Anda di halaman 1dari 2

Ujian 1: Standing Broad Jump (Kuasa)

Tujuan : Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor lompatan ke


hadapan.
Peringkat Umur: Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah,
maktab perguruan dan universiti.
Kesahan : r = 0.81 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan : r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Objektiviti : r = 0.96 (Ahmad Hashim, 2003)
Kawasan Ujian : Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang
mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar)

Alatan : Pita pengukur, pita penanda dan kapur penanda.

Prosedur :
1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
2. Persediaan melompat, subjek menghayunkan kedua-dua belah tangan ke belakang
dan lutut bengkok.
3. Melakukan lompatan dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
dan lutut diluruskan. Lompat ke hadapan seberapa jauh yang mungkin dan mendarat
dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.
4. DUA percubaan di beri. Lompatan paling jauh adalah dikira sebagai skor ujian.
5. Kiraan Skor:
i. Ukuran dibuat dari garisan permulaan kepada mana-mana bahagian
anggota badan yang mendarat paling hampir dengan garisan permulaan.
ii. Ukuran dalam kiraan sentimeter yang terhampir.
Norm Skor Mentah Ujian Lompat Jauh Berdiri bagi
pelajar berumur 14 tahun

Ujian Lompat Jauh Berdiri


Lelaki (dalam sentimeter )
Cemerlang 226.00 ke atas
Sangat Baik 201.90 225.90
Baik 201.80 177.60
Sederhana 177.50 153.50
Lemah 153.40 ke bawah
Perempuan (dalam sentimeter )
Cemerlang 184.60 ke atas
Sangat Baik 160.00 184.50
Baik 159.90 135.30
Sederhana 135.20 110.70
Lemah 110.60 ke bawah

Skor berdasarkan 830 orang pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan sekolah
menengah di Semenanjung Malaysia. Ahmad Hashim (2004)

Anda mungkin juga menyukai