Anda di halaman 1dari 1

Laman web Presiden Donald Trump digodam oleh

penggodam dari Iraq


Organisasi yang bertanggungjawab menjalankan kempen
pilihanraya presiden 2016 untuk Donald Trump pada tahun
lalu pernah dilapor menggunakan pelayan mel yang tidak
selamat dan dikatakan mampu digodam oleh hampir
sesiapa sahaja.
Terbaru, sekumpulan penggodam yang masih belum
dikenalpasti telah menggodam dan mengubah rupa laman
rasmi kempen kutipan dana presiden untuk Donald Trump
pada Ahad lepas. Kumpulan berkenaan menggelarkan diri
mereka sebagai Pro_Mast3r dan mendakwa diri mereka
dari Iraq.

Menurut laman web Arstechnica, pelayan yang terlibat di


dalam insiden ini, secure2.donaldjtrump.com diletak
disebalik platform keselamatan dan sistem pengurusan
kandungan Cloudflare. Laman yang telah diubah rupa
berkenaan kini sekadar memaparkan imej lelaki betopi
hitam dengan mesej berbunyi;
Hacked by Pro_Mast3r ~
Attacker Gov
Nothing Is Impossible
Peace From Iraq
Setakat artikel ini ditulis, pelayan berkenaan masih lagi
offline dan masih belum ada kenyataan rasmi dari badan
kempen Trump-Pence.

Pada perkembangan yang sama, penulis blog keselamatan


IT dari Itali, Paolo Attivissimo melihat kod-kod sumber
pelayan yang telah diubahkan rupa berkenaan tidak
mengandungi sebarang kod-kod hasad. Apa yang dapat
diketahui hanyalah pautan ke javascript pada akaun Google
Code, masterendi yang kini tidak wujud lagi. Akaun
berkenaan telah didapati mempunyai kaitan terhadap tiga
serangan siber sebelum ini.
Imej diperoleh dari Arstechnica

Anda mungkin juga menyukai