Anda di halaman 1dari 16

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Terdapat tiga sektor aktiviti ekonomi di Malaysia iaitu sektor pertama, sektor kedua
dan sektor ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan bentuk aktiviti yang dijalankan
di dalam negara ini. Setiap satu daripada tiga sektor ekonomi tersebut melibatkan asas
kegiatan ekonomi serta keluaran yang berbeza. Corak perkembangan guna tenaga mengikut
sektor di Malaysia banyak dipengaruhi oleh bentuk pembangunan ekonomi pada masa
sekarang. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan kepada penyertaan guna tenaga dalam sector
pertama dan kedua dari tahun 2000 hingga 2011 di Malaysia.
Menurut Kamus Ekonomi, guna tenaga (employment) ialah penggunaan sumber-
sumber ekonomi seperti tanah, buruh, modal dan pengusaha oleh firma-firma untuk kegiatan
pengeluaran barang dan perkhidmatan. Khususnya, guna tenaga lebih merujuk kepada
penggunaan buruh dalam kegiatan ekonomi. Oleh itu, kajian ini merujuk kepada penggunaan
buruh dalam kegiatan ekonomi bagi sektor pertama dan sektor kedua.
Menurut buku Ekonomi Malaysia, edisi ke-5, tahun 2002, sektor pertama
didefinisikan sebagai kegiatannya lebih kepada kegiatan ekonomi peringkat awal yang
kurang atau tidak melibatkan pemprosesan. Antara aktiviti ekonomi yang tergolong dalam
sektor pertama ialah pertanian, penternakan, perikanan, perlombongan dan kuari, dan
perhutanan. Barang keluaran sektor pertama ini terdiri daripada keluaran pertanian dan bahan
mentah yang biasanya perlu diproses terlebih dahulu sebelum dapat digunakan. Contohnya,
kayu balak perlu diproses di kilang untuk dijadikan papan. Begitu juga dengan kelapa sawit
atau bijih timah, hanya boleh digunakan setelah diproses.
Manakala, menurut buku Ekonomi Malaysia, edisi ke-5, tahun 2002, sektor kedua
didefinisikan sebagai kegiatan ekonomi lanjutan daripada sektor pertama. Sektor ini lebih
bersifat pemprosesan ke atas bahan mentah keluaran sektor pertama atau barang separuh siap
bagi pengeluaran barang siap atau separuh siap yang lain. Proses penukaran bahan mentah
atau barang separuh siap kepada barang siap atau separuh siap yang lain biasanya disebut
sebagai kegiatan pembuatan. Dua kegiatan ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah
sektor pembuatan dan sektor pembinaan. Sektor pembuatan juga dikenali sebagai sektor
perindustrian atau perkilangan.

1
2.0 PENYATAAN MASALAH DAN ISU YANG DIKAJI

Dalam era globalisasi, pelaburan modal manusia adalah merupakan salah satu aspek
yang penting dalam meningkatkan produktiviti guna tenaga dan membentuk perubahan
penyertaan guna tenaga yang positif terutamanya dalam industri pembinaan di Malaysia yang
banyak mengalami perubahan untuk bersaing pada zaman globalisasi ini. Permintaan guna
tenaga yang tinggi bukan sahaja dirasai oleh sektor pembinaan tetapi semua sektor ekonomi
negara. Walaupun guna tenaga sektor pembinaan menghadapi masalah terutamanya
kekurangan guna tenaga tempatan, tetapi masalah tersebut dapat dikurangkan dengan
mengambil tenaga kerja asing. Selain itu, masalah yang dihadapi dalam sektor kedua ini iaitu
sektor pembinaan adalah kualiti dan produktiviti pembinaan yang rendah, imej yang buruk,
kelewatan projek disebabkan kerenah birokrasi, isu perkauman, kekurangan data dan
maklumat serta kekurangan tenaga mahir dalam kalangan pekerja tempatan di negara ini.
Oleh hal demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti pola aliran
penyertaan guna tenaga dalam sektor-sektor ekonomi terutamanya dalam sektor pertama dan
sektor kedua. Jika diperhatikan sejak lebih sedekad lalu, kerajaan telah berusaha untuk
meningkatkan jumlah guna tenaga mahir di seluruh Negara dan mengurangkan pengambilan
tenaga asing bukan sahaja bagi sektor pembinaan tetapi untuk semua sektor. Tetapi usaha itu
kurang berjaya dan kerajaan terpaksa membenarkan pengambilan pekerja asing bagi
memenuhi permintaan guna tenaga di negara ini. Terbaharu, melalui bajet 2008, Perdana
Menteri telah mengumumkan akan melatih pekerja melalui Program Latihan Masterskill
bagi menampung kekurangan pekerja mahir dalam sektor pembinaan di Malaysia (Utusan
Malaysia, Sept. 2007).
Kajian ini sangat penting kepada Kementerian Sumber Manusia kerana mereka
bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir di Negara ini. Selain
itu, hasil dapatan kajian ini juga berguna kepada para pelajar sebagai sumber bagi mata
pelajaran ekonomi di sekolah-sekolah mahupun di peringkat universiti.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti pola aliran guna tenaga bagi sektor pertama dari tahun 2000 hingga
2011.
2. Mengenal pasti pola aliran guna tenaga bagi sektor kedua dari tahun 2000 hingga
2011
3. Mengenal pasti perbandingan pola aliran guna tenaga antara sektor pertama dan
sektor kedua dari tahun 2000 hingga 2011.

3
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian adalah seperti berikut :

4.1 Kaedah sumber : Data dan maklumat yang diperoleh adalah dari sumber:
4.1.1 Kamus Ekonomi : Definisi terma seperti guna tenaga, sektor pertama
dan sektor kedua.
4.1.2 Buku Ilmiah Ekonomi : Maklumat berkaitan aliran penyertaan guna
tenaga dalam sektor pertama dan sektor kedua di Malaysia.
4.1.3 Internet : Data penyertaan guna tenaga dalam sektor-sektor ekonomi di
Malaysia dari tahun 2000 hingga 2011.
4.1.4 Keratan Akhbar : Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Sept. 2007. Isu
berkaitan melatih pekerja tempatan melalui Program Latihan
Masterskill
4.2 Kaedah analisis : Data dan maklumat pengkaji dianalisis seperti yang berikut:
4.2.1 Formula :
Kadar pertumbuhan guna tenaga :

Contoh pola aliran guna tenaga sektor pertama pada tahun 2001 :
1448.3 1448.7 x 100%
1448.7
= -0.3%
4.2.2 Formula :
Kadar guna tenaga :

Contoh kadar guna tenaga sektor pertama pada tahun 2000 :


1448.7 x 100%
9572.5
= 15.13%

4
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Mengenalpasti pola aliran penyertaan guna tenaga dalam sektor pertama di
Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.
Di Malaysia guna tenaga dalam sektor pertama dan sektor kedua menghasilkan produk yang
berbeza. Dalam bahagian ini pengkaji akan mengenalpasti pola aliran guna tenaga dalam
sektor pertama iaitu pertanian, perhutanan dan perikanan manakala bagi sektor kedua
pembuatan dan pembinaan dari tahun 2000 higga 2011.

Jadual 1 : Guna tenaga bagi sektor pertama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2011.
Tahun Jumlah tenaga Jumlah guna Sektor pertama Kadar
buruh (000) tenaga (000) Jumlah Kadar (%) pertumbuhan
(000) guna tenaga (%)
2000 9572.5 9721.2 1448.7 15.13 -
2001 9892.1 9532.5 1448.3 14.64 -0.03
2002 10198.8 9840.0 1447.8 14.20 -0.03
2003 10565.9 10181.1 1445.4 13.68 -0.17
2004 10925.2 10545.6 1443.7 13.21 -0.12
2005 11290.5 10892.9 1444.0 12.79 0.02
2006 11544.5 11159.1 1435.0 12.43 -0.62
2007 11775.1 11391.7 1420.4 12.06 -1.02
2008 11967.5 11576.5 1433.7 11.98 0.94
2009 12083.4 11640.9 1433.2 11.86 -0.03
2010 12361.3 11958.5 1432.4 11.59 -0.06
2011 12645.7 12255.5 1429.6 11.31 -0.20

(Sumber : Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan


Perangkaan Malaysia, 2000-2011).

5
Graf 1 : Pola aliran guna tenaga bagi sektor pertama dari tahun 2000 hingga 2011.

Berdasarkan graf di atas, pengkaji dapat melihat bahawa pola aliran guna tenaga
dalam sektor pertama secara keseluruhannya mengalami pola penurunan yang berterusan dari
tahun 2000 hingga 2011. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui graf yang menunjukkan
kadar guna tenga sector pertama pada tahun 2000 sehingga tahun 2006 menurun secara
berterusan. Kemudian pada tahun 2007 dan 2008 ia kekal konsisten sebelum menurun sedikit
lagi tahun 2009 sehingga tahun 2011.
Graf menunjukkan pada tahun 2000 bilangan guna tenaga dalam sektor pertama ini
adalah sebanyak 1448.7 (15.13%) ribu orang . Bilangan ini kemudiannya menurun sedikit
kepada 1448.3 (14.62%) ribu orang pada tahun 2001 dengan kadar pertumbuhan guna tenaga
sebanyak -0.03% pada tahun tersebut. Bilangan ini menurun lagi pada tahun 2002 iaitu
1447.8 (14.20%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan guna tenaganya sebanyak -0.03%
juga kemudiannya menurun kepada 1445.4(13.68%) ribu orang pada tahun 2003 dengan
kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak -0.17%. Pada tahun 2004, bilangan guna tenaga
adalah sebanyak 1443.7 (13.31%) ribu orang daripada jumlah pada tahun sebelumnya iaitu
1445.4 (13.68%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak -0.12% pada
tahun 2004. Pada tahun 2005 bilangan guna tenaga meningkat sedikit daripada 1443.7
(13.21%) ribu orang pada tahun 2004 kepada 1444.0 (12.79%) ribu orang pada tahun 2005
dengan peningkatan kadar pertumbuhan guna tenaga yang berlaku adalah sebanyak 0.02%.

6
Seterusnya bilangan guna tenaga ini kembali menurun pada tahun 2006 dan 2007 iaitu
sebanyak 1435.0 (12.43%) ribu orang dan 1420.4 (12.06%) ribu orang dengan kadar
pertumbuhan guna tenaga sebanyak -0.62% pada tahun 2006 dan -1.02% pada tahun 2007.
Pada tahun 2008, bilangan guna tenaga meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 1433.7
(11.98%) ribu orang berbanding tahun 2007 dengan kadar pertumbuhan guna tenaga
sebanyak 0.94%. Manakala pada tahun 2009 menunjukkan penurunan secara mendadak iaitu
sebanyak 1433.2 (11.86%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak
-0.03%. Kemudiannya menurun sedikit kepada 1432.4 (11.59%) ribu orang pada tahun 2010
dengan kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak -0.06% dan menurun lagi pada tahun 2011
iaitu sebanyak 1429.6 (11.31%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak
-0.20%.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya pola aliran guna tenaga
dalam sektor pertama adalah mengalami penurunan yang berterusan pada tahun 2000 hingga
2011 iaitu terdapat persepsi negatif masyarakat yang menyatakan bahawa sektor tersebut
tidak berpotensi menjana pendapatan yang lumayan berbanding sektor lain untuk
meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Melalui keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 28 July 2009, Salehudin Mat
Rasad berkata rakyat perlu menolak persepsi negatif terhadap sektor pertama terutamanya
sektor pertanian, sebaliknya memberi fokus dalam menjayakan aktiviti tanaman dan
ternakan secara komersial. Manakala menurut Menteri Pertanian dan Indestri Asas Tani,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat bertanggapan bahawa kononnya sertor itu
hanya untuk penduduk yang berada di kawasan luar bandar adalah tidak lagi relevan kerana
bidang ini sangat berpontensi untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan sekiranya
dilakukan secara komersial. Persepsi seperti ini telah mengurangkan penglibatan guna tenaga
dalam sektor pertama dan mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam sektor kedua.
Selain itu, faktor lain yang menyebabkan kadar pertumbuhan guna tenaga di dalam
sektor pertama ialah daya pengeluaran yang rendah. Hal ini, seperti mana yang dikatakan
oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, penduduk tempatan tidak mahu
mengusahakan aktiviti berasakan sektor pertama menyebabkan daya pengeluaran
berkurangan di pasaran tempatan. Keadaan ini berlaku kerana menurut kata Ismail Sabri
masalh utama yang perlu di selesaikan ialah isu tanah terbiar yang gagal dimajukan dengan
aktiviti pertanian komersial menyebabkan daya pengeluaran adalah kurang. Seterusnya
berlaku ketidakstabilan harga komuditi utama menyebabkan penurunan kadar guna tenaga
dalam sektor pertama ini. Keupayaan menyerap guna tenaga yang rendah juga menjadi satu

7
masalah. Kepupusan sumber asli turut menjadi faktor penurunan kadar guna tenaga dalam
sektor pertama ini kerana aktiviti penebangan hutan secara haram semakin benjadi-jadi dan
berleluasa tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Manakala pada tahun 2007 dan tahun 2008 pola aliran guna tenaga konsisten
disebabkan beberapa faktor. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak kementerian komited membantu golongan petani,
penternak, peladang, dan nelayan dari segi bantuan subsidi serta pinjaman dalam
meningkatkan pengeluarannya. Peningkatan kadar guna tenaga dalam sektor pertama
berlaku disebabkan oleh pihak kementerian telah mengenal pasti tanah seluas 200 000 hekter
tanah terbiar di seluruh Negara yang berpontensi untuk dimajukan sebagai projek tanaman
pertanian secara komersial. Oleh sebab itu, pada tahun 2005 dan 2009 mengalami kadar guna
tenaga yang positif kerana hak milik individu tanah tersebut telah diusahakan bagi menyahut
seruan kerajaan dan kesungguhan mereka dalam mengusaha tanah tersebut untuk di jadikan
sebagai tanaman komersial.

5.2 Mengenal pasti pola aliran penyertaan guna tenaga dalam sektor kedua di
Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

Jadual 2 : Guna tenaga bagi sektor kedua di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2011.
Tahun Jumlah tenaga Jumlah guna Sektor pertama Kadar
buruh (000) tenaga (000) Jumlah Kadar (%) pertumbuhan
(000) guna tenaga (%)
2000 9572.5 9721.2 3313.3 34.61 -
2001 9892.1 9532.5 3327.5 33.64 0.43
2002 10198.8 9840.0 3461.9 33.94 4.04
2003 10565.9 10181.1 3649.7 34.54 5.42
2004 10925.2 10545.6 3862.7 35.36 5.84
2005 11290.5 10892.9 3892.8 34.48 0.78
2006 11544.5 11159.1 3999.5 34.64 2.74
2007 11775.1 11391.7 4109.1 34.90 2.74
2008 11576 11967.5 4096.7 34.23 -0.30
2009 11640.9 12083.4 3978.0 32.92 -2.90
2010 11958.5 12361.3 4154.0 33.60 4.42
2011 122255.5 12645.7 4280.7 33.85 3.05

8
(Sumber : Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2000-2011).

Graf 2 : Pola aliran guna tenaga bagi sektor kedua dari tahun 2000 hingga tahun 2011

Berdasarkan graf di atas, pengkaji dapat melihat bahawa pola aliran guna tenaga
dalam sektor kedua secara keseluruhannya mengalami pola yang tidak konsisten dari tahun
2000 hingga 2011. Hal ini kerana pada tahun 2000 hingga tahun 2006 menunjukkan
peningkatan kadar guna tenaga secara berterusan . Kemudiannya menurun pada tahun 2007
sehingga 2009 dan kembali meningkat semula pada tahun 2010 dan 2011.
Graf menunjukkan pada tahun 2000 bilangan guna tenaga dalam sektor kedua ini
adalah sebanyak 3313.3 (34.61%) ribu orang . Bilangan ini kemudiannya meningkat sedikit
kepada 3327.5 (33.64%) ribu orang pada tahun 2001 dengan kadar pertumbuhan guna tenaga
sebanyak 0.43% pada tahun tersebut. Bilangan ini meningkat lagi pada tahun 2002 iaitu
3461.9 (33.94%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan guna tenaganya sebanyak 4.04%
kemudiannya meningkat kepada 3649.7 (34.54%) ribu orang pada tahun 2003 dengan kadar
pertumbuhan guna tenaga sebanyak 5.42%. Pada tahun 2004, bilangan guna tenaga adalah
sebanyak 3862.7 (35.36%) ribu orang daripada jumlah pada tahun sebelumnya iaitu 3649.7
(34.54%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak 5.84% pada tahun
2004. Pada tahun 2005 bilangan guna tenaga meningkat meningkat lagi menjadi 3892.8

9
(34.48%) ribu orang dengan peningkatan kadar pertumbuhan guna tenaga yang berlaku
adalah sebanyak 0.78%. Seterusnya bilangan guna tenaga ini meningkat lagi pada tahun 2006
menjadi 3999.5 (34.64%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak
2.74%. Pada tahun 2008, bilangan guna tenaga menurun secara mendadak iaitu 4096.7
(34.23%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak 0.30%. Manakala
pada tahun 2009 menunjukkan penurunan iaitu 3978.0 (32.92%) ribu orang dengan kadar
pertumbuhan guna tenaga sebanyak -2.90%. Kemudiannya meningkat kembali kepada 4154.0
(33.60%) ribu orang pada tahun 2010 dengan kadar pertumbuhan guna tenaga sebanyak
4.42% dan meningkat lagi kepada 4280.7 (33.85%) ribu orang dengan kadar pertumbuhan
guna tenaga sebanyak 3.05% pada tahun 2011.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya pola aliran guna tenaga
dalam sektor kedua adalah tidak konsisten dari tahun 2000 hingga 2011 iaitu berlaku inflasi
dalam negara ini. Hal ini demikian kerana berlaku kejatuhan ekonomi global ia menyebabkan
perdagangan eksport kita merosot menyebabkan sektor permbuatan kita menguncup dan
didapati akan berlaku pemberhentian pekerja tetapi tidak melibatkan bilangan yang besar. Ini
terbukti di dalam keratin akhbar Utusan Melayu (27/9/09) Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah Menteri Kewangan II berkata Apabila ekonomi global jatuh kerana
berhadapan dengan krisis, walaupun Negara tidak ada masalah, ia menyebabkan
perdagangan eksport kita merosot pada purata 20% dari bulan Januari 2009 sampai
Julai/Ogos 2009. Akibat dari itu, sektor permbuatan kita menguncup. Kita dapati berlaku
pemberhentian pekerja tetapi ia tidak melibatkan bilangan yang besar.

5.3 Mengenal pasti perbandingan pola aliran guna tenaga antara sektor pertama dan
sektor kedua dari tahun 2000 hingga 2011.

Tahun Sektor Pertama Sektor Kedua

10
Jumlah Kadar Jumlah Kadar
( 000) (%) (000) (%)
2000 1448.7 15.13 3313.3 34.61
2001 1448.3 14.64 3327.5 33.64
2002 1447.8 14.20 3461.9 33.94
2003 1445.4 13.68 3649.7 34.54
2004 1443.7 13.21 3862.7 35.36
2005 1444.0 12.79 3892.8 34.48
2006 1435.0 12.43 3999.5 34.64
2007 1420.4 12.06 4109.1 34.90
2008 1433.7 11.98 4096.7 34.23
2009 1433.2 11.86 3978.0 32.92
2010 1432.4 11.59 4154.0 33.60
2011 1429.6 11.31 4280.7 33.85

(Sumber : Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan


Perangkaan Malaysia, 2000-2011).

11
Graf 3 : Perbandingan pola aliran guna tenaga antara sektor pertama dan sector kedua
dari tahun 2000 hingga tahun 2011

Berdasarkan graf di atas, pengkaji dapat melakukan perbandingan pola aliran guna
tenaga antara sektor pertama dan sektor kedua. Secara keseluruhannya sector kedua
mempunyai guna tenaga yang lebih banyak daripada sector pertama walaupun mengalami
pola yang tidak konsisten dari tahun 2000 hingga 2011.
Graf menunjukkan pada tahun 2000 bilangan guna tenaga dalam sektor pertama ialah
1448.7 (15.13%) ribu orang manakala sector kedua mempunyai guna tenaga sebanyak 3313.3
(34.61%) ribu orang . Pada tahun 2001, sector pertama mempunyai seramai 1448.3 (14.64%)
ribu orang manakala sector kedua mempunyai seramai 3327.5 (33.64%) ribu orang pada
tahun tersebut. Pada tahun 2002, sector pertama mempunyai seramai 1447.8 (14.20%)
manakala sector kedua mempunyai seramai 3461.9 (33.94%) ribu orang. Pada tahun 2003,
sector pertama mempunyai seramai 1445.4 (13.68%) ribu orang manakala sector kedua
mempunyai seramai 3649.7 (34.54%) ribu orang. Pada tahun 2004, bilangan guna tenaga
yang melibatkan diri dalam sector pertama ialah seramai 1443.7 (13.21%) ribu orang
manakala sector kedua mempunyai bilangan guna tenaga seramai 3862.7 (35.36%) ribu
orang. Pada tahun 2005, sector pertama mempunyai bilangan guna tenaga seramai 1444.0
(12.79%) ribu orang manakala sector kedua mempunyai seramai 3892.8 (34.48%) ribu orang.

12
Pada tahun 2006 bilangan guna tenaga dalam sector pertama ialah seramai 1435.0 (12.43%)
ribu orang manakala sector kedua pula mempunyai bilangan guna tenaga seramai 3999.5
(34.64%) ribu orang. Pada tahun 2007, sector pertama mempunyai bilangan guna tenaga
seramai bilangan 1420.4 (12.06%) ribu orang manakala guna tenaga ini meningkat lagi pada
tahun 2006 menjadi 4109.1 (34.90%) ribu orang. Pada tahun 2008, bilangan guna tenaga bagi
sector pertama ialah 1433.7 (11.98%) ribu orang manakala sector kedua mempunyai seramai
4096.7 (34.23%) ribu orang. Pada tahun 2009 sektor pertama mempunyai guna tenaga
seramai 1433.2 (11.86%) ribu orang manakala sector kedua mempunyai seramai 3978.0
(32.92%) ribu orang. Kemudiannya pada tahun 2010 sektor pertama mempunyai guna tenaga
seramai 1432.4 (11.59%) ribu orang manakala sector kedua mempunyai 4154.0 (33.60%)
ribu orang pada tahun tersebut. Seterusnya pada tahun 2011, sector pertama mencapai
seramai 1429.6 (11.31%) ribu orang manakala sector kedua mempunyai seramai 4280.7
(33.85%) ribu orang.

13
6.0 CADANGAN DAN LANGKAH

1. Kerajaan menetapkan Dasar Pertanian Negara.


Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan oleh bekas Timbalan Perdanan
Menteri Malaysia, Dato Musa Hitam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet
mengenai Dasar Pertanian Negara pada 12 Januari 1984. Ia memberi garis panduan
untuk membantu kerajaan dan sektor swasta dalam menggiatkan lagi sektor pertanian,
meliputi sektor kecil tanaman, ternakan, perikanan serta perhutanan dan seterusnya
ekonomi Negara keseluruhannya. Dasar ini akan dilaksanakan sepenuhnya di bawah
Rancangan Malaysia Kelima. Dasar ini bertujuan membaiki sosio-ekonomi dan
meninggikan pendapatan para petani. Selain itu, dari mengeluarkan bahan pertanian
yang cukup untuk keperluan Negara dan eksport. Penggubalan dan pelancaran Dasar
Pertanian Negara bukan bermakna bahawa sebelum ini kerajaan tidak memberi
tumpuan dan perhatian sewajarnya kepada sektor pertanian. Malah semenjak
kemerdekaan lagi, banyak sumber Negara yang telah digunakan untuk
membangunkan sektor ini dengan cara memperbanyakkan infrastruktur dan
meluaskan khidmat sokongan pertanian.

2. Kerajaan perlu mengubal Dasar Perindustrian Negara.

Melalui Dasar Perindustrian Negara, negara perlu mengimport dan menyerap


teknologi yang lebih baik untuk memajukan teknologinya sendiri. Hal ini demikian
supaya tenaga kerja di Malaysia menjadi lebih komprehensif kerana rakyatnya
terdedah dengan penggunaaan sains dan teknologi seterusnya dapat memajukan
ekonomi negara. Dengan itu, ia bukan sahaja dapat mengurangkan guna tenaga
import, malah perindustrian di Malaysia dapat memproses dan menghasilkan barang-
barang pengguna yang mudah serta dapat mengeluarkan bahan-bahan mentah serta
jentera-jentera perindustrian dan barang-barang penggantian import untuk keperluan
Negara secara kompetetif.

14
7.0 RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti pola aliran guna tenaga dalam
sektor pertama dan sektor kedua di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2011.
Hasil dapatan kajian menunjukkan pola aliran bagi sektor pertama mengalami
penurunan yang berterusan. Hal ini berlaku kerana terdapat persepsi negatif rakyat
terutamanya penduduk luar bandar yang menyatakan bahawa sektor ini tidak berpotensi
menjana pendapatan untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Bagi hasil kajian yang kedua pula iaitu pola aliran dalam sektor kedua
menunjukkan pergerakan pola yang tidak konsisten. Hal ini disebabkan oleh ketidakstabilan
ekonomi global maka kurang pelaburan dilakukan oleh pelabur asing di dalam Negara ini.
Namun begitu, dapatan kajian membuktikan bahawa bilangan guna tenaga
dalam sektor kedua adalah melebihi sektor pertama. Hal ini dapat dibuktikan apabila sektor
pertama mencapai tahap guna tenaga yang tinggi pada tahun 2000 iaitu 15.13% manakala
sektor kedua mencapai tahap guna tenaga yang tertinggi pada tahun 2007 iaitu 34.90% yang
menunjukkan perbezaan sebanyak 19.77%. Perkara ini berlaku kerana kerajaan memberi
tumpuan yang banyak kepada sektor kedua menyebabkan permintaan buruh di dalam sektor
kedua lebih tinggi berbanding sektor pertama.

15
8.0 SENARAI RUJUKAN

Keratan akhbar
http://www.utusan.com.my Laporan yang berkaitan dengan isu ekonomi.
28 July 2013

Internet
http://www.epu.gov.my/ Unit Perancang ekonomi dan Kementerian
Sumber Manusia.
2013
Kamus ekonomi
Kamus ekonomi Definisi guna tenaga
Dewan bahasa dan pustaka

Buku
Buku ekonomi Malaysia, Definisi sektor pertama dan sektor kedua
Edisi ke-5, 2002

16

Anda mungkin juga menyukai