Anda di halaman 1dari 28

MASALAH AWAL : MURID DAN SEKOLAH

MASALAH

Pada praktikal KPLI-SR ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran
Matematik dan Bahasa Melayu pemulihan untuk kelas, 3 Firus di Sekolah Kebangsaan
Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT). Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (kelas
arus perdana) pula, saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar di Kelas 3 Berlian.
Pertama kali mengajar murid di kelas sebenar menimbulkan perasaan yang pelbagai
yang sukar untuk dinyatakan. Sebenarnya, saya tiada pengalaman mengajar murid
dalam bidang ini, namun saya yakin setiap pengalaman itu akan ditimba dan
dipraktikkan dari masa ke semasa. Saya risau memikirkan bahawa sekolah ini terletak
tengah bandar dan merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan
kebangsaan . Pelbagai masalah dihadapi terutamanya bagi merapatkan jurang
perbezaan murid pemulihan dengan murid kelas arus perdana. Selain itu, kemudahan
di kelas pemullihan di sekolah ini juga agak terhad seperti kekurangan bahan bantu
mengajar (BBM) dan keadaan bilik pemulihan yang serba kekurangan. Prestasi
akademik di sekolah ini juga agak kurang memuaskan sejak kebelakangan ini. Hal ini
terutamanya melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Oleh yang
demikian, saya memikul cabaran yang sukar dan mencabar sekali sebagai guru pelatih
disini. Masalah-masalah tersebut seharusnya tidak dijadikan alasan bagi saya untuk
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.

Pada minggu pertama di SKSAT ini, saya berkesempatan mengenali kerenah dan
perangai murid khasnya dalam kelas yang bakal saya ajar bagi tempoh 3 bulan ini.
Sesungguhnya 3 bulan ini adalah satu tempoh yang amat singkat untuk membuat
perubahan mendadak terhadap prestasi murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh
terbaik bagi saya untuk mempelajari serta menguasai sistem pengajaran yang
konsisten mampan. Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai
dan efektif yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada murid. Dalam hal yang
lainnya, masalah yang berpunca dari kalangan murid terhadap kelas juga telah
difikirkan dan dapat dilihat. Antara masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid
termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu
rakan-rakan yang lain ketika sesi pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu,
mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas.
Sifat kenakalan yang sebegini tidak boleh di benarkan kerana menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan mereka akan menjadi lebih ketara
semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai contoh semasa melakukan aktiviti
berkumpulan.

Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru
sendiri.
Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach
students how to follow procedure.

Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya. Saya ingin murid-murid memberi
tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan mendapatkan sebanyak
mungkin input yang disampaikan.

ANALISIS MASALAH

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah


di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan
masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang sedang mengajar
didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus
kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu termasuklah:

1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang
disampaikan dalam kelas.
2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas tersebut
terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.
3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi pengajaran
dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati
murid-murid yang pandai juga biasanya akan membuat bising dalam kelas. Hal ini
berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka
dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat
bising dan berjalan-jalan di dalam kelas.

Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran subjek matematik turut menyukarkan murid untuk memahami perkara yang
diajar. Hal ini juga telah turut menimbulkan kecenderungan mereka untuk membuat
bising.

CADANGAN

Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri
mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan
oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati
nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid
terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk
menimbulkan masalah.

Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh dilakukan
dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi memudahkan
pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan kepada
setiap pengajaran guru.

Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:


1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik
minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.
2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang
baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana
sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.
3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat
pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan
yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti
sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

TEMPOH PENYELESAIAN
21/6/2009 hingga 9/7/2009 ( 2 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan
mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti
yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan
masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar
yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat.
Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara
pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya,
terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.
MINGGU PERTAMA

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani
latihan praktikum selama 12 minggu pada semester kedua hati saya terasa seakan
berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid
sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang
unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset
sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di Insititut Perguruan
Bahasa Melayu Malaysia selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa mengajar
di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik
minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah.

Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani
latihan praktikum di sekolah selama 3 bulan. Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat
saya untuk lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan
juga demi negara. Hari ini merupakan hari pertama saya dan juga kawan saya datang
ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru pelatih dalam menjalani latihan
praktikum setelah setengah tahun kami didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori
pengajaran perguruan di IPBMM. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama
satu semester yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana saya dapat
mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus menuju ke arah pejabat
sekolah. Nasib saya baik kerana sebelum ini saya telah menjalani latihan pengalaman
berasakan sekolah selama dua minggu di sekolah ini pada bulan Mac yang lalu. Namun
begitu hati saya turut berasa berdebar kerana pertama kali saya akan berjumpa dengan
guru besar yang baru. Setelah melaporkan diri di pejabat dan memperkenalkan diri
kepada guru besar dan juga guru penolong kanan, saya dan juga kawan saya telah
diminta untuk menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan di Dataran Bestari.

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah menerima memo untuk
meggantikan kelas yang ketiadaan guru sementara menunggu guru penolong kanan
menyusun jadual untuk saya nanti. Pertama kali saya telah diarahkan untuk memasuki
kelas secara tiba-tiba merupakan bagai satu peluang kepada saya untuk berdepan
dengan murid-murid. Terdetik juga di hati bagaimana agaknya keadaan murid kelas
ketika itu... Saya kuatkan semangat untuk berdepan dengan karenah murid yang
pelbagai.

Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak terkawal.
Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat bising, bergurau dan sebagainya
memerlukan saya untuk bertindak lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya
berkesan. Sukarnya seorang guru seperti saya yang tiada pengalaman dan ditambah
lagi dengan masalah suara saya yang kurang kuat menyebabkan beberapa kali saya
cuba untuk memberi arahan kepada murid-murid agar diam. Terasa betapa peritnya
keadaan untuk mengawal murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah. Kelas pada
hari tersebut saya hanya mengadakan sesi perkenalan antara saya dengan sesama
murid.

Pada hari tersebut saya telah menerima tiga kelas untuk menggantikan guru yang tidak
hadir. Lain kelas lain kerenah murid-muridnya. Kelas yang kedua yang saya masuk pula
lebih gemar bertanya dan bersaing. Malah mereka juga lebih suka untuk saya
mengadakan sesi teka teki. Semua soalan yang ditanya kebanyakkannya semua dapat
dijawab dengan banyak jawapan. Terlintas difikiran...bijak juga murid-murid kelas ni....

Manakala kelas yang ketiga pula, merupakan kelas Tahun 4. Dalam hati berkata
bagaimana pula dengan murid-murid dari tahun 4 pula? Macamana aku nak kawal
murid-murid dari tahun 4? Tahun 5 pun boleh tahan dengan bisingnya...ini apatah lagi
Tahun 4 kelas yang dikategorikan tahap sederhana. Bagi mengawal kelas dari terus
membuat bising saya telah mengarahkan agar murid-murid membersih dan mengemas
meja mereka mengikut susunan yang betul. Akhir sekali saya telah mengajak mereka
bersama untuk menyanyikan lagu Goreng Pisang bersama-sama. Ternyata mereka
semua terhibur.

Pada jam 1.15 tengahri kami pulang setelah mendapatkan dokumen yang diperlukan.

MINGGU KEDUA
21 Julai 2008 (Isnin)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.25 pagi 1.15 petang

Hari ini merupakan hari yang kedua aku akan diselia oleh guru pembimbingku iaitu En.
Suzili bin Mohamed. Walaupun pernah melalui pengalaman diselia kali pertama namun
aku tetap berdebar juga sehingga berpeluh-peluh terutamanya semasa melaksanakan
sesi p & p di dalam bilik darjah. Aku cuba mententeramkan diriku agar sentiasa
bertenang dan alhamdulilah aku dapat melaksanakan segala aktiviti pengajaran dengan
lancar.

Namun disebabkan aku terlalu leka dengan memberi penerangan pada langkah
pertama menyebabkan pengurusan masaku untuk langkah-lanagkah seterusnya
terpaksa dipendekkan. Walaupun begitu objektif yang dirancangkan tetap tercapai
dengan jayanya. Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan kerjasama yang
diberikan oleh murid-murid sepanjang proses p&p berjalan.

Setelah selesai penyeliaan aku sempat bertemu dengan guru pembimbingku untuk
mendapatkan komen-komen dari beliau. Ternyata anggapanku tepat iaitu kelemahan
dari segi pengurusan masa.

Aku akan cuba menepati setiap masa yang telah aku ranacangkan pada sesi
pengajaran dan pembelajaran pada sesi akan datang.

22 Julai 2008 (Selasa)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.15 pagi 1.15 petang


Sepatutnya pada hari ini akau juga akan diseliakan oleh guru pembimbingku bagi kali
pertama bagi opsyen minorku iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Seperti biasa aku
menuggu guru pembimbingku masuk ke kelas tetapi guru pembimbingku tidak masuk
juga. Aku meneruskan sesi pengajaranku seperti biasa walaupun persediaan telah
dibuat.

Pada sesi p & p pada hari ini aku telah meracangkan pengajaran tajuk yang baru bagi
unit yang ke sembilan iaitu Tema Kebudayaan. Murid-murid begitu berminat dan
seronok mendengar aku memberikan penerangan tentang kepelbagaian jenis tarian
yang terdapat di Malaysia. Objektif pengajaranku pada hari ini adalah untuk mengajar
murid-murid menyatakan isi tersurat dan juga isi tersirat berdasarkan gambar rajah
yang terdapat di dalam buku teks.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian murid-murid yang dapat
mencapai hasil pembelajaran pada akhir sesi p & p. Sebagai menguji kefahaman
mereka aku telah memberikan tugasan kepada mereka untuk membuat ayat
berdasarkan gambar yang dipaparkan dalam buku teks.

Aku pulang pada jam 1.30 petang.

23 Julai 2008 (Rabu)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.25 pagi 1.15 petang

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu hari ini merupakan hari pertama aku akan
diseliakan oleh pensyarah pembimbingku iaitu Dr. Rashidah bt. O.A Rajak. Takut,
gementar, malu dan semuanya berkecemuk dalam diriku. Tak tergambar dalam hatiku
seakan mahu terluruh jantungku...

Aku cuba menguatkan diriku..beristighfar kepada Allah Taala agar dapat menenangkan
diriku. Mungkin disebabkan aku tidak yakinkan diri untuk melaksanakan pengajaranku
terutamanya semasa dalam kelas 5 Gigih yang aku rasakan susah untuk aku mengawal
keadaan kelas tersebut. Ternyata pada permulaan pengajaran aku begitu gugup dalam
memberikan penerangan kepada murid-murid.

Satu kesilapan yang aku lakukan adalah semasa pembahagian tugasan kepada murid-
murid di mana aku telah meletakkan terlebih awal kad tugasan di dalam kotak
menyebabkan murid-murid tidak lagi mendengar arahan dariku..Ini merupakan
percubaan pertamaku dalam pembahagian kad tugasan kepada setiap kumpulan.
Sebelum ini tidak aku lakukan pada mana-mana kelas. Namun pada kelas ini ku
lakukan sebagai menjimatkan masa dan dalam mengawal keadaan murid agar tidak
bergerak ke sana ke mari bertanya apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Harapanku
pada kelas ini agar mereka tidak membuat bising dan merebut-rebut untuk
mendapatkan kad soalanku.. Ternyata rancanganku menjadi sebaliknya..

Komen-komen dari pensyarah pembimbingku aku jadikan pedoman dan panduan


kepada rakan seperjuanganku yang akan diseliakan pada keesokan harinya agar tidak
melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman pertama diselia oleh pensyarah dan juga
nasihat yang diberikan akan aku terapkan bagi mengatasi segala kelemahanku
sebelum ini dan akan kujadikan segala komen-komen yang membina dari pensyarah
pembimbingku sebagai panduan untuk aku merancang dan melaksanakan p &p pada
sesi pengajaran yang akan datang.

24 Julai 2008 (Khamis)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.20 pagi 2.15 petang

Kelasku pada hari ini bermula pada jam 12.35 tengahari iaitu waktu terakhir sekali
sebelum sesi pembelajaran pada hari tersebut tamat. Pada waktu pagi yang senggang
itu aku cuba menambah sedikit sebanyak dalam penyediaan bahan-bahan sumber
yang akan digunakan pada sesi p & p di dalam kelas nanti.
Murid-murid begitu seronok untuk berlakon. Berebut-rebut mereka apabila aku meminta
beberapa orang murid untuk melakonkan watak yang telah aku rangkakan. Boleh
dikatakan secara keseluruhannya objektif pengajaran pada hari ini mencapai objektif
yang diingini.

Pada hari ini juga selepas waktu sekolah aku telah dijemput untuk menghadirkan diri
dalam sesi mesyuarat yang akan diadakan di bilik gerakan. Mesyuarat diadakan untuk
membincangkan berkenaan dengan peranan dan tugas-tugas ahli jawatankuasa
sempena sambutan Israk Mikraj yang akan diadakan pada 30hb Julai ini dan juga
Khemah Ibadah dan Motivasi Anak Soleh yang akan diadakan pada 2hb Ogos sehingga
3hb Ogos ini. Keterlibatan semua guru termasuk aku dan rakanku juga perlu dalam
menjayakan lagi program ini.

Aku pulang jam 2.15 petang setelah mesyuarat tamat.

26 Julai 2008 (Sabtu)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.20 pagi 1.15 petang

Hari ini kelas ganti diadakan bagi menggantikan hari persekolahan yang diambil
sempena cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Oktober nanti. Kelas ganti
pada hari ini akan menggunakan jadual pada hari Isnin. Kelas pada hari berjalan seperti
biasa walaupun ada segelintir murid-murid yang seakan tidak bersemangat untuk
belajar pada hari cuti minggu. Pengajaranku pada hari ini adalah di kelas 5 Gigih bagi
mata pelajaran Kajian Tempatan dan kelas 5 Harmoni bagi mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.

Pencapaian objektif menjadi keutamaanku bagi kedua-dua kelas tersebut. Walaupun


masa yang singkat bagi pengajaran Kajian Tempatan bagi kelas 5 Gigih lantaran kelas
bermula selepas waktu rehat dan murid-murid mengambil masa yang lebih sebelum
masuk ke kelas. Masa pengajaran hanya tinggal cuma 15 hingga 20 minit sahaja.
Namun begitu aku cuba juga untuk membolehkan murid-murid dapat memahami isi
pelajaran yang diajar.
Manakala kelas 5 Harmoni merupakan kelas yang tiada masalah bagi diriku untuk
mengawal keadaan kelas. Kerana mereka semuanya agak berdisiplin semasa di dalam
bilik darjah. Pengajaranku berjalan dengan lancar dan semua aktiviti yang telah aku
rangka dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

1. Masalah

Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah di mana murid-murid selalu
membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya
proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari p
& p yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid
menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam
kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam
mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam
sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak
selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses
pembelajaran mereka.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang


wujud iaitu:

(a) Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di
dalam sesebuah bilik darjah.

(b) Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.

(c) Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat
menarik minat murid-murid belajar dan terus seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke
akhir pembelajaran.

(d) Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan
setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.
4. Tempoh masa

Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting
kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada minggu-minggu yang
seterusnya.

5. Penilaian kejayaan

Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga
melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih menarik minat murid-murid dari sebelumnya.

6. Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di


mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan ide yang
menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi
lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

MINGGU KETIGA

28 Julai 2008 (Isnin)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.20 pagi 1.30 petang


Proses p & p pada hari ini berjalan seperti biasa di kedua-dua kelas iaitu kelas 5 Gigih
dan kelas 5 Harmoni. Bagi kelas 5 Gigih objektif yang dirancangkan sesuai dengan
masa yang dirangka. Boleh dikatakan objektif yang ingin dicapai telah tercapai dengan
jayanya, walaupun tidak banyak aktiviti berkumpulan dapat dilaksanakan ekoran masa
yang singkat iaitu tidak sampai setengah jam ekoran kelambatan murid-murid yang
masuk lambat ke kelas selepas waktu rehat.

Manakala bagi kelas 5 Harmoni sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar dan menyeronokkan di mana kedua-dua objektifnya tercapai. Suasana dan
keadaan murid yang cerdik dan mudah mendengar arahan memudahkan aku untuk
mengawal keadaan bilik darjah dan ini sekaligus melancarkan lagi proses p & p berjalan
dengan lancar.

Boleh dikatakan saya berpuas hati dengan sesi p & p pada hari ini.

29 Julai 2008 (Selasa)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.20 pagi 1.30 petang

Pada hari ini saya tidak mempunyai rancangan p & p ekoran aku telah menukarkan
jadual dengan guru pembimbingku, cikgu Suzili kerana bagi memudahkan kepada
pensyarah pembimbingku untuk datang menyeliaku bagi matapelajaran minorku iaitu
Bahasa Melayu. Biasanya matapelajaran Bahasa Melayu pada hari Selasa, kali ini aku
telah menukarkannya pada hari Khamis.

Namun begitu, masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk merangka
rancangan pengajaran pada keesokkan harinya.
30 Julai 2008 (Rabu)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.20 pagi 2.00 petang

Pada hari ini bermula jam 8.00 pagi bertmepat di dewan terbuka Sek. Seksyen 6 Kota
Damanasara telah diadakan satu majlis sambutan sempena Israk mikraj yang jatuh
pada hari Rabu bersamaan dengan 27 Rejab 1429 iaitu tarikh berlakunya peristiwa
israk dan mikraj ini. Semua murid dari tahun 1, 4, 5 dan 6 terlibat dalam mendengar
ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kelas bagi proses p & p di 5 Gigih tidak dapat
dilaksanakan ekoran murid-murid terlibat dengan majlis tersebut sehingga jam 9.35
pagi.

Namun begitu masa yang tinggal cuma 10 minit aku gunakan untuk mengawal keadaan
murid yang tidak terkawal ketika baru memasuki ke kelas sementara menunggu guru
seterusnya masuk ke kelas tersebut. Pada hari itu juga aku telah dijemput oleh anak
muridku untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir dirinya. Terasa diri ini disayangi
dan disukai oleh murid kerana sudi menjemputku dan merupakan antara tiga guru yang
dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sambutan kecil harijadi di dalam kelas
sewaktu waktu rehat.

Kelas yang kedua bagi p&p yang seterusnya adalah di kelas 5 Jujur bagi mata
pelajaran Kajian Tempatan. Proses p & p berjalan dengan lancar dengan objektif
tercapai dan murid-murid tekun dalam mendengar penerangan dariku berkenaan
dengan sejarah pembukaan Kerajaan Melayu Melaka. Begitu juga dengan aktiviti
berkumpulan yang dijalankan ternyata murid-murid seronok berbincang bersama-sama
rakan mereka. Bagiku apa yang penting murid-murid seronok belajar dan objektif dapat
dicapai dengan jayanya.

30 Julai 2008 (Khamis)


Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.20 pagi 1.30 petang

Kelasku pada hari ini bermula pada jam 8.15 pagi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
di kelas 5 Harmoni. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Bagiku
perancangan yang dirangka untuk mata perlajaran Bahasa Melayu berbeza dengan
mata pelajaran Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Di
mana Bahasa Melayu memerlukan ketig-tiga kemahiran bahasa diterapkan kesemua
bagi satu sesi p & p iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
juga kemahiran menulis. Aku cuba menerapkan kesemua kemahiran bahasa ini dalam
kelas 5 Harmoni dan diharapkan kesemua murid mendapat kesemua kemahiran
tersebut. Secara keseluruhannya objektif yang dirangka mencapai objektif yang telah
dirangkakan.

Kelas yang terakhir ialah kelas bagi mata pelajaran Kajian Tempatan di kelas 5 Gigih.
Murid-murid seperti tidak dapat dikawal lantaran mereka tidak sabar-sabar untuk pulang
ke rumah maklumlah waktu terakhir pembelajaran menyebabkan keadaan mereka tidak
terkawal. Aku cuba mengawal dan mententeramkan keadaan pelajar. Setelah itu
barulah sesi p & p dapat dilaksanakan walaupun seketika cuma.

Aku pulang pada jam 1.30 tengahari.

1 Ogos 2008 (Jumaat)

Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara

7.20 pagi 12.15 Tengahari

Pada hari Jumaat jadual saya tidak mempunyai sebarang kelas pengajaran dan
pembelajaran. Masa yang terluang aku ingin memanfaatkan sebaik mungkin dengan
melakukan aktiviti penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang akan ku gunakan
pada pengajaran yang akan datang.
Pagi itu juga kami berdua berbincang dalam merangka rancangan pengajaran harian
bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk minggu hadapan.

Sesi pembelajaran pada hari Jumaat tamat pada jam 12.00 tengahari bagi memberi
laluan kepada guru-guru lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

1. Masalah

Masalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di
mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin
dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga mahu ke koperasi
sekolah untuk membeli peralatan alat tulis dan sebagainya. Keadaan ini mungkin
disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga
ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke
atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang


wujud iaitu:-

(a) Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan.

(b) Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.

4. Tempoh masa
Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini
penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya nanti.

5. Penilaian kejayaan

Di dapati beberapa hari ini kelihatan tingkah laku murid yang kerap meminta izin untuk
keluar telah berkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi p & p.

6. Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh.


Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa sesi p & p
berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

kata kunci : contoh refleksi praktikum, bahan pendidikan, contoh sebenar refleksi
praktikum, refleksi praktikum pismp dan jqaf, kertas kerja ipg, ipgm malaysia, cara
mengajar, guru mengajar, kaedah pnp berkesan, contoh lengkap jurnal praktikum, jurnal
praktikum

Contoh Penulisan Jurnal


Isu: Murid-murid 4 Zamrud suka membuat bising dan berjalan sana sini semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

1.0 Pengenalan

Isu ini merupakan satu isu yang amat penting dan perlu dikaji untuk menjadi seorang
guru yang berjaya. Hal ini disebabkan dengan kawalan kelas yang teratur, barulah
murud-murid mempunyai satu persekitaran pembelajaran yang kondusif tanpa
sebarang gangguan. Praktikum saya selama dua bulan bagi kali kedua telah
ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent. Saya telah diaturkan untuk
mengajar dua kelas tahun 5 dan dua kelas tahun 4. Sebelum saya mengajar, saya
telah membuat analisis tentang keputusan akademik mereka dalam mata pelajaran
Sains dan tingkah laku mereka. Bagi darjah tahun 5, saya mendapati keputusan
mereka berada di tahap baik. Manakala bagi darjah tahun 4, keputusan mereka pula
berada di tahap sederhana. Dari segi tingkah laku pula, saya diberitahu bahawa
tingkah laku mereka masih boleh tahan, cuma terdapat sesetengah mereka agak
bising.

Melalui pemantauan saya pada minggu pertama pada kedua-dua kelas tersebut, saya
mendapati murid-murid bagi kelas 4 Zamrud mempunyai masalah disiplin iaitu mereka
suka membuat bising, suka bercakap, suka berjalan sana sini dan tidak menumpukan
perhatian semasa pengajaran guru. Kadangkala mereka akan bergaduh demi perkara
yang kecil seperti mengambil pemadam kawan-kawan untuk kegunaan sekejap. Bagi
situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah
tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan mengganggu rancangan
pengajaran saya. Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa
berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah
menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun tidak dapat
memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya percaya bahawa murid-murid ini
masih kecil maka unsur kenakalan masih wujud di kalangan mereka. Walau
bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan saya menghadapi masalah dalam
sistem kawalan kelas, maka saya pun mengambil keputusan untuk membuat isu
tersebut bagi journal saya.
2.0 Kemungkinan penyebab

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru
itu sendiri.

Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure

to teach students how to follow procedures.

Guru-guru tersebut yang bersikap dengan tidak mempedulikan murid-murid yang


bertingkah laku keterlaluan akan menyebabkan murid-murid tersebut mengganggap
bahawa guru telah takut akan mereka. Guru-guru yang sentiasa marah-marah akan
anak-anak murid mereka juga merupakan salah satu faktor penyebab kerana murid-
murid akan berasa guru ini langsung tidak mengambil berat dan menghormati akan
mereka. Maka, murid-murid pun tidak menghormati guru mereka dengan cara
membuat bising, begaduh atau berjalan sana sini. Seterusnya, bahan pengajaran dan
cara penyampaian pengajaran yang tidak menarik akan menyebabkan murid-murid
berasa bosan untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Murid-murid yang mempunyai
keurangan motivasi dalam kalangan mereka juga merupakan salah satu penyebab
kepada kegagalan kawalan dalam bilik darjah.

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual serta pemerhatian,
beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan:

- Murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana dan lemah.

- Murid-murid ini lemah dalam memahami bahasa Inggereis.

- Murid-murid ini kurang berminat dalam pembelajaran Sains

- Suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh mereka.

Disebabkan kelas adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap


pembelajaran yang berlainan, maka terdapat murid yang dapat belajar dan faham
dengan pantas. Bagi mereka yang lemah, mereka adalah lambat dalam belajar. Maka,
bagi murid-murid yang lemah, mereka kurang berikan perhatian dan tidak minat dalam
belajar Sains. Justeru, mereka akan berasa bosan dan mula bercakap. Jadi, tahap
pembelajaran murid-murid juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah
disiplin di dalam kelas.
3.0 Kelemahan

Kegagalan dalam kawalan murid-murid tersebut iaitu kawalan kelas akan membawa
kepada beberapa kelemahan. Ia akan menyebabkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran terjejas. Seterusnya, matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran
juga sukar tercapai. Hal ini disebabkan dengan kegagalan kawalan kelas, guru-gruru
biasanya akan menghabiskan sebahagian masa mereka dalam mengawal murid
mereka. Sebagai contoh, dalam masa 30 minit bagi satu masa Sains, guru telah
menghabiskan 15 minit dalam mengawal murid-murid mereka, maka hanya tinggal 15
minit adalah agak susah untuk menghabiskan satu Learning outcome. Jadi, adalah
agak susah untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang dirancang. Ia akan
membawa kepada perkara yang agak serius sekiranya syllabus tidak dapat dihabiskan
sebelum peperiksaan. Hal ini akan membawa juga kepada kemerosotan dalam
peperiksaan kerana murid-murid terpaksa menduduki peperiksaan dengan tanpa
penghabisan syllabus. Selain itu, .kegagalan kawalan kelas mungkin akan menjadi
faktor murid-murid yang bertingkah laku baik menjadi tidak baik juga dengan mengikut
tingkah laku kawan-kawan mereka.

4.0 Kekuatan

Sebaliknya, sekiranya seorang guru dapat mengawal murid-murid tersebut dengan


baik, beberapa kekuatan akan diwujudkan. Matlamat pengajaran dan hasil
pembelajaran akan lebih mudah tercapai kerana murid-murid menumpukan perhatian
kepada apa yang telah guru mengajar. Masa tidak akan disia-siakan untuk
menyelesaikan masalah yang tidak bermakna dan dapat digunakan dengan
maksimum. Sementelahan, disiplin murid-murid dapat dipertingkatkan. Murid-murid
akan menghormati segala arahan daripada guru dan tidak membuat sesuatu yang tidak
disenangi oleh guru mereka. Oleh itu, suasana bilik darjah yang kondusif dapat
diwujudkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

5.0 Kesan/ akibat


Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran Sains sekiranya
guru tidak dapat mengawal kelas dengan berkesan. Murid-murid yang bising tidak
dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian
mereka dalam peperiksaan akan menjadi semakin merosot. Masalah disiplin akan
semakin meningkat di kalangan mereka disebabkan oleh suasana
pengikutan. Matlamat dan hasil pengajaran tidak dapat dicapai seperti yang dinyatakan
di atas. Namun, segalanya dapat diatasi apabila guru mempunyai cara kawalan kelas
yang baik. Dengan adanya kawalan kelas yang baik dan sempurna, aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan
berkesan. Murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar. Dan, murid-murid akan
sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah dan mengikuti arahan guru

6.0 Kajian Lampau

Untuk mengatasi masalah yang saya hadapi, saya telah merujuk kepada Model Disiplin
Asertif Canter. Model Disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam
penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu
pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Ia
berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk mengajar
dan belajar. Antara berikut ialah ciri-ciri model ini:

i. Pelan yang berkesan hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian


dimaklumkan kepada murid-murid pada hari pertama guru masuk kelas.

ii. Tingkah laku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan.

iii. Guru hendakalah bersifat asertif jika ingin mengawal bilik darjah.

iv. Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan
rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Penalti diberikan
kepada mereka yang terus melkukan salah laku.

Bagi cadangan Dorit Sasson, penyusunan tempat duduk dalam kelas adalah salah satu
cara bagi mengawal dan mengurus kelas.
Social dynamics is a big factor for rowdy behavior. Look at your seating chart.
Disruptive students who have been sitting next to each other may now need to be
separated. The minute you neutralize the social dynamics, it can be easier to teach.

6.0 Cadangan

Setelah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberapa
cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik
darjah. Pertama sekali, saya akan membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas
dan spesifik serta berkuatkuasanya sepanjang waktu Sains. Apabila terdapat murid-
murid yang mewujudkan masalah disiplin, saya akan merujuk kepada system peraturan
saya untuk member dendaan supaya bersifat adil dan saksama.

Keduanya, saya harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya apabila
terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat penting
kerana kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan
dengan kesannya. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi
dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.

Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this
requirement. It is mandatory. You cant enforce the rule with one student-and let it go
with another. You cant call students on the rule one day and overlook it the next. Rules
must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.

Seterusnya, saya akan memberi pengukuhan positif kepada murid-murid yang sentiasa
mematuhi peraturan bilik darjah. Contoh pengukuhan positif ialah kata-kata pujian,
token, dan sebagainya. Saya juga merancang satu sistem peneguhan, iaitu sistem
pemberian markah secara berkumpulan. Markah akan diberi kepada setiap kumpulan
sekiranya ahli-ahlinya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Manakala markah
kumpulan akan ditolak sekiranya terdapat salah satu ahli atau semua ahli melakukan
kesalahan. Markah untuk setiap kali waktu Sains akan dicatatkan. Dan, kumpulan
yang mempunyai markah tertinggi selepas 8 minggu akan diberikan hadiah.
Seterusnya, saya akan membahagikan tempat duduk mengikut kebolehan yang
berbeza. Iaitu campuran murid yang pandai dan lemah. Saya akan tukarkan tempat
duduk kumpulan yang berbuat bising dan agihkan merakaduduk di hadapan.

7.0 Tempoh Penyelesaian

Saya merancang agar menggunakan lapan minggu, iaitu dari 28 Jun 2010 hingga 20
Ogos 2010 untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah pengurusan bilik darjah
saya. Kejayaan pelaksanaan model disiplin Asertif Canter merujuk kepada Pelan
tindakan yang dilaksanakan sepanjang praktikum telah dilampirkan.

8.0 Tindakan susulan:

Daripada pengalaman menggunaka Model Canter assertive discipline, guru yang


asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau
garang. Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan
kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik
darjah yang positif, penyayang dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan
pembelajaran yang maksimum. Namun, saya tidak begitu asertif sepanjang waktu
pengajaran saya. Hal ini adalah kerana saya menghadapi kesuntukan masa untuk
menghabiskan pengajarannya. Kadang-kadang saya juga akan memarah murid-murid
saya disebabkan kebisingan mereka. Jadi, saya berasa saya mesti mengubah sikap
saya yang tidak sabar tersebut.

Selain itu, penggunaan sistem pemberian markah masih perlu dimantapkan lagi. Murid-
murid akan mematuhi peraturan dan mendengar arahan saya setiap kali saya
memulakan sistem pemberian markah untuk setiap kumpulan. Tetapi, keadaan ini
hanya kekal untuk masa yang singkat sahaja. Murid-murid terus membuat bising
apabila guru tidak lagi memfokuskan pada sistem pemberian markah. Hadiah yang
dijanji akan dibagi kepada kumpulan yang mempunyai markah yang tertinggi selepas 8
minggu dapat memotivasikan murid-murid berusaha dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan mematuhi peraturan bilik darjah. Tetapi, tempoh masa pemberian
hadiah itu terlalu panjang untuk murid-murid. Sesetengah murid enggan berusaha lagi
kerana pengukuhan positif itu bukan dibagi secara segera.

Oleh itu, saya mengubah sedikit perancangan saya. Saya memberi ganjaran dan
dendaan kepada murid secara segera. Namun, sistem pemberian markah secara
berkumpulan masih dikekalkan. Saya juga memberi pengukuhan positif seperti kata-
kata pujian atau makanan sebaik sahaja murid-murid melakukan sesuatu yang
baik. Contohnya, untuk setiap kali waktu tamat Sains, saya akan mengisytiharkan
kumpulan yang terbaik pada hari tersebut dan memberikan kata-kata pujian untuk
memotivasikan murid-murid. Untuk murid-murid yang bermasalah, saya pula menegur
mereka apabila mereka melakukan kesalahan.

Saya berasa penukaran tempat duduk bagi murid-murid yang bising duduk dekat depan
juga tidak berguna kerana murid-murid tersebut juga berbuat bising juga. Jadi, saya
pun mengkaji cara lain untik mengawal mereka seperti meletakkan mereka di satu
sudut berseorangan dak tidak membenarkan mereka melibatkan diri dalam apa-apa
aktiviti dan melihat sahaja. Dengan cara tersebut, saya mendapati agak berkesan
kerana apabila mereka balik semula ke kumpulan, mereka tidak berani membuat bising
lagi. Jadi, saya akan cuba cara ini untuk praktikum seterusnya.

Selain itu, saya juga berlatih untuk bersifat asertif pada bila-bila masa walaupun
menghadapi masalah kesuntukan masa agar dapat memastikan penguatkuasaan
peraturan bilik darjah secara konsisten dan berkesan.

9.0 Kesimpulan

Sekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu. Guru
adalah seperti tukang masak dimana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada
bahan-bahan masakan tetapi kawalan api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur
dan lain-lain. Semua ini saling bergantung.

Dalam lapan minggu ini, saya sentiasa berusaha untuk memajukan kemahiran
pengurusan bilik darjah saya. Saya melaksanakan apa sahaja peraturan dan tindakan
yang ditetapkan selepas merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter. Dengan adanya
usaha saya dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid, saya dapat mengurus bilik
darjah dengan lebih baik jika dibandingkan dengan yang dulu. Sebagai bukti, dulu saya
sentiasa tidak dapat menghabiskan pengajaran dalam masa dan waktu yang
ditetapkan. Hal ini adalah kerana saya sentiasa perlu berhenti pengajaran saya hanya
untuk menegur murid-murid atas sebab kebisingan. Tetapi, selepas saya mengamalkan
cadangan yang saya rujuk pada Model Disiplin Asertif Canter, saya dapat mengurus
masa dan murid-murid saya dengan berkesan dan baik. Oleh itu, saya ada masa yang
cukup dan suasana yang kondusif untuk mengajar dan belajar.
JURNAL REFLEKSI

MINGGU 6 ( 07 Mac 2011 11 Mac 2011)

MASALAH

Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati
murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah kerana saya
mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya
beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja
yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.

Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi
perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia
berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang
paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran
saya.

Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah
membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf
(craftman).

Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh
dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu
menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta
yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu bekerja , mereka hanya menerima secara
pasif apa yang diajar.

Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah menggunakan
pendekatan bermaian walaupun ia tidak terdapat di dalam perancangan harian saya
pada hari ini. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya.

Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika


Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam
fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut
Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu :
muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan
intrapersonal (kendiri).

ANALISIS MASALAH
Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi
perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran
saya iaitu :

Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ?

Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa


pengajaran saya ?

Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ?

Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ?

Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di
dalam pengajaran saya ?

Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua
masalah ini ?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di
fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan :

Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka


telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama.
Tumpuan mereka menjadi kurang.

Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil

Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran
murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.

Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama.

Murid-murid tidak berminat dengan subjek Penidikan Islam.

Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan
ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam
diri setiap murid.

CADANGAN

Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :

- Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid


- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai

- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang
diperhati

- Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid

- Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik,


ruang, linguistik dan sebagainya.

- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi
pengajaran itu berjalan.

Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa
tindakan yang sewajarnya iaitu :

- Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli
diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya
mereka pasif, mereka tidak pandai

- Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas
sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran

- Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid
tentang isi pelajaran yang diajar

- Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid
yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

TEMPOH PENYELESAIAN

21 Mac 2011 01 April 2011 (2 Minggu)

TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan
bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya ini adalah murid-murid yang
istimewa dan sangat memerlukan bimbingan yang khusus.

Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid
untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa
lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak.

Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif
yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya ialah, guru
mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Ini
secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan murid-murid yang
tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan
murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru,
namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru.

Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid
yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya,
guru suka mengajar dan murid suka belajar.

KESIMPULAN

Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap insan


mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah, tumpuan hanya
diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan
logikal matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti
penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal jarang
diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik,
interpersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya.

Anda mungkin juga menyukai