Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Kemajuan ilmu dalam bidang sains dan teknologi merupakan aspek yang sangat penting bagi
membantu pembangunan negara pada masa kini. Namun sejak kebelakangan ini, kebimbangan
terhadap penurunan minat terhadap sains di kalangan pelajar semakin meruncing. Pelbagai
cadangan penambahbaikan telah dijalankan seperti menambahkan kerja amali dan menyediakan
pengajaran kreatif (Chia;Syuhadah Choo Abdullah;Maznah Darus, 2000).

The provision of science and technology education is part of a continuing effort to create a

scientific, progressive and knowledgeable society as well as critical, creative and competent

students. Pedagogical innovations such as the implementations of F1 Technology

Challenge and Robotics programmes were introduced to attract more students


Education in Malaysia: Towards Excellence, KPM (2009: 39)

Kenyataan di atas menunjukkan komitmen tinggi KPM dalam memajukan pendidikan sains di

Malaysia. Selain itu, Wawasan 2020 yang dilancarkan pada 28 Februari 1991 juga meletakkan

harapan dan cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang saintifik dan

progresif pada tahun 2020 (Mahathir, 1991). Oleh itu, pendidikan sains perlu member9i

penekanan terhadap pembangunan modal insan sebagaimana yang dinyatakan -dalam Model

Ekonomi Baru negara (National Economic Advisory Council (NEAC), 2010) serta polisi 60:40

dapat dicapai pada masa akan datang.

Polisi 60:40 merupakan polisi dimana Kementerian Pendidikan Malaysia mensasarkan

bilangan pelajar mengikuti aliran sains adalah 60 peratus manakala yang mengikuti bidang

sastera sebanyak 40 peratus. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi (1967) telah

mencadangkan unjuran enrolmen pelajar terutama diperingkat pendidikan menengah atas dan

peringkat tinggi mengikut nisbah 60 peratus dalam sains dan teknikal dan 40 peratus dalam

bidang sastera (Hussin dan Zakuan,2009). Namun demikian, dasar ini masih belum mencapai
sasarannya semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1967 sehingga kini. Oleh itu, kajian mengenai

faktor penurunan minat dalam bidang sains hendaklah dikaji.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi
penurunan minat pelajar memilih aliran sains dalam membuat pemilihan kursus bagi pelajar
tingkatan empat. Aspek yang dikaji ialah faktor yang mempengaruhi penurunan minat pelajar
memilih aliran sains selepas menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau terkini
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi memasuki tingkatan empat. Seterusnya, aspek seperti
tahap pencapaian, pengetahuan dalam kerjaya serta dorongan dan sokongan dari pihak ibubapa
dikaji bagi memastikan adakah faktor ini mempengaruhi pemilihan bidang pelajar. Tiga kategori
pelajar iaitu pelajar pintar, pelajar sederhana dan pelajar lemah daripada sebuah sekolah di
daerah Temerloh telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Kajian ini dijalankan menggunakan
kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik dengan 5 skala
linkert. Data-data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 22.0.

Sampel kajian:

Terdiri daripada 55 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah kategori luar bandar yang
terletak di Temerloh, Pahang.

Analisis korelasi

Objektif kajian: Untuk menentukan hubungan antara minat pelajar terhadap sains dengan
pemilihan bidang.

Persoalan Kajian: Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar terhadap sains
dengan pemilihan bidang.

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar terhadap sains dengan
pemilihan bidang.

Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar terhadap sains dengan pemilihan
bidang.
Jadual ujian korelasi hubungan antara minat pelajar terhadap sains dengan pemilihan bidang

Hubungan antara r r2 N Sig.*


pembolehubah
Skor minat-pemilihan bidang - 0.123 55 0.009
0.351
**Signifikan pada aras 0.01

Laporan analisis:

Hubungan antara minat pelajar terhadap sains (diukur sebagai skor minat) dan pemilihan bidang
(diukur sebagai bidang) telah diuji dengan menggunakan Pearson product-moment correlation
coefficient. Analisis terdahulu dibuat untuk mengelakkan ketidakadilan dalam membuat andaian
bagi normality, linearity dan homoscedasticity. Terdapat hubungan yang kuat, korelasi negatif
antara dua pembolehubah tersebut, r=-.35,n=55,p<.001,menunjukkan minat terhadap sains
sangat tinggi tetapi tidak memilih bidang aliran sains.

RUJUKAN

Julie Pallant.2013. SPSS SURVIVAL MANUAL. 5th Edition; Mc Graw Hill.

Anda mungkin juga menyukai