Anda di halaman 1dari 56

1

PENGGUNAAN KIT UKIRAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI


UKIRAN SABUN TAHUN 4

KALAI SELVAN A/L PERIASAMY

JABATAN SAINS SOSIAL, IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengukir murid dalam
penghasilan rupa kura-kura pada permukaan sabun dengan menggunakan Kit Ukiran. Kajian
ini dijalankan ke atas murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah di Bandar Seremban Negeri
Sembilan. Tinjauan masalah mendapati peserta kajian tidak mahir serta lemah dalam aktiviti
ukiran sabun. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan dua jenis penyelidikan iaitu
penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan data yang dikumpul
melalui kaedah senarai semak, temubual dan analisis dokumen iaitu hasil karya peserta kajian.
Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data hasil kajian.
Hasil daripada analisis data menunjukkan penggunaan Kit Ukiran dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam penghasilan ukiran rupa kura-kura pada sabun. Diharapkan
penggunaan Kit Ukiran dalam kajian tindakan ini dapat memberi manfaat kepada guru dan
murid dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran sabun.

PENDAHULUAN

Pengenalan

Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran
dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar dan dapat
mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan
ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat
beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara
memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan. Terdapat
2

banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan potensi
individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul, mempunyai
peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan gelombang
perkembangan arus dunia dan banyak lagi.

Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia membuat


penyelarasan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara
berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan mewujudkan
insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah rendah seawal
tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah merupakan tempat
pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Walaupun
tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia sering berubah mengikut
keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, sosial dan politik.

Pada era kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap
sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan
setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni
boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan
sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.

Berhubung dengan itu, kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan
nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur
budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya sifat, garis, gerak dan warnanya. Barang-
barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang
digunakan tidak terhad. Kebanyakkan barang-barang ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk
kegunaan harian atau sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta
bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan
yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.
3

Dalam seni kraf tradisional terkandungnya seni ukiran yang berleluasa pada zaman dahulu
hingga kini. Menurut istilah dewan bahasa, seni ukiran merupakan satu proses menggunakan
pahat untuk menoreh, menggores, memahat dan membuat reka bentuk pada kayu atau barang
perhiasan. Seni ukiran adalah seni kraf yang telah lama wujud dikalangan masyarakat melayu.
Seni ukiran yang dipersembahkan melalui ukiran kayu, simen atau batu, logam dan sebagainya.
Sejarah melayu mengatakan seni ukiran telah wujud sejak 500 tahun dahulu. Ukiran-ukiran ini
banyak terdapat di istana-istana dan rumah kediaman.

Justeru, motif yang digunakan dalam seni ukiran banyak dipengaruhi daripada unsur-unsur
alam sekitar dan cara hidup masyarakat. Pengukir banyak dipengaruhi dengan adat resam,
agama, kepercayaan, iklim dan persekitaran. Antara unsur-unsur yang digunakan dalam ukiran
ialah flora, fauna, geomatrik dan arabes. Dalam pelaksanaan kajian ini unsur fauna iaitu rupa
kura-kura telah dipilih sebagai motif ukiran.

Seni ukiran biasanya diukir pada kayu tetapi berdasarkan DSKP tahun empat murid perlu
menghasilkan ukirannya dengan menggunakan sabun sebagai bahan permukaan ukiran. Ini
kerana, murid tahun 4 masih lagi mentah dan tiada pengalaman mengukir sebelum ini dan juga
dalam penggunaan peralatan ukiran untuk mengukir pada kayu. Oleh itu, perubahan bahan ini
memudahkan murid untuk mengukir ukiran timbul pada sabun. Kajian ini membantu murid
sekolah rendah untuk meningkatkan kemahiran mengukir ukiran timbul.

Konteks

Pengkaji Kalai Selvan A/L Periasamy (NOKP 841006-10-5935) adalah seorang guru pelatih
yang mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Beliau
merupakan seorang guru pelatih semester 8 yang mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Ambilan Jun 2013. Bagi
semester 8 ini beliau ditugaskan untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan II iaitu
menyediakan laporan Penyelidikan Tindakan berdasarkan masalah kemahiran murid dalam
matapelajaran pendidikan seni visual sekolah rendah dimana melaksanakan praktikum 3 lalu.
Bagi menjalani kajian ini pengkaji bercadang untuk mengkaji masalah murid tahun 4 terhadap
kemahiran mengukir rupa kura-kura pada sabun.
4

Kajian ini dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak di Bandar Seremban
Negeri Sembilan. Sekolah ini beroperasi dua sesi iaitu sesi pagi bermula pada 7.30 pagi hingga
12.50 petang manakala sesi petang bermula pada jam 1.00 petang hingga 6.00 petang. Murid
tahap dua akan belajar pada sesi pagi dan murid tahap satu akan belajar pada sesi petang.

Kajian ini dapat dijalankan terhadap murid tahun 4 yang terdiri daripada 21 orang pelajar
manakala 5 orang daripadanya dipilih sebagai peserta kajian melalui instrumen penilaian.
Kelemahan kemahiran mengukir peserta kajian dapat dilihat pada penghasilan karya rupa kura-
kura yang dihasilkan oleh peserta kajian. Kajian ini dapat membantu murid untuk meningkatkan
kemahiran mengukir ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan menggunakan alat pengukiran
yang direka oleh pengkaji.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Seni merupakan sesuatu yang begitu indah sekiranya diamati dengan teliti dan menjiwai seni
tersebut. Pelbagai flora dan fauna disekeliling kita yang boleh dijadikan sebagai suatu sumber
inspirasi ketika membuat aktiviti seni. Mengikut pengalaman pengkaji semasa praktikum Fasa I,
dan II mendapati bahawa murid-murid sentiasa ingin mencuba melibatkan dirinya dalam aktiviti
mengukir pada sabun. Tetapi mereka tidak mengetahui cara mengukir yang betul dan tidak
dapat menghasilkan karya ukiran yang kreatif dengan mengaplikasikan bahasa seni visual.

Oleh demikan itu, pengkaji bercadang untuk mengkaji seni ukiran sebagai masalah kajian
beliau dalam praktikum Fasa III ini. Pengkaji menggunakan peluang yang diberikannya untuk
mengajar murid tahun empat bagi topik seni ukiran. Sebelum memulakan proses pengajaran
dan pembelajaran pengkaji terlebih dahulu memberikan soal selidik untuk mendapatkan data
awal tentang minat dan kefahaman murid terhadap seni ukiran. Melalui dapatan soal selidik ini,
pengkaji memahami bahawa murid tahun 4 sangat berminat melibatkan dirinya dalam aktiviti
seni ukiran tetapi mereka kekurangan ilmu terhadap aktiviti mengukir dan tidak mengetahui cara
mengukir sesuatu objek dengan mengaplikasikan bahasa seni visual seperti bentuk, ruang dan
jalinan dengan berkesan.

Justeru, pengkaji bercadang untuk mengajar seni ukiran dalam bidang mengenal kraf
tradisional dengan menggunakan sabun dan lidi sate seperti mana terkandung dalam huraian
5

sukatan pelajaran pendidikan seni visual tahun 4. Pengkaji berjaya menyediakan rancangan
pengajaran harian yang menarik dan terperinci tentang seni ukiran sabun yang bertemakan
alam semulajadi. Bagi aktiviti ukiran ini pengkaji memilih rupa kura-kura sebagai objek ukiran
pada sabun dengan menggunakan lidi sate sebagai alat pengukir. Dengan penuh semangat
pengkaji dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti dirancangkan.

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan pengkaji dapat perhatikan


bahawa semua murid dapat melibatkan dirinya dengan seronok dalam semua langkah seperti
set induksi, persepsi estetik, aplikasi seni, apresiasi seni dan penutup secara aktif. Malah
adanya lima orang murid yang mengalami kesukaran semasa menjalani langkah ekspresi
kreatif dengan menggunakan lidi sate sebagai alat pengukir. Walaupun pengkaji berusaha untuk
membimbing murid-murid tersebut tetapi mereka masih tidak dapat memanipulasikan lidi sate
untuk menghasilkan karya ukiran yang menarik.

Oleh itu, pengkaji menyahut cabaran menjadikan pembelajaran ukiran sabun lebih efektif dan
menarik, pengkaji memikir dan merekabentuk satu alat yang berupaya membantu murid-murid
yang mengalami masalah terhadap penggunaan lidi sate sebagai alat pengukir untuk
menghasilkan ukiran kura-kura pada sabun. Pengkaji berpandangan bahawa satu alat baru
perlu dicipta untuk menyelesaikan masalah murid bagi menghasilkan ukiran kura-kura pada
sabun dengan mengaplikasikan bahasa seni visual. Pengkaji sebagai seorang guru perlu lebih
kreatif dan kristis agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan aktiviti seni ukiran murid.
Menurut Widad, 1998, guru yang bijaksana adalah guru yang dapat menjadikan proses
pengajaran sebagai sesuatu yang bermanfaat. Oleh itu, pengkaji perlu keluar dari kepompong
amalan rutin guru biasa dengan cara menggunakan amalan yang baharu untuk meningkatkan
kualiti profesionalisme guru.

Dalam pencarian pengkaji munculnya inovasi bagi mencipta kit ukiran untuk menghasilkan
karya ukiran kura-kura pada sabun. pengkaji berharap kit ukiran ini akan membantu murid
untuk menghasilkan karya ukiran yang menarik dengan menekankan bahasa seni visual seperti
bentuk, ruang dan jalinan.
6

Fokus Kajian

Secara keseluruhan dari pemerhatian pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
murid tahun 4 menghadapi beberapa masalah dalam aktiviti mengukir rupa kura-kura pada
sabun dengan menggunakan lidi sate sebagai alat pengukir. Antara masalah yang pengkaji
dapat dilihat pada mereka adalah seperti berikut.

a) Mengalami kesukaran dalam melakar rupa kura-kura pada sabun dengan menggunakan lidi
sate.
b) Tidak mahir dalam memanipulasikan lidi sate sebagai alat pengukir bagi mengukir rupa
kura-kura pada sabun.
c) Tidak mahir mengukir rupa kura-kura dengan menekankan bahasa seni visual seperti
bentuk, ruang dan jalinan.

Berdasarkan masalah tersebut, pengkaji bertindak untuk mengumpul data dengan


menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif merupakan kajian semulajadi yang tidak
mematuhi spesifikasi statistik, seterusnya dapatan kajian yang diperoleh adalah tidak boleh
digeneralisasikan. Walaubagaimanapun kajian kualitatif ini menyumbang sesuatu kepada
kajian berstatistik. Sesuatu disini bermaksud yang bermakna dan tidak boleh diukur (Schostak,
John F, 2002). Kaedah kualitatif dimana data akan dikutip melalui teknik pemerhatian, soal
selidik dan temu bual. Kaedah pengumpulan data ini merupakan suatu aspek yang sangat
penting kerana segala maklumat yang diperoleh akan menentukan kejayaan sesuatu kajian
yang dijalankan. Walaupun kaedah yang digunakan adalah berbeza, namun hasil yang
diperoleh adalah sama dan teknik ini mampu memberi kesahan dapatan data dengan tepat.

Setelah pengkaji dapat mengenalpasti masalah murid lalu beliau membuat perancangan awal
iaitu bercadang untuk mengubah strategi pengajaran bagi menangani masalah murid dalam
aktiviti ukiran pada sabun. Dalam pengajaran dan pembelajaran lalu pengkaji menggunakan
strategi berpusatkan guru iaitu guru melaksanakan segala langkah-langkah proses penghasilan
ukiran pada sabun lalu murid hanya memerhatikan tindakan guru. Strategi ini memberi impak
yang merosot terhadap hasil karya murid. Ini kerana murid hanya boleh memerhati dan
menyebut langkah-langkah proses penghasilan ukiran sabun tetapi mereka tidak merasa dan
tiada peluang untuk membuat penerokaan terhadap proses penghasilan tersebut secara
tersendiri.
7

Justeru, pengkaji bercadang untuk menggunakan strategi berpusatkan murid bagi menangani
masalah murid dalam penghasilan ukiran sabun. Strategi berpusatkan murid bermaksud murid
mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat
mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiental dan membuat
penemuan untuk mereka (Martin et al, 1994). Strategi berpusatkan murid telah banyak
digunakan oleh para guru semasa menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran
bahkan telah menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia.

Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan
tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan
seperti yang dinyatakan oleh (Orlich et al., 2007) dalam Noriati (2009). Dalam strategi ini, guru
hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri
melalui aktiviti yang dilakukan.

Esah (2003) menyatakan bahawa guru hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang


mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan aktiviti untuk mereka. Selain itu, strategi ini
juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid
menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan
mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin, 2007).

Strategi pengajaran berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya adalah
seperti yang dinyatakan oleh Noriati (2009) iaitu murid lebih minat dalam pelajaran, melibatkan
komunikasi dua hala, kepimpinan bercorak demokratik, membina kreativiti murid dan
pembelajaran bercorak pengarahan kendiri. Menurut Amaljaya (2009), aktiviti yang dijalankan
mengikut strategi berpusatkan murid menjadikan murid lebih memberi fokus dalam proses
pembelajaran. Strategi ini adalah lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan
dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran
merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal (Noriati, 2009).

Pada pendapat pengkaji strategi berpusatkan murid dapat melibatkan murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Lalu ia akan menarik perhatian murid terhadap
proses pembelajaran. Oleh itu, beliau menggunakan strategi berpusatkan murid dimana ia akan
8

memberi peluang kepada murid untuk melibatkan dirinya dalam proses penghasilan ukiran
pada sabun bagi membuat penerokaan supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran
mengukir serta dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya terhadap aktiviti yang
dijalankan.

Menurut Tengku Sarina Aini Tengki Kasim & Yusmini Md. Yusoff, (2006) kaedah tunjuk cara atau
demonstrasi adalah satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji
kaji. Kaedah tunjuk cara ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu
guru dan murid melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan murid akan
sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun
berbeza.
Pengkaji memilih kaedah ini supaya tahap peringatan murid lebih baik jika mereka membuat
sesuatu sendiri atau secara praktikal berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat.
Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada murid untuk belajar bukan sahaja
secara teori semata-mata, bahkan murid dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal.

Bagi mengatasi masalah murid tahun 4 dalam penghasilan ukiran rupa kura-kura pada sabun
pengkaji seharusnya mencari sebuah intervensi. Menurut Muchlas Samani & Drs. Hariyanto
(2011) intervensi adalah suatu tindakan untuk mengembangkan suasana interaksi
pembelajaran yang dirancang untuk mencapai tujuan pembentukan karakter dengan penerapan
pengalaman belajar terstruktur (structured learning experience). Oleh itu, beliau berusaha untuk
mencipta alat baru yang diberi nama Kit Ukiran sebagai alat pengukir yang digantikan dengan
lidi sate.
9

Berikut adalah penciptaan Kit Ukiran oleh pengkaji.

1
2
3

Gambar 1 : Kit Ukiran


10

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KIT UKIRAN BAGI PENGHASILAN UKIRAN RUPA


KURA-KURA

1.

Melakarkan rupa kura-kura pada sabun.

2.

3.

Menggorek bahagian bawah rupa kura-kura.


11

4.

Mengukir jalinan pada rupa kura-kura.


12

Kit Ukiran ini diperbuat daripada lidi aiskrim yang terdiri daripada tiga jenis bentuk. Lidi aiskrim
nombor 1 adalah berbentuk tajam yang diguna untuk membuat lakaran rupa kura-kura pada
permukaan sabun. Ia juga boleh digunakan untuk menggorek permukaan sabun secara
mendalam supaya dapat menimbulkan rupa kura-kura pada permukaan sabunnya.

Lidi nombor 2 adalah berbentuk lengkung pada bahagian atas dan bahagian bawah pula rata.
Ini membantu pengukir untuk mengukir rupa kura-kura dengan struktur yang betul dan tepat
kerana bahagian atas iaitu lengkung dapat melengkungkan bahagian sekeliling rupa kura-kura
supaya menjadi rata dan licin. Semasa melakukan proses pengukiran, bahagian rata yang
terdapat pada lidi dapat meratakan bahagian badan kura-kura serta melicinkan keseluruhan
hasil karya ukiran.

Seterusnya, lidi nombor 3 berbentuk rata pada bahagian bawah dan hujungnya tajam dapat
membantu menggorek bahagian bawah rupa kura-kura secara mendalam supaya kura-kura
dapat dilihat secara timbul serta menampakan ruang dalaman. Ia juga membantu untuk merata
dan melicinkan keseluruhan bahagian bawah rupa kura-kura sehingga kelihatannya kemas dan
bersih.

Penggunaan Kit Ukiran ini dapat meningkatkan kemahiran mengukir murid darisegi
mengaplikasikan bahasa seni visual seperti bentuk, ruang dan jalinan. Murid menghasilkan rupa
kura-kura tiga dimensi pada sabun dengan menggunakan lidi bernombor dua dan tiga. Aspek
ruang dalaman dapat diukir dengan menggunakan lidi bernombor tiga. Aspek jalinan sentuh
dapat diukir dengan menggunakan lidi bernombor satu. Selain itu, anggota badan kura-kura
seperti mata, hidung dan mulut turut diukir dengan lidi bernombor satu. Penciptaan Kit Ukiran
ini memudahkan murid untuk memanipulasikannya supaya dapat menghasilkan ukiran sabun
dengan mudah. Bentuk-bentuk yang terdapat pada Kit Ukiran adalah sesuai untuk mengukir
segala bentuk atau rupa objek pada permukaan sabun.

Berdasarkan Kit Ukiran murid dapat menghasilkan sebuah karya ukiran rupa kura-kura pada
permukaan sabun yang memerlukan masa selama 3 minggu. Pengkaji memilih waktu lapangan
murid seperti waktu petang iaitu dari jam 1.30 petang hingga 2.30 petang mengikut kesesuaian
diri murid. Pengkaji menggunakan masa itu untuk membimbing murid melalui
mendemostrasikan proses penghasilan ukiran rupa kura-kura langkah demi langkah. Pada
masa yang sama pengkaji memastikan bahawa murid mengikut demostrasinya bersama
13

supaya dapat mematuhi cara pengukiran yang betul sehingga menghasilkan karya ukiran rupa
kura-kura yang terbaik.

Semasa pelaksanaan demostrasi murid dapat memanipulasikan alat dan bahan. Ia telah
membantu murid untuk memahami tentang cara dan teknik mengukir sabun secara praktikal.
Melalui pengalaman demostrasi murid dapat memahami kekuatan dan kelemahan diri mereka
dan ini membantu mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang
akan datang. Pada pandangan pengkaji Kit Ukiran telah membantu murid tahun 4 untuk
meningkatkan kemahiran mengukir rupa kura-kura pada permukaan sabun.

Kebolehtadbiran Kajian

Melalui kaedah kebolehtadbiran, pengkaji dapat merangsang minat murid melalui kaedah
demostrasi penghasilan ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan langkah demi langkah
melalui penggunaan Kit Ukiran. Pengkaji percaya bahawa Kit Ukiran semasa penghasilan
ukiran muridnya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu beliau menjalankan
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji juga membuat sistem perekodan data seperti borang
senarai semak pemerhatian yang dilaksanakan semasa sesi pengendalian proses penghasilan
ukiran.

Kepentingan Kajian

Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kemahiran mengukir
murid tahun 4 dalam penghasilan ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan berkeyakinan diri.
Tujuan penggunaan Kit Ukiran dapat membantu murid untuk mengukir rupa kura-kura pada
sabun secara mudah dengan kaedah demostrasi oleh guru.
14

Kebolehgunaan

Penggunaan Kit Ukiran membantu murid untuk mengukir rupa kura-kura pada sabun dengan
mudah dan senang. Penglibatan murid dalam aktiviti penghasilan ukiran secara praktikal dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kemahiran mengukirnya. Kit Ukiran ini boleh direka
bentuk dengan masa yang singkat serta cepat dengan kos yang agak rendah. Oleh itu, guru
boleh memperbanyakkan Kit Ukiran jika penggunanya meningkat. Tambahan pula, Kit Ukiran
ini juga memudahkan pengukir bagi mengukir sebarang rupa pada permukaan sabun atau
permukaan yang lembut.

Kawalan

Melalui pandangan pengkaji, kaedah demostrasi penghasilan ukiran sabun dengan Kit Ukiran
dapat menghasilkan kawalan yang sistematik terhadap pengajaran dan pembelajaran. Melalui
penggunaan Kit Ukiran pengkaji dapat menarik perhatian murid serta melibatkan diri murid
terhadap demostrasi penghasilan ukiran secara langsung. Dengan kaedah demostrasi bersama
penggunaan Kit Ukiran guru dapat mengawal kelas dan memudahkan pelaksanaan
pengurusan bilik darjah yang bersistematik. Ini dibuktikan bahawa guru sentiasa peka dan
prihatin terhadap segala perlakuan murid semasa penglibatan dirinya dalam aktiviti ukiran.

Kolaborasi

Dalam kajian ini, pengkaji dapat bimbingan dan bantuan dari guru pendidikan seni visual tahun
4 untuk mengenal latar belakang peserta kajian serta menerima idea-idea bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh peserta kajian. Selain itu, guru pembimbing major pengkaji
sentiasa memberi pelbagai idea dan cara untuk menyelesaikan masalah kajian ini. Seterusnya,
pensyarah penyelia turut memberi pandangan serta tunjuk ajar bagi menyelesaikan masalah
peserta kajian dan memberi cadangan serta sokongan tehadap penggunaan Kit Ukiran
pengkaji.
15

Kerelevanan Kepada Sekolah

Kajian ini dilaksanakan di sekolah SJK Tamil bertujuan untuk mempertingkatkan tahap
penguasaan murid terhadap seni ukiran.

Relevan kajian ini dilakukan di sekolah kerana seni ukiran juga terhasil daripada industri yang
bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil
melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian. Khasnya keutamaan diberi
kepada kraf tradisional dimana menghasilkan sesuatu produk yang menonjol sifat warisan turun
temurun demi masa depan. Jika ia terbiar begitu sahaja maka anak bangsa masa depan tidak
akan memanfaatkan kepentingan kraf tradisonal dan lama-kelamaan budaya kraf tradisional
akan terpupus.

Pada zaman moden ini, produk kraf tradisonal masih lagi menarik perhatian pengguna sehingga
permintaan terhadap produknya tinggi. Oleh itu, produknya diubahsuaikan dengan permintaan
pengguna tanpa menjejaskan mutu keaslian budaya, agama dan bangsa. Justeru, kajian ini
relevan kepada sekolah supaya melahirkan anak didik yang menghargai hasil kerja yang
bercirikan kraf tradisional. Lalu kerelevanan ini membuka ruang kepada murid untuk
menghasilkan produk yang berpusatkan kraf tradisional secara kreatif dan inovatif.

Selain itu, kajian ini juga relevan kepada pada pendidik darisegi memanipulasikan alat dan
bahan bagi mendidik anak muridnya supaya menarik minat mereka terhadap pembelajaran seni
ukiran. Sifat kreatif seseorang guru dapat merangsangkan pemikiran anak didiknya supaya
bertindak untuk mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggunakan bahan kitar semula
secara inovatif.

Secara keseluruhan, kajian ini relevan kepada sekolah, murid dan guru bagi mempertahankan
keaslian barangan kraf tradisional.

Pengumpulan Data Awal


16

Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi
mengatasi masalah murid yang kurang mahir dalam penghasilan ukiran rupa kura-kura pada
sabun. Masalah ini dikenalpasti dalam kalangan lima orang murid perempuan Tahun 4. Untuk
tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, pengkaji memilih soal selidik sebagai instrumen
kajian bagi pengumpulan data awal berdasarkan seni ukiran pada sabun.

GRAF PENGUMPULAN DATA AWAL


25

20

15
YA
BILANGAN MURID
10 TIDAK

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
BILANGAN SOALAN

Graf 1 : Graf Pengumpulan Data Awal


17

Graf 1 menunjukkan hasil dapatan dari pengumpulan data awal murid tahun 4 berdasarkan
borang soal selidik. Melalui graf ini, pengkaji didapati bahawa kebanyakan murid tahun 4 tiada
pengalaman dalam aktiviti mengukir sabun dalam mata pelajaran pendidikan seni visual.

Kaedah Pemerhatian Senarai Semak


Jadual Analisis Dan Graf Borang Senarai Semak Pemerhatian Terhadap Peserta Kajian
Semasa Melaksanakan Aktiviti Ukiran Sabun.

ITEM PERNYATAAN YA TIDAK


f % f %

1. Murid dapat melakar rupa kura-kura pada sabun 3 60 2 40


dengan betul.
2. Murid dapat menggunakan ruang yang luas semsa 3 60 2 40
melakar rupa kura-kura dengan menggunakan lidi di
atas permukaan sabun.
3. Murid dapat memanipulasikan lidi sate dengan secara 0 0 5 100
kreatif.
4. Pergerakan psikomotor murid aktif semasa mengukir 4 80 1 20
sabun.
5. Murid dapat menghasilkan ukiran rupa kura-kura 0 0 5 100
dengan kemas.
6. Murid dapat mengaplikasikan bahasa seni visual 1 20 4 80
seperti bentuk, ruang dan jalinan pada karya ukiran.
7. Murid dapat menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura 4 80 1 20
pada sabun dengan mematuhi langkah-langkah proses
penghasilan.
Jadual 1 : Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Sebelum Kit Ukiran
18

GRAF ANALISIS BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

100
100
100 8080
80 60
60 40
YABILANGAN
(%) TIDAK40(%)202020
20 32125341514617
0
00

ITEM
19

Graf 2: Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian

Jadual analisis borang senarai semak pemerhatian diatas membuktikan bahawa peserta kajian
menghadapi masalah dalam beberapa aspek. Antara aspek pertama adalah 100% (5 orang)
murid tidak dapat memanipulasikan lidi sate dengan secara kreatif semasa penghasilan karya
ukiran. 5 orang murid iaitu 100% tidak dapat menghasilkan ukiran rupa kura-kura dengan
kemas. Manakala 80% (4 orang) murid tidak dapat mengaplikasikan bahasa seni visual pada
karya ukiran seperti ruang, jalinan dan bentuk. Analisis senarai semak pemerhatian ini dapat
membantu saya untuk mengenalpasti masalah murid tahun 4.

Kaedah Analisis Dokumen

PESERTA HASIL KARYA ULASAN


KAJIAN
20

PK 1 Walaupun murid ini dapat mengaplikasikan


langkah penghasilan yang diajar oleh saya
tetapi masih nampak kelemahan dari segi
rupa. Ianya tidak menampakan jalinan pada
permukaan badan kura-kura. Murid ini kurang
mahir memanipulasi lidi sate untuk mengukir
kura-kura secara timbul.

Murid ini berjaya mengaplikasikan jalinan


PK 2
sentuh pada permukaan badan kura-kura
dengan menggunakan lidi sate. Tetapi
kelemahan murid ini adalah tidak mahir
dalam mengukir rupa kura-kura. Murid ini
sepatutunya melakarkan rupa kura-kura
dengan betul supaya dapat mengukir
berpandukan lakarannya. Walaupun murid ini
kurang mahir dalam mengukir tetapi dia boleh
menggunakan lidi sate untuk menimbulkan
jalinan pada rupa kura-kura.

Hasil kerja murid ini menunjukkan kehilangan


PK 3
kaki dan kepala pada rupa kura-kura. Cara
pengukiran murid ini kehilangan kawalan lidi
sate semasa membuat lakaran dan hasilnya
terjadi hasil sebegini.
21

Murid ini tergesak-gesak semasa membuat


PK 4 ukiran pada sabun. Ini kerana sabun telahpun
patah di bahagian kaki kura-kura. Ukiran ini
tidak menunjukkan rupa kura-kura dengan
jelas membuktikan bahawa murid ini kurang
mahir dalam penggunaan lidi sate.

Murid tidak berjaya dalam menimbulkan


PK 5
ruang dalaman pada ukirannya. Walaupun
rupa kura-kura dapat diukir tetapi tidak begitu
tepat dan jelas.

Secara keseluruhan, analisis dokumen hasil kerja peserta kajian membuktikan bahawa mereka
tidak menguasai cara mengukir dengan betul dan mereka mengalami kesukaran mengukir rupa
kura-kura pada sabun dengan menggunakan lidi sate.

Kaedah Temubual Berstruktur


Hasil temu bual berstruktur dengan lima orang peserta kajian ditranskripkan mengikut soalan
yang telah distrukturkan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu dengan
cara menggariskan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan soalan kajian seperti
berikut:
22

Soalan 1 : Apakah pandangan anda terhadap aktiviti ukiran?

Peserta 1 : Saya rasa aktiviti ini susah cikgu.


Peserta 2 : Saya sangat seronok dengan aktiviti ukiran.
Peserta 3 : Aktiviti ini bagus bagi saya cikgu.
Peserta 4 : Saya berasa aktiviti ini mencabar saya cikgu.
Peserta 5 : ohya saya rasa gembira cikgu.

Soalan 2 : Adakah anda minat untuk melakukan aktiviti penghasilan ukiran?

Peserta 1 : mmmm Ya.


Peserta 2 : Ya cikgu.
Peserta 3 : Saya berminat cikgu.
Peserta 4 : Ya cikgu.
Peserta 5 : Saya sangat berminat cikgu untuk melakukan ukiran cikgu.

Soalan 3 : Apakah perasaan anda semasa melibatkan diri dalam aktiviti penghasilan ukiran
rupa kura-kura pada sabun?

Peserta 1 : Saya sungguh gembira.


Peserta 2 : hmmm. Saya berasa susah cikgu untuk mengukir cikgu. Sabun saya keras.
Peserta 3 : Saya rasa nak buat lagi cikgu.
Peserta 4 : Sabun saya lembut cikgu, jadi saya suka mengukir sabun dengan senang.
Peserta 5 : Cikgu, saya rasa letih semasa mengukir kerana lidi sate saya patah
di hujungnya.

Soalan 4 : Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda? Mengapa?

Peserta 1 : Tidak cikgu. Saya tak pandai ukir.


Peserta 2 : Cikgu sabun saya keras jadi saya tak dapat ukir kura-kura dengan cantik.
Peserta 3 : Saya puas hati cikgu tapi kura-kura saya tak begitu cantik.
Peserta 4 : Kura-kura saya cantik tetapi kura-kura saya tak timbul.
Peserta 5 : Saya tak puas hati cikgu. Saya tak dapat ukir dengan betul.
23

Soalan 5 : Adakah anda rasa alat pengukir (lidi sate) memudahkan anda bagi mengukir
pada sabun? Kenapa?

Peserta 1 : Tak ada cikgu. Susah nak ukir.


Peserta 2 : Susah untuk ukir cikgu.
Peserta 3 : Cikgu, saya rasa susah sikit. Ia ambil masa untuk ukir kura-kura cikgu.
Peserta 4 : Ya cikgu. Saya dapat ukir kura-kura.
Peserta 5 : Tidak cikgu. Lidi cepat patah.

Soalan 6 : Adakah anda faham tentang pengajaran seni ukiran yang disampaikan oleh
guru?

Peserta 1 : Faham cikgu.


Peserta 2 : Saya faham.
Peserta 3 : Cikgu saya faham.
Peserta 4 : Ya cikgu saya faham.
Peserta 5 : Boleh faham cikgu.

Soalan 7 : Adakah aktiviti ini memberi peluang kepada anda untuk meningkatkan daya
kreativiti?

Peserta 1 : Ya cikgu.
Peserta 2 : Ya.
Peserta 3 : Ya.
Peserta 4 : Ya cikgu.
Peserta 5 : Ya cikgu.

Soalan 8 : Adakah anda berminat jika diberi peluang bagi menjalankan aktiviti
ukiran sabun?

Peserta 1 : Saya akan ikut cikgu.


Peserta 2 : Saya minat cikgu.
Peserta 3 : Ya.
Peserta 4 : Ya cikgu.
24

Peserta 5 : Ya cikgu.

Hasil temu bual berstruktur mendapati peserta kajian mengalami kesukaran dalam
menggunakan lidi sate sebagai alat pengukir bagi aktiviti ukiran sabun. Walaupun mereka
berminat dalam aktiviti ukiran tetapi mereka masih tidak menguasai cara mengukir yang betul.

Tindakan

Kajian tindakan merupakan salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh
digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia merupakan
aktiviti sistematik yang dilakukan sebagai usaha untuk memperbaiki, mengubah dan
meningkatkan amalan pengajaran seseorang guru dan meningkatkan minat terhadap
pembelajaran murid. Proses kajian ini mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti
kajian tindakan melibatkan proses mereflek, merancang, melaksana dan memerhati terhadap
tindakan dan kesannya ke atas murid dari segi tingkah laku atau peningkatan prestasi murid.

Oleh demikian, bagi menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih model Stephen
Kemmis sebagai model penyelidikan tindakan. Menurut Stephen Kemmis dan McTaggrat (1988)
kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif,
dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan
kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri,
disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan.

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu
isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu
pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan
pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati
kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Berikut adalah gelung lingkaran 1 Stephen Kemmis.
(Rfection)
Refeksi

(Observation) (Planning)
Pemerhatian Perancangan

(Action)
Tindakan
25

Kitaran Gelungan 1
Stephen Kemmis

Rajah 1 : Kitaran Gelung 1 Stephen Kemmis


Refleksi
Refleksi meliputi kegiatan: analisis, sintesis, pentafsiran (penginterpretasikan),
menjelaskan dan menyimpulkan. Hasil dari refleksi merupakan revisi terhadap
perancangan yang telah dilaksanakan, yang akan dipergunakan untuk memperbaiki
kerja guru pada pertemuan selanjutnya. Lebih lagi ia membantu guru untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid.

Perancangan
Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah
yang dikenalpasti. Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk
menjalankan aktiviti.

Tindakan
Penerapan dari perancangan yang telah dibuat, berupa suatu penerapan model
pembelajaran tertentu yang bertujuan untuk memperbaiki atau menyempurnakan model
yang sedang dijalankan.

Pemerhatian
Berfungsi melihat dan mendokumentasikan pengaruh-pengaruh yang diakibatkan oleh
tindakan dalam kelas. Hasil pengamatan ini merupakan dasar melakukan refleksi
sehingga pengamatan yang dilakukan harus dapat menceritakan keadaan sebenar.

Berdasarkan model Stephen kitaran gelungan 1 pengkaji merancangkan kajian penyelidikan


beliau seperti berikut.

Refleksi
Melalui pengajaran lepas, pengkaji mendapati bahawa murid tahun 4 menghadapi
masalah dalam mengukir sabun dengan mengaplikasikan bahasa seni visual seperti
26

bentuk, ruang dan jalinan. Untuk memastkan masalah tersebut pengkaji telah
menggunakan instrumen penilaian seperti soal selidik. Apabila pengkaji menganalisis
hasil dapatan soal selidik ia membuktikan bahawa lima orang murid tidak menguasai
kemahiran mengukir.

Perancangan
Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menciptakan sebuah alat pengukir yang
dinamakan sebagai Kit Ukiran. Dimana kit ini membantu murid bagi mengukir sabun
dengan mudah. Kit Ukiran ini terdiri daripada tiga bentuk yang diperbuat daripada lidi
aiskrim. Pengkaji menggunakan kaedah demostrasi sebagai kaedah pengajaran beliau.
Oleh demikian, murid mengikut cara yang ditunjukan oleh pengkaji dengan
menggunakan Kit Ukiran.

Langkah yang akan dijalankan oleh murid dalam penghasilan mengukir sabun seperti
berikut.

Langkah 1
Murid melakarkan rupa kura-kura pada permukaan sabun dengan menggunakan Kit
Ukiran.

Langkah 2
Murid mengukir rupa kura-kura berpandukan lakaran yang dilukiskan.

Langkah 3
Murid Menggorekan bahagian bawah rupa kura-kura.

Langkah 4
Murid mengukirkan jalinan pada rupa kura-kura.

Bagi menjalankan proses penghasilan mengukir rupa kura-kura pada sabun telah
mengambil masa selama 2 minggu. Dalam jangka masa tersebut murid tahun 4 telah
menguasai kemahiran mengukir iaitu mengaplikasikan bahasa seni visual seperti
bentuk, ruang dan jalinan pada karya ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan
menggunakan Kit Ukiran.

Tindakan
Pengkaji telah menjalankan kajian beliau dengan menggunakan Kit Ukiran seperti
mana dirancangkan.
27

Pemerhatian
Pengkaji telah memerhatikan segala tindak balas murid semasa menghasilkan ukiran
sabun dengan menggunakan Kit Ukiran. Bagi mengetahui sejauhmana peserta kajian
dapat menguasai kemahiran mengukir, pengkaji telah menggunakan beberapa
instrumen seperti senarai semak, temu bual dan analisis dokumen.

OBJEKTIF UMUM

Memperbaiki amalan guru dan murid dalam melaksanakan aktiviti ukiran sabun dengan
menggunakan Kit ukiran.

Objektif Khusus

1. Membantu meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa kura-
kura pada sabun dengan menggunakan Kit Ukiran.

2. Membantu guru meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa
kura-kura pada sabun dengan menggunakan Kit Ukiran.

Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan kajian berikut :

1. Bagaimanakah penggunaan Kit Ukiran dapat membantu murid Tahun 4 menghasilkan


ukiran rupa kura-kura pada sabun.

2. Bagaimanakah penggunaan Kit Ukiran dapat membantu guru meningkatkan kemahiran


murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada sabun?

Peserta Kajian

Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah yang terletak di bandar Seremban terhadap
murid Tahun 4. Seramai 5 orang murid perempuan yang melibatkan dirinya dalam kajian ini
sebagai peserta kajian. Pengetahuan sedia ada peserta kajian terhadap topik seni ukiran
28

adalah mengenali pisau pahat dan kayu sebagai media utama. Secara amnya murid belum ada
pengalaman secara terus dalam penghasilan produk ukiran dengan bahantara lain.

Pelaksanaan Kajian

Langkah-Langkah Tindakan

Bagi tindakan kajian ini pengkaji telah memilih model Stephen Kemmis. Model Stephen Kemmis
berasaskan kepada model pemikiran Kurt Lewin, tetapi terdapat pengubahsuaian dalam kajian
masalah pendidikan. Menurut Mok Soon Sang (2010), model ini seperti dalam model proses
Lewin, skema kajian selain merangkumi langkah-langkah perancangan, tindakan, pemerhatian
dan refleksi, beliau pula menambahkan langkah re-perancangan sebagai asas penyelesaian
masalah sendiri.

Menurut langkah-langkah model Stephen Kemmis, pengkaji terlebih dahulu melaksanakan


proses pengajaran dan pembelajaran tentang aktivti ukiran pada sabun. Melalui refleksi sesi
pengajaran dan pembelajaran pengkaji dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak
murid beliau di tahun 4. Punca masalah tersebut menyebabkan pengkaji untuk mencipta Kit
Ukiran bagi membantu murid tahun 4 untuk meningkatkan kemahiran mengukir rupa kura-kura
pada sabun.

Berikut adalah langkah-langkah penghasilan ukiranrupa kura-kura pada sabun.

Langkah 1
Murid melakarkan rupa kura-kura pada
permukaan sabun dengan menggunakan Kit
Ukiran.
29

Langkah 2
Murid mengukir rupa kura-kura berpandukan
lakaran yang dilukis pada sabun.

Langkah 3
Murid Menggorekan bahagian bawah rupa
kura-kura.

Langkah 4
Murid mengukir jalinan pada rupa kura-kura.

Hasil Karya Terakhir

Penggunaan Kit Ukiran pasti menjadi alat pengukir yang murah dan mudah dicipta tetapi
mempunyai manfaat yang bermakna bagi guru untuk membantu murid dalam aktiviti ukiran
30

sabun pada bila-bila masa sahaja. Dengan adanya Kit Ukiran murid juga akan dapat
menghasilkan pelbagai jenis rupa objek flora dan fauna pada sabun dengan mudah.

Kaedah Pengumpulan Data

PEMERHATIAN
(SENARAI SEMAK)

TRANGULASI

TEMUBUAL ANALISIS DOKUMEN


BERSTRUKTUR (HASIL KARYA MURID)
Rajah 2 : Kaedah Triangulasi

Menurut Wiersma (2000), triangulasi adalah sebahagian daripada pengumpulan data yang
bersilang sama ada yang menggunakan dua atau lebih kaedah pengumpulan data atau punca
sumber data. Berdasarkan pernyataan tersebut, pengkaji menggunakan tiga kaedah
pengumpulan data untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh
tentang proses yang berlaku dalam kajian yang diperoleh. Untuk tujuan tersebut, pengkaji telah
menggunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi kajian ini seperti berikut.

Kaedah Pemerhatian (Borang Senarai Semak)

Kaedah Pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam pengumpulan data
untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Menurut Chow Fook
Meng dan Jaizah Mahamud (2011) dalam kajian Mohd Rafiqi (2013), terdapat dua jenis kaedah
31

pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tanpa struktur. Pemerhatian


berstruktur telah dijadikan pemilihan pengkaji dalam kajian ini. Tujuannya adalah untuk
membolehkan pengkaji mengumpul data secara sistematik dan memahami tindakan yang
diambil sewajarnya. Dalam pemerhatian, pengkaji dapat melihat, mendengar dan memerhati
untuk mendapat maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui
pemerhatian, pengkaji dapat merapatkan diri dengan lima orang peserta kajian di samping
memerhati cara mereka mengukir sabun.

Kaedah Analisis Dokumen

Menurut Kartini Abdul Mutalib et. Al & Rosli Sahat (2011), dokumen merupakan satu sumber
penting bagi penyelidik mendapatkan data semasa menjalankan kajian tindakan. Semua data
yang diperoehi daripada dokumentasi perlu dianalisis terlebih dahulu dan proses ini dinamakan
analisi dokumen. Kaedah analisis dokumen digunakan untuk mengambil gambar foto hasil
kerja ukiran rupa kura-kura peserta kajian selepas penggunaan Kit Ukiran supaya
membuktikan bahawa peserta kajian dapat menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada sabun
dengan mengaplikasikan bahasa seni visual serta meningkatkan kemahiran mengukir murid.

Kaedah Temu Bual Berstruktur

Menurut Patton (1990), terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu temubual formal, temubual tidak
formal dan temubual terbuka. Pada pandangan Merriem (1998), juga terdapat tiga jenis
temubual iaitu tembual berstruktur, temubual separa berstruktur dan tembual tidak berstruktur.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah temubual berstruktur untuk mengumpul data
tentang kefahaman peserta kajian terhadap aktiviti mengukir rupa kura-kura pada sabun
selepas penggunaan Kit Ukiran dan pengalaman yang lalui serta perasaan semasa melibatkan
diri dalam aktiviti ukiran.

Cara Menganalisis Data


32

Analisis data ialah satu proses menyusun data yang dikumpul dan data tersebut kemudian
dibahagikan kepada unit-unit yang lebih ringkas untuk menonjolkan pola-pola berstruktur untuk
memudahkan penginterpretasian. Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis data-data yang
dikumpul dalam bentuk kualitatif dan juga kuantitatif. Pengkaji menggunakan teknik
menganalisis data seperti analisis kandungan dan analisis dokumen. Pengkaji menggunakan
analisis kandungan semasa menganalisis data yang dikumpul melalui pemerhatian, data
berbentuk senarai semak dan temu bual. Menurut Burns (1995), analisis kandungan merupakan
kaedah analisis yang sering digunakan dalam penganalisisan data kualitatif.

Berhubung dengan itu, pengkaji menganalisis data yang diperoleh daripada peserta kajian
berpandukan beberapa aspek yang terdapat dalam borang senarai semak. Data yang
diperolehi daripada senarai semak pemerhatian akan direkodkan dalam bentuk jadual bagi
kesemua proses kajian. Data yang dipindahkan ke dalam jadual akan dianalisis mengikut
kekerapan jawapan Ya atau Tidak berdasarkan senarai semak. Ini bermakna semakin
banyak jawapan Ya semasa pemerhatian menunjukkan bahawa peserta kajian dapat
meningkatkan kemahiran mengukir dengan penggunaan Kit Ukiran.

Justeru, pengkaji menganalisis dokumen iaitu hasil karya peserta kajian dengan membina
jadual perbandingan hasil karya sebelum dan selepas penggunaan Kit Ukiran dalam proses
penghasilan ukiran sabun. Pengkaji akan membezakan hasil kerja pesrta kajian berdasarkan
bahasa seni visual serta alat pengukir supaya mempertahankan Kit Ukiran dapat
meningkatkan kemahiran mengukir pelajar.

Bagi menganalisis data temubual pula, pengkaji akan membuat transkripsi iaitu ditaip dengan
lengkap supaya memudahkan proses menganalisis data. Pengkaji akan membuat analisis
berdasarkan jawapan yang diberikan oleh peserta kajian bagi memperkukuhkan penggunaan
Kit Ukiran dapat meningkatkan kemahiran mengukir pelajar.

Seterusnya, pengkaji akan menganalisis data senarai semak guru dari perspektif peserta kajian
bagi membuktikan bahawa penggunaan kaedah demostrasi bersama murid dan Kit Ukiran
membantu guru meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan ukiran rupa kura-kura
pada sabun. Untuk itu, pengkaji akan membuat jadual berdasarkan aspek yang terkandung
dalam borang senarai semak. Data yang dipindahkan ke dalam jadual akan dianalisis mengikut
kekerapan jawapan Ya atau Tidak berdasarkan senarai semak. Ini bermakna semakin
33

banyak jawapan Ya semasa pemerhatian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah


demostrasi bersama murid dan Kit Ukiran dapat membantu guru dalam meningkatkan
kemahiran pelajar dalam aktiviti ukiran sabun.

Tambahan pula, pengkaji juga menganalisis data pemerhatian terhadap guru sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran dari sudut guru rakan sebaya. Data yang dikumpul
itu juga akan direkodkan dalam bentuk jadual supaya pengkaji dapat membuktikan bahawa
pemilihan kaedah pengajaran dan bahan bantu belajar iaitu Kit Ukiran dapat membantu guru
bagi meningkatkan kemahiran mengukir pelajar.

Cara Menyemak Data

Dalam penyemakan data kajian, pengkaji menggunakan kaedah triangulasi untuk membina
keyakinan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data yang beliau dikumpulkan dan
dianalisis. Menurut Chua Yan Piaw (2006), kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan
merujuk kepada keupayaan kajian itu untuk memperoleh nilai serupa apabila pengukuran yang
sama diulangi. Akan tetapi, kebolehpercayaan adalah sukar untuk ditentukan dengan tepat
dalam penyelidikan kualitatif disebabkan perlakuan manusia bukan statik meskipun dalam
situasi yang sama apabila membuat replikasi atau pengulangan kajian. Justeru, dalam konteks
penyelidikan kualitatif, konsep kebolehpercayaan adalah berkait dengan soal kebolehsandaran
dan ketekalan data yang dikumpul (Othman Lebar, 2009). persoalannya bukan dapatan yang
sama akan ditemui semula tetapi keputusan atau dapatan kajian itu adalah tekal dengan data
yang dikumpul.
34

Melalui kaedah triangulasi, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, analisis


dokumen dan temu bual berstruktur bagi memastikan kredibiliti data yang diambil. Menurut
Othman Lebar (2009) berada di lapangan dalam tempoh yang panjang memberi peluang
kepada penyelidik mengadakan pemerhatian yang berulang kali, membina kepercayaan
peserta kajian kepada penyelidik, membina hubungan yang baik supaya peserta kajian selesa
memberikan maklumat. Bermakna, pemerhatian berulang-ulang terhadap fenomena yang sama
akan meningkatkan kesahan data dalam kajian ini. Oleh itu, pengkaji telah berada di sekolah
selama sebulan dan ini telah memberi peluang kepada beliau untuk mengadakan pemerhatian
berulang kali dan ia akan membina kepercayaan peserta kajian terhadap beliau dan menjalin
hubungan yang baik supaya peserta kajian selesa memberikan maklumat.

Berhubung dengan itu, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis dokumen untuk
memperkukuhkan pengumpulan data kajian. Menurut Stringer (2004), foto adalah satu rekod
yang berguna membolehkan penyelidik melihat peristiwa dan keadaan situasi dengan lebih
jelas. Pemerhatian melalui pengambilan foto digunakan sebagai bahan sokongan dalam kajian
ini. Pengkaji memerhatikan segala perlakuan peserta kajian semasa proses penghasilan karya
ukiran rupa kura-kura pada sabun dan mengambil gambar foto hasil kerja mereka sebagai
bahan bukti dapatan pengumpulan data. Kaedah ini telah menimbulkan kebolehpercayaan
terhadap peserta kajian kerana segala aktiviti telah direkodkan sebagai gambar foto. Melalui
gambar foto pengkaji telah dapat memperincikan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian
dalam aktiviti mengukir sabun.

Disamping itu, pengkaji juga menggunakan dua jenis borang senarai semak seperti
pemerhatian guru terhadap guru dan pemerhatian murid terhadap guru. Menurut Chua (2006),
pemerhatian yang dilakukan adalah jenis yang berstruktur iaitu dengan menggunakan borang
senarai semak. Penggunaan dua jenis borang senarai semak memudahkan pengkaji untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bagi aktiviti ukiran sabun. Untuk pemerhatian tersebut pengkaji telahpun meminta
empat orang guru untuk mengisikan borang senarai semak berpandukan proses pengajaran
dan pembelajaran. Manakala pemerhatian dari sudut murid diisikan oleh peserta kajian. Hasil
dapatan pemerhatian membantu pengkaji untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
guru semasa melaksanakan aktiviti ukiran sabun.
35

Justeru, kaedah hasil temu bual dengan murid telah dijadikan sebagai pengumpulan data bagi
penyelidikan tindakan pengkaji tentang kesan dan minat peserta kajian terhadap penggunaan
Kit Ukiran dalam kajian ini. Dalam kaedah ini peserta kajian telah ditemu bual tentang topik
seni ukiran serta pengalaman sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran
dijalankan. Jawapan yang telah diberikan oleh peserta kajian memenuhi kesahan dan
kebolehpercayaan kerana temu bual berstuktur telah dijalankan secara langsung setelah
selesainya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhan, penggunaan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual
berstruktur telah memberikan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap hasil dapatan dari
peserta kajian serta guru. Maklumat yang telah diperoleh itu amat berguna bagi pengkaji untuk
menjalankan kajian ini dengan berjaya.

DAPATAN KAJIAN

Objektif Khusus

1. Membantu meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa kura-
kura pada sabun dengan menggunakan Kit Ukiran.

Persoalan Kajian 1

1. Bagaimanakah penggunaan Kit Ukiran dapat membantu murid Tahun 4 menghasilkan


ukiran rupa kura-kura pada sabun.

Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga jenis insturmen seperti
pemerhatian melalui borang senarai semak, analisis dokumen dan temubual berstruktur bagi
36

pengumpulan data sebagai bahan sokongan kajian. Dapatan daripada tiga jenis instrumen
menunjukkan peserta kajian dapat menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura pada sabun
dengan lebih baik dan lebih berkualiti.

Dapatan Analisis Pemerhatian Melalui Borang Senarai Semak

Dapatan daripada instrumen pertama iaitu pemerhatian, terdapat sepuluh ciri yang diperhatikan
oleh pengkaji sepanjang pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran sabun dilaksanakan.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan hasil dapatan daripada pemerhatian melalui borang
senarai semak.

Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Selepas Penggunaan Kit Ukiran Terhadap
Peserta Kajian Semasa Melaksanakan Aktiviti Ukiran Sabun.

BIL CIRI-CIRI YA TIDAK


f % f %
1. Murid dapat mengenal dan menyebut alat dan bahan 5 100 0 0
yang digunakan dalam penghasilan ukiran rupa kura-
kura. (Sabun dan Kit Ukiran)
2. Murid dapat membezakan kegunaan Kit Ukiran mengikut 5 100 0 0
bentuk.
3. Murid dapat melukis lakaran rupa kura-kura pada 5 100 0 0
permukaan sabun dengan menggunakan bentuk Kit
Ukiran yang sesuai.
4. Murid dapat menggunakan ruang yang luas semasa 5 100 0 0
melakar rupa kura-kura pada permukaan sabun.
37

5. Murid dapat mengukir rupa kura-kura berpandukan 5 100 0 0


lakaran dengan betul sehingga menonjolkan rupanya
diatas permukaan sabun.
6. Murid dapat menggorek bahagian bawah (badan) rupa 5 100 0 0
kura-kura supaya menampakkan ruang dalaman.
7. Murid dapat melicinkan serta mengemaskan keseluruhan 5 100 0 0
ukiran dengan menggunakan bentuk Kit Ukiran yang
sesuai.
8. Murid dapat mengukir jalinan pada bahagian cengkera 5 100 0 0
kura-kura dengan menggunakan bentuk Kit Ukiran yang
sesuai.
9. Murid dapat mengukir anggota badan kura-kura seperti 5 100 0 0
mata, hidung dan mulut.
10. Murid dapat menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura 5 100 0 0
yang kreatif dan kemas dengan menggunakan Kit
Ukiran.

Jadual 2 : Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Selepas Penggunaan Kit Ukiran

Jadual analisis pemerhatian menunjukkan bahawa penggunaan Kit Ukiran membantu peserta
kajian untuk menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan mematuhi prosedur
penghasilan ukiran yang betul dan tepat. Analisis peratus membuktikan bahawa peserta kajian
dapat membanding beza bentuk dan kegunaan Kit Ukiran supaya dapat memanipulasikannya
dengan baik sehingga hasilnya lebih berkualiti berbanding dengan hasil sebelum penggunaan
Kit Ukiran.

Dapatan Analisis Dokumen

Instrumen seterusnya yang digunakan untuk dapatan kajian adalah analisis dokumen. Analisis
dokumen merupakan hasil kerja sebelum dan selepas kajian kaedah kuantitatif dan analisis
diskriptif telah digunakan. Analisis dokumen ini memfokuskan kepada penguasaan kemahiran
peserta kajian kerana analisis dokumen dijalankan terhadap hasil kerja akhir ukiran peserta
kajian. Selepas penggunaan Kit Ukiran perbezaan hasil kerja peserta kajian dapat dikesan
38

dengan lebih jelas. Berikut adalah jadual perbezaan hasil kerja peserta kajian sebelum dan
selepas kajian penggunaan Kit Ukiran.

PESERTA
SEBELUM KAJIAN SELEPAS KAJIAN
KAJIAN

PK 1

PK 2

PK 3
39

PK 4

PK 5

Jadual 3 : Analisis Perbandingan Hasil Kerja Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas
Penggunaan Kit Ukiran
Gambar foto peserta kajian 1 sebelum penggunaan Kit Ukiran menunjukkan bahawa walaupun
murid ini dapat mengaplikasikan langkah penghasilan yang diajar oleh pengkaji tetapi masih
nampak kelemahan dari segi rupa. Ianya tidak menampakan jalinan pada permukaan cengkera
kura-kura. Murid ini kurang mahir memanipulasi lidi sate untuk mengukir kura-kura secara
timbul. Namun, setelah menggunakan alat kajian hasil karya ukiran yang dihasilkan oleh
peserta kajian 1 amat memuaskan. Lakaran yang dibuat dapat ditonjolkan dengan baik
menggunakan Kit Ukiran. Kemasan akhir juga dapat dilihat dengan jelas. Gambar foto selepas
kajian dijalankan jelas menunjukkan peningkatan yang ketara oleh peserta kajian 1.

Seterusnya, gambar foto peserta kajian 2 sebelum kajian menunjukkan bahawa murid ini
berjaya mengaplikasikan jalinan sentuh pada permukaan cengkera kura-kura dengan
menggunakan lidi sate. Tetapi kelemahan murid ini adalah tidak mahir dalam mengukir rupa
kura-kura. Walaupun murid ini kurang mahir dalam mengukir tetapi dia boleh menggunakan lidi
sate untuk menimbulkan jalinan pada rupa kura-kura. Namun selepas penggunaan Kit Ukiran
hasil karya peserta kajian sangat memuaskan. Peserta kajian bukan sahaja dapat melakar rupa
kura-kura dengan menggunakan Kit Ukiran dengan baik namun juga dapat mengukir rupa
40

kura-kura secara tonjol dengan baik dan kemas. Kerja kemasan akhir karya juga dilakukan
dengan sangat baik.

Bagi peserta kajian 3 sebelum kajian dijalankan, hasil kerjanya menunjukkan rupa kura-kura
kehilangan kaki dan kepala. Malah lakaran awal juga tidak dapat dibuat dengan baik oleh
peserta kajian. Peserta kajian merasakan alat lidi sate sukar digunakan malah sukar dikawal
pergerakkannya. Oleh itu, peserta kajian tidak berjaya menghasilkan ukiran rupa kura-kura
dengan baik dan kemas. Namun setelah kajian dijalankan peserta kajian dapat membuat
lakaran dengan baik daripada hasil sebelumnya. Peserta kajian dapat memanipulasi Kit
Ukiran sehingga dapat menghasilkan karya ukiran yang jauh lebih baik dari karya sebelumnya.

Seterusnya, gambar foto peserta kajian 4 sebelum penggunaan Kit Ukiran menunjukkan
bahawa murid ini tergesak-gesak semasa membuat ukiran pada sabun. Ini kerana sabun
telahpun patah di bahagian kaki kura-kura. Ukiran ini tidak menunjukkan rupa kura-kura dengan
jelas membuktikan bahawa murid ini kurang mahir dalam penggunaan lidi sate. Selepas kajian
dilakukan peserta kajian dapat menunjukkan kemahiran ukiran dengan baik. Peserta kajian
dapat mengukir rupa kura-kura dengan menitikberatkan ciri ukiran dengan betul. Kemasan akhir
juga dapat dilakukan dengan baik. Perubahan ketara telah ditonjolkan oleh peserta kajian.
Akhir sekali, hasil karya peserta kajian 5 sebelum kajian dijalankan peserta kajian tidak berjaya
dalam menimbulkan ruang dalaman pada ukirannya. Walaupun rupa kura-kura dapat diukir
tetapi tidak begitu tepat dan jelas. Setelah Kit Ukiran diperkenalkan kelihatan peserta kajian 5
menunjukkan minat untuk melakukan aktiviti ukira. Hasil ukiran juga dapat dilihat dengan jelas
iaitu peserta kajian 5 dapat menitikberatkan ciri ukiran dengan baik dan dapat menonjolkan rupa
kura-kura dengan begitu jelas.

Secara keseluruhan daripada analisis dokumen, peserta kajian mengalami kesukaran serta
tidak dapat mengawal pergerakan tangan semasa menggunakan lidi sate sebagai alat pengukir.
Tetapi dengan adanya Kit Ukiran peserta kajian dapat memanipulasikan alat pengukiran itu
dengan baik dan dapat menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan
mengaplikasikan bahasa seni visual seperti bentuk, jalinan sentuk dan ruang. Analisis dokumen
ini membuktikan bahawa penggunaan Kit Ukiran dapat membantu murid Tahun 4
menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan baik.
41

Dapatan Analisis Temubual Berstruktur

Instrumen ketiga pula dapatan dari temubual berstruktur terhadap lima orang peserta kajian.
Hasil temubual dengan peserta kajian ditraskripkan mengikut soalan yang telah distrukturkan
dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu dengan cara menggariskan
perkara-perkara penting yang berkaitan dengan soalan kajian seperti berikut :

Soalan 1 Apakah pandangan anda terhadap Kit Ukiran sebagai alat pengukir yang
digunakan dalam penghasilan ukiran sabun?

PK 1 Penggunaan Kit Ukiran menyenangkan kerja ukiran saya cikgu.

PK 2 Kit Ukiran memudahkan kerja ukiran saya dan hasil karya sayapun cantik la
cikgu
PK 3 Saya berasa sangat gembira semasa menggunakan Kit Ukiran. Saya dapat
mengukir jalinan dan garisan pada ukiran rupa kura-kura dengan mudah cikgu.
PK 4 Cikgu saya rasa senang untuk mengukir sabun dengan menggunakan Kit
Ukiran.

PK 5 Dengan menggunakan Kit Ukiran saya dapat mengukir sabun dengan mudah
berbanding dengan lidi sate cikgu.

Soalan 2 Anda telah menggunakan dua jenis alat pengukir yang berbeza seperti lidi sate
dan Kit Ukiran. Melalui pengalaman anda alat pengukir yang manakah lebih
sesuai digunakan dalam penghasilan karya ukiran sabun? Mengapa anda
berdemikian?

PK 1 Kit Ukiran adalah sesuai untuk saya bagi menjalankan aktiviti ukiran cikgu.
Tetapi semasa menggunakan lidi sate ia agak susah nak ukir dan lidinya pun
patah. Oleh itu rupa kura-kura tidak dapat diukir dengan baik.

PK 2 Bagi saya Kit Ukiran adalah alat yang sesuai untuk mengukir sabun cikgu.
Kerana ia mempunyai 3 jenis bentuk untuk mengukir. Jadi ia sangat sesuai untuk
digunakan semasa mengukir rupa kura-kura.
42

PK 3 Saya sangat suka menggunakan Kit Ukiran cikgu. Saya rasa lidi sate sangat
susah untuk digunakan dalam aktiviti ukiran.

PK 4 Kit Ukiran adalah pilihan saya cikgu. Ia membantu saya untuk mengukir sabun
dengan baik.

PK 5 Saya sangat suka menggunakan Kit Ukiran cikgu. Semasa menggunakan Kit
Ukiran saya dapat menghasilkan ukiran sabun yang baik dan sempurna.

Soalan 3 Adakah Kit Ukiran memudahkan cara mengukir anda? Bagaimana?

PK 1 Ya cikgu ia sangat mudah digunakan. Kerana ia mempunyai 3 bentuk yang


berbeza

PK 2 Kit Ukiran memudahkan saya untuk menjalankan aktiviti ukiran cikgu. Kerana
Kit Ukiran mempunyai 3 bentuk yang berbeza. Jadi ia lebih senang untuk
menjalankan kerja ukiran.

PK 3 Ya cikgu Kit Ukiran mudah digunakan. Bentuk perbeza itu memudahkan saya
untuk mengukir sabun.

PK 4 Betul cikgu! Kit Ukiran memudahkan saya untuk mengukir. 3 bentuk Kit Ukiran
tersebut menyenangkan saya untuk mengukir rupa kura-kura dengan baik dan
cantik.

PK 5 Ya cikgu kerana bentuk-bentuk Kit Ukiran adalah sangat kukuh tidak patah.
Oleh itu, memudahkan saya untuk mengukir sabun dengan senang.

Soalan 4 Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda? Mengapa?

PK 1 Ya cikgu. Saya dapat mengukir rupa kura-kura yang baik.

PK 2 Karya saya sangat cantik cikgu. Saya berjaya dapat menonjolkan rupa kura-kura.

PK 3 Ukiran saya sangat cantik dan saya berasa gembira.


43

PK 4 Bentuk yang diukir itu besar dan saya sangat berpuas hati dengan karya saya
cikgu.

PK 5 Saya berpuas hati cikgu. Kerana saya dapat mengukir rupa kura-kura dengan
baik.

Soalan 5 Adakah anda rasa Kit Ukiran memudahkan anda bagi mengaplikasikan bahasa
seni visual semasa mengukir rupa kura-kura?

PK 1 Ya cikgu.. saya dapat mengaplikasikan jalinan dan ruang dalam ukiran saya
cikgu.

PK 2 Betul cikgu. Saya dapat menonjolkan bentuk, jalinan dan ruang semasa
menghasilkan ukiran.

PK 3 Memang betul cikgu. Saya dapat mengaplikasikan bahasa seni visual.

PK 4 Ya cikgu. Saya telah ukir sabun dengan mengaplikasikan bahasa seni visual
seperti bentuk, garisan, jalinan dan ruang.

PK 5 Ya cikgu. Saya dapat ukir sabun dengan menonjolkan bahasa seni visual pada
rupa kura-kura.

Soalan 6 Bolehkah menceritakan pengalaman anda sepanjang proses pengukiran sabun


dengan menggunakan Kit Ukiran?

PK 1 Mula-mula saya rasa takut. Adakah saya boleh ukir sabun dengan menggunakan
Kit Ukiran ini. Tetapi apabila saya menggunakan Kit Ukiran, saya dapat
berkeyakinan diri untuk menghasilkan ukiran rupa kura-kura. Akhirnya saya
dapat menghasilkan sebuah karya yang sangat baik, cantik dan saya rasa
gembira serta berpuashati dengannya.

PK 2 Kali pertama saya mengukir sabun tidak berjaya. Namun kali kedua saya
menggunakan Kit Ukiran, saya berjaya menghasilkan karya yang cantik.
44

PK 3 Saya sangat gembira bagi menghasilkan karya ukiran yang cantik walaupun
menjalankan proses yang panjang.

PK 4 Semasa mengukir saya rasa. Saya boleh mengukir sabun dengan baik dan
akhir karya sayapun cantik la cikgu.

PK 5 Semasa cikgu membimbing saya untuk mengukir saya rasa senang tapi masa
saya ukir, saya rasa takut adakah Kit Ukiran itu patah.. tetapi tidak. Jadi saya
dapat menghasilkan karya yang bagus dan saya berasa sangat gembira.

Soalan 7 Adakah aktiviti ini memberi peluang kepada anda untuk meningkatkan daya
kreativiti?

PK 1 Ya cikgu

PK 2 Ya cikgu

PK 3 Memang boleh cikgu..

PK 4 Betul cikgu..

PK 5 Ya cikgu ia meningkatkan kreativiti saya.

Soalan 8 Adakah Kit Ukiran ini dapat menimbulkan keyakinan kepada anda untuk
menghasilkan ukiran sabun selain daripada rupa kura-kura?

PK 1 Ya memang boleh cikgu.

PK 2 Ya cikgu saya nak ukir daun dalam sabun.

PK 3 Ya cikgu saya hendak ukir bunga

PK 4 Ya cikgu.. saya nak ukir kumbang

PK 5 Ya saya ukir ikan la cikgu.


45

Hasil temubual mendapati sebelum kajian lidi sate digunakan, kelima-lima peserta kajian yang
ditemubual bersetuju bahawa adalah sukar untuk mengukir rupa kura-kura pada sabun.
Selepas penggunaan Kit Ukiran digunakan, kelima-lima peserta kajian yang ditemubual
mengakui bahawa kit ini menarik perhatian mereka dan memudahkan proses penghasilan
ukiran rupa kura-kura dengan jelas dan tepat serta dapat mengaplikasikan bahasa seni visual.
Tambahan pula, mereka bersetuju bahawa penggunaan Kit Ukiran dapat membantu mereka
untuk menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura serta ia juga memberi keyakinan diri pada
mereka supaya boleh mengukir pelbagai rupa objek seperti flora dan fauna pada permukaan
sabun.

Objektif Khusus

2. Membantu guru meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa
kura-kura pada sabun dengan menggunakan Kit Ukiran.

Persoalan Kajian 2

2. Bagaimanakah penggunaan Kit Ukiran dapat membantu guru meningkatkan kemahiran


murid Tahun 4 dalam menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada sabun?

Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji menggunakan dua jenis insturmen dan satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pemerhatian guru terhadap guru dan pemerhatian
murid terhadap guru serta penggunaan kaedah demostrasi bersama murid bagi pengumpulan
data sebagai bahan sokongan kajian. Dapatan daripada tiga jenis kaedah membuktikan guru
dapat membantu murid bagi menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura pada sabun dengan
lebih baik.
46

Dapatan Pemerhatian Guru Terhadap Guru

Dapatan daripada instrumen pertama iaitu pemerhatian, pengkaji melibatkan empat orang guru
untuk membuat pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru semasa aktiviti
ukiran rupa kura-kura pada sabun dilaksanakan. Jadual 4 menunjukkan analisis pemerhatian
guru terhadap guru.

Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Guru Terhadap Guru

BIL ITEM YA TIDAK


f % f %
1. Guru dapat menarik perhatian murid terhadap pdp dengan 4 100 0 0
set induksi yang menarik.
2. Murid tertarik dengan cara teka-teki guru bagi 4 100 0 0
memperkenalkan Kit Ukiran.
3. Guru dapat menjelaskan perbezaan penggunaan Kit 4 100 0 0
Ukiran mengikut bentuk dengan menggunakan kaedah
tunjuk cara.
4. Guru dapat memperincikan cara membuat ukiran sabun 4 100 0 0
dengan kaedah demostrasi bersama murid.
5. Kaedah demostrasi guru dapat membantu murid untuk 4 100 0 0
menghasilkan ukiran sabun dengan penggunaan Kit
Ukiran.
6. Guru dapat membantu murid dari masa ke semasa apabila 4 100 0 0
menghadapi masalah dalam aktiviti ukiran.
7. Guru berwaspada semasa menjalankan kaedah demostrasi 4 100 0 0
47

bersama murid.
8. Guru memerhatikan segala tindakan murid dalam 4 100 0 0
penggunaan Kit Ukiran semasa aktiviti ukiran dijalankan.
9. Guru dapat mengawal kelas dengan memberikan panduan 4 100 0 0
Kit Ukiran kepada setiap murid.
10. Pemilihan keadah demostrasi bersama murid dan 4 100 0 0
penggunaan Kit Ukiran oleh guru, dapat membantu murid
untuk menghasilkan karya ukiran sabun yang kreatif.

Jadual 4 : Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Guru Terhadap Guru

Hasil dapatan daripada analisis pemerhatian guru terhadap guru membuktikan bahawa
penggunaan Kit Ukiran dalam aktiviti ukiran sabun dapat menarik perhatian murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah demostrasi bersama murid yang digunakan oleh
guru dapat memberi kesan positif terhadap penghasilan karya ukiran rupa kura-kura.
Dapatan Pemerhatian Murid Terhadap Guru

Dapatan daripada instrumen kedua adalah pemerhatian murid terhadap guru, pengkaji
melibatkan lima orang peserta kajian untuk membuat pemerhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran guru sepanjang aktiviti ukiran rupa kura-kura pada sabun dilaksanakan. Jadual 5
menunjukkan analisis pemerhatian murid terhadap guru.

Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Murid Terhadap Guru

BIL ITEM YA TIDAK


f % f %
1. Saya tertarik dengan set induksi yang menarik dijalankan 5 100 0 0
oleh guru.
2. Saya minat dengan kaedah teka-teki guru bagi 5 100 0 0
memperkenalkan Kit Ukiran.
3. Saya dapat memahami perbezaan penggunaan Kit Ukiran 5 100 0 0
mengikut bentuk dengan menggunakan kaedah tunjuk cara
guru.
4. Saya lebih faham cara membuat ukiran sabun dengan 5 100 0 0
kaedah demostrasi bersama guru.
5. Kaedah demostrasi guru dapat membantu saya untuk 5 100 0 0
48

menghasilkan ukiran sabun dengan menggunakan Kit


Ukiran.
6. Saya dapat bimbingan dari guru dari masa ke semasa 5 100 0 0
apabila menghadapi masalah dalam aktiviti ukiran.
7. Saya berupaya untuk mematuhi segala prosedur 5 100 0 0
penghasilan karya ukiran yang diajar oleh guru bagi
menghasilkan karya ukiran sabun dengan menggunakan
Kit Ukiran.
- melukis lakaran
- mengukir rupa kura-kura berpandukan lakaran
- menggorek bahagian badan rupa supaya timbul
- mengukir jalianan pada cengkera.

8. Pemilihan keadah demostrasi bersama murid dan 5 100 0 0


penggunaan Kit Ukiran oleh guru, dapat membantu saya
untuk menghasilkan karya ukiran sabun yang kreatif.

Jadual 5 : Jadual Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Murid Terhadap Guru

Hasil daripada dapatan analisis pemerhatian murid terhadap guru berdasarkan proses
pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran sabun menunjukkan bahawa guru dapat membantu
murid untuk menghasilkan ukiran rupa kura-kura pada permukaan sabun dengan menggunakan
Kit Ukiran. Analisis ini membuktikan bahawa pemilihan kaedah demostrasi bersama murid
dapat membantu murid untuk mematuhi segala prosedur penghasilan ukiran sabun. Akhir
penghsilan karya murid menjelaskan bahawa murid dapat memahami kaedah demostrasi guru
dengan penggunaan Kit Ukiran. Ini menyokong kajian bahawa penggunaan Kit Ukiran
membantu guru untuk meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan ukiran rupa kura-
kura.
49

Dapatan Analisis Kaedah Demostrasi Bersama Murid

Dapatan daripada kaedah demostrasi bersama murid, pengkaji melibatkan lima orang peserta
kajian dalam proses penghasilan ukiran rupa kura-kura dengan menggunakan Kit Ukiran.
Jadual 6 menunjukkan analisis kaedah demostrasi bersama murid.

Set induksi dan teka-teki Penerangan tentang panduan Menunjuk cara membuat
bagi memperkenalkan Kit Kit Ukiran lakaran rupa kura-kura
Ukiran
50

Mengukir sabun mengikut Mengukir bahagian bawah Mengukir jalinan pada


lakaran yang dilukis rupa kura-kura permukaan cengkera

Jadual 6 : Analisis Kaedah Demostrasi Bersama Murid.

Hasil dapatan daripada analisis kaedah demostrasi bersama murid menunjukkan bahawa
kaedah demostrasi dan penggunaan Kit Ukiran dapat menarik perhatian murid terhadap
penghasilan ukiran rupa kura-kura pada sabun. Disamping itu, guru dapat menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran aktiviti ukiran yang berkesan dengan bantuan Kit Ukiran.
Kaedah demostrasi ini membuktikan bahawa guru dapat membantu murid bagi menghasilkan
ukiran rupa kura-kura dengan menggunakan Kit Ukiran.

REFELKSI

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur saya setelah kajian tindakan saya selesai
dilaksanakan. namun, terdapat beberapa perkara yang ingin saya merumuskan berkaitan
dengan alat kajian saya iaitu alat pengukir Kit Ukiran.

Kit Ukiran adalah alat pengukir yang dibina dengan menggunakan batang aiskrim. Saya
membentukan batang aiskrim kepada tiga jenis bentuk yang berlainan dengan memikirkan
aspek keselesaan murid di mana seperti yang kita ketahui kanak-kanak lebih cendurung
kepada benda yang selesa. Kit Ukiran ini dibina dengan menitikberatkan bagaimana murid-
murid saya dapat menghasilkan karya ukiran rupa kura-kura pada permukaan sabun tanpa
mencederakan tangan mereka atau memberi kesan negatif ke[ada murid-murid.

Analoginya apabila kita memegang pensil dan menulis pada masa yang agak lama maka sudah
tentunya akan menimbulkan kesan merah dijari dan sebagainya. Jadi, Kit Ukiran dibina
dengan permukaan yang rata dimana dengan menggunakan batang aiskrim. Permukaan rata
51

ini akan menimbulkan keselesaan pada tapak tangan murid-murid sepanjang aktiviti ukiran
berlangsung.

Hal ini telah dibuktikan daripada dapatan kajian saya iaitu melalui temubual di mana 100%
peserta kajian bersetuju bahawa alat pengukir Kit Ukiran membolehkan mereka mengukir
sabun dengan lebih mudah. Berbeza pada sebelum kajian dilakukan tiada peserta kajian yang
bersetuju bahawa lidi sate sebagai alat pengukir dapat membantu mereka mengukir dengan
mudah. Ini membawa kepada jumlah 0%. Justeru melalui temubual juga saya mendapati
bahawa 100% peserta kajian bersetuju dengan menggunakan Kit Ukiran sebagai alat pengukir
untuk mengukir rupa kura-kura pada permukaan sabun serta dapat menimbulkan kesan jalinan
pada cengkera kura-kura. Ini adalah kerana Kit Ukiran mempunyai tiga jenis bentuk yang
berbeza dapat membantu peserta kajian bagi melaksanakan proses ukiran mereka dengan
selesa dan lancar.

Jika pada pembelajaran sebelum kajian murid hanya dibenarkan untuk menggunakan lidi sate
ketika mengukir dan oleh kerana alat pengukir yang memerlukan kos yang tinggi serta amat
tajam dan dikhuatir akan membahayakan murid-murid maka pihak sekolah tidak membenarkan
murid mengukir menggunakan peralatan tersebut. Oleh itu Kit Ukiran dibina bagi
menggantikan alat pengukir sedia ada.

Pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu, apabila sya menggunakan Kit Ukiran mendapati
pengajaran dan pembelajaran saya menjadi lebih mudah. Ini bermaksud tiada murid saya yang
berada pada tahap gagal atau rendah, kesemua murid dapat membuat akiviti ukiran dengan
baik dan dapat menghasilkan sebuah karya ukiran rupa kura-kura pada tahap cemerlang
hingga memuaskan.

Ini juga dapat dibuktikan melalui dapatan daripada analisis dokumen saya di mana pada
sebelum kajian dilakukan kesemua peserta kajian tidak mendapat menghasilkan ukiran rupa
kura-kura pada tahap memuaskan. Mereka mengalami kesukaran untuk mengukir rupa kura-
kura dengan baik serta gagal mengaplikasikan bahasa seni visual seperti bentuk, ruang dan
jalinan. Namun setelah kajian dijalankan, peserta kajian dapat menghasilkan karya ukiran
sabun rupa kura-kura dengan baik serta berjaya mengaplikasikan bahasa seni visual dengan
berkesan.
52

Sebelum kajian dilaksanakan saya menggunakan kaedah demonstrasi dalam pengajaran dan
pembelajaran aktiviti ukiran sabun. Menurut Mok Soon Sang (2002), memberikan pengertian
demonstrasi atau tunjuk cara sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah sesuatu aktiviti di hadapan pelajar.
Berdasarkan penyataan itu, saya telah menunjuk cara-cara penghasilan rupa kura-kura pada
sabun dengan menggunakan lidi sate sebagai alat pengukir sebelum meminta murid melakukan
aktiviti tersebut secara individu. Semasa demonstrasi dijalankan murid-murid hanya
memerhatikan cara penghasilan ukiran sahaja. Ini menyebabkan mereka terlupa proses
penghasilan ukiran sabun. Oleh itu, ia menjadi satu punca kepada mereka gagal menghasilkan
karya ukiran yang baik.

Bagi menangani masalah ini saya telah mengubahsuaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan teknik demonstrasi bersama murid dengan menggunakan
Kit Ukiran. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2000), teknik demonstrasi dan pemerhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ialah satu cara menyediakan bahan pelajaran
dengan menyediakan secara langsung objeknya, atau prosesnya, atau cara melakukan
sesuatu. Berpandukan pendapat beliau pengaplikasian kaedah dalam aktiviti ukiran ini
membuka ruang kepada peserta kajian untuk memanipulasikan Kit Ukiran semasa
penghasilan karya ukiran. Apabila peserta kajian menjalani proses penghasilan karya bersama
guru, mereka lebih yakin dan dapat mematuhi segala proses penghasilan ukiran. Kaedah
demonstrasi ini membantu peserta kajian untuk menghasilkan karya ukiran sabun yang baik.
Pada awal pengenalan Kit Ukiran kepada murid, ada di antara yang teruja da nada antara
murid merasa seronok untuk membuat aktiviti ukiran. Terlebih dahulu saya menerangkan
tentang panduan penggunaan Kit Ukiran kepada peserta kajian untuk memudahkan mereka
memahami penggunaan alat pengukir. Seterusnya, saya mengajar mereka cara memegang Kit
Ukiran dengan betul. Oleh kerana ini pengalaman pertama peserta kajian berkenalan dengan
Kit Ukiran ini jadi saya memperkenalkan setiap fungsi Kit Ukiran mengikut bentuk.

Bentuk-bentuk yang terdapat dalam Kit Ukiran memudahkan peserta kajian untuk memang
dan melakukan aktiviti ukiran serta Kit Ukiran ini kurang risiko dari segi bentuk dan
penggunaan. Ini terbukti dalam analisis temubual bahawa peserta kajian seronok dan berasa
gembira sepajang aktiviti ukiran dijalankan. Kelihatan peserta kajian tersenyum dan tekun ketika
memlakukan ukiran berbanding pada sebelumnya mereka hanya melakukan ukiran dengan
memegang prinsip asal ada sahaja.
53

Justeru, jika tiada alat pengukir ini saya merasakan pengajaran dan pembelajaran saya masih
berada dalam kotak yang lama di mana masih murid yang ridak da[t membuat aktiviti ukiran
dengan baik dan masih ada yang tidak memberikan focus sepenuhnya semasa pdp dijalankan.
Hal ini turut disokong oleh Aziz et al (2007), ilmu pendidikan perlu diperkembangkan lagi bagi
membolehkan pembelajaran diperbaiki selain menyelesaikan msalah pendidikan ianya juga
adalah untuk menambah kebijaksanaan yang terdapat di dalam pendidikan.

Kesimpulannya, saya merasakan Kit Ukiran ini mampu menolong murid yang bermasalah
dalam melakukan aktiviti ukiran sabun. Namun saya juga berpendapat Kit Ukiran ini masih
boleh ditambahbaik menjadi lebih berkualiti di masa akan datang.

Stephen Robbins (1994), Mendefinisikan, inovasi sebagai suatu gagasan baru yang

diterapkan untuk memprakarsai atau mem- perbaiki suatu produk atau proses dan jasa.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pada pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti ukiran sabun yang lepas saya telah
menggunakan Kit Ukiran sebagai alat dalam kajian saya. Kit Ukiran ini berfungsi sebagai alat
pengukir yang menggantikan lidi sate sebagai alat pengukir sebelum kajian. Kit Ukiran ini
dibentuk dengan menggunakan batang aiskrim. Kit Ukiran berfungsi sama seperti alat pengukir
di luar namun ianya lebih murah dan lebih menjimatkan kos serta mudah dibentuk dan mudah
diperbanyakkan mengikut keperluan.

Bagi menambahbaik alat kajian ini, saya mencadangkan supaya pengkaji selepas ini
menggunakan penyedu air dan benang sulam untuk membalutkan sekeliling batang aiskrim
dengan ketat. Ini kerana walaupun peserta kajian dapat menggunakan Kit Ukiran dengan
mudah dan selesa untuk dipegang namun saya dapat menjumpai kelemahan alat ini sewaktu
54

mereka menjalani aktiviti ukiran ada di antaranya yang mengadu bahawa batang aiskrim keras
lalu sakit tapak tangan apabila dipegang dengan kuat.

Saya juga mencadangkan agar pengkaji selepas ini dapat mencari bahan lain yang lebih lembut
sebagai pembalut batang aiskrim supaya membolehkan murid merasa lebih selesa sewaktu
melaksanakan aktiviti ukiran sabun. Ini adalah kerana jika Kit Ukiran ini tidak diperbaiki kelak
pasti akan menimbulkan rasa keletihan dalam kalangan murid apabila mereka menjalani aktiviti
ukiran.

Menurut Johnson & Christensen (2008), sesuatu penyelidikan seharusnya ada penerokaan. Ini
bermaksud jika alat kajian saya diterokai dengan lebih lagi pasti akan menjumpai cara untuk
penambahbaikan yang lebih jitu. Justeru, Kit Ukiran ini pasi akan menjadi lebih baik dari masa
ke semasa.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa jika batang aiskrim dibalut dengan bahan yang
lembut maka pasti Kit Ukiran ini menjadi lebih fleksibel dan lebih tahan lama. Sudah pasti alat
kajian ini tidak mudah dimakan waktu dan boleh digunakan sepanjang zaman.

Rujukan

Buku

Ahmad Mohd Salleh.2000. Pendidikan Islam, falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007),
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (2nd ed.). Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing.

Burns, R.B. (1995). Introduction to research methods. 2nd ed. Longman: Australia Pty Ltd.
55

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala
Lumpur: McGraw-Hill ( Malaysia ) Sdn. Bhd.

Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.

Frieman, J. 2002. Learning and Adaptive Behavior. Elmort: Wadsworth.

Johnson, B. & Christensen, L. (2008), Educatinal research : Quantitative, Qualitative, and Mixed
approaches (3rd ed.). Los Angeles, London, New Delhi, Singapore : Sage Publication.

Kartini Abdul Mutalib & Rosli Sahat (2011), Menguasai Penyelidikan Tindakan Untuk PISMP
dan DPLI : IPG Kampus Ipoh Perak. Pearson Education, Inc

Martin Good, T.L. & Brophy,J.E.(1994). Looking into classrooms. (6thed.).New York : Harper
Collins.

Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.


(2nd ed.). San Francisco: Jossey-Bass

Mohd Rafiqi Bahauddin. (2013), Prosoding Seminar Tindakan Pendidikan Seni Visual 2013: IPG
Kampus Raja Melewar.

Mok Soon Sang, (2002). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan. Edisi ketiga. Subang jaya:
Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang, (2010). Siri Pengajian Profesional: penyelidikan dalam Pendidikan
Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan
Multimedia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah.(2009). Murid dan Alam Belajar.Shah
Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Method. Tanjong
Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage
Publications
56

Prof. Dr. Muchlas Samani & Drs. Hariyanto, M.S. konsep dan model pendidikan Karakter,
(Bandung: PT Remaja Rosdakarya, 2011) (halaman 239)

Schostak, John F. (2002). Understanding, designing, and conducting qualitative research in


education: framing the project. (halaman: 80)

Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad.(2007). Pedagogi: Strategi dan


Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Stringer.E. (2004). Action research in education (2nd ed.). Upper Saddle River, New Jersey

Tengku Sarina Aini Tengki Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran
Interpersonal Guru. Selangor : PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd

Wiersma, W. (200). Research methods in education: An introduction (7th ed.), USA: Allyn and
Bacon.

Widad Othman (1998), Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. (Tesis Sarjana Muda tidak
diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Internet

Amaljaya. (2009, May 06). Teaching Strategies. Retrieved Ogos 22, 2016, from Info Pendidik
Guru: http://amaljaya.com/guru/2009/05/06/teaching-strategies/

Anda mungkin juga menyukai