Anda di halaman 1dari 2

PENDEKATAN PERJUANGAN

Kerjasama dengan Pihak Inggeris

Selepas konflik yang terjadi di Arakan pada tahun 1942 dimana konflik tersebut
adalah suatu usaha untuk mengasingka Arakan dan Burma dari dunia luar oleh
Jepun. Hal ini telah meninggalkan kesan yang sangat besar bagi Arakan. 1 Salah
satu kesan akibat konflik tersebut adalah hubungan yang baik antara muslim
Arakan dan Inggeris. Sementara itu, hubungan dengan Jepun telah mendorong
kepada perang saudara antara masyarakat Buddha dan masyarakat Islam di
Arakan. Semasa pemerintahan Jepun, masyarakat Buddha merupakan majoriti di
wilayah tersebut. Kolompok majoriti ini bertindak mengusir muslim Arakan
menyebabkan Islam Arakan ini terpaksa melarikan diri ke wilayah utara. Wilayah
utara merupakan daerah kekuasaan Inggeris. Oleh itu tidak berlaku diskriminasi
terhadap muslim Rohingya, terutamanya di daerah Maungdaw. 2

Pada Disember 1942 hingga April 1943, Jepun berusaha melakukan penyerangan
terhadap Inggeris. Usaha ini membuahkan hasil apabila Inggeris kalah dan
wilayah kekuasaan Inggeris yang merupakan daerah muslim Rohingya berhasil
diambil alih oleh Jepun. Seperti sebelumnya, pemerintah Jepun kembali
melakukan diskriminasi terhadap muslim Rohingya. Ketika itu juga, latihan
ketenteraan oleh para tentera muslim Arakan yang bergabung dalam V Force ini
mula memainkan peranan penting dalam usaha merampas semula kota Arakan.
V Force merupakan gerakan gerila yang ditubuhkan oleh pihak Inggeris dimana
muslim Arakan telah dikerah dan dilatih menjadi anggota tentera bagi gerakan
tersebut untuk menyerang pasukan Jepun. Tentera muslim Arakan ini beroperasi
di kawasan-kawasan sempadan dengan tujuan mendapatkan maklumat. Selain
itu, mereka juga menghukum mata-mata dan pengkhianat yang bekerjasama
dengan Jepun.3

1 Clive J. Christie, A Modern of History Southeast Asia: Decolonization,


Nationalism and Separatism, London, 1996, hlm, 165.

2 Ibid.

3 Azizah, Pemberontakan Sporadis Muslim Rohingya Pascakemerdekaan Burma 1948-


1988, atas talian pemberontakan-sporadis-muslim-rohingya-pascakemerdekaan-burma-
1948-1988.pdf, diakses pada 11/12/2016.
Awal tahun 1944, tentera Inggeris melancarkan serangan baru di Arakan untuk
mengambil alih Arakan utara seterusnya ke bahagian selatan iaitu Akyab. Januari
1944, pasukan V Force berjaya mengambil alih Maungdaw. Awal Januari 1945,
Inggeris berjaya mengalahkan Jepun dan hampir seluruh Arakan berada di bawah
kekuasaan Inggeris. Selepas perang, masyarakat Rohingya secara tidak rasmi
telah mengusahakan banyak hal yang berhubung dengan status mereka. Lebih-
lebih lagi Inggeris telah berjanji untuk memberikan mereka sebuah wilayah
nasional Islam di Maungdaw sebagai balasan atas bantuan mereka semasa
perang dengan Jepun. Walaupun menunggu masa yang lama namun muslim
Arakan mendapatkan wilayah mereka di Arakan Utara. Selain itu, Inggeris juga
memberikan autonomi pemerintahan tempatan kepada mereka. 4

4 Opcit.

Anda mungkin juga menyukai