Anda di halaman 1dari 11

Jawab semua soalan.

(40 markah)
1. Rajah 1 menunjukkan seekor lembu.

Rajah 1
Apakah pemerhatian yang boleh dibuat tentang lembu pada Rajah 1?
A. Lembu ialah haiwan herbivor.
B. Lembu gemar memakan rumput.
C. Lembu membiak dengan melahirkan anak.
D. Lembu mempunyai tanduk dan berkaki empat.

2. Antara pengelasan haiwan berikut, yang manakah betul?


Bertelur Melahirkan anak
A. Buaya Paus
B. Sotong Siput babi
C. Rama-rama Ular
D. Kucing Gajah

3. Antara tumbuhan berikut, yang manakah tumbuhan berbunga?


A. Lumut C. Pokok keembung
B. Cendawan D. Paku pakis

4. Rajah 2 menunjukkan ukuran panjang sebatang rod silinder dan batang


besi.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?


A. Panjang rod silinder ialah 6 cm.
B. Panjang batang besi ialah 8 cm.
C. Rod silinder ialah 2 cm lebih pendek daripada batang besi.
D. Batang besi ialah 4 cm lebih panjang daripada rod silinder.

5. Sebuah pasu bunga diletakkan di atas rumput selama seminggu


seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3. Selepas pasu itu dialihkan,
rumput di bawahnya didapati berwarna kuning.

1
Rajah 3
Apakah inferens yang dapat dibuat daripada pemerhatian ini?
A. Rumput itu telah dimampatkan.
B. Rumput itu tidak dapat bernafas.
C. Rumput itu kekurangan garam mineral.
D. Rumput itu kekurangan cahaya matahari.

6. Rajah 4 menunjukkan beberapa biji kacang hijau yang dimasukkan ke


dalam sebuah bekas kaca. Bekas ini diletak di atas meja makan di
dapur.

Biji-biji benih ini masih tidak bercambah selepas seminggu. Apakah


inferens yang dapat dibuat?
A. Biji-biji benih ini tidak mendapat air.
B. Biji-biji benih ini tidak mendapat udara.
C. Biji-biji benih ini tidak mendapat cahaya matahari.
D. Keadaan suhu persekitaran adalah tidak bersesuaian.

7.
Ali lebih tinggi daripada Raju.
Lee lebih tinggi daripada Ali.
Antara carta palang berikut, yang manakah mewakili ketinggian
mereka?

2
8. Rajah 5 menunjukkan susunan radas yang disediakan dalam satu
penyiasatan untuk mengkaji keperluan asas haiwan.

Rajah 5
Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan
ini?
A. Kehadiran air C. Kehadiran makanan
B. Kehadiran udara D. Kehadiran siput babi

9. Sekumpulan murid ingin mengkaji kesan cahaya matahari terhadap


pertumbuhan pokok. Antara pemboleh ubah berikut, yang manakah
perlu dimalarkan?

P : Kehadiran cahaya matahari


Q : Kuantiti air yang disiram
R : Kuantiti baja yang
A. P sahaja ditaburkan C. Q dan R
B. Q sahaja D. P, Q dan R
10. Satu penyiasatan dijalankan dengan merendamkan tiga keping
span yang berlainan saiz ke dalam bekas yang mengandungi air yang
sama banyak.

3
Rajah 6
Rajah 6 menunjukkan kuantiti air yang diserap setelah setiap keping
span dikeluarkan. Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan?
A. Semakin besar saiz span, semakin banyak air yang diserap oleh
span.
B. Semakin besar saiz span, semakin sedikit air yang diserap oleh
span.
C. Semakin besar saiz span, semakin banyak air yang tertinggal di
dalam bekas.
D. Semakin kecilsaiz span, semakin kurang air yang tertinggal di dalam
bekas.

11. Antara peralatan sains yang berikut, yang manakah tidak


sesuai digunakan untuk tugasnya?

12. Sekumpulan murid sedang mengkaji pembiakan dan peringkat


pertumbuhan rama-rama seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7.

Rajah 7
Apakah yang harus dilakukan pada akhir penyiasatan?
A. Biarkan rama-rama dan tumbuhan di dalam bekas itu.
B. Buang rama-rama dan tumbuhan ke dalam tong sampah.

4
C. Bunuh rama-rama dan buangkan tumbuhan ke dalam tong sampah.
D. Lepaskan rama-rama dan kembalikan tumbuhan ke tempat yang
asal.

13. Antara langkah-langkah berikut, yang manakah betul untuk


membersihkan sebuah bikar?

W: Keringkan bikar dengan kain yang


bersih.
X : Berus bikar dengan air sabun.
Y : Bilas bikar dengan air yang bersih

A. W, X, Y C. X, Y, W
B. X, W, Y D. Y, W, X

14. Apakah yang harus dilakukan pada peralatan Sains yang telah
dibersih dan dikeringkan?
A. Letakkan di atas meja guru.
B. Simpan di dalam singki.
C. Letak di bawah meja murid.
D. Simpan di tempat asal.

15. Rajah 8 menunjukkan dua jenis peralatan Sains yang biasa


dijumpai di bilik Sains.

X y
Rajah 8
Antara berikut, padanan manakah yang benar?
X Y
A. Kelalang kon Bikar
B. Silinder penyukat Kelalang kon
C. Bikar Kelalang kon
5
D. Kelalang kon Silinder penyukat

16. Antara berikut, yang manakah tidak diperlukan sebelum kita


menjalankan eksperimen di dalam bilik Sains?
A. Kebenaran daripada guru.
B. Menentukan kedudukan pintu keluar kecemasan.
C. Membaca sebarang arahan yang diberi dengan teliti.
D. Tanggalkan kasut dan tinggalkannya di luar bilik Sains.

17. Antara yang berikut, yang manakah mesti berada di dalam bilik
Sains?
A. Jus limau C. Mangkuk
B. Alat pemadam api D. Komputer

18. Mengapakah kita harus menjaga kebersihan dan kekemasan


bilik Sains?
A. Supaya guru tidak marah.
B. Supaya bilik Sains kelihatan cantik.
C. Supaya bilik Sains bebas daripada lalat.
D. Untuk membantu mengelakkan kemalangan.

19. Antara berikut, yang manakah bukan salah satu daripada


peraturan bilik Sains?
A. Peralatan dan bahan Sains tidak boleh dibawa keluar tanpa
kebenaran guru.
B. Semua peralatan dan bahan Sains harus dikembalikan ke tempat
asal selepas digunakan.
C. Bekalan makanan dan minuman murid boleh dibawa masuk ke
dalam bilik Sains.
D. Bahan dan alat di dalam peti pertolongan cemas hanya boleh
digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.

20. Seorang rakan kamu telah tercedera semasa melakukan


eksperimen. Apakah tindakan yang sepatutnya kamu lakukan?
A. Cuba merawat rakan.
B. Membawa rakan ke hospital.
C. Tidak berbuat apa-apa.
D. Melaporkan kepada guru dengan segera.

6
21. Antara alatan berikut, yang manakah tidak sesuai digunakan
untuk memadamkan api jika berlaku kebakaran di bilik Sains?
A. Gebar api C. Pasir
B. Pemadam api D. Penyapu dan penyodok

22. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan jika kita ingin
menggunakan bahan Sains dalam Rajah 9?

Rajah 9
A. Membuka penutup botol dan menghidunya.
B. Masukkan jari ke dalam botol untuk menyentuhnya.
C. Menuang sedikit bahan ke dalam mulut untuk merasanya.
D. Membaca arahan pada label dengan teliti sebelum
menggunakannya.

23. Antara objek berikut, yang manakah tidak dibenarkan dibawa


masuk ke dalam bilik Sains?
A. Beg sekolah C. Pensel
B. Buku nota D. Getah pemadam

24. Maklumat berikut menunjukkan langkah yang dilakukan oleh


empat orang murid di dalam bilik Sains.


Mira membuang sampah sarap ke dalam sinki.

Nasir membuang bahan yang masih menyala
ke dalam tong sampah.
Azlan mengembalikan radas yang sudah
dibersihkan ke tempat asal.
Fazura meletakkan beg sekolahnya di bawah
mejanya di
Siapakah yang mematuhi bilik Sains.
peraturan bilik Sains?
A. Mira C. Azlan
B. Nasir D. Fazura

25. Antara tindakan berikut, yang manakah salah dari segi


peraturan bilik Sains?
A. Beratur semasa bergerak dari bilik darjah ke bilik Sains.
B. Tidak membuat bising semasa bergerak ke bilik Sains.
7
C. Menunggu di luar bilik Sains sehingga dibenarkan masuk oleh guru.
D. Masuk ke dalam bilik Sains dan buat kerja sendiri jika guru Sains
tidak hadir.

26. Rajah 10 menunjukkan dua orang murid sedang bermain di


dalam bilik Sains.

Rajah 10
Apakah yang harus anda lakukan jika ternampak keadaan ini?
A. Lapor kepada guru apabila ada masa lapang.
B. Lapor kepada guru dengan serta-merta.
C. Lapor kepada guru pada waktu rehat.
D. Lapor kepada guru selepas rehat.
27. Antara yang berikut, yang manakah tidak sesuai dipakai
semasa menjalankan eksperimen di dalam bilik Sains?
A. Cermin mata keselamatan C. Selipar getah
B. Kot makmal D. Sarung tangan getah

28. Rajah 11 menunjukkan satu aktiviti untuk memanaskan air.

Rajah 11
Apakah yang tidak harus dilakukan oleh murid?
A. Kacau air dengan sebatang rod kaca.
B. Masukkan jari ke dalam air untuk menguji kepanasannya.
C. Ukur suhu air dengan termometer.
D. Catat bacaan suhu air pada selang masa yang ditetapkan.

29. Antara aktiviti berikut, yang manakah seharusnya dilakukan di


dalam bilik Sains?
A. Membiarkan kerusi tidak disusun apabila keluar dari bilik Sains.
B. Minum air dari pili air di dalam bilik Sains apabila dahaga.
C. Membuang sampah di bawah meja.
D. Keringkan tangan sebelum menyentuh alat elektrik.

8
30. Antara pernyataan berikut, yang manakah salah tentang
keadaan di dalam bilik Sains?
A. Pergerakan murid di dalam bilik Sains mestilah dikurangkan untuk
mengelakkan kemalangan.
B. Ruang perjalanan di dalam bilik Sains mestilah bebas daripada
sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki tersangkut semasa
berjalan.
C. Murid-murid mesti memastikan bilik Sains tidak penuh sesak pada
setiap masa supaya lalu lintas tidak terjejas apabila berlaku
kecemasan.
D. Murid-murid dibenarkan makan dan minum di dalam bilik Sains
setelah selesai membuat eksperimen.

31. Rajah 12 menunjukkan tiga organ manusia.

Rajah 12
Apakah fungsi organ-organ ini?
A. Pertumbuhan C. Pembiakan
B. Pernafasan D. Penyahtinjaan

32. Antara urutan berikut, yang manakah menunjukkan laluan


udara semasa manusia menarik dan menghembus nafas?

33. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang proses


menarik dan menghembus nafas?

9
Menarik nafas Menghembus nafas
I. Dada naik Dada turun
II. Peparu mengecut Peparu mengembang
III. Dada turun Dada naik
IV. Peparu mengembang Peparu mengecut

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. II dan IV

34. Manusia membebaskan gas ___________________________ dan wap


air semasa menghembus nafas.
A. Karbon dioksida C. Karbon monoksida
B. Oksigen D. Nitrogen
35. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?
A. Penyingkiran karbon dioksida daripada peparu.
B. Penyingkiran air kencing daripada ginjal.
C. Penyingkiran bahan buangan daripada badan.
D. Penyingkiran tinja daripada badan.

36. Rajah 13 menunjukkan satu organ perkumuhan manusia.

Rajah 13
Apakah hasil perkumuhan organ ini?
A. Peluh C. Air kencing
B. Wap air D. Karbon dioksida

37. Selepas bersenam, banyak titisan air terbentuk di permukaan


kulit kita. Apakah titisan air tersebut?
A. Peluh C. Air kencing
B. Wap air D. Air liur

38. Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtinjaan?


A. Penyingkiran bahan makanan yang kurang berkhasiat daripada
badan.
B. Penyingkiran bahan makanan yang tidak tercerna daripada badan.
C. Penyingkiran gas beracun daripada badan.
D. Penyingkiran peluh daripada badan.

10
39. Rajah 14 menunjukkan seorang budak melompat terperanjat
apabila hon kereta tiba-tiba berbunyi di belakangnya.

Rajah 14
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan reaksi budak ini?
A. Manusia takut pada bunyi hon kereta.
B. Manusia melompat apabila terperanjat.
C. Manusia melindungi diri daripada bunyi kuat.
D. Manusia bergerakbalas terhadap rangsangan.

40. Apakah kepentingan gerak balas manusia terhadap


rangsangan?
A. Mengekalkan kesihatan badan.
B. Melindungi diri daripada kecederaan.
C. Mengurangkan pengumpulan bahan toksik di dalam badan.
D. Membantu menyingkir bahan perkumuhan daripada badan.

KERTAS SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai