Anda di halaman 1dari 2

PSIKOLOGI

KEFAHAMAN IBU TENTNG PEMBELAJARAN JANIN DI DALAM KANDUNGAN DAN


PERSEDIAAN YANG DIAMBIL BAGI MEMASTIKAN BAYI DI DALAM KANDUNGAN
SENTIASA SIHAT
PENDAHULUAN
Ibu adalah seorang perempuan yang telah dicipta Allah dan diberikan kekuatan
yang luar biasa untuk memikul tanggungjawap seorang ibu. Seorang ibu itu
haruslah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal supaya dapat menjadi seorang
ibu yang baik, solehah, mampu menjaga anak-anak yang merupakan amanah
daripada Allah.
Setiap ibu yang hamil, perlu mengetahui bahawa terdapatnya pembelajaran yang
boleh dilakukan walaupun ketika anak masih di dalam kandungan. Janin yang
berada di dalam kandungan mampu mendengar dengan jelas dan bergerak sesuai
dengan irama atau suara ibu yang didengarnya.
Mendidik anak dalam kandungan merupakan suatu pekerjaan yang besar yang
memerlukan motivasi yang kuat, pemikiran juga pengorbanan dari pihak ibu bapa
kerana mendidik anak dalam kandungan sangat berbeza dengan mendidik anak
yang sudah lahir atau sudah memasuki sekolah formal.
Anak merupakan amanah dan juga rezeki daripada Allah yang tidak dapat diganti
dengan apapun. Oleh itu, ibubapa perlu mempersiapkan diri untuk menyambut
anak ini dengan sebaiknya supaya anak ini akan menjadi anak yang soleh, cerdas
dan bermanfaat untuk bangsa.
Oleh itu, pembelajaran janin didalam kandungan atau juga dikenali dengan
pendidikan pralahir merupakan satu proses yang penting yang akan mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan anak pada masa yang akan datang.
Selain daripada pembelajaran janin di dalam kandungan, terdapat beberapa
persediaan lain yang para ibu perlu ingat semasa berada dalam sesi mengandung.
Sebagai contoh adalah nutrisi serta gizi yang diperlukan oleh ibu dan anak. Juga
beberapa petua dan adat yang perlu dilakukan dan perkara yang harus ditinggalkan
yang semestinya tidak berlanggar dengan syarak.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif yang perlu dicapai adalah :
1. Mengetahui adakah para ibu tahu atau alert tentang adanya pembelajaran
janin ketika di dalam kandungan?
2. Mengetahui apa dia pembelajaran yang terjadi semasa janin di dalam
kandungan (contoh)
3. Mengetahui kenapa perlunya pendidikan seawal janin lagi?
4. Memahami keperluan dan kemahuan (mengidam) untuk memastikan ibu dan
bayi sihat
5. Mengetahui apa dia rintangan-rintangan yang dihadapi oleh ibu ketika
mengandung (petua, adat)

KESIMPULAN
Bab ini adalah sebagai pengenalan awal sebelum penulis meneruskan bahagian-
bahagian seterusnya, iaitu penulis membincangkan mengenai pendahuluan definisi
operasi kajian, hasil kajian, cadangan dan penutup.

Anda mungkin juga menyukai