Anda di halaman 1dari 1

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA FELDA PADANG PIOL

27040 Jerantut, Pahang Darul Makmur.


Emel : padangpiol@pjk.com.my

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : SPT/2013 (1)
Tarikh : 1hb November 2013

TF VALUE-MART SDN. BHD.,


PASARAYA TF,
BANDAR INDRAPURA,
27000 JERANTUT,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN AIR MINERAL DAN ROTI SEMPENA PROGRAM HARI BERSAMA
KOMUNITI 2013 DI FELDA PADANG PIOL

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Internet 1 Malaysia Felda Padang Piol akan
mengadakan Hari Bersama Komuniti 2013 bersempena dengan perasmian Pusat Internet 1 Malaysia
Felda Padang Piol pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 10hb November 2013 (Ahad)


Masa : 8.00 pagi 10.30 malam
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Padang Piol
3. Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana program
ini ingin memohon sumbangan dari pihak tuan berbentuk air mineral dan roti. Sumbangan ini adalah
untuk pengunjung yang mendaftar pada hari program dijalankan.

4. Berikut adalah butiran sumbangan yang dipohon:

ANGGARAN
BIL. BARANGAN JUMLAH
PENGUNJUNG

1 Air mineral (150ml) 300 orang 300 botol

2 Roti berkrim (kecil) 300 orang 300 paket

5. Sebarang pertanyaan atau jawapan berkenaan dengan sumbangan boleh dikemukakan


kepada:
Siti Sholha binti Abu Bakar (Pengurus PI1M Felda Padang Piol) 017 9696924

5. Harapan kami agar permohonan ini mendapat perhatian dan dipertimbangkan oleh pihak
tuan. Sokongan dari pihak tuan dalam menjayakan program Hari Bersama Komuniti 2013 di Felda
Padang PIol ini amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

SITI SHOLHA BINTI ABU BAKAR,


Pengurus,
PI1M Felda Padang Piol

Anda mungkin juga menyukai