Anda di halaman 1dari 3

1 Pengenalan

Tokoh yang telah saya pilih berdasarkan senarai yang telah dsediakan ialah Harland
Sanders iaitu seorang usahawan yang merupakan pemilik kepada perusahaan
Kentucky Fried Chicken (KFC). Antara sebab utama saya memilih tokoh Harland
Sanders ini adalah kerana nama KFC sudah dikenali di Malaysia bahkan di seluruh
dunia. Dengan kejayaan Harland Sanders mengusahakan KFC, menjadikan beliau
seorang usahawan yang tersohor dan dikenali di serata dunia. Oleh sebab itu beliau
digelar sebagai seorang tokoh dalam bidang keusahawanan.

1 Biografi Tokoh

Nama penuh beliau ialah Harland David Sanders. Beliau dilahirkan pada 9
September 1980 di Henryville, Indiana, Amerika Syarikat. Seawal usia 6 tahun beliau
kehilangan bapanya. Beliau menggalas tugas selaku ketua keluarga dan menyara
keluarga dengan melakukan pelbagai bidang kerja. Antaranya, beliau pernah
menjadi seorang petani, ahli bomba, tentera dan pernah menjadi seorang agen
insuran.

Pada tahun 1930 ketika berusia 40 tahun, beliau mula menjadi seorang tukang
masak ayam untuk para pelancong yang beristirahat di Corbin, Kentucky di Amerika
Syarikat. Tidak lama selepas itu beliau telah membuka sebuah kafe bernama
Sanders Caf untuk menjual ayam gorengnya. Selepas beberapa tahun beliau
menyediakan sajian ayam goreng, akhirnya beliau menemui 11 rempah terbaik untuk
mengekalkan rasa asli ayam KFC yang sempurna. Berdasarkan penemuan resepi
tersebut beliau telah diberi penganugerahan Kentucky Colonel daripada Gabenor
Kentucky.

Sewaktu beliau berusia dalam lingkungan 50-an, beliau mula mengelilingi Amerika
dan Kanada menggunakan kereta untuk mempromosikan resepi ayam gorengnya
dengan mengunjungi sebuah restoran ke sebuah restoran yang lain.
Gaya kepimpinan tokoh dalam organisasi

Mengikut Certo (1997) kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain kearah
penyempurnaan sesuatu objektif. Menurut Certo (1997) juga kepimpinan terbahagi kepada
empat gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan tranformasional, gaya kepimpinan
kejurulatihan, gaya kepimpinan raya dan gaya kepimpinan keusahawanan, Harland Sanders
pemilik asal perusahaan Kentucky Fried Chicken (KFC) memiliki ke empat-empat gaya
kepimpinan tersebut.

Gaya kepimpinan pertama yang dapat dilihat pada beliau adalah gaya kepimpinan
usahawan.ini boleh didapati apabila beliau

) adalah seorang yang rajin, berusaha keras dan bercita cita besar dalam memajukan
perniagaan ayam gorengnya di seluruh pelosok dunia. Ini dapat dilihat pada permulaan
kerjaya beliau dalam memulakan aktiviti perniagaannya dengan bermodalkan jumlah wang
yang sedikit dia mampu mengubahnya dalam beberapa tahun dengan bergelar jutawan.

Pada tahun 1930 ketika umur beliau mencecah 40 tahun, beliau telah membuka satu tempat
persinggahan makan di Corbin, sebuah bandar di Kentucky kira-kira 25 batu dari sempadan
Tennessee. Dengan daya usaha ingin mengembangkan lagi pernigaan ayam gorengnya,
beliau telah menaiktaraf gaya memasak ayam gorengnya dengan menggunakan periuk
tekanan yang dinamakan Fangled Gizmo. Ketika ini Harland Sander adalah chef yang
pertama menggunakan periuk tekanan untuk memasak resepi ayam gerengnya. Dengan
adanya periuk tekanan tersebut, ia menjadi lebih mudah untuk menyediakan ayam tersebut
malahan masa memasak juga lebih baik berbanding dengan sebelumnya. Ini membawa
keuntungan kepada syarikat kerja beliau dan keuntungan kepada pelanggan tidak perlu
tunggu lebih lama kerana proses memasak ayam menggunakan periuk tekanan lebih cepat
dari 30 minit proses memasaknya kepada 9 minit sahaja. Dengan ini dapat meningkatkan
lagi bilangan pesanan setiap hari.

Setelah menyedari perniagaan ayam gorengnya bertambah baik dan mempunyai potensi
untuk berkembang lebih maju, Harland Sanders telah memikirkan cara untuk
memperbesarkan lagi perniaagaan beliau. Beliau telah membuka satu motel diberi nama
Sanders Courts & Caf iaitu sebuah restoran makanan segera.

Anda mungkin juga menyukai