ibrahim, &
Kho, 2012). Namun, terdapat segelintir sekolah yang kurang menekankan sifat
kepimpinan dan kerja berkumpulan dalam kalangan pelajar. Hal ini adalah
demikian kerana pihak pentadbir hanya menumpukan kepada aspek pencapaian
akademik pelajar. Pelajar hanya didedahkan kepada peperiksaan dan sekolah
begitu komited untuk mengekalkan kecemerlangan. Penilaian yang berasaskan
gred dan yang terlalu berorientasikan sistem peperiksaan bertulis dan proses
pembelajaran pasif yang berpusatkan guru dikatakan menjadi halangan kepada
proses pembelajaran yang efektif dan penguasaan kemahiran insaniah (Jumali et
al, 2011). Akhirnya, pelajar ini kurang dari aspek kemahiran soft skill dimana
kemahiran ini amat diperlukan dalam dunia pekerjaan. Hasrat untuk mewujudkan
satu generasi muda yang mempunyai daya kepimpinan yang unggul bagi
mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang tidak akan
tercapai (Hamzah Rahman, 1996) sekiranya penekanan yang lebih hanya
diberikan kepada bidang akademik. Selain itu, penglibatan pelajar terhadap
aktiviti yang berbentuk kepimpinan dan kerja berpasukan juga agak sedikit
penyertaannya. Faktor perancangan aktiviti terhadap sesuatu program mungkin
mempengaruhi penyertaan pelajar. Pelajar mungkin tidak berminat terhadap
program yang dianjurkan mungkin disebabkan pernah mengikuti aktiviti tersebut
atau aktiviti tersebut kurang menarik. Terdapat aktiviti hanya dikendalikan oleh
kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa
pemantauan dari guru terlibat ( Adnan,1990). Kesannya pelajar sekolah tidak
berminat untuk melibatkan diri.
Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan kain ataupun
kertas.Pada masa kini, seni lipatan origami dihasilkan lebih berbentuk seperti
bunga, dinasour, katak, serangga, ikan, baju dan sebagainya (Khairani, 2012).
Origami juga merupakan satu aktiviti yang boleh dipelbagaikan bentuk dengan
menggunakan kertas dan boleh merangsangkan pemikiran otak manusia
seterusnya memperkembangkan kemahiran generik (Lowenfeld dan Britain,
1975). Menurut Lavenson (1995) menyatakan origami dapat mengembangkan
kemahiran generik dari sudut kognitif, afektif dan psikomotor. Origami dapat
membangunkan psikomotor dan keupayaan kognitif kanak-kanak
berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan (Katrin dan Shumakov, 2007).
Justeru, pengkaji ingin menggunakan aktiviti origami bagi manarik penyertaan
pelajar supaya pengkaji dapat melihat pembentukan kepimpinana dan
kemahiran kerja berkumpulan dalam kalangan pelajar.

1.3 Objektif kajian

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik dalam


mengadakan kajian ini. Objektif kajian yang telah dilaksanakan oleh penyelidik
ini adalah seperti berikut:-

1) Menilai amalan kepimpinan ketua kumpulan melalui aktiviti origami.


2) Menilai amalan kerja berkumpulan dalam kalangan ahli semasa aktiviti
origami dilaksanakan.

2.0 Metodologi kajian


Kajian dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di dalam daerah
Segamat, Johor. Sekolah ini dipilih kerana mendapat kerjasama yang baik dari
pihak pentadbir selain pengkaji merupakan tenaga pengajar di sekolah ini.
Seramai 90 orang pelajar yang terdiri daripada ahli jawatankuasa pelbagai unit
beruniform, kelab, persatuan dan pengawas sekolah, juga merupakan palajar
tahap 2 telah terlibat dalam kajian yang dijalankan ini. Pelajar diagihkan kepada
10 kumpulan kecil dimana setiap kumpulan terdiri daripada 9 orang murid.
Setiap kumpulan melantik seorang pelajar sebagai ketua kumpulan. Setiap
kumpulan juga diberikan satu tugasan bagi menghasilkan origami yang
ditetapkan. Tugasan mengandungi gambarajah manual berupa proses lipatan.
Setiap kumpulan diminta melengkapkan tugasan dalam tempoh 1 jam 30 minit.

Kaedah soal selidik menggunakan instrumen borang senarai semak telah


digunakan. Borang senarai semak mengandungi 2 aspek yang akan dinilai iaitu
aspek kepimpinan dan kemahiran kerja kumpulan. Pelajar diberikan masa 30
minit bagi melengkapkan 30 item soalan soal selidik. Kaedah pengiraan yang
digunakan bagi menganalisis data adalah berdasarkan peratus.

2.0 Analisis kajian

Data dianalisis daripada borang senarai semak yang telah diisikan oleh 90
orang peserta kursus. Ia memaparkan hasil analisis yang diperoleh daripada data
mentah responden. Borang senarai semak telah diedarkan kepada responden
selepas kursus tamat. Jumlah keseluruhan responden ialah seramai 90 orang
responden terdiri daripada pengawas serta murid yang mempunyai jawatan
dalam kelab dan unit beruniform. Data yang dikumpulkan dianalisis secara
manual iaitu menggunakan peratus. Huraian telah dikemukakan dalam bentuk
analisis deskriptif. Hasil dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual
yang meliputi item dan peratus yang menjawab ya dan tidak. Terdapat dua
bahagian utama yang selari dengan objektif seperti yang dinyatakan dalam Bab I
dan diberikan tumpuan di dalam bab ini iaitu:
i. Prosedur yang digunakan untuk menganalisis data
ii. Dapatan Kajian
iii. Rumusan Dapatan Kajian

2 .1 Prosedur Yang Digunakan Untuk Menganalisis Data

Dalam kajian ini, senarai semak yang digunakan telah direka bentuk untuk
pengumpulan data daripada responden melalui penilaian kepimpinan dan kerja
berkumpulan. Penilaian kepimpinan terdiri daripada aspek sikap yang
mengandungi 8 item, aspek komunikasi 5 item dan aspek pengurusan 5 item.
Manakala penilaian kerja berkumpulan terdiri daripada 10 item.
2.2 Dapatan kajian
Dalam bahagian ini, data dipersembahkan mengikut persoalan kajian seperti
berikut:
a. Tahap kemahiran kepimpinan di kalangan pelajar
b. Tahap kemahiran kerja berkumpulan di kalangan pelajar

a) Tahap kemahiran kepimpinan


Analisis data terhadap tahap kepimpinan pelajar adalah dengan melihat
kekerapan pelajar memberi jawapan ya dan tidak terhadap item yang
diberikan
Kekerapan pelajar memberi jawapan ditunjukkan dalam peratusan pelajar
bersetuju dan tidak bersetuju dengan item yang dikemukakan

i) Aspek sikap ketua kumpulan dalam aktiviti origami

No. Item Ya Tidak


1. Ketua sentiasa menggalakan kerja secara 100%
berpasukan
2. Ketua sentiasa menggalakkan penglibatan 100%
semua ahli
3. Ketua menunjukkan sikap terbuka dalam 83.3% 16.7
menerima pendapat dan teguran %
4. Ketua menunjukkan sikap bertimbang rasa 88.9% 11.1
%
5. Ketua sentiasa membantu ahli kumpulan 100%
6. Ketua dapat mengawal ahli kumpulan dengan 87.8% 12.2
baik %
7. Ketua menerima cadangan dan pendapat ahli 91.1% 8.9%
8. Ketua sentiasa memberi dorongan dan 77.8% 22.2
motivasi kepada ahli %
Peratus keseluruhan 91.1% 8.9%

Berdasarkan kepada jadual, peratus yang tertinggi adalah pada item 1, 2 dan
5 iaitu kesemua responden bersetuju, diikuti dengan penilaian item 7 dimana
91.1% bersetuju manakala 8.9% lagi tidak bersetuju. Sebanyak 87.8% pula
bersetuju terhadap penilaian item 6 dan 12.2% pula tidak bersetuju. Peratus
item 3 pula memperolehi 83.3% responden bersetuju manakala selebihnya
iaitu16.7% tidak bersetuju. Item 8 pula mencatat peratusan responden paling
rendah berbanding item lain iaitu 77.8% bersetuju manakala 22.2% tidak
bersetuju. Keseluruhannya, 91.1% responden bersetuju dan ini menunjukkan
sikap yang diperlukan dalam kepimpinan dapat ditunjukkan dengan jelas
melalui kursus ini.
ii) Komunikasi ketua kumpulan dalam aktiviti origami

No Item Ya Tidak
.
1. Ketua sentiasa memberikan arahan yang jelas 90% 10%
2. Ketua dapat menyampaikan maklumat dengan 93.3% 6.7%
tepat
3. Ketua menggunakan bahasa yang mudah 83.3% 16.7%
difahami
4. Ketua sentiasa berbincang bersama ahli 94.4% 5.6%
kumpulan
5. Ketua sentiasa berkomunikasi bersama ahli 97.7% 2.3%
kumpulan
Peratus keseluruhan 91.7% 8.3%

Berdasarkan kepada jadual, peratus yang tertinggi adalah pada item 5 iaitu
97.7% responden bersetuju manakala 2.3% sahaja tidak bersetuju, diikuti
dengan penilaian item 4 dimana 94.4% bersetuju manakala 5.6% lagi tidak
bersetuju. Sebanyak 93.3% pula bersetuju terhadap penilaian item 2 dan
6.7% pula tidak bersetuju. Peratus item 1 pula memperolehi 90% responden
bersetuju manakala selebihnya iaitu 10% tidak bersetuju. Item 3 pula
mencatat peratusan responden paling rendah berbanding item lain iaitu
83.3% bersetuju manakala 16.7% tidak bersetuju. Keseluruhannya, 91.7%
responden bersetuju dan ini menunjukkan aspek komunukasi dapat dibentuk
dengan baik melalui kursus ini.

iii) Pengurusan ketua kumpulan dalam aktiviti origami

No Item Ya Tidak
.
1. Ketua membahagikan tugas secara adil 92.2% 7.8%
2. Ketua merancang aktiviti dengan baik 87.7% 12.3%
3. Ketua memantau aktiviti ahli kumpulan 100%
4. Ketua dapat membuat keputusan dengan cepat 95.6% 4.4%
5. Ketua memastikan kelengkapan aktiviti 100%
mencukupi
Peratus keseluruhan 95.1% 4.9%

Berdasarkan kepada jadual, peratus yang tertinggi adalah pada item 3 dan 5
iaitu 100% responden bersetuju dimana ketua telah memainkan peranan
memantau dan memastikan keperluan aktiviti dipenuhi. Diikuti dengan
penilaian item 4 dimana 95.6% bersetuju manakala 4.4% lagi tidak bersetuju.
Sebanyak 92.2% pula bersetuju terhadap penilaian item 1 dan 7.8% pula
tidak bersetuju. Peratus item 2 adalah terendah dengan memperolehi 87.7%
responden bersetuju manakala selebihnya iaitu 12.3% tidak bersetuju.
Keseluruhannya, 95.1% responden bersetuju dan ini menunjukkan aspek
pengurusan berada pada tahap terbaik dapat dilihat melalui kursus ini.

b) Tahap kemahiran kerja berkumpulan aktiviti origami

Analisis data terhadap tahap kemahiran kerja berkumpulan pelajar adalah


dengan melihat kekerapan pelajar memberi jawapan ya dan tidak terhadap
item yang diberikan. Kekerapan pelajar memberi jawapan ditunjukkan dalam
peratusan pelajar bersetuju dan tidak bersetuju dengan item yang
dikemukakan.

No. Item Ya Tidak


1. Saya rasa seronok bekerja secara 100%
berkumpulan
2. Saya suka berkongsi pendapat bersama ahli 100%
kumpulan
3. Saya suka berinteraksi bersama ahli 100%
kumpulan
4. Saya bersedia membantu jika diperlukan 88.9% 11.1%
5. Saya dapat menyesuaikan diri dengan ahli 100%
kumpulan
6. Saya bersedia untuk menerima arahan 91.1% 8.9%
daripada ketua
7. Saya bersedia menerima teguran daripada 91.1% 8.9%
ahli kumpulan
8. Saya bersedia memberikan komitmen 100%
sepenuhnya kepada kumpulan
9. Saya berasa bangga jika kumpulan mencapai 100%
kejayaan
10. Saya bersetuju dengan semua keputusan 86.7% 13.3%
yang telah dibuat
Peratus keseluruhan 95.78 4.22%
%

Daripada dapatan di atas, didapati item 1, 2, 3, 5, 8 dan 9 menunjukkan


keseluruhan responden memilih bersetuju. Ini menunjukkan pelajar dapat
menyesuaikan diri dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap aktiviti
kumpulan yang dilakukan. Manakala item 6 dan 7 pula memperolehi 91.1
responden bersetuju dan selebihnya iaitu 8.9% tidak bersetuju. Sebanyak
88.9% responden pula bersetuju terhadap item 4 manakala 11.1% lagi tidak
bersetuju. Peratus terendah diperolehi berbanding item penilaian yang lain
iaitu pada item 10 dimana 86.7% responden bersetuju manakala 13.3% tidak
bersetuju. Keseluruhannya, 95.78 responden bersetuju dan ini menunjukkan
kemahiran kerja berkumpulan dapat ditunjukkan dengan begitu baik melalui
kursus ini.

2.3 Perbincangan

Berdasarkan dapatan kajian, keseluruhannya aspek kemahiran kepimpinan


memperoleh 92.6% responden menunjukkan respon positif dan ini
memperlihatkan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik adalah memastikan setiap
hasil atau produk yang dibuat oleh orang yang dipimpin menepati kehendak
sesuatu objektif. Setiap pemimpin atau ketua bertindak bagi mencapai objektif
dan menetapkan aras atau piawai tertentu kepada sesuatu tugasan. Apa yang
dapat dilihat, setiap pelajar yang dipilih menjadi ketua menjalankan tanggung
jawab dengan baik dan memimpin berdasarkan bakat semula jadi. Manakala
aspek kerja berkumpulan menunjukkan 95.78% daripada keseluruhan pelajar
menyatakan respon positif . Peratusan yang diperolehi adalah lebih besar
berbanding aspek kepimpinan. Ini menunjukkan sebahagian besar pelajar dapat
menyesuaikan diri dan memainkan peranan masing-masing dengan baik bagi
kejayaan matlamat kumpulan mereka. Aspek kemahiran kepimpinan dan kerja
berkumpulan dapat diterapkan dengan sangat baik melalui kaedah origami. Ini
dapat dilihat dari kajian (Wise, 2005) mengenai aktiviti origami yang bukan
sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu kaedah yang berharga untuk
membangunkan kemahiran yang tertentu. Disini jelas menunjukkan aktiviti
origami dapat membentuk kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan kepada
pelajar.

3.0 Cadangan

1. Kajian lanjutan ke atas sampel yang lebih besar melibatkan murid yang
mempunyai latar belakang yang pelbagai.
2. Kajian lanjutan untuk pembangunan modul kemahiran kepimpinan
berlandarkan aktiviti origami

4.0 Kesimpulan
Daripada hasil kajian yang diperoleh, di dapati aktiviti origami sesuai di
ajar pada murid-murid di sekolah rendah bagi membentuk kemahiran
kepimpinan dan kemahiran kerja kumpulan. Kedua-dua kemahiran ini amat
penting dan amat diperlukan oleh murid-murid terutamanya setelah mereka
menamatkan alam persekolahan dan menempuh alam pekerjaan. Untuk
memastikan bahawa aktiviti origami ini mampu memberikan impak yang tinggi
kepada murid-murid, maka guru-guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas
dan kreativiti yang tinggi tentang origami. Ini mampu menarik minat murid-
murid untuk mengikuti aktiviti origami bersama guru.

Lampiran:

Hasil kerja murid dipamerkan Hasil kerja murid dipamerkan

Tunjuk ajar dari fasilitator Tunjuk ajar dari fasilitator

Murid menunjukkan hasil origami Guru turut terlibat


5.0 Rujukan

Adnan, M.S (1990). Kepentingan Kemahiran Generik. Persidangan


Sempena Hari Guru. Bangi, Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. pp. 215-
219.

Bisland, K. D. (2004). Successful Strategies for Twice-Exceptional Students,


Prufrock Press, ISBN 978-1-59363-194-9, Texas, USA

Chang, K. K. (2009). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif


Terhadap Prestasi dan Perubahan sikap pelajar Tahun Dua Dalam Aktiviti
ORIGAMI Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Laporan Akhir. Open Universiti
Malaysia.

David M. Traversi (2007), Eight Drivers of the High-Impact Leader.


Retrieved September 10, 2008 dari http://www.leader-
values.com/Content/detail.asp?ContentDetailID=1308

Feldhusen, J. F., & Nimlos-Hippen, A. L. (1992). An exploratory study of


selfconcepts and depression among the gifted. Gifted Education, 8, 136-138.

Gagn, M. (2009). A model of knowledge-sharing motivation. Human


Resource Management, 48, 571-589.

Hamzah Rahman Bin Soriat (1996). Pendidikan Kepimpinan. Jurnal Guru.


16 Mei 1996, Keluaran 8, 91, 4.
Ishak bin Sin (2002), Gaya Kepimpinan Yang Digemari: Satu Kajian Kes-
Kes Hipotetikal. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan kali ke-XI, pada 17-19 Disember 2002, di Hotel Pan
Pacific, Kuala Lumpur International Airport, Sepang.

Jamali, D. (2008). A stakeholder approach to corporate social


responsibility: A fresh perspective into theory and practice. Journal of business
ethics, 82, 213-231.

Yusof Hashim (2003) Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan.


Selangor Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Terry, C. (2006). A threat in the air: How stereotypes shape intellectual


identity and performance. American Psychologist, 52, 613 629.