Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.....................................................................................2
Definisi bimbingan...............................................................................2
4.0 RUJUKAN...........................................................................................15
5.0 LAMPIRAN.........................................................................................16
1.0 PENGENALAN
1
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Semua manusia menghadapi masalah tanpa batasan usia, bangsa, agama dan
kedudukan. Yang membezakan masalah mereka ialah jenis masalah yang dihadapi. Justeru
itu jalan penyelesaikan juga berbeza. Lumrahnya orang dewasa yang telah matang akan
lebih mudah utnuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Kanak-kanak pula
menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah dan mereka perlu dibantu dengan
bimbingan yang wajar untuk menyelesaikannya.
Martabat guru telah diangkat oleh masyarakat sebagai sesuatu profesion yang mulia.
Peranan guru di sekolah adalah bukan terhad kepada mengajar sahaja malah lebih
daripada itu. Guru berperanan sebagai ibu bapa yang perlu membimbing, menasihat dan
memperkembangkan potensi murid.
Definisi bimbingan
Sebagai seorang guru, seseorang itu haruslah mempunyai ilmu dan kemahiran untuk
membuat bimbingan kepada murid. Peranan guru sebagai pembimbing guru menjadi
penghubung di antara murid dengan murid, murid dengan ibu bapa, dan juga masyarakat.
Bimbingan merupakan satu tugasan yang penting dalam pendidikan. Guru memainkan
peranan yang penting dalam membimbing semua murid di bawah jagaan mereka secara
efektif. Tujuan utama bimbingan dalam pendidikan adalah untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran.
Menurut Suradi Salim, 1996 bimbingan merupakan suatu proses untuk membantu
individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan
kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Secara ringkas, bimbingan
merupakan suatu proses yang melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan
mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.
2
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
kaunselor dan klien. Proses ini melibatkan seseorang akan membantu seseorang yang lain
melalui perbualan yang struktur dan bematlamat.
Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974) kaunseling ialah satu proses interaksi yang
menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan
menghasilkan pembentukan dan penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa
depan.
Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu proses
membantu seseorang klien menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari aspek tingkah
laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta pemilihan kerjaya yang bersesuaian
dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Dalam hal ini, pelaksanaan
kaunseling kelompok dilihat sebagai satu platform yang amat berkesan dalam membantu
ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya dan isu yang dibangkitkan
oleh mereka secara diskusi, perkongsian pendapat dan informasi dalam menemui solusi
yang paling sesuai dan tepat.
3
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Satu sesi kaunseling individu telah dijalankan dalam tempoh 30-40 minit. Murid hadir
untuk sesi kaunseling atas arahan guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris. Guru
melaporkan bahawa murid telah menunjukkan tingkah laku yang bermasalah di dalam kelas,
selain murid tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Selain itu, murid turut mempunyai
masalah dalam pembelajaran dan prestasi akademik yang memerlukan bimbingan dan
dorongan moral melalui sesi kaunseling. Melalui sesi kaunseling yang telah dijalankan, saya
mendapati bahawa terdapat beberapa faktor dan punca kepada permasalahan di atas.
Bimbingan kaunseling secara individu telah dibuat dengan tujuan untuk membantu murid
berkenaan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dan seterusnya membuat
pemilihan-pemilihan alternatif yang disarankan dengan harapan ianya dapat membantu
murid menyelesaikan masalah sendiri. Sesi kaunseling telah direkodkan dalam bentuk audio
dan didokumentasikan dalam bentuk cakera padat.
4
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Tingkah laku dipengaruhi oleh perkara yang menjadi rangsangan dan proses
penghantaran kognitif seperti proses berfikir, ataupun nilai atau sikap seseorang. Menurut
terapi tingkah laku, pandangan terhadap manusia adalah seseorang itu merupakan
penyebab dan hasil daripada persekitarannya sendiri. Terapi menggunakan teori tingkah
laku mempunyai matlamat bagi meningkatkan kemahiran seseorang itu untuk sedar bahawa
setiap individu mempunyai banyak pilihan dalam membuat respons. Dan matlamat utama
penggunaan teori ini adalah bertujuan untuk individu mengatasi kekurangan yang terdapat
dalam tingkah laku.
Melalui sesi kaunseling yang telah dijalankan, saya mengaplikasi teori tingkah laku
memulakan perbincangan mengenai kelakuan murid di dalam kelas. Langkah ini adalah
untuk mengumpul data mengenai perkembangan murid di dalam kelas mengenai tingkah
laku yang dapat dikaitkan dengan tingkah laku yang bermasalah. Murid atau klien ini tidak
tahu matlamat asal atau dalam erti kata lain, murid ini tidak menyedari atau mengetahui
bahawa tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah merupakan tingkah laku yang
negatif. Maklumbalas daripada persekitaran serta pemerhatian oleh guru lain yang
membuktikan tingkah laku murid tersebut di dalam kelas. Contoh soalan yang diajukan
adalah seperti,
5
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Apakah yang awak sering lakukan di dalam kelas sewaktu guru mengajar?
Apakah kesan daripada tingkah laku yang telah awak nyatakan tadi?
Melalui soalan-soalan yang diajukan kepada murid, pernyataan masalah tingkah laku
murid dapat dikesan dan seterusnya punca masalah tingkah laku dapat diambil. Murid dapat
mengesan tingkah laku yang bermasalah dan sedar mengenai kesan daripada tingkah laku
tersebut. Dengan menggunakan maklumat yang telah dikumpul dan dianalisis, kaunselor
dan murid masing-masing menetapkan matlamat kaunseling secara bersama-sama.
Dengan ini, murid akan dapat menentukan hasil rawatan yang dikehendaki. Sebagai contoh,
murid ini telah memberi strategi untuk mengubah tingkah laku beliau sendiri iaitu dengan
memilih untuk lebih fokus di dalam kelas, mendengar arahan daripada guru, dan selalu
bertanya guru jika tidak memahami perkara yang diajar.
Melalui teori tingkah laku ini juga, murid cakna bahawa perubahan tingkah laku yang
sepatutnya dilakukan untuk mendapat kesan yang positif. Apabila murid tahu untuk
membuat pilihan dan bersedia untuk mengambil tindakan atas pilihannya sendiri, murid
telah bersedia untuk menamatkan sesi kaunseling. Walaubagaimanapun, setelah sesi
kaunseling dijalankan, saya telah mendapati bahawa masalah pembelajaran serta masalah
tingkah laku negatif murid ini adalah disebabkan murid tidak mahu datang ke sekolah dan
menyebabkan murid ketinggalan dalam pelajaran. Untuk mendapatkan data yang lebih
mendalam mengenai punca murid tidak mahu ke sekolah, saya telah mengaplikasikan teori
yang lain kepada murid.
6
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Teori yang telah diaplikasikan sewaktu sesi kaunseling ialah teori REBT. Terapi
tingkah laku Rasional Emotif (Rational Emotive Behavior Therapy / REBT) merupakan satu
sistem dan amalan psikoteraputik serta satu bentuk fahaman yang dikemukakan oleh Albert
Ellis. Dalam penulisan Ellis, beliau telah menyatakan bahawa manusia jarang dipengaruhi
secara emosi dari luar individu tetapi oleh persepsi, sikap dan pandangannya sediri
terhadap peristiwa dan perkara yang berada di luar dirinya.
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin (2015) melalui buku Bimbingan dan
Kaunseling kanak-kanak, teori REBT mengemukakan pandangan bahawa manusia menjadi
tewas atau dirinya terganggu dengan dua cara iaitu dengan berpegang kepada kepercayaan
tidak rasional mengenai kendiri (gangguan ego) atau dengan berpegang kepada
kepercayaan tidak rasional mengenai emosi atau keselesaan fizikal (gangguan
ketidakselesaan).
Dengan berpandukan model ABC yang telah dibentuk oleh Albert Ellis, saya telah
mengaplikasikan teori tersebut sewaktu sesi kaunseling. Model ABC yang telah aplikasikan
telah dicatatkan secara ringkas seperti berikut:
A=
Activating
Events
(permulaan
peristiwa)
Contoh soalan :
Adakah anda selalu merasa rendah diri?
Apakah yang menyebabkan anda rasa rendah diri?
Apakah andaian anda terhadap peristiwa tersebut?
Apakah kesan terhadap berfikiran negatif mengenai perkara tadi
Bermula daripada langkah A, merujuk kepada kelakuan murid yang degil dan nakal
di dalam kelas serta mempunyai masalah pembelajaran. Murid ini percaya bahawa rakan-
rakan dan guru tidak menyukainya kerana dia tidak pandai seperti rakan-rakannya yang lain.
Punca peristiwa ini adalah daripada perasaan rendah diri yang timbul dalam diri murid.
Murid turut mengadu mengenai rakan-rakan yang suka mengejek dan membulinya kerana
tidak pandai membaca. Akibatnya, murid ingin mengelak untuk datang ke sekolah, atau
terpaksa datang ke sekolah lalu menunjukkan tingkah laku bermasalah di dalam kelas.
Melalui teknik REBT, murid telah dibantu untuk memahami peranannya ketika
membuat pertimbangan yang tidak logik dan andaian yang mengecewakan (daripada B),
7
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
lalu mencabar dan mempersoalkan kelakuannya sendiri, dan membantu dirinya sendiri
secara konstruktif (E).
D=
Disputing
(mempertik
Penilaian kendiri murid yang menghukum atau membuat generelisasi yang
keterlaluan menyebabkan murid sering berasa kecewa terhadap diri sendiri dan rendah diri
terhadap rakan-rakan dan guru. Daripada hasil kaunseling, murid telah difahamkan
mengenai tanggapan negatif yang dibuat oleh diri murid sendiri. Justeru itu murid mampu
mengubah persepsi dan tanggapan terhadap dirinya sendiri. Dengan menggunakan teknik
REBT, kaunselor membantu murid untuk mempertikai kepercayaan tidak rasionalnya,
kemudian murid akan cuba mengaplikasi teknik ini di dalam situasi-situasi lain dalam
kehidupan seharian.
8
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Dalam fasa yang pertama iaitu membina hubungan dengan klien, saya telah
memperkenalkan diri sebagai kaunselor dan memberitahu mengenai peranan yang
dipegang oleh kedua-dua belah pihak. Untuk meyakinkan lagi murid, guru boleh mula
menstruktur hubungan dengan menayakan keadaan murid dalam membina rapo.
Contohnya seperti
Dalam fasa yang pertama juga, saya telah berusaha untuk menimbulkan keselesaan
dalam diri murid supaya murid lebih mudah dan selesa untuk berkongsi cerita dan masalah
yang dihadapi.
Tugas kaunselor di sini adalah untuk memastikan murid dapat merasakan bahawa
guru nya itu merupakan seorang yang boleh dipercayai untuk dikongsikan permasalahan.
Kaunselor perlu menunjukkan riak muka yang tenang dan ceria. Selain itu, perlu dijelaskan
kepada murid bahawa segala apa yang dikongsikan oleh murid akan dirahsiakan, supaya
murid dapat membina kepercayaan dan lebih bersikap terbuka dengan kaunselor.
Sebagai contoh frasa yang saya gunakan ialah seperti Awak tidak perlu risau
kerana apa sahaja yang dibual dalam sesi kaunseling ini, adalah rahsia kepada kita berdua.
Tidak ada orang lain yang berhak mengetahui isi perbincangan kita pada hari ini.
Dalam fasa yang kedua, iaitu meneroka masalah klien secara mendalam kaunselor
perlu mengaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran dalam kaunseling. Terdapat pelbagai
kemahiran yang boleh diaplikasikan ketika melalui proses kaunseling. Antara kemahiran
yang telah diaplikasikan dalam sesi kaunseling saya adalah seperti berikut:
9
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
10
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Tadi awak ada nyatakan bahawa rakan-rakan menghina awak, boleh awak jelaskan
keadaan tersebut?
Soalan jenis terbuka adalah seperti bagaimanakah dan mengapakah. Soalah jenis
terbuka adalah bertujuan untuk menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang
panjang lebar daripada murid. Matlamat utama dalam soalan terbuka ialah ntuk
mendapatkan gambaran dan perkembangan mengenai perkara yang sedang dibincangkan.
Contoh soalan yang saya telah gunakan adalah seperti:
11
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Soalan jenis tertutup pula ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau
beberapa patah perkataan yang tertumpu. Soalan tertutup ditanya bagi mendapatkan
matlamat yang khusus iaitu seperti :
Soalan tertutup juga diguankan bagi tujuan menggalakkan sesi kaunseling daripada
terkeluar dari topik perbincangan, memenuhi jurang maklumat yang spesifik dan
mengurangkan percakapan klien yang banyak. Soalan yang menghasilkan jawapan ya
atau tidak juga merupakan salah satu contoh soalan tertutup.
Melalui sesi kaunseling yang telah dijalankan, saya telah mendapati bahawa
penggunaan terapi seni dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja murid yang
mempunyai masalah psikologi emosi melalui lukisan yang telah dilukis. Pada lukisan murid
(rujuk lampiran), terdapat gambaran situasi yang sedang berlaku di dalam kelas. Setelah
melalukan teknik soal jawab, beberapa maklumat penting telah dikenalpasti. Lukisan murid
tersebut menceritakan mengenai rakan kelas yang pernah menumbukknya, dan gambaran
seorang guru yang sedang marah dan merotan seorang murid.
12
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
mendenda murid lalu menganggap bahawa dirinya menerima deraan fizikal tanpa sebab. Ini
menyebabkan murid tidak mahu untuk datang ke sekolah atau menunjukkan kelakuan
memprotes.
Kaunselor berperanan untuk membina kepercayaan yang positif dalam diri murid
dengan latihan yang berterusan daripada murid sendiri. Murid haruslah berusaha untuk
menjaga tingkahlaku dan sentiasa berfikiran positif untuk mencapai kecemerlangan dan
berjaya dalam akademik. Dalam mengahadapi kehidupan seharian pula, murid haruslah
tahu dan dapat berfikiran waras mengenai sebab dan akibat dalam membuat sesuatu
kelakuan yang tertentu. Kesimpulannya, sesi kaunseling membantu murid untuk lebih sedar
tentang kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri sendiri dan murid dibimbing supaya
menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindak balas orang lain di persekitarannya.
13
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
Seorang kaunselor haruslah menjalankan tugasnya dengan jujur dan ikhlas serta
tidak mempunyai kepentingan peribadi apabila membantu klien. Etika penting semasa
mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam mengurus individu, keluarga, organisasi
dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan bersama. Seorang
kaunselor juga hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertangungjawab
terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan
kendiri yang dibuat oleh klien.
14
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
4.0 RUJUKAN
Ee Ah Meng (2000). Siri Diploma Perguruan Bimbingan dan Kaunseling III Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gazda, G. M., Duncan, J. A., & Meadows, M. E., (1967). Counseling and group
Procedures report of a survey. United Kingdom: Oxford University Press.
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti (2012).
Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling Selangor: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Posthuma, B. W., (1996). Small groups in counseling and therapy: process and lleadership.
Publication.
Cikgu Man (24 Jan 2012) Verbatim daripada sesi kaunseling individu, dilayari daripada
laman sesawang http://chegu-man.blogspot.my/2012/01/verbatim-daripada-sesi-
kaunseling.html pada 8 Mac 2016
Cempaka Yaakob (24 Julai 2014) Etika kaunseling, dilayari daripada laman sesawang
http://biskuti.blogspot.my/2014/07/etika-kaunseling.html pada 8 Mac 2016
Roslee Ahmad () kemhairan asas seorang kaunselor dilayari daripada laman sesawang
https://www.academia.edu/1842198/KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_KAUNSELOR
pada 8 Mac 2016
15
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK || EDU 3073
5.0 LAMPIRAN
MAKLUMAT MURID
NAMA PENUH :
TARIKH LAHIR :
ALAMAT :
NAMA AYAH :
PEKERJAAN :
NAMA IBU :
PEKERJAAN :
MASALAH YANG DIHADAPI : Mendapat laporan daripada guru subjek bahawa murid sukar
untuk beri tumpuan dalam kelas. Menunjukkan tingkah laku negatif di dalam kelas. Prestasi
akademik kurang memuaskan.
16