Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1 (A)

1.0 Pengenalan

Sahsiah merupakan suatu aspek yang perlu diamalkan oleh setiap murid bagi
meningkatkan taraf kehidupannya sebagai seorang insan yang mulia. Menurut Yalawae
(2007), kehadiran Rasulullah sebagai utusan Allah s.w.t bertujuan untuk menyempurnakan
akhlak dan sahsiah manusia dari berterusan melakukan kejahilan, seterusnya mengubah
dan membetulkan sikap manusia yang suka menindas, tamak haloba, menipu dan
sebagainya. Sebagai contoh, sahsiah yang mulia dikalangan murid merangkumi sifat
bekerjasama, bertanggunjawab, rajin, hormat-menghormati dan sebagainya.

Tetapi, persekitaraan kehidupan zaman ini telah menjejaskan sahsiah para murid
sehingga tidak dapat dikawal oleh pihak sekolah. Berdasarkan penelitian terhadap isu
displin dalam kalangan murid sepanjang tahun 2011, didapati isu ini masih tidak dapat
dicegah dan ditangani dengan berkesan oleh pihak sekolah (Kementerian Pelajaran
Malaysia , 2012). Jika isu ini berlaku secara berterusan, negara kita akan terlampau dengan
masalah-masalah sosial.

Bagi mengatasi konflik ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat


keputusan untukdirekayasa semula perkhidmatan B&K (B&K) dengan memberikan
penekanan secara lebih berfokus kepada pembangunan sahsiah dan peningkatan displin
diri dalam kalangan murid di sekolah. Bagi melaksanakan dan mencapai focus-fokus
perekayasaan ini, KPM telah menggariskan beberapa cadangan yang harus dirujuk oleh
seorang guru.

2.0 Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing dalam melaksanakan cadangan-
cadangan KPM bagi mencapai fokus perekayasaan.

Pendidik merupakan tenaga professional yang bertugas merencanakan dan


melaksanakan proses pembelajaran, menilai hasil pembelajaran, melakukan pembimbingan
dan pelatihan, serta melakukan penelitian dan pengabdian kepada masyarakat (Undang-
Undang Sistem Pendidikan Nasional No. 20 Tahun 2003, Bab XI Pasal 39 Ayat 2). Jadi
peranan guru di sekolah adalah seseorang yang professional dan memiliki ilmu
pengetahuan, serta mengajarkan ilmunya kepada orang lain, sehingga orang tersebut
mempunyai peningkatan dalam kualitas sumber daya manusianya.Oleh itu, guru biasa
harus memainkan peranan sebagai guru pembimbing bagi melaksanakan dan mencapai
fokus-fokus perekayasaan perkhidmatan B&K.

2.1 Pengurusan Profil Murid.

Menurut Ee Ah Meng (2001), peranan guru adalah begitu rumit. Sebagai seorang
guru, beliau haruslah memainkan pelbagai peranan di dalam bilik darjah dan di sekolah.
Peranan utama seorang guru adalah mengumpulkan maklumat para muridnya dan
menyediakan satu fail peribadi bagi setiap murid. Profil murid adalah bahan yang membantu
guru B&K untuk mengetahui tentang maklumat peribadi, latar belakang murid dan
pencapaian akademik murid. Seorang guru B&K akan menghadapi para muridnya dalam
pelabagai jenis masalah. Sebagai contohnya, murid yang bemasalah displin, murid yang
sentiasa berponteng kelas atau sekolah, pencapaian yang rendah dalam pendidikan dan
murid yang menghadapai masalah dalam aspek fizikal atau emosi. Apabila guru B&K
menghadapi murid seperti ini, beliau hendak mengetahui maklumat muridnya sebelum
memulakan sesi bimbingan atau kaunseling. Disamping itu juga, guru B&K hendak mencatat
dan merekodkan proses kaunseling dan peningakatan muridnya. Pemantauan guru B&K
secara berterusan terhadap muridnya dapat akan mencapai fokus utama perekayasaan
iaitu, Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid. Profil murid yang telah
disediakan oleh guru kelas, dapat membantu guru B&K untuk membuat analisis terhadap
masalah ataupun isu yang dihadapi oleh muridnya.Dengan menggunakan analisis ini, guru
B&K dapat mengambil tindakan untuk membantu dan mencegah masalah dan isu yang
dihadapi oleh muridnya secara berkesan.

2.2 Pelaksanaan pendidikan pencegahan

Anggota Jawatankuasa Kluster Pembangunan Sosial Majlis Profesor Negara, Prof Dr


Mohamed Fadzil Che Din (25 JANUARI 2016) berkata masalah utama hubungan seks
bebas berlaku apabila remaja tidak mempunyai ilmu tentang strategi perkembangan seksual
diri masing-masing.Justeru, katanya pendidikan seks perlu diajar kepada semua peringkat
umur dari kanak-kanak hingga ke hujung remaja sebelum mereka masuk ke alam dewasa.
Kekurangan ilmu tentang kesihatan dan seks telah menyebabkan peningkatan kadar
kegiatan gejala negatif dalam kalangan murid. Oleh itu, guru mata pelajaran Sains dan
Pendidikan Moral harus menerangkan tentang kesan-kesan gejala negatif seperti yang telah
dinyatakan diatas dan langkah yang hendak diambil oleh para muridnya untuk mengelakkan
dirinya daripada gejala negatif tersebut. Guru mata pelajaran Sains dan Pendidikan Moral
hendak memberi input tentang Kesihatan diri dan Seks bagi menyedarkan muridnya tentang
kebahayaan yang akan dihadapi oleh dirinya. Dengan kerjasama dan bantuan guru mata
pelajaran Sains dan Pendidikan Moral, guru B&K boleh memberi pendidikan pencegahan
serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan
kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri seperti, kegiatan seks bebas, bahaya HIV,
dadah, rokok termasuk bahan inhalan. Akhirnya secara tidak langsung, kerjasama antara
guru mata pelajaran Sains dan Pendidikan Moral dengan guru B&K dapat mencapai fokus
kedua perekayasaan iatu Peningkatan Displin Diri Murid.

2.3 Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Program PRS mengandungi falsafah asas yang dibunyikan berdasarkan slogan


"Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain".Oleh itu diperingkat sekolah, konsep
PRS adalah murid-murid yang terpilih akan berperanan sebagai Rakan Bantu Rakan dan
akan diberikan latihan-latihan asas dalam hubungan membantu. Kemahiran-kemahiran asas
ini diharapkan dapat dipraktikkan oleh PRS untuk membantu rakan-rakan mereka yang
memerlukan pertolongan dari segi emosi, akademik, perkembangan diri dan pelbagai
lagi.PRS adalah satu pihak yang membantu guru B&K untuk memantau murid-murid yang
bermasalah displin dan memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan
menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui
pengalamanya.Menjalankan program PRS dapat mencapai fokus keempat perekayasaan
iatu Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid. Hal ini kerana guru B&K dapat
membimbing para murid dalam proses sosialisasi dan interaksi. Peranan guru kelas dan
guru biasa dalam program PRS adalah membantu guru B&K untuk memilih murid-murid
yang sesuai untuk menjadikan sebagai ahli-ahli PRS.Sebelum membuat pilihan ahli-ahli
PRS, guru kelas dan guru biasa hendak memantau dan menganalisis tingkah laku dan
pencapaian akademik bagi setiap murid. Melalui pemantauan, guru kelas dan guru biasa
boleh mencadangkan nama murid-murid yang sesuai menjadi ahli-ahli PRS. Hal ini akan
memudahkan guru B&K untuk memilih murid-murid untuk menjadikan ahli-ahli PRS
menjalankan program PRS dengan lancar.
2.4 Penyampaian Perkhidmatan

Di sekolah pihak dan guru B&K hanya dikenali sebagai suatu pihak yang membantu
murid bermasalah displin sahaja.Murid yang menerima perkhidmatan daripada pihak B&K
adalah bukan sahaja murid yang bermasalah displin tetapi terdapat juga murid yang
menghadapi cabaran dalam pendidikan, memilih kerjaya, dan masalah emosi. Ramai murid
dan ibubapa tidak mempunyai kesedaran tentang peranan yang dimainkan oleh pihak B&K
untuk mengatasi pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh para muridnya. Disinilah
guru biasa perlu memainkan peranan yang penting iaitu menyampaikan sebagai informasi
kepada para muridnya tentang kebolehan dan kuasa yang ada pada pihak B&K untuk
mengatasi cabaran dan masalah yang dihadapi oleh dirinya dalam pendidikan ataupun
kehidupan. Dengan ini guru B&K dapat mencapai fokus ketiga iatu Pendidikan Kerjaya
Murid. Guru kelas atau guru biasa boleh menjelaskan peranan pihak B&K di sekolah dan
bantuan yang boleh dihulurkan oleh mereka kepada para murid. Semasa waktu
perhimpunan, guru biasa hendaklah menerangkan peranan pihak B&K kepada para murid
bagi menanam fikiran yang berpositif dalam minda mereka untuk mewujudkan keyakinan
tentang peranan pihak B&K. Guru biasa juga boleh bekerjasama dengan pihak B&K untuk
membuat pameran tentang bantuan yang boleh dihulurkan kepada para murid yang
menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam pelajaran dan kehidupan. Antara contoh
pameran adalah, Pameran Kejayaan, Kempen Anti Dadah, Pameran Pencapaian
Cemerlang dan lain-lain.Pendek kata, guru biasa harus membuat sebaran kepada murid
berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh Guru B&K serta faedah yang diperoleh
daripada perkhidmatan B&K.

2.5 Perkhidmatan Kaunseling Individu Dan Kaunseling Kelompok

Sasaran kerja utama guru bimbingan dan kauseling adalah memberi kaunseling
individu dan kaunseling kelompok kepada pada murid.Guru B&K memastikan murid boleh
mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa
waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.Hal ini demikian
kerana murid sering melakukan masalah displin kerana pengaruh daripada rakan sebaya.
Mustafa Fahmi (1971) menyatakan remaja cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang
mana ia berada di dalamnya. Remaja diperingkat awalan ini akan bersungguh mencuba
bertingkah laku seperti tingkahlaku kumpulannya. Remaja ini juga akan melakukan atau
membuat apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya. Muhd.Mansur Abdullah dan
rakanrakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat
belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam
personalitinya.Kebiasaanya murid melakukan melakukan gejala negatif bersama dengan
rakan-rakanya.Oleh itu, guru B&K perlu memberi kaunseling kepada murid-murid secara
kelompok untuk memastikan punca tingkah laku yang telah ditunjuk oleh mereka dan
menyedarkan mereka kesan-kesan gejala yang telah dilakukan oleh mereka. Bagi
membantu guru B&K dalam hal ini, guru biasa perlu memastikan murid-murid yang terlibat
dalam suatu gejala negatif dan memberitahu persahabatan mereka dalam melakukan gejala
negatif mereka kepada guru B&K. Dengan bantuan guru biasa, guru B&K akan memberi
kaunseling kepada murid-murid tersebut dalam kelompok mudahnya. Akhirnya secara tidak
langsung guru B&K dapat mencapai fokus kedua perekayasaan iatu Peningkatan Displin
Diri Murid.

3.0 Rumusan

B&K adalah suatu modus operandi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk melahirkan insan murni di Negara kita. Selain daripada guru B&K, guru biasa
juga perlu memainkan peranan yang penting bagi mencapai empat fokus yang telah
dinyatakan dalam perekayasaan. Hal ini kerana Negera kita memerlukan kerjasama
daripada semua pihak untuk melahirkan murid yang berinsan murni dan menjayakan
mereka dalam pelbagai bidang.Kemajuan Negara kita adalah perkara yang bergantung
pada kemajuan murid-murid ataupun remaja di Negara kita. Kita sebagai warga pendidik,
kita harus memahami dan memainkan peranan kita dalam pelbagai aspek untuk
mewujudkan masyarakat yang bermaju dalam kehidupan.