Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA DAMAI (2)

JALAN PJU 10/4C, DAMANSARA DAMAI,


47830 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
KOD SEK : BBA 8285

LAPORAN TAHUNAN KOKURIKULUM


TAHUN 2016
UNIT SUKAN DAN PERMAINAN

Disediakan oleh:
PN. EZARONA BINTI AYOB
PENYELARAS UNIT SUKAN DAN PERMAINAN SKDD (2)
LAPORAN TAHUNAN UNIT SUKAN DAN PERMAINAN
SK DAMANSARA DAMAI (2)
TAHUN 2016
1. Pengenalan
Perlaksanaan program ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat murid ke
arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan murid
dalam aktiviti-aktiviti sukan dan dan permainan di peringkat sekolah dan melalui
pertandingan-pertandingan yang diadakan membolehkan murid mengimbangkan
antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara.

2. Objektif
Adalah diharapkan program ini dapat:
2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap
yang lebih tinggi.
2.2 Mengukuhkan hubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerak
kerja yang diceburi
2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum
2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan mematapkan diri untuk lebih Berjaya
dengan lebih cemerlang
2.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke
kejohanan peringkat daerah.

3. Sasaran
Semua murid Tahun 3 , 4, 5 dan 6 SKDD (2)

4. Tempoh Perlaksanaan

Tarikh : Januari hingga November 2016 (12 kali setahun)


Hari : Setiap Hari Rabu
Masa : Jam 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat: SK Damansara Damai (2)

5. Penilaian
Kebaikan
I. Dapat mencungkil bakat dan potensi murid sedia ada hingga dapat mewakili
sekolah hingga ke peringkat negeri.
II. Kerjasama dan pengalaman sedia ada guru-guru yang berdedikasi juga
membantu menyerlah bakat dan potensi murid-murid.

Kelemahan dan kekangan


I. Bilangan murid di dalam satu unit adalah tidak tetap disebabkan murid sering
bertukar unit mengikut kehendak sendiri.
II. Kehadiran murid dan guru masih kurang memuaskan tidak mencapai 95%
sepanjang tahun.
III. Peralatan sukan dan permainan masih lagi tidak mencukupi bagi memenuhi
bilangan murid yang ramai.
IV. Tempat untuk melakukan aktiviti sukan juga agak terhad bagi melaksanakan
sukan
V. Pendedahan serta pengetahuan sedia ada guru-guru terhadap sesuatu unit
sukan dan permainan

6. Penutup
Moga ditahun akan datang bidang sukan dan permainan dapat mencungkil potensi
dan bakat murid lebih cemerlang di samping dapat mengharumkan nama sekolah
keperingkat lebih tinggi.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.. ...

(EZARONA AYOB)
Penyelaras Unit Sukan
Dan Permainan SKDD(2)

Anda mungkin juga menyukai