Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENDAHULUAN
(T) Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala
tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia,
unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-
Ghazali mengatakan, Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin,
tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah. Kata-kata tersebut
mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap
individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan
agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya
berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa
dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering
terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya
masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum
keadaan menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan
dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.
(K1): Salah satu kepentingan amalan ini ialah amalan ini dapat mewujudkan perpaduan
antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. (M) Masyarakat yang berbudi bahasa akan
saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut.
Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan
agama supaya sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara
atau perlakuan. Kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku atau kata buruk
padahnya. (B) Cetusan gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam merupakan langkah
yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat yang semakin goyah akibat fahaman
politik yang berbeza. Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang
perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati,
keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. (K) Apabila wujud sikap saling
menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira
walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada
itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat
dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan
Perpaduan Teras Kejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara
kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada menyatakan bahawabersatu teguh
bercerai roboh justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju
dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah. (P)Tegasnya,
konsep perpaduan dapat dicapai dengan mudah sekiranya amalan budi bahasa dipraktikkan
dalam kehidupan seharian kita.
(K2): Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun. (M) Menurut konteks sejarah, masyarakat yang
bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut
dapat membina tamadun dan empayar yang kuat dan hebat seperti tamadun Mesopotamia,
tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus walaupun pada masa itu teknologi
masih belum berkembang dengan sepenuhnya. (B) Untuk membina tamadun yang unggul,
kita tidak seharusnya bersikap biadap dan kasar seperti mengeluarkan kata-kata yang kesat
sehingga memilukan hati pihak lain bagai ditusuk sembilu. Perlakuan seumpama ini
menggambarkan masyarakat tersebut masih berada dalam Zaman Jahiliah di mana akhlak dan
nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. (K) Sekiranya masyarakat
kita lebih bertamadun, sudah pasti kita dapat mempertahankan kemerdekaan. Dalam konteks
ini, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk
mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing seperti kuasa Barat. Secara tidak
langsung, industri pelancongan juga turut meningkat. (P) Secara ringkasnya, masyarakat
yang bertamadun dapat dilahirkan melalui amalan budi bahasa.
(K3): Selain itu, masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif
seperti memberikan layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong
asing.(M) Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif tentang negara kita
dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan
kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini dialu-alukan dan dihargai oleh
masyarakat tempatan. (B)Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan
Imigresen, pemandu pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan
peranan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan
nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan
teladan kerana masyarakatnya sememang kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan
irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke
gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga
merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. (K)Sekiranya amalan ini diikuti,
sudah pasti keramahan dan kesantunan rakyat Malaysia akan sentiasa meniti dari bibir ke
bibir para pelancong dan sentiasa memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama
mereka. Senario ini secara tidak langsung akan menjana ekonomi negara melalui industri
pelancongan negara yang kian mendapat sambutan hangat. (P) Jadi, budaya yang murni ini
amat penting ketika berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian di
negara kita.
(K4): Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan. (M) Pemimpin
yang baik akan dapat mentadbir negara dengan lancar kerana mendapat sokongan yang padu
daripada rakyat. Pemimpin yang berbudi bahasa sentiasa menitikberatkan kepentingan orang
lain daripada kepentingan peribadi. Mereka akan bertindak dengan bijaksana untuk menjaga
perasaan pelbagai pihak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung
tidak berselerak. (B)Sehubungan dengan itu, golongan remaja merupakan aset yang sangat
bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk
kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa seperti menghormati orang tua, bertutur dengan
sopan, bertolak ansur dan amalan tolong-menolong perlulah dijadikan panduan dalam
kehidupan mereka supaya mereka dapat menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dan
berkarisma dapat dilahirkan. (K) Pemimpin yang berbudi bahasa dapat meningkatkan imej
negara kerana pemimpin pemimpin dari negara lain akan kagum dan menghormati negara
kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara dapat
dijalinkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara lain. (P) Pendek kata, negara kita akan terkenal di persada dunia
kerana memiliki seorang pemimpin yang berwibawa melalui amalan budi bahasa yang
dipamerkan.
(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan di atas, kita haruslah mengambil langkah-
langkah yang pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap
sanubari rakyat kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana perjalanan yang
beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang
dominan adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa
meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan
wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar,
dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek
jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang
berhemah tinggi dan berbudi bahasa. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran
kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang
sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni
yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu
melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan
bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin
maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan
budaya dan adat resam bangsa mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal
usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat
yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka
pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang
tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan budi bahasa, maka tidak
boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.
(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti
kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti
kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk amalan budi bahasa
seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar.
Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan
pelbagai program bagi memupuk amalan budi bahasa ini kerana pelajar ibarat pohon yang
baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang
secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan
beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat
berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan
khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan.
Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di
sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan
bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah,
tak kenal , maka tak cinta. (K) Justeru melalui program-program yang dijalankan, para
pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih
bersikap membina daripada meruntuhkan atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan
lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai.
Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar
tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-
kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan
masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika
menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati
golongan yang tua kerana tahap budi bahasa dalam kalangan masyarakat telah
meningkat. (P) Pendek kata, amalan budi bahasa sememangnya dapat dipupuk melalui
aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.
(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang
berbudi bahasa tinggi. (M) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, begitulah peribahasa
yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan
kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru
pertama dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan
bahawa ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk
melahirkan insan yang kaya budi bahasa. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari
kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak
memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati,
beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai
contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih
tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta
harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang
mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan
bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh
anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di
samping dapat mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih
beradab dan berbudi bahasa yang akan mencerminkan maruah keluarga tersebut. Anak-anak
seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng arang ke muka keluarga
sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada
anak-anak dapat memupuk amalan budi bahasa dalam diri anak-anak.
(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa adalah
melalui kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen
yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan
dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan
dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11
Februari 2005 Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi
Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan
kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais
Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar
fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap budi bahasa kita. Suatu ketika
dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar raya
di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat
membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan
secara berterusan serta giat dan bukannya sekadarmelepaskan batuk di tangga. (K) Dengan
ini, diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai
semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta
meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara
implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang
mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi
kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P)Izharlah bahawa peranan kempen juga
pentinguntukmembudayakanamalanmurniinidalamkehidupansehariankita.
PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat
mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi
yang lain di dunia. Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa,
yang elok itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi
bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang
mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan
amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian
terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-
masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak
seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam
setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen Budi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, Malaysia
yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai
budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang
tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari
memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah
negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.
langkah-langkah meningkatkan budi bahasa
Marcapada ini,amalan budi bahasa dalam masyarakat negara kita semakin
luntur. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin
terhadap kepentingan amalan berbudi bahasa dalam diri anak-anak
mereka.Jika amalan budi bahasa ini tidak dipupuk maka negara kita akan
dahagakan masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh itu,amalan berbudi
bahasa ini haruslah dipupuk sejak di bangku sekolah lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya.Peranan daripada pelbagai pihak amat penting
dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di Malaysia yang
berbilang kaum.Dalam konteks ini ,peranan vital yang dimainkan oleh institusi
keluarga untuk menyuntik amalan berbudi bahasa
yang luhur dalam sanubari dan jiwa raga generasi muda yang bakal menerajui
pelapis kepimpinan negara memang tidak dapat dinafikan.Bagaimanakah cara-
cara untuk memupuk amalan budi bahasa ini daripada terus hilang
dimamah zaman?
Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita,ibu
bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak sejak
kecil.Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa
dalam diri sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang
baik kepada anak-anak mereka.Contohnya,apabila ibu bapa menghormati orang tua di
hadapan anak mereka,anak mereka akan secara semula jadinya mengikuti perbuatan
ibu bapa mereka kerana bapa borek anak rintik.Ibu bapa harus menasihati anak
mereka supaya menghormati ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan
nenek.Mereka juga perlu mengajar anak supaya menggunakan panggilan yang betul
semasa berada di rumah.Ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk
mengikuti program seperti kempen dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak tertentu
yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya
mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka
negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara pada
masa akan datang bak kata pepatahapi kecil baik dipadam.Oleh itu,peranan ibu bapa
dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu
bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana
belakang parang jika diasah tajam juga.