Anda di halaman 1dari 9

1

TEKS PENGERUSI MAJLIS


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SMK DAMAI JAYA KALI KE-19 TAHUN 2017
AGENDA TEKS QUE /
CATATA
N
PENGUMUM Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En.
AN Azmi bin Abu Samad, Yang Dipertua PIBG SMK
KETIBAAN Damai Jaya diiringi oleh Yang Berusaha En.
Zainudin, Pengetua SMK Damai Jaya ke
Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-17.

SALUTASI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


salam sejahtera, dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia,
En. Azmi bin Abu Samad
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Damai Jaya

Yang Berusaha,
En. Zainudin bin Kusnin
Pengetua SMK Damai Jaya

Guru-guru Penolong Kanan


Ketua-ketua Bidang
AJK-AJK PIBG SMKDJ
Para guru
Para kakitangan sekolah
Para ibu bapa
Dan seterusnya anak-anak didik yang dikasihi
sekalian.

UCAPAN Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi


ALU-ALUAN kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat
bersama-sama berkumpul pada hari ini untuk
menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SMK
Damai Jaya Kali ke-19 bagi tahun 2017 ini.

Pihak sekolah merakamkan ucapan selamat


datang dan selamat menyaksikan acara sukan
yang akan dipertandingkan dalam kejohanan ini.
2

PERBARISAN Hadirin hadirat sekalian,


Majlis akan dimulakan dengan acara perarakan
masuk kontinjen-kontinjen yang bertanding dalam
acara perbarisan rumah sukan dan unit
beruniform pada hari ini.

Dengan itu, dijemput Yang Berbahagia, Encik Azmi


bin Abu Samad, YDP PIBG SMKDJ diiringi oleh Yang
Berusaha En. Zainudin bin Kusnin, Pengetua
SMKDJ untuk tampil ke pentas bagi menerima
tabik hormat. Dipersilakan.

**MUZIK DIMAINKAN**
3

Perarakan masuk kontinjen rumah sukan ke tengah padang


ini akan diketuai oleh Komandan Barisan, Muhammad Al-
Hairul Fitri bin Jofri.

Di belakang Komandan Barisan pula ialah pembawa bendera


kejohanan yang terdiri daripada 4 unit beruniform iaitu,
1) Khor Yee Ang
2) M. Zahiruddin bin M. Salleh
3) M. Nabil Ramadhan bin. Mohd Fadzil
4) M. Al-Amin bin. Mohd Rizam

Seterusnya ialah pembaca ikrar kejohanan,


______________________________________________________

1) Di belakang mereka ialah kontinjen dari pasukan


PROTON yang diketuai oleh
______________________________________________________.
Pasukan ini menjadikan semangat yang tidak mudah
luntur sebagai modal untuk menjuarai kejohanan
sukan pada setiap tahun.

2) Dengan motto Positron Unggul kini menyusul pula


kontinjen dari pasukan POSITRON yang diketuai oleh
_______________________________________________________.

3) Kontinjen seterusnya ialah Pasukan NEUTRON yang


diketuai oleh
_______________________________________________________
. Tidak mudah menyerah kalah. Itulah semangat yang
dibawa oleh pasukan ini setiap kali berada di atas
padang.

4) Dan mengakhiri lintas hormat dari pasukan rumah


sukan ialah kontinjen dari pasukan NUKLEUS yang
diketuai oleh
_______________________________________________________.
Pasukan ini telah menjuarai kejohanan sukan kali ke-18
tahun lalu. Adakah tahun ini sekali lagi mereka akan
menjadi juara? Sama-sama kita saksikan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, lintas hormat unit beruniform.

1) Lintas hormat unit beruniform ini dimulakan dengan


kontinjen Kadet Remaja Sekolah yang diketuai oleh
Nurfarhan bin Azis. Pasukan ini telah melakar kejayaan
cemerlang pada tahun 2016 apabila
_________________________________________________
4

_______________________________________________________
____________________________________________________________.

2) Di belakangnya pula, pasukan yang penuh dengan


semangat setia kawan. Kontinjen Pengakap yang
berada dalam pakaian kelabunya ini diketuai oleh
______________________________________________________.
Antara kejayaan kontinjen ini ialah
______________________________________________________
______________________________________________________.

3) Seterusnya, yang tampil dengan penuh segak dan


bergaya ini pula ialah pasukan Kadet Polis. Kontinjen
Kadet Polis ini diketuai oleh Nurul Shafinaz binti
Khairudin. Pasukan ini pernah menempa kejayaan
______________________________________________
______________________________________________________.

4) Di belakang pasukan Kadet Polis, diikuti oleh


Persatuan Bulan Sabit Merah. Pasukan ini sentiasa
memberi khidmat dan sumbangan bakti apabila
diperlukan. Pasukan ini diketuai oleh Chin Siow Tong.
Pasukan ini ___________________________________
(kejayaan).

5) Kontinjen seterusnya ialah daripada Persatuan Puteri


Islam. Sopan santun dan lembut gemalainya nya
bukan bererti lemah pula kudratnya. Kontinjen yang
diketuai oleh Maisarah bt. LBari ini
_____________________________________ (kejayaan).

6) Seterusnya ialah kontinjen St. John Ambulans yang


dipimpin oleh
_______________________________________________________.
Ayunan langkah yang penuh berdisiplin dan
kesungguhan ini menggambarkan bahawa pasukan ini
mampu menjadi pelapis kepada golongan yang
penting dalam bidang perubatan kelak. Antara
kejayaan kontinjen ini ialah
_______________________________________________________.

7) Membantu Untuk Menyelamat. Itulah cogan kata yang


menjadi azimat kontinjen dari Pasukan Bomba dan
Penyelamat. Kontinjen yang diketuai oleh Izzudin bin
Saifudin ini pernah menempa kejayaan
_______________________________________.

8) Kontinjen yang terakhir dalam lintas hormat ini ialah


kontinjen Pandu Puteri. Kontinjen Pandu Puteri diketua
5

oleh ______________________________________. Pasukan ini


berjaya ______________________________.
6

Terima kasih diucapkan


kepada Yang
Berbahagia Encik Azmi
bin Abu Samad YDP
PIBG SMKDJ atas
kesudian menerima
tabik hormat sebentar
tadi.

**MUZIK DITAMATKAN**
Hadirin dipersilakan
duduk.
7

NYANYIAN Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor. Hadirin diminta
LAGU berdiri.

**LAGU**

Para hadirin dipersilakan duduk.


BACAAN Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan bacaan doa
DOA yang akan disempurnakan oleh Ustaz Muaizz bin Adnan.
Dengan hormatnya dipersilakan ustaz.

**DOA**

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muaizz bin Adnan


atas bacaan doa itu tadi.
UCAPAN Hadirin sekalian,
PENGETUA Majlis ini diteruskan dengan sesi ucapan. Untuk itu, majlis
mempersilakan Encik Zainudin bin Kusnin, Pengetua SMK
Damai Jaya untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

**UCAPAN**

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan


yang disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN Para tetamu yang dihormati sekalian, majlis dengan ini


PERASMIA diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Azmi bin Abu
N Samad, YDP PIBG SMK Damai Jaya untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Pembukaan
Kejohanan Sukan Tahunan SMKDJ Kali ke-19 pada hari ini.
Dipersilakan.

**UCAPAN**

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG


atas kesudian beliau untuk hadir dan merasmikan
kejohanan sukan yang amat bermakna ini. Diminta kepada
Encik Abu Samad untuk menyempurnakan gimik
perasmian.

**GIMIK PERASMIAN**

Terima kasih diucapkan kepada En. Azmi bin Abu Samad


atas kesudian beliau merasmikan gimik perasmian
8

Kejohanan Sukan Kali Ke-19 Tahun 2017.


IKRAR Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan ikrar kejohanan.
Majlis mempersilakan pembaca ikrar kejohanan,
________________________________________________________________
Untuk mengetuai bacaan ikrar.

**IKRAR**

Demikianlah tadi ikrar kejohanan yang diketuai oleh


________________________________________________________________.

PERSEMBAH Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan acara persembahan


AN yang akan dipersembahkan oleh Persatuan Silat Cekak Hanafi
SMK Damai Jaya. Dipersilakan.

**PERSEMBAHAN**

Demikianlah tadi persembahan silat oleh Persatuan Silat Cekak


Hanafi SMK Damai Jaya. Persatuan ini telah
_______________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
.

KONTINJEN Hadirin yang dikasihi sekalian, Demikian tadi selesainya


MENINGGAL lintas hormat dan bacaan ikrar pada Kejohanan Sukan
KAN ARENA Tahunan SMKDJ Kali ke-19 ini. Kini, dipersilakan kepada
semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk
bergerak keluar meninggalkan arena.

**MUZIK**

ACARA Agenda seterusnya ialah acara 100M lelaki bagi kesemua


100M kategori bawah 13, bawah 15 dan bawah 18. Semua
peserta telah berada di garisan permulaan.

**100m LELAKI**
L13
L15
L18

**100m PEREMPUAN**
P13
P15
P18
9

ACARA Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Azmi bin Abu


100M Samad dengan diiringi oleh Yang Berusaha Encik Zainudin
PENYAMPAI bin Kusnin untuk menyampaikan medal kepada pemenang
AN HADIAH acara 100M lelaki tadi.

**PENYAMPAIAN MEDAL LELAKI**

Terima kasih diucapkan kepada Y. Berbahagia En. Azmi bin


Abu Samad atas kesudian beliau menyampaikan medal
kepada pemenang.

Bagi acara 100M perempuan pula, majlis mempersilakan


Yang Berusaha Cik Sulochana A/P Perumal, Penolong Kanan
Pentadbiran untk menyampaikan medal.

**PENYAMPAIAN MEDAL PEREMPUAN**

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik


Sulochana A/P Perumal atas penyampaian medal sebantar
tadi.
PENYAMPAI Sekarang dipersilakan pula Y. Berusaha Encik Zainudin bin
AN Kusnin untuk menyampaikan cenderamata kepada Encik
CENDERAM Azmi bin Abu Samad, YDP PIBG atas kesudian merasmikan
ATA & Kejohanan Sukan Tahunan SMKDJ Kali Ke-19.
PENUTUP
**PENYAMPAIAN CENDERAMATA**

Terima kasih diucapkan kepada Y.Berusaha En. Zainudin


bin Kusnin atas kesudian menyempurnakan acara
penyampaian cenderamata itu tadi.

Demikianlah berakhirnya Upacara Perasmian Kejohanan


Sukan Tahunan SMK Damai Jaya Kali ke-19 bagi tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah
bertungkus-lumus bagi memastikan upacara ini dapat
dijalankan dengan jayanya.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,


assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai