Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Menurut Zahari Suzirawani (2011), asma adalah sejenis penyakit


kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di
mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan
kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat
sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit imunologikal yang


menyebabkan kesukaran bernafas.Ini adalah kerana ketika pesakit diserang
asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara
menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.Pesakit asma
mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing),sesak nafas, dan sukar
untuk bersenam.Ketika otot mengejang,saluran udara mengecil dan
menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan
udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.( Hugh Coni, Nicholas Coni , 2003).

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10


hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya
kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.Bagi kanak-kanak yang
menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia
lingkungan 12 hingga 13 tahun.Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh
apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan
mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan
sembuh.( Mark C. Houston , 2009)

Gambar 1 Gambar 2
Saluran pernafasan yang normal Saluran pernafasan
pesakit asma
yang normal kelihatan seperti ini

1
PERYATAAN MASALAH

Masalah sering berlaku kepada kanak-kanak dan warga tua


disebabkan oleh pelbagai jenis reaksi alahan.Masalah utama adalah sistem
pertahanan immunologikal,kanak-kanak pada awal asma menunjukkan
keradangan melampau di laluan udara.Epidemiologi memberikan bukti
kepada patogenesis serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh
dunia.Asma lebih biasa di negara kaya,dan lebih tinggi dikalangan mereka
yang berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara. (Myron H. Weinberger,
2004)

Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara


semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan,
"menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang mengendalikan
serangan jangkitan bakteria. Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana,
kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan
penyakit alahan lain terbentuk."Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis"
mungkin menjelaskan mengenai peningkatan asma dikalangan penduduk
kaya. ( Hugh Coni, Nicholas Coni , 2003)

Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi


badan yang mempertahankan diri daripada sesetengah parasit, seperti cacing
pita. Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu kita dari cacing
merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan.Di
negara barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan
badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah
alahan. ( Hugh Coni, Nicholas Coni , 2003)

Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran


udara. Sungguhpun diketahui secara meluas bahawa pendedahan tinggi
pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan serangan asma
teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab bagi
pembentukan asma. ( Hugh Coni, Nicholas Coni , 2003

2
Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan
gejala dan tanda-tanda biasa.Pertukaran pantas biasa dalam halangan
saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonary)
selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu
ubat bronkodilator.Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian
alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu
mengelakkan punca serangan.Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin
diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain. ( Mark C. Houston ,
2009)

Di wad perubatan 7 Hospital Pakar Sultanah Aminah, kes asma bronkiol


menjadi kes yang kerap di tempatkan di wad. Pemerhatian telah dilakukan
terhadap seorang remaja yang telah di daftarkan di unit kecemasan kerana
mengalami asma bronkiol yang kronik.

MAKLUMAT PESAKIT ASMA BRONKIOL


3
No Pendaftaran: 744851
No K/P: -tidak berkaitan-
Tarikh Lahir: 8 November 2001
Umur: 16 tahun
Etnik: Orang Asli
Warganegara: Malaysia
Tahap Pendidikan: tidak berkenaan
Pekerjaan: Pelajar
Alamat: -tidak berkaitan-

Riwayat pesakit :
Aduan Utama:

Short of breath (SOB)/ kesukaran bernafas X1/7

Sejarah Penyakit Kini:

- Kesukaran bernafas dari pukul 5 petang selepas melakukan aktiviti


luar.
- Berasa mual dan muntah
- Ubat MDI Salbutamol telah habis
- Berasa pening dan juga batuk

Sejarah Penyakit Lalu:

- Pernah di masukkan ke hospital disebabkan kemalangan jalan raya


pada tahun 2005.
- Pernah dimasukan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban disebabkan
Asma pada tahun 2007.
- Tidak mengalami penyakit seperti Hipertensi (HPT), Diabetes (DM),
Jantung dan sebagainya.
- Tiada sebarang alahan pada ubat-ubatan dan makanan

Sejarah Keluarga:

- Bujang.
- Anak kedua daripada 4 orang adik beradik.

- Mempunyai seorang abang, seorang adik lelaki dan seorang adik


perempuan
- Semuanya masih belum berkahwin
4
- Adik lelaki dan perempuan juga mempunyai sejarah penyakit Asma
seperti pesakit, datang ke hospital untuk menerima rawatan
- Ibu bapa tidak mempunyai sebarang penyakit keturunan seperti DM
dan HPT dan Jantung, cuma nenek dan datuk pesakit pernah
menghidap penyakit Asma seperti pesakit
- Ibu bapa masih hidup dan berada dalam keadaan sihat

Sejarah Sosial:

- Seorang pelajar di salah sebuah sekolah menengah di Sri Maharani


- Merokok sebanyak 10 batang rokok sehari.
- Tidak minum minuman beralkohol.
- Tidak bekerja dan masih merupakan seorang pelajar.
- Tinggal bersama keluarga dan adik beradik

Sejarah O&G:

- kelahiran adalah secara normal, tidak melalui pembedahan

PENCARIAN LITERATUR

Lawrence Richard Krakoff .2008. menyatakan status atau tahap


kesihatan masyarakat ditentukan oleh berbagai faktor seperti lingkungan,

5
perilaku masyarakat dan cara menjaga kesihatan.Dalam mengatasi masalah
kesihatan faktor-faktor tersebut perlu diberi perhatian serta penanganan
sebagai satu kesatuan.Untuk mencapai matlamat kesihatan agar mencapai
tahap kesihatan yang optima,maka anggota di bidang kesihatan dan
perseorangan perlu memainkan peranan masing-masing,dan dapat
menangani penyakit pernafasan ini. (Lawrence Richard Krakoff , 2008).

Asma juga dikaitkan dengan sel-sel mast, eosinophil, dan T limfosit.


Sel-sel ini merupakan penyebab alergi yang membebaskan bahan kimia
seperti histamine. Histamine merupakan bahan kimia yang yang
menyebabkan halangan kepada salur pernafasan pada bahagian hidung dan
selsema semasa sejuk ataupun demam , penyempitan pada salur pernafasan
semasa asma serta alahan kepada kulit semasa gatal. Eosinofil adalah
sejenis sel darah putih yang dikaitkan dengan penyakit alergi. T limfosit dan
juga sel-sel darah putih yang dikaitkan dengan alahan dan keradangan.
(Willian Blahd, 2016)

Penyakit bronkiol asma merupakan suatu penyakit dengan ciri


meningkatnya respon trakea dan bronkus terhadap rangsangan dengan
bermanifestasikan penyempitan saliran nafas yang luas dan tahap yang dapat
berubah-ubah baik secara spontan mahupun dari berbagai alergen.Penyakit
bronkiol asma dapat menyerang semua peringkat usia pada setiap lapisan
masyarakat baik dengan status ekonomi lemah mahupun status ekonomi
mantap,pada pesakit asma akan mengalami patofisiologi yang dapat
mengganggu pola nafas,pertukaran gas,keseimbangan cairan,nutrisi,aktiviti
dan dapat terjadinya berbagai komplikasi.Pada umumnya penyakit bronkiol
asma disebabkan oleh udara dingin,debu,protein,bulu halus binatang,
lelah,dan hbahan kimia serta riwayat keluarga yang mempunyai penyakit
yang sama seperti yang dikatakan oleh soeparman dkk.,1999.Penyebab
penyakit ini pada manusia jarang bersifat sederhana.Hanya beberapa
keadaan yang disebabkan oleh penyakit tunggal,sedangkan yang lain bersifat
multifaktor seperti sifat-sifat keturunan,faktor umum adalah masalah
elergi,ketidak seimbangan gizi,faktor stres, ( Mark C. Houston , 2009).
6
PENEMUAN / PROSEDUR

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau


berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala
dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai
tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran
dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin
teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara
akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah
ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih


panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk
dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan
bersiul melalui stetoskop (rhonkhi).Dalam serangan asma teruk pesakit
mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma
pesakit mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

Didapati bahawa pemberian nebulizer amat penting dalam rawatan


bronkiol asma.Dengan kaedah ini akan membuatkan saluran pernafasan
pesakit akan mengembang dan mengurangkan pengeluaran sekresi sekali
gus pesakit dapat bernafas dengan sempurna.Ubat bronchodilator yang
digunakan ialah short-acting selective beta2-adrenoceptor agonists seperti
albuterol (salbutamol) dan terbutaline serta antimuscarinics seperti
ipratropium, oxitropium.

Selain itu, pesakit diukur menggunakan peak flow meter untuk monitor
kebolehan pesakit menghembus nafas. Pesakit dan doktor boleh menentukan
fungsi paru-paru, keterukan simptom asma dan rawatan asma menggunakan
peak flow meter ini. Alat ini digunakan pada sebelum dan selepas pemberian
nebilizer.

Pemberian steroid juga penting untuk mengurangkan proses imflamasi.


Satu lagi prosedur yang wajib diberikan kepada pesakit ialah pemberian
oksigen yang mencukupi iaitu 3L/Min melalui nasal prong.

7
Selepas pemberian nebulizer, pesakit haruslah direhatkan selama 30
minit. Kemudian vital sign pesakit perlulah direkodkan semula. Jika pesakit
masih mempunyai rhonki, pesakit haruslah diberikan nebulizer sekali lagi
sehingga tiga kali pada tahap maksimum. Namun begitu, doktor haruslah
dirujuk untuk rawatan selanjutnya. Jika tiga kali pemberian nebulizer masih
gagl, pesakit diberikan sub cutaneous terbutaline. Kemudian, pesakit haruslah
menjalankan chest x-ray. Jika gagal, pesakit haruslah di masukkan ke dalam
wad untuk rawatan lanjut.

PERBINCANGAN/ HUJAH

Kejadian nafas bersiul dan semput biasanya bertindak balas dengan


inhaled bronchodilator yang bertindak dengan menenangkan otot licin
("smooth muscle") pada dinding bronchi (laluan udara). Kejadian lebih teruk
mungkin memerlukan pengambilan singkat steroid ditelan yang
memendamkan keradangan dan pembengkakan lapisan pada laluan udara.
8
Ubat bronchodilator yang dihidu ialah short-acting selective beta2-
adrenoceptor agonists seperti albuterol (salbutamol), terbutaline) dan
antimuscarinik contohnya ipratropium, oxitropium).Ubatan steroid seperti
prednisone, prednisolone, dexamethasone juga digunakan untuk
mengurangkan imflamasi.

Kemudian oksigen juga diperlukan untuk proses oksigenasi dalam tubuh


badan pesakit.Oksigen diberi sebanyak 3L/Min. Jika berlaku ketidakhadaman
asid ("Acid indigestion -GERD") merupakan sebahagian dari serangan, ia
juga perlu dirawat atau ia akan memulakan proses keradangan semula.

Di unit perubatan wad 7 sekiranya kes bronkiol asma yang kronik,


pesakit akan di tempatkan di wad sehingga keadaan peakit kembali pulih.
sekiranya masih terdapat bunyi ronki, pesakit tidak dibenarkan pulang dan
perlu dipantau untuk pemberian nebuliser tiap-tiap 4 jam sekali. Pesakit perlu
dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan yang berterusan sehingga
stabil. Jenis ubatan yang akan diberikan ialah seperti Prednisolone sebanyak
0.1mg/kg OD untuk menghilangkan keradangan dan pemberian salbutamol
sebanyak 2mg TDS.

CADANGAN/PENYELESAIAN

Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan


dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya
berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang
paling berkesan adalah steroid yang dihidu.Ubat yang digunakan ialah
penghidu (inhaler) kortikosteroid, contohnya flutikasone, budesonide,
beclomethasone dan mometasone. Ubat lain yang digunakan ialah

9
leukotriene antagonis,contohnya montelukast sodium dan zafirlukast.Agonist
beta2-adrenoseptor tahan lama,contohnya salmeterol, formoterol turut
digunakan dalam pengubatan asma.Rawatan lain seperti ubat penstabil sel
Mast seperti kromolyn sodium (sodium kromoglykate) dan nedokromil juga
digunakan.

Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma
semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke
mana-mana saja anda pergi.Elakkan daripada menghisap rokok atau berada
berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda
ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering
mendapat serangan asma yang teruk,sentiasalah membawa senarai ubat
daripada doktor anda.

RUMUSAN

Sebagai rumusan penyakit bronkiol asma ini merupakan penyakit yang


perlu dipandang serius.penyakit ini boleh menyebabkan seseorang itu
mengalami sesak nafas yang teruk dan akan mengalami komplikasi yang
lebih teruk seperti anaroksia dan kegagalan respiratori.

Oleh itu, penting bagi seseorang yang mengalami simptom-simptom


penyakit ini untuk mendapatkan rawatan yang segera.Ambil ubat seperti yang

10
dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu
sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi.
Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang
yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin
akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan
asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.

RUJUKAN

Hugh Coni, Nicholas Coni . 2003. Asthma: All You Need To Know. Royal
Society Of Medicine Press, United Kingdom.

Lawrence Richard Krakoff .2008. Management Of The Asthma . Churchill


Livingstone, University Of Michigan, Alabama USA.

Mark C. Houston .2009. Handbook Of Asthma. John Wiley And Sons,


California.
11
Myron H. Weinberger . 2004. Contemporary Diagnosis And Management Of
Asthma. Capstone Press, NEW YORK.

William Blahd, M. (2016). An Overview of Bronchial Asthma. Bronchial

Asthma, 22-40.

Zahari, S. M. (2011). Asma dan kesan-kesannya. asma, 1-17.

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

FORMAT PEMARKAHAN CASE STUDY

Nama Pelatih: MUHAMMAD FAHMI BIN MISLAN No. Matrik: BPP2014-4783

Tahun: III Semester: II Kawasan Penempatan: HOSP. P. SULTANAH FATIMAH

Bil. Perkara Wajaran Skor Catatan

12
Pengenalan dan penyataan masalah yang
1 10
jelas

Pencarian literatur yang lengkap dan


2 20
relevan

Perbincangan & hujah yang jelas, kukuh


3 40
serta menunjukkan keaslian

4 Rumusan yang padat dan konklusif 10

Sumber rujukan yang sesuai dan


5
mencukupi
10

Format:

- Kulit pakej yang jelas 2

- Bilangan perkataan seperti ditetapkan 2

- Cetakan yang jelas dan bersih 2


6
- Penjilidan yang kemas 2

- Format mengikut yang ditetapkan 2

Demerit:

- Kesilapan ejaan > 20 perkataan -5

JUMLAH

Nota:

Kelewatan penghantaran tugasan akan diperiksa berdasarkan wajaran 80%.

Tandatangan Pemeriksa : .

Nama : .

Tarikh : .

13