Anda di halaman 1dari 1

,

Ya Allahu Ya Karim
Sesungguhnya kami berhimpun dalam Kejohanan Sukan dan Olahraga Sek Men Al-Hidayah kali ke-9, pada hari
ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang
sentiasa bersyukur diatas nikmat samada yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin bersatu hati untuk merancang dan
menjayakan apa sahaja hasrat sekolah kami.
Justeru berkati dan rahmatilah majlis kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati
kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta
mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, kesatuan ukhuwah dan rasa cinta
kepada sekolah kami, Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan Negara selari dengan profail pelajar yang ingin dilahirkan
oleh sekolah kami.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidup kami, kau jauhkanlah rasa dengki, cemburu dan bongkak, hingga
dapat mengganggu semangat kesukanan kami. Kau berikanlah kami kekuatan dan kegigihan dalam menempuh
semua acara yang dipertandingakan. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Apalah kiranya, Kau kurniakan kemampuan
kepada kami mengekalkan semangat kesukanan ini berterusan dalam akademik dan dalam apa jua program
yang kami sertai.

Ya Allah Ya Rahman

Anda mungkin juga menyukai