SINOPSIS
TEMA
Cerpen ini bertemakan jati diri manusia yang lemah.Contoh,perwatakan Dol yang
digilai oleh jutaan peminat kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang
berpenampilan Barat namun tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat.
PERSOALAN
Pertembungan nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja
tentang penilaian seorang artis
WATAK &PERWATAKAN
WATAK UTAMA
AKU
Seorang pelukis
Tidak memahami kedalaman seni sastera
Tidak terburu-buru membuat sesuatu
Teliti dengan pandangan
Tidak merendahkan orang lain
WATAK SAMPINGAN
DAIMAN KREKO
Rakan Aku
Sasterawan hebat
Agak terburu-buru membuat keputusan
Pandai mentafsir orang lain
Pandai berkata-kata,berpuitis
DOL
Rakan Kreko
Penyanyi rock terkenal kumpulan Mad
Dog
Mempunyai jutaan peminat
Tidak pandai melukis dan berbahasa/ sastera
Pandai bermain musik dan bernyanyi
Terpengaruh dengan budaya rock
aliran Barat
Tidak menjaga penampilan diri:
Berambut gerbang, gondrong, panjang, pintal-memintal kusut masai
Bersubang panjang berjela-jela pada sebelah telinga sahaja
Memakai lilit kepala dengan secebis kain merah
Memakai rantai yang panjang
Memakai singlet tidak berlengan yang sudah robek sehingga menampakkan bulu
dada dan bulu ketiak
Memakai seluar sutera berwarna-warni dan ketak serta terkoyak di punggung dan
di lututnya
Berkasut but jenis masuk rimba
Berjiwa kosong dan hidup dalam kepalsuan/kepura-puraan
SUDUT PANDANGAN
-Sudut pandangan orang pertama di mana pengarang memasukkan dirinya dalam
watak cerita dan menggunakan ganti nama 'aku'.
PLOT
Permulaan
Cerita dimulakan dengan Kreko datang ke studio Aku seperti yang telah dijanjikan
untuk bermain permainan mereka cipta pandangan melalui bakat yang mereka
miliki. Namun, kehadiran Dol atas ajakan Kreko telah menimbulkan pertanyaan
kepada Aku. Setelah mendapat persetujuan daripada hasil perbincangan, mereka
bersetuju untuk menjadikan Dol sebagai subjek utama permainan mereka.
Perkembangan
Aku dan Kreko memulakan permainan dengan meletakkan Dol di tengah-tengah
gelanggang dan mereka mula mentafsir fizikal Dol dengan teliti. Bermula dengan
keadaan fizikal Dol yang dipengaruhi gaya rock Barat iaitu rambut Dol yang
gerbang dan panjang. mempunyai anting-anting di sebelah telinganya,
melilitkan kain merah di kepalanya, memakai rantai yang panjang sehingga
mengganggu setiap pergerakan Dol, berbaju singlet tanpa lengan sehingga
menampakkan bulu ketiak dan dada Dol, berseluar koyak sehingga menampakkan
bahagian kakinya dan memakai kasut but yang sesuai dipakai semasa masuk ke
hutan telah menimbulkan kegelisahan dan memeningkan mereka untuk
menterjemahkannya pada kertas.
Klimaks
Kreko mempamerkan hasil dapatannya kepada Dol dan Aku hanya membaca
perkataan 'Kosong' yang berulang-ulang dengan kuat. Kreko tersentak dengan
bacaan Aku lalu mengangkat tinggi-tinggi hasilnya dan Aku turut mempamerkan
lukisan bentuk 'O' sahaja.
Peleraian
Hasil dapatan mereka berkenaan Dol adalah sama. Hal ini telah menimbulkan hilai
tawa yang kuat antara mereka termasuk Dol. Aku dan Kreko cukup gembira dengan
hasil yang telah mereka dapat lalu berpelukan. Dol turut sama ketawa kerana
memahami tanggapan mereka terhadap dirinya. Imej rock yang ditunjukkan oleh
Dol sebenarnya adalah kekosongan nilai dalam dirinya.
TEKNIK PLOT
Pemerian
Pengarang menggambarkan rambut Dol gerbang, gondrong, panjang, pintal
memintal kusut- masai
-Aku memulakan permainan itu dari rambut di kepala Dol yang gerbang, gondrong,
panjang...(m/s 45)
Imbas kembali
Pengarang teringat sewaktu kecil, dia dan rakan-rakannya nakal dan suka menjolok
sarang iaitu tidak kira sarang apa, baik sarang tebuan, sarang lebah, sarang tupai,
sarang murai atau sarang angkut-angkut.
-...Aku teringat pada sarang tupai di kampungku, entah berapa tahun yang lalu.(m/s
45)
Imbas muka
-"Sasterawan Daiman Kreko pun nampak gelisah seperti Aku juga."(m/s 49)
Saspen
-"Tiba-tiba Sasterawan Daiman Kreko mengangkat kertasnya tinggi-tinggi..."(m/s
49)
GAYA BAHASA
1.Sinkope
-Hari itu Kreko datang ke studioku untuk bermain.
2.Repetisi
-"...bulu lengan, bulu ketiak dan bulu dadanya.(m/s 48)
-"...bagaikan sarung nangka..."(m/s 48)
-"...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..."(m/s 51)
3.Simile
-"...rambut panjang macam sarang tupai..."(m/s 46)
-"...bagaikan sarung nangka..."(m/s 48)
-"...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..."(m/s 51)
Latar
Latar Masa
1.Waktu siang
-sorotan masa permainan Aku dan Kreko
2.Semasa aku masih kecil
Latar Tempat
1.Studio Aku
-Tempat Aku dan Kreko menilai Dol
2.Kampung Aku
-Tempat Aku lahir dan mempunyai banyak kenangan indah
Latar Masyarakat
1.Masyarakat seniman
Pelukis,sasterawan dan penyanyi
2.Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya Barat
Dol dan peminatnya terpengaruh dengan budaya Barat
3.Masyarakat yang hidup dalam kekosongan dan kepura-puraan
Dol dan peminatnya hidup dalam kekosongan dan kepura-puraan.
4.Masyarakat yang tidak menjaga penampilan diri
Dol berpakaian selekeh dan tidak menjaga kekemasan diri.
5.Masyarakat yang terdiri daripada golongan cerdik pandai
Aku dan Daiman Kreko bijak mentafsir watak Dol dalam karya mereka.
Nilai
1.Rendah diri
Aku tidak suka meninggikan dirinya walaupun dipuji oleh Kreko.
2.Kejujuran
Kreko jujur menilai keperibadian Dol.
3.Kesabaran
Kreko kelihatan gelisah untuk menilai Dol sedangkan Aku hanya sabar menilai Dol.
4.Kebijaksanaan
Aku lebih cepat mentafsir Dol berbanding Kreko
5.Memartabatkan bahasa ibunda
Kreko merupakan sasterawan bahasa
Pengajaran
1.Kita haruslah mengamalkan sikap rendah diri yang membawa kepada
kesejahteraan hidup.
-Aku tidak suka meninggikan dirinya walaupun dipuji oleh Kreko.
3.Kita mestilah memberi contoh atau nilai yang baik kepada masyarakat.
-Kita janganlah menjadi seperti Dol yang tidak menunjukkan nilai yang baik untuk
dicontohi oleh masyarakat.