Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Sistem maklumat adalah merujuk kepada salah satu cara bagi penyelesaian kepada masalah
organisasi. Dengan menggunakan sistem maklumat, sesuatu masalah dapat diselesaikan
dengan lebih pantas dan tepat. Pada masa kini sistem maklumat digunakan oleh hampir
kebanyakan organisasi dalam membantu mereka menguruskan operasi perniagaan, operasi
jabatan kerajaan dan sebagainya. Namun begitu, dalam membina sistem yang mampu
menyelesaikan masalah di dalam organisasi, perancangan yang teliti amatlah perlu sebelum
pembangunan sistem dimulakan. Oleh yang demikian itu, adalah penting bagi semua setiap
peringkat pengurusan organisasi memahami aspek-aspek pembangunan sistem secara
menyeluruh, agar memudahkan penglibatan mereka dalam proses pembangunan sistem. Oleh
yang demikian, terdapat beberapa cabaran dan isu sebelum pembangunan sistem dapat
dijalankan. Di antara isu dan cabarannya adalah bagaimana hendak menganalisis sistem,
bagaimana hendak mereka bentuk sistem, bagaimana hendak menyokong sistem yang sedia
ada, bagaimana hendak merancang dan mengurus sistem maklumat dan bagaimana hendak
melaksanakan sistem tersebut. Kesemua cabaran ini haruslah dititikberatkan dengan
terperinci sebelum pembangunan sistem dilaksanakan.

Pasukan Pembangunan Sistem

Anda mungkin juga menyukai