Anda di halaman 1dari 3

CIRI-CIRI BUDAYA

Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit


daripada tingkahlaku dan akal manusia :

Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi,
adaptasi, Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia
perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu
belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu
diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.
Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung
kepada beberapa faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi
latihan dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.
Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong
oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan
masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat
Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan
yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya
seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa
perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.
Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud
dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara
masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya
iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.
Hutington etc.)

Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini
bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini
adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku
akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa
maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi
awal manusia masa lampau.

Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu
hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada
perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah
digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia,
perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti
perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,
perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:


i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.

Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang
memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna,
logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti
isyarat memanggil.

Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap
keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta
ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan
seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran
(sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai