Anda di halaman 1dari 6

Garis Panduan Penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) di

Sekolah

Pengenalan

Biro KSIB adalah Jawatankuasa Kerja dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
yang berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan
hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah, alumni, komuniti, agensi awam dan
swasta. Mereka memastikan pelibatan KSIB dalam membantu merealisasikan
Anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
iaitu bekerjasama dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas
berpandukan Perlembagaan PIBG yang sedia ada.

Objektif

Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan
berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.
Mewujudkan sokongan berterusan terhadap aktiviti pembelajaran anak.
Membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti sokongan Pengajaran dan
Pembelajaran berpandukan Perlembagaan PIBG sedia ada ( di dalam dan di
luar bilik darjah)
Menjadi pengantara (mediator) antara ibu bapa dengan pihak pentadbir
sekolah untuk menangani isu atau permasalahan murid dengan memahami
proses pembelajaran (kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan potensi murid,
disiplin dan lain-lain)
Membantu pihak sekolah daripada aspek perkongsian maklumat, pandangan,
sumber dari segi pembangunan , keselamatan, kebajikan, kewangan dan
tanggungjawab sosial.
Memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa hasil pelibatan mereka ke
sekolah akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam
pengalaman pendidikan anak-anak.
Menjadikan ibu bapa merasakan mereka sebagai rakan kongsi
strategik di sekolah dalam membantu pembelajaran anak.

Keahlian

Ahli KSIB terdiri daripada:


Ketua Biro KSIB
- Ahli Jawatankuasa PIBG.
- Dilantik semasa Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

Ahli Biro KSIB


- Ahli yang dilantik secara rasmi atau yang menawarkan diri secara
sukarela dalam kalangan ahli PIBG

Sukarelawan KSIB
- Ahli PIBG yang berminat dan secara sukarela dapat menyumbangkan
kemahiran, kepakaran, tenaga dan kewangan dalam aktiviti sekolah
dan PIBG.
Rakan KSIB (bukan ahli PIBG)
- Individu yang mewakili komuniti, agensi kerajaan, agensi swasta,
alumni sekolah, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana
individu yang berminat dan mempunyai kepakaran dalam bidang
tertentu, berpotensi dalam membantu meningkatkan kecemerlangan
murid dan sekolah.

Bidang Tugas

Ketua Biro KSIB


Mengetuai, merancang dan melaksanakan aktiviti KSIB dengan
kerjasama AJK Biro KSIB
Membentangkan perancangan aktiviti KSIB dalam Mesyuarat
Jawatankuasa PIBG dan melaksanakan perancangan yang telah
dipersetujui.
Mengenal pasti sukarelawan dan Rakan KSIB yang berpotensi bagi
memastikan KSIB berfungsi dengan efektif.
Membentangkan pelaporan aktiviti KSIB dalam Mesyuarat
Jawatankuasa PIBG.

Ahli Jawatankuasa KSIB


Bersama-sama merancang aktiviti mengikut keperluan sekolah dan
lokasi setempat.
Mengenalpasti sukarelawan, agensi-agensi kerajaan dan swasta
yang berminat untuk membantu pelaksanaan aktiviti KSIB.
Mewujudkan jaringan dan jalinan sosial antara ahli PIBG,
masyarakat setempat, agensi berkaitan dan sektor swasta bagi
mendapatkan sokongan dalam melaksanakan aktiviti KSIB dan
sekolah.

Sukarelawan KSIB
Membantu mengenalpasti agensi-agensi kerajaan dan swasta yang
berminat membantu pelaksanaan aktiviti di sekolah.
Membantu mewujudkan jaringan dan jalinan sosial antara ahli PIBG,
masyarakat setempat, agensi berkaitan dan sektor swasta bagi
mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah.

Rakan KSIB
Menawarkan diri untuk bersama-sama membantu KSIB
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
Membantu usaha-usaha menambahkan sumber kewangan.
Menyumbangkan tenaga dan idea dalam membantu meningkatkan
kecemerlangan sekolah.
STRUKTUR KSIB DI SEKOLAH

EX
OFFICIO

YDP
PIBG

NYDP
PIBG

SETIAUSA
HA

BENDAHA
RI

AJK PIBG BIRO KSIB BIRO AJK PIBG


MAKLUMAT
JAWATANKUASA INDUK PIBK DI SEKOLAH

PENGERUSI
(PGB)

PENGURUS
PROGRAM
(GPK HEM)

SETIAUSAH
A

GPK GPK KAUNSELOR/GU YDP PIBG WAKIL WAKIL RAKAN DAN LAIN-LAIN
PENTADBIRA KOKURIKULU RU BIMBINGAN KOMUNITI STRATEGIK
N M

Anda mungkin juga menyukai