Anda di halaman 1dari 7

PERLEMBAGAAN PRS

PERLEMBAGAAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1. MATLAMAT

Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan dan

juga sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Selain itu, murid dapat

menyakinkan diri dalam memberi bantuan dan juga cadangan serta boleh

berinteraksi dengan lebih baik dari masa kesemasa.

2. OBJEKTIF

2.1 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai

kelebihan dan kelemahan diri .

2.2 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan

mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.

2.3 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya

mempraktikkannya dengan rakan-rakan , guru,keluarga dan orang lain..

2.4 Mengetahui dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran

kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka

kepada perasaan rakan-rakan dan berupaya membantu rakan dengan

lebih berkesan.
2.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu

diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.

2.6 Membina daya dorongan ntuk membina budaya saling membantu,

hormat dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

3. KEAHLIAN

3.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

3.2 Pemohon menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang

disediakan.

3.3 Temuduga akan diadakan dari masa kesemasa dan murid yang layak

sahaja akan dipilih.

3.4 Kelayakan murid yang akan dipilih ialah :

i. Minat dan aktif

ii. Boleh berkomunikasi dengan baik.

iii. Personaliti yang baik.

iv. Tiada masalah disiplin.

v. Mempunyai pencapaian akademik yang baik.

4. GURU PENASIHAT

4.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


4.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang,melaksana atau

membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA

5.1 Dilantik semasa mesyuarat Agung.

5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak

dicalonkan sebagai AJK.

5.3 Pemilihan AJK adalah secara undian.

5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan

mesyuarat.

5.5 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat

perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

5.6 AJK yang tidak hadir semasa aktiviti / perjumpaan / mesyuarat

sebanyak tiga kali tanpa sebab-sebab yang munasabah akan

dilucutkan jawatannya semerta.

5.7 AJK Kelab terdiri:

i. Pengerusi

ii. Naib Pengerusi

iii. Setiausaha Agung

iv. Penolong setiausaha

v. Bendahari

vi. Penolong Bendahari

vii. AJK mengikut tingkatan


viii. Pemeriksa kira-kira

5.8 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6. KEHADIRAN /PENYERTAAN

6.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri setiap aktiviti/perjumpaan sekurang-

kurangnya 70% sepanjang tahun.

6.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan

kehilangan hak-hak keahlian kelab.

7. AKTIVITI

7.1 Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat agung atau

mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan

diumumkan kepada pengetahuan ahli.

8. PERATURAN-PERATURAN

8.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas kelab.

8.2 Peraturan khas yang ditetapkan oleh kelab hendaklah dipatuhi oleh

semua ahli.

8.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan kelab akan dikenakan tindakan tata

tertib.

8.4 Semua ahli mestilah patuh dengan etika PRS yang telah ditetapkan.

9. TINDAKAN DISIPLIN
9.1 Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

9.2 Tindakan disiplin adalah seperti berikut:

i. Amaran lisan

ii. Amaran bertulis

iii. Menggantung keahlian

iv. Pecat keahlian

9.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak ahli kelab.

9.4 Ahli yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat

rayuan kepada Guru Penasihat Kelab secara bertulis dan keputusan

Guru Penasihat adalah muktamad.

10. PINDAAN PERLEMBAGAAN

10.1 Mana-mana bahagian dari perlembagaan kelab ini sah sehingga ia

dipinda.

10.2 Cadangan pindaak perlembagaan boleh dibuat oleh ahli ,guru

penasihat ,murid, ahli jawatankuasa atau pentadbir sekolah dengan

bertulis.

10.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli

jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan

meluluskan sekiranya perlu.

10.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan

disahkan oleh Pengetua.


11. DERMA

11.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.

11.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

11.3 Ahli yang menyertai sesuatu aktiviti yang memakan belanja besar boleh

dikenakan derma khas bagi membiayainya.

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap

aktiviti kelab

12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti kelab

dengan penuh minat.

BAHAGIAN 11: LAGU PRS

PRS

PRS WERE ALWAYS THERE FOR YOU


WHEN YOU NEED US LENDING AN EAR TO YOU
PRS wellhejp light up your life
Together, friend for eternity
*(P) Positivity (R) rational thinking (S) Sensitivity
Thats what we strive to be you
Time after time (through and through)
PRS, that us!

Whwn youre down, when you are full of frowns


And youre alone, screaming for help, a shoulder to cry on,
PRS, your friend in times of need,
So dont feel shy, dont wait, just look for us
(Repeat*)

Anda mungkin juga menyukai