Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Tugasan 1

1.1. Definisi Disleksia

Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada pembacaan dan rujukan daripada


pelbagai sumber seperti buku, internet, jurnal dan majalah, disleksia dapat difahami sebagai
suatu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang dilihat normal dari aspek fizikalnya tetapi
menghadapi masalah dari aspek kognitif seperti mempunyai masalah dalam kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Hal ini turut disokong oleh Mohd Sharani (2004) menjelaskan
maksud disleksia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat
menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri,
dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Hal ini secara tidak langsung
membuktikan bahawa disleksia merupakan suatu masalah yang dihadapi dari aspek
kognitifnya.

Di samping itu,disleksia juga dapat difahami sebagai suatu kesukaran kanak-kanak


untuk menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Dalam konteks ini, kanak-kanak disleksia
akan menghadapi kesukaran dan kekeliruan yang teruk untuk menguasai kemahiran berbahasa
seperti membaca, menulis, mengeja dan bertutur, Menurut Choong Lean Keow (2009) pula
mendefinisikan bahawa disleksia adalah sebagai kesukaran menggunakan perkataan yang
dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa. Dalam konteks ini, disleksia juga
merupakan masalah pembelajaran yang dicirikan oleh masalah dalam bahasa ekspresif atau
terbuka, sama ada secara lisan atau bertulis. Masalah ini boleh mungkin muncul dalam bacaan,
ejaan, tulisan, pertuturan atau pendengaran

Selain itu, disleksia juga dapat diertikan sebagai suatu kecelaruan yang dihadapi oleh
kanak-kanak dalam kemahiran berbahasa seperti menghadapi kecelaruan ketika membaca iaitu
mereka akan membaca sesuatu secara terbalik atau songsang. Dalam konteks ini, walaupun
mereka diberi pendidikan seperti murid normal tetapi masalah yang dihadapi ini tetap
membantutkan sesi pembelajarannya. Hal ini turut dinyatakan oleh World Federation of
Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) telah mendefinisikan bahawa disleksia
adalah merupakan seperti Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka
melalui pengalaman pembelajaran di dalam bilik darjah konvensional, tetapi gagal menguasai
kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan
intelektual mereka.
Secara kesimpulannya, disleksia dapat difahami bahawa kanak-kanak yang telah
memperolehi pendidikan secara normal di dalam bilik darjah tetapi mempunyai masalah dalam
kogntifnya dan menyebabkan mereka mempunyai kesukaran dalam kemahiran berbahasa dan
gagal dalam menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengira. Mereka
juga akan ketinggalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan
ketinggalan berbanding murid-murid normal.

1.2 Konsep Disleksia

Berdasarkan definisi mengenai disleksia diatas, konsep disleksia dapat difahami iaitu
kanak-kanak yang mempunyai perkembangan kognitif yang lambat berbanding tahap umurnya
yang sebenar. Dalam konteks ini, murid-murid disleksia secara umumnya dilihat tidak
mempunyai masalah dari aspek fizikalnya seperti anggota badannya yang sama seperti murid-
murid normal. Malah, dari segi umurnnya juga juga adalah sama dengan murid-murid normal.
Bagi murid-murid disleksia, yang menjadi masalah utama adalah dari aspek kognitifnya yang
berbeza dengan murid-murid normal, dimana mereka dilihat menghadapi pertumbuhan kognitif
yang lambat, Menurut Cronin (1997) dalam Sheila &Samsilah (2006), menyatakan bahawa
kanak-kanak disleksia yang berusia tujuh tahun sering menunjukkan kelakuan seperti kanak-
kanak yang berumur dua ataupun tiga tahun yang lebih mementingkan diri,

Melalui pemerhatian dan kajian mengenai disleksia ini juga, dapat dijelaskan bahawa
murid-murid disleksia mengalami kesukaran dan kekeliruan yang teruk dalam aspek kemahiran
berbahasa seperti membaca, mengeja dan menulis. Malah, disleksia ini juga dilihat sebagai
suatu masalah yang tidak dapat disembuhkan tetapi dapat dikurangkan berdasarkan tahap
kematangan murid-murid yang menghadapi disleksia tersebut. Dalam konteks ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menyatakan bahawa murid-murid disklesia mempunyai kesukaran
atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Serta
mengeluarkan pekeliling bahawa kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar
sebagai orang kurang upaya (OKU).

Secara rumusannya, konsep disleksia dapat difahami bahawa satu kecelaruan yang
terdapat dalam diri kanak-kanak yang telah menerima pendidikan secara normal tetapi
mempunyai kesukaran dalam kemahiran bahasa, bacaan, menulis, mengeja, mendengar dan
bercakap yang setaraf dengan kebolehan inteleknya.
1.3 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia

Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui ciri-
ciri iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah dalam menyusun
ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat
dalam bacaan dan tidak terancang.

Menurut Sri Cempaka (2007), secara umumnya, antara ciri-ciri kanak-kanak disleksia
ialah mereka sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi gagal dalam menguasai
kemahiran berbahasa. Selain itu, mereka juga pandai dalam bidang seni. Semasa membaca,
mereka perlu menggunakan jari untuk membaca dan juga untuk mengira. Kanak-kanak
disleksia minat belajar dan nampak pandai, namun mereka lemah dalam pelajaran kerana
sukar untuk dikuasai.

Di samping itu, terdapat juga ciri-ciri yang menyebabkan kanak-kanak disleksia


mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran berbahasa. Antaranya adalah seperti
berikut:

a. Masalah dalam ingatan

Kanak-kanak disleksia secara umumnya mempunyai masalah dalam ingatan jangka


pendek. Hal ini telah menyebabkan mereka sukar untuk mengumpulkan maklumat
dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusing dalam otak mereka.
Kesannya, kanak-kanak disleksia akan kerap gagal dalam menyusun maklumat seperti
bermasalah dalam mengingati susunan nombor, hari, bulan, tahun, dan sewaktu
dengannya

b. Masalah dalam ejaan

Kanak-kanak disleksia juga mempunyai masalah dalam sebutan (fonologi) dimana,


mereka tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis, sukar untuk membunyikan huruf
vokal dan selalu meninggalkan huruf vokal yang terdapat di dalam perkataan.
Contohnya, perkataan ayam akan dieja yam.
c. Masalah dalam membaca

Kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah dalam membaca iaitu membaca


terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat, membaca lambat dan terputus-putus.
Selain itu, mereka juga menghadapi masalah apabila menyebut perkataan yang
mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama. Contohnya, form disebut from iaitu
tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan.

d. Masalah dalam menyalin nota

Ciri yang seterusnya adalah masalah dalam menyalin nota iaitu lambat menyalin
nota dan banyak melakukan kesilapan. Hal ini mungkin disebabkan mereka keliru
dengan abjad dan huruf. Sebagai contoh, mereka sering menulis secara terbalik bagi
huruf seperti "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q". Di samping itu, mereka
juga akan menulis nombor secara terbalik, seperti "12" ditulis "21.

Seterusnya, ciri-ciri kanak-kanak disleksia juga dapat dilihat melalui peringkat-peringkat


persekolahannya. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Prasekolah

Bagi peringkat prasekolah, murid-murid disleksia akan menunjukkan ciri-ciri disleksia


yang dihadapi seperti terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari.
Sebagai contoh, murid disleksia akan terlupa huruf-huruf yang dipelajari seperti huruf
huruf vokal iaitu a,e,i,o dan u, walaupun huruf-huruf tersebut kerap diajar oleh guru.
Selain itu, murid disleksia juga menunjukkan ciri-ciri seperti kemahiran pertuturan yang
lambat dan sukar memahami arahan yang diberikan. Hal ini dapat diperhatikan apabila
guru memberikan sesuatu kerja seperti menyuruh murid berbaris di dalam satu barisan,
tetapi murid disleksia sukar untuk mengikuti peraturan tersebut. Di samping itu, sifat
ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara yang baru dan suka bertanya soalan
yang banyak juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak disleksia bagi peringkat prasekolah

b. Sekolah rendah

Bagi peringkat sekolah rendah pula, ciri-ciri yang terdapat pada murid-murid
disleksia pula adalah seperti menunjukkan kemahiran membaca, menulis dan mengeja
yang lemah serta suka menterbalikkan perkataan. Sebagai contoh, apabila guru
menyuruh mengeja perkataan ayam, maka murid disleksia akan menterbalikkan
perkataan tersebut menjadi maya. Hal ini juga berlaku dalam penulisan mereka,
dimana mereka juga akan menulis sesuatu perkataan itu dengan terbalik seperti menulis
perkataan ayam yang ditulis maya. Hal ini secara tidak langsung akan mengganggu
sesi pengajaran dan pembelajaran murid tersebut dan guru di dalam kelas.

Selain itu, ciri-ciri lain yang ditunjukkan oleh murid-murid disleksia adalah seperti
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan, sukar mengikuti
arahan lisan yang panjang dan arahan bertulis, mudah keliru antara kiri dan kanan serta
kurang keyakinan dan menghadapi tekanan mental daripada persekitaran seperti sering
terasa diri mereka bodoh apabila tidak dapat menjawab soalan dengan betul.

c. Sekolah menengah

Seterusnya, ciri-ciri yang terdapat pada murid disleksia di peringkat sekolah


menengah adalah seperti menghadapi kesukaran dalam membaca dan terkeliru dengan
perkataan dan ejaan yang tidak konsisten. Sebagai contoh, apabila membaca perkataan
yang mempunyai huruf yang hamper serupa seperti huruf b dengan d, p dengan q
dan m dengan n, maka murid disleksia tersebut akan menghadapi kesukaran untuk
membaca perkataan tersebut.

Selain itu, mereka juga menunjukkan ciri-ciri seperti sukar untuk menulis karangan
kerana kurang perkataan yang sesuai untuk digunakan. Di samping itu, mereka juga
mudah untuk keliru dengan nombor-nombor, sukar untuk menguasai bahasa yang lain,
bercakap dengan menggunakan nada yang kuat seakan-akan marah, kurang kemahiran
sosial dan tidak mempunyai kawan yang ramai. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ciri-
ciri tersebut akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid
disleksia.

1.4 Punca-punca disleksia

Berdasarkan kajian saya mengenai disleksia ini, saya mendapati bahawa punca-punca
berlakunya disleksia adalah disebabkan oleh faktor dalaman iaitu seperti keturunan, biologi
kecederaan otak, proses kelahiran bayi pramatang, ganguan proses penglihatan visual dan
kematangan. Hal ini dapat dihuraikan adalah seperti berikut:

1.4.1 Keturunan.

Menurut kamus dewan edisi keempat, mendefinisikan keturunan sebagai sesuatu yang
diwariskan daripada baka. Dalam konteks disleksia, punca keturunan merupakan antara punca
utama yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah disleksia. Hal ini juga dapat
dibuktikan menurut Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2011), menyatakan bahawa masalah
disleksia ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama.
Menurut kajiannya juga mengatakan bahawa masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap
terhadap pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Di samping itu juga, faktor keturunan yang dikaitkan dengan punca berlakunya disleksia
adalah kerana kebiasaannya masalah atau penyakit yang dibawa oleh ibu bapa seperti penyakit
kencing manis akan turut diterima oleh anak. Hal ini berlaku kerana pengaliran genetik ibu bapa
kepada kanak-kanak secara langsung. Dalam konteks ini, disleksia juga dapat dikaitkan dengan
factor keturunan kerana kebiasaannya ibu bapa yang mempunyai disleksia akan menyebabkan
anak mereka juga menghidapi disleksia. Hal ini juga dapat dibuktikan menurut Hallgren ( 1970 )
dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Melalui kajian beliau ke atas 12 pasangan kembar
monozygote dan mendapati kesemua 12 kes keluarga tersebut menghadapi masalah dalam
bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Oleh itu, jelaslah bahawa keturunan
merupakan antara punca yang menyebabkan berlakunya disleksia keatas murid-murid yang
mempunyai ibu atau bapa yang menghadapi masalah disleksia.

1.4.2 Biologi.

Punca berlakunya disleksia yang seterusnya adalah disebabkan oleh faktor biologi
seperti kecederaan dan komplikasi otak serta kelahiran bayi pramatang yang dihadapi oleh
murid-murid disleksia. Sebagai contoh, kelahiran bayi pramatang kebiasaannya menyebabkan
gangguan kepada bayi tersebut seperti menghadapi kekurangan oksigen di otak. Hal ini secara
tidak langsung menyebabkan berlaku kerosakan kepada otak bayi tersebut dan boleh
merosakkan sel-sel diotak seperti sel di bahagian otak kiri yang banyak memproses bahasa
iaitu di kawasan broca.
Di samping itu juga, kecederaan di otak juga akan menyebabkan murid mudah untuk
terkena disleksia terkena penyakit lemban dan perkembangan kognitifnya yang lambat. Hal ini
adalah disebabkan fungsi otak mengalami kerosakan dan akan member kesan kepada murid-
murid disleksia. Hal ini dapat dibuktikan oleh kajian oleh Hattum ( 1980 ) dalam Kassan dan
Abdullah ( 2010 ) mengatakan bahawa dengan wujudnya perkembangan teknologi terkini
seperti CT Scan, para doktor dan pengkaji dapat melihat perbezaan sel-sel otak kanak-kanak
yang mengalami disleksia dengan kanak-kanak bukan mengalami disleksia dimana berkaitan
dengan otak bahagian kiri hadapan yang berkait dengan kemampuan membaca dan menulis.

1.4.3 Gangguan penglihatan.

Tidak dinafikan juga bahawa punca berlakunya disleksia adalah disebabkan oleh
gangguan dalam proses penglihatan. Umumnya, diketahui bahawa proses penglihatan
melibatkan penggunaan organ mata dan diproses di otak. Dalam konteks kanak-kanak
disleksia, mereka menghadapi gangguan ketika memproses sesuatu imej tersebut. Sebagai
contoh, apabila mereka mengeja sesuatu perkataan, mereka akan melihat bahawa perkataan
yang diejanya itu mempunyai huruf yang bergerak, kecil dan bertindan. Hal ini secara tidak
langsung menyebabkan proses pembacaannya menjadi rumit kerana proses penglihatannya
iaitu otak kanak-kanak diseleksia tidak dapat mentafsir huruf atau perkataan dengan lebih tepat
dan betul.

Di samping itu, gangguan dalam proses penglihatan juga akan menyebabkan kanak-
kanak disleksia tidak dapat memadankan atau menyesuaikan sesuatu imej yang terdapat pada
gambar dengan perkataan yang betul. Sebagai contoh, kanak-kanak disleksia menghadapi
kesukaran dalam menyesuaikan huruf d dengan gambar huruf d dan huruf b dengan gambar
huruf b. Hal ini adalah disebabkan oleh proses penglihatannya yang kurang fokus dan
menyebabkan imej yang ditaksir adalah tidak tepat. Hal ini turut disokong oleh Kassan dan
Abdullah ( 2010 ) menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin
mengalami kesukaran dalam mentaksir ransangan, sehingga mereka tidak dapat mengikuti apa
yang dilihat menyebabkan kesemua yang dilihat itu bercampur-aduk.

1.5 Kesan Disleksia kepada Pembelajaran

Kanak-kanak yang menghidapi disleksia merupakan kanak-kanak yang menghadapi


kesukaran dalam berbahasa seperti membaca, menulis dan mengira. Hal ini secara tidak
langsung menyebabkan berlakunya kesan yang kurang memberangsangkan murid-murid
disleksia dalam pembelajaran mereka di dalam kelas umumnya. Mereka juga mungkin akan
disisihkan daripada murid-murid normal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku di
bilik darjah. Antara kesan disleksia kepada pembelajaran adalah seperti berikut:

1.5.1 Membaca

Kesan pertama yang dihadapi oleh murid-murid disleksia kepada pembelajaran mereka
adalah dari segi kebolehan membaca. Kebolehan membaca merupakan suatu kegiatan seperti
mengenali huruf dan kata-kata, menghubungkan dengan bunyi serta maknanya. Dalam konteks
murid-murid disleksia, kebolehan membaca mereka adalah terhad disebabkan oleh kesukaran
dan kekeliruan dalam menentukan huruf dalam perkataan. Sebagai contoh, mereka mudah
untuk keliru bagi huruf yang hampir sama seperti huruf b dengan d, p dengan q dan m;
dengan n. Oleh itu, mereka akan menghadapi kesukaran ketika membaca sesuatu ayat atau
perkataan yang mempunyai huruf-huruf seperti berikut.

Di samping itu juga, murid-murid disleksia akan memperolehi maklumat yang kurang
daripada pembacaan mereka berbanding murid-murid normal. Hal ini demikian kerana mereka
menghadapi kesukaran dalam menghubungkan perkataan dengan maknanya. Kebolehan
membaca mereka yang kurang juga menyebabkan mereka kurang berminat untuk membaca
secara lebih mendalam. Kesannya, mereka akan ketinggalan di dalam pembelajaran mereka
dan disisihkan daripada murid-murid yang normal. Kesukaran membaca menyebabkan murid
tidak dapat belajar sendiri. Murid-murid disleksia akan rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan
tentang kebolehan sendiri. Rasa rendah diri ini menjadikan mereka tidak mahu bergaul dengan
rakan-rakan yang lain.

1.5.2 Menulis

Seterusnya, kesan yang kedua yang dihadapi oleh murid-murid disleksia keatas
pembelajarannya adalah dalam kemahiran menulis. Kemahiran menulis adalah kebolehan
melahirkan lambang-lambang bunyi bahasa dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan,
fikiran dan idea. Dalam konteks murid-murid disleksia, kesan yang dihadapi keatas
pembelajarannya dalam kemahiran menulis adalah mereka akan menghadapi kesukaran dalam
melahirkan lambang-lambang bunyi bahasa. Hal ini demikian kerana mereka menghadapi
kesukaran dan kekeliruan bagi huruf-huruf yang dipelajarinya seperti huruf b dengan d, huruf
m dengan n dan huruf p dengan q. Maka, apabila mereka ingin meluahkan sesuatu dalam
bentuk tulisan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulisnya. Sebagai contoh, apabila
guru menyuruh murid menulis perkataan bola maka murid-murid disleksia secara tidak sengaja
akan menulis perkataan dola. Hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada sesi
pembelajaran murid tersebut.

1.5.3 Mengira

Kesan ketiga yang dihadapi murid disleksia dalam pembelajarannya adalah dari aspek
kemahiran mengira. Umumnya diketahui bahawa murid-murid disleksia menghadapi kesukaran
dan kekeliruan dalam menentukan huruf dan perkataan dengan betul. Dalam konteks
matematik, murid-murid disleksia juga menghadapi masalah yang sama iaitu menghadapi
kesukaran dan kekeliruan dengan nombor. Sebagai contoh, mereka sukar untuk menentukan
jumlah objek dengan nombor yang betul seperti terdapat 3 biji guli di dalam bakul, tetapi mereka
meletakkan nombor 4 bagi jumlah bola itu. Di samping itu, mereka juga menghadapi kesukaran
bagi konsep susunan nombor menaik dan susunan nombor menurun. Hal ini demikian kerana
mereka sukar untuk membuat perkaitan antara objek dengan nombor yang betul.

Oleh itu, kesan yang mungkin akan diterima oleh murid-murid disleksia adalah mereka
akan disisihkan daripada pembelajaran dalam kumpulan murid-murid normal. Hal ini adalah
kerana murid-murid normal merasakan bahawa murid-murid disleksia mengganggu rentak
pembelajaran murid-murid biasa. Hal ini juga akan menyebabkan murid-murid disleksia
mempunyai kurang keyakinan untuk bergaul dengan murid-murid lain. Di samping itu, murid-
murid disleksia juga akan mula merasa tekanan untuk belajar dan menyebabkan mereka tidak
berminat untuk belajar lagi.
Zainal Kassan, Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan Disleksia. Puchong : Penerbit
Multimedia.

Anda mungkin juga menyukai