Anda di halaman 1dari 4

TEMA Keluarga

TAHUN 5 Bestari
TAJUK Amirul yang rajin
MASA 0900 1000 pagi (60 minit)
STANDARD 4.2.1 Mengujarkan cerita yang mengandungi simpulan bahasa
PEMBELAJARAN dengan menggunakan sebutan dengan jelas, dan intonasi
yang betul, serta bahasa badan dan gaya yang sesuai melalui
penceritaan yang dipersembahkan.

OBJEKTIF Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i) Mengujarkan cerita yang mengandungi lapan simpulan
bahasa
dengan intonasi yang betul serta bahasa badan dan gaya yang
sesuai melalui penceritaan yang dipersembahkan.

AKTIVITI
1. Murid-murid memerhatikan gambar yang ditunjukkan dan
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
2. Murid-murid diedarkan petikan cerita.
3. Murid-murid membaca cerita secara kelas dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
4. Murid mengujarkan simpulan bahasa yang terdapat dalam
cerita.
5. Murid melakukan gerak badan berdasarkan simpulan
bahasa.
6. Murid-murid menjalankan aktiviti membina peta buih secara
berkumpulan berpandukan cerita. (KBAT:Mencipta)
7. Murid-murid bercerita berdasarkan peta buih.(SP 1.5.2)-

Pemulihan
Murid mengujarkan ayat yang mengandungi simpulan bahasa
dengan gaya dan intonasi yang betul.

Pengayaan
Murid mengujarkan sesuatu cerita yang mengandungi simpulan
bahasa yang diberikan.
PENGISIAN Ilmu: Pendidikan Moral
KURIKULUM Nilai: berhemat, rajin
EMK: TMK
KB: Kemahiran mencipta
Peta pemikiran (I-Think): Peta Buih
BAHAN BANTU Gambar, cerita ,peta buih
BELAJAR
PENILAIAN Wakil murid daripada setiap kumpulan mengujarkan cerita di
PENGAJARAN DAN hadapan kelas berpandukan gambar bersiri dengan intonasi dan
PEMBELAJARAN gaya yang sesuai.
REFLEKSI 8 daripada 10 orang murid mencapai objektif. 2 orang murid lemah
akan diberi bimbingan di luar waktu PdP.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
ASPEK SENI BAHASA
Lampiran 1
Lampiran 2

Amirul merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Oleh yang demikian , dia

sangat disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuannya

turut dipenuhi oleh kedua ibubapanya. Namun begitu , dia anak yang baik.

Amirul tidak pernah meninggi diri malah dia seorang yang ringan tulang.

Hobi Amirul ialah suka membaca buku. Setiap waktu lapang , sama ada

di rumah atau di sekolah , Amirul pasti akan membaca buku. Rakan-rakannya

menggelar Amirul

Budak Ulat Buku Amirul tidak pernah ambil hati dengan jolokan itu. Setiap

hujung bulan pula , ayah Amirul selalu memberinya buah tangan seperti buku

cerita atau buku latihan kepadanya.

Baru-baru ini , ayah Amirul membawa Amirul makan angin di Pulau

Langkawi. Di sana Amuril telah membeli beberapa cenderamata untuk rakan-

rakannya di sekolah. Amirul sangat bermurah hati.


Lampiran 3

Meninggi diri
Anak tunggal

Ringan tulang

Murah hati
Amirul

Ulat buku

Makan angin

Ambil hati

Buah tangan