Anda di halaman 1dari 2

Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,


Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
1.
Bacaan Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
Doa mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz
Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera


dan Salam 1 Malaysia
Yang Berusaha, En. Wan Jaafar B. Wan Muda ,Guru Besar SK Felda
Neram 1
Barisan Guru Penolong Kanan,
Guru-guru,
2. Ibu Bapa,
Pembukaa Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
n / Aluan
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta


limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 SK
Felda Neram Satu bagi tahun 2017. Pihak sekolah mengalu-alukan
kedatangan para jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis
pada hari ini.

Tujuan Program Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu


kanak-kanak menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak
formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih formal di
Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini,
murid-murid diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baru dalam masa
yang singkat.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
3. Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan
Guru Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Wan
Besar Jaafar B. Wan Muda selaku Guru Besar SKFNS untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar


atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Tuan Guru Besar diiringi oleh


En. Norhafizu b Mohamad/ En. Mohd Fikri b Harun ke pentas untuk
4. menyampai hadiah
Penyampai
an Hadiah Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta
PTGP Thn 1.

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Tuan Guru Besar, En. Wan Jaafar B. Wan Muda atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
5. Andai terlanjur patah bicara,
Penutup & Serendah hati kemaafan dipinta.
Jamuan
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja
Majlis Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1, para
ibu bapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

Ibu bapa dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan.


Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai