Anda di halaman 1dari 11

Arahan : Jawab semua soalan

1. Apakah yang di kaji dalam ilmu ekonomi?

A Masalah membuat pilihan faktor yang kekurangan bagi mencapai kepuasan optimum.
B Masalah membuat pilihan atas penggunaan barang bagi mencapai kepuasan
optimum.
C Masalah membuat pilihan atas penggunaan perkhidmatan bagi mencapai kepuasan
optimum.
D Masalah menghasilkan keluaran secara optimum.
2. Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan
pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa ?

A Berlakunya bencana alam


B Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa
C Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin
D Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan
sumber ekonomi

3. Syarikat Intan Rozita bercadang untuk mengeluarkan rempah udang istimewa


yang menggunakan teknologi tinggi. Dia bercadang mengeluarkan 100 000 kampit
rempah sehari. Apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan?

A Apakah barang yang hendak dikeluarkan


B Berapakah banyak barang yang dikeluarkan
C Bagaimanakah barang dikeluarkan
D Untuk siapakah barang dikeluarkan

4. Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan apabila melaksanakan sesuatu projek ?

A Meminimumkan kos pengeluaran


B Memaksimumkan kepuasan pengguna
C Memaksimumkan kebajikan masyarakat
D Mengikut keutamaan dan dilaksanakan apabila diperlukan

En Arif dikenali sebagai seorang jutawan di daerahnya. Namun


demikian, beliau juga berhadapan dengan masalah kekurangan.

5. Berdasarkan ilmu ekonomi, apakah yang dapat anda rumuskan daripada pernyataan
di atas?

A. Masalah kekurangan berlaku kerana tidak bijak berbelanja.


B. Masalah kekurangan berlaku akibat manusia terlalu memilih.
C. Masalah kekurangan berlaku akibat kemahuan yang pelbagai diikuti dengan
sumber ekonomi yang terhad.
D. Masalah kekurangan wujud disebabkan manusia mementingkan tingkat
kesejahteraan yang tinggi.

1
6. Encik Ahmad membuat kajian tentang pendapatan isi rumah di sebuah kampung.
Hasil kajian tersebut adalah seperti di bawah.

Peratus Pekerjaan
35% Kakitangan kerajaan
25% Mengusaha tanah sendiri
15% Bekerja di kilang elektronik
10% Berniaga
10% Pesara
5% Jurujual
Jadual 1

Berdasarkan kajian Encik Ahmad, berapa peratuskah penduduk kampung itu bekerja
dengan orang lain?

A. 15%
B. 55%
C. 65%
D. 5%

7. Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas .

Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat


memilih output yang paling menguntungkan

Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas ?

A Seorang suri rumah


B Tuan punya sebuah kilang
C Kementerian Pertanian Malaysia
D Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara

8. Berikut ialah matlamat sesuatu sistem ekonomi kecuali

A memenuhi keperluan masyarakat.


B memaksimumkan kepuasan pengguna.
C mewujudkan keluaran yang berlebihan.
D mengurangkan pengangguran faktor pengeluaran.

9. Antara berikut, yang manakah merupakan pendapatan individu daripada aktiviti


ekonomi?

A Faedah
B Subsidi
C Cukai Import
D Bayaran Pindahan

2
10. Jadual 2 menunjukkan dua barang , X dan Y , keluaran suatu firma .

Kaedah Barang X (unit) Barang Y (unit)


Pengeluaran
M 100 25
N 80 40
P 50 60
Q 30 75
Jadual 2

Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan . Jika


pengurusan firma itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran
daripada kaedah P kepada kaedah Q , berapa unitkah barang X terpaksa dilepaskan
untuk mengeluarkan 75 unit barang Y ?

A 15 B 20
C 30 D 45

11. Mawi membelanjakan RM150 untuk mengadakan satu majlis hari jadi kawannya.
Kos lepas untuk majlis itu kepada Mawi ialah

A Bil tambahan yang perlu dibayar selepas majlis itu


B Barang yang boleh dibeli perbelanjaan dalam majlis itu
C Perbelanjaan untuk makanan, minuman dan perhiasan dalam majlis itu
D Pendapatan daripada kerja lebih masa kawan Mawi yang diraikan itu

12. Antara berikut yang manakah menerangkan ciri-ciri barang ekonomi ?

A Kos lepas sifar B Penawarannya terhad


C Disediakan oleh kerajaan D Digunakan oleh semua orang

13. Udara sangat diperlukan dalam kehidupan tetapi mempunyai kos lepas kerana
udara merupakan

A barang awam B barang normal


C barang keperluan D barang percuma

14. Apakah tujuan sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia?

A Menghapuskan pembaziran sumber


B Meningkatkan teknologi perindustrian
C Menjaga kepentingan syarikat perniagaan
D Mengimbangi motif keuntungan dan kebajikan

3
15. Berikut adalah perbualan antara rakyat dua negara X dan Y .
Rakyat Negara X Di negara saya , pengguna adalah raja .
Saya bebas memilih barang yang
Rakyat Negara Y Oh ! Bagusnya . Pengguna di negara
dikehendaki
saya tiada hak untuk memilih .
Berdasarkan perbualan itu , apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara X
dan Negara Y ?

Negara X Negara Y
A Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam
B Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi kapitalis
C Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi perancangan pusat
D Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi campuran

16. Berikut ialah matlamat sesuatu sistem ekonomi kecuali

A memenuhi keperluan mayarakat


B memaksimumkan kepuasan pengguna
C mewujudkan keluaran yang berlebihan
D mengurangkan pegangguran faktor pengeluaran

17. Antara berikut yang manakah dapat menyelesaikan masalah asas ekonomi dalam
sistem ekonomi campuran?

I. Mekanisme harga.
III. Keputusan kerajaan.
IV. Keputusan pengeluar.
V. Corak perbelanjaan penggunaan.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

18. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan kehendak manusia ?

A Mendapat bekalan semua barang secara percuma


B Mendapat bekalan semua barang pada kos yang minimum
C Memenuhi keperluan asas untuk hidup
D Memperolehi lebih keselesaan dan pilihan dalam hidup

4
Dalam sistem ekonomi bebas, pengguna adalah raja.
raja.

19. Apakah maksud pernyataan tersebut.

A Harga sesuatu barang ditetapkan oleh pengguna.


B Pengguna mampu memuaskan semua kehendak mereka.
C Pengguna berhak mendapatkan barang pada harga yang murah.
D Keputusan pengguna akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan.

Encik Adnan ialah seorang usahawan. Dalam proses pengeluaran barangnya,


beliau ingin memaksimumkan outputnya pada tahap kos yang minimum.
minimum.

20. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah masalah yang akan dihadapi oleh Encik
Adnan ?

A Jenis barang yang hendak dikeluarkan


B Kuantiti barang yang akan dikeluarkan
C Cara barang itu dikeluarkan
D Untuk siapa barang itu dikeluarkan

21. Jika P = Pendapatan individu


Q = Potongan wajib
R = Pendapatan boleh guna

P= Q + R

Antara berikut yang manakah benar menerangkan pasangan Q dan R ?

Q R
A Membayar cukai pendapatan Membeli makanan dan membayar sewa rumah
B Potongan koperasi Membayar premium insurans
C Caruman tabung haji Membayar bil elektrik dan telefon
D Membeli peralatan sekolah Membayar zakat

22. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme harga untuk menentukan jenis
barang yang dikeluarkan ?
I Sistem Ekonomi Kapitalis II Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
III Sistem Ekonomi Campuran IV Sistem Ekonomi Islam

A I , II dan III B I , II dan IV


C I , III dan IV D II , III dan IV

5
Pengeluar bertanggungjawab mengeluarkan barang tetapi mereka tidak perlu
bersaing dengan firma lain. Pengguna pula bebas memilih dan menggunakan
barang yang sedia ada

23. Pernyataan di atas berhubung dengan suatu sistem ekonomi.


Antara berikut, pihak manakah yang membuat keputusan dalam sistem ekonomi
tersebut?

A. Pemerintah B. Pengguna
C. Pengguna D. Pemilik faktor

Sumber ekonomi mempunyai pelbagai kegunaan untuk mengeluarkan pelbagai


jenis barangan Apabila seuatu barangan tertentu banyak dikeluarkan ,
barangan lain terpaksa dikurangkan

24. Antara berikut masalah asas ekonomi yang manakah berhubung dengan
pernyataan di atas ?

A Jenis barangan yang hendak dikeluarkan


B Kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan
C Cara barangan hendak dikeluarkan
D Untuk siapa barangan tersebut dikeluarkan

25. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan Syarikat Z .

Syarikat Z mengeluarkan minyak masak dengan menggunakan


kaedah intensif modal bagi kegunaan industri makanan ringan .

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Z ?


I Apakah yang hendak dikeluarkan
II Berapakah yang hendak dikeluarkan
III Untuk siapa hendak dikeluarkan
IV Bagaimanakah hendak dikeluarkan

A I , II dan III B I , II dan IV


C I , III dan IV D II , III dan IV

6
26. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan suatu sistem ekonomi .

* Wujud persaingan harga dan bukan harga antara firma


* Masalah ekonomi diselesaikan melalui makanisme harga

Pihak yang manakah berkuasa membuat keputusan dalam sistem ekonomi itu ?
I Pemerintah II Pengguna
III Pengeluar IV Pemilik faktor

A I , II dan III B I , II dan IV


C I , III dan IV D II , III dan IV

27. En. Zahari menanam 300 batang pokok rambutan di atas tanah seluas 10 hektar
dengan menggunakan teknik pertanian moden .

Dalam situasi di atas beliau dapat menyelesaikan masalah


I Apakah yang hendak dikeluarkan
II Berapakah yang hendak dikeluarkan
III Bagaimana hendak dikeluarkan
IV Untuk siapa hendak dikeluarkan

A I , II dan III B I , II dan IV


C I , III dan IV D II , III dan IV

28. Sebelum boleh dibelanjakan, pendapatan individu tertakluk kepada pelbagai


potongan. Potongan itu ialah

A cukai pendapatan, zakat dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja


B cukai pendapatan, subsidi dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja
C cukai pendapatan, sewa, zakat dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja
D cukai pendapatan, sewa, zakat, simpanan dan Kumpulan wang Simpanan
Pekerja

29. Dalam proses reka bentuk sesuatu barang, pengeluar membuat anggaran kos
pengeluaran yang minimum.

Antara masalah asas ekonomi berikut, yang manakah berkaitan dengan proses
Menganggarkan kos pengeluaran minimum ?
I Apakah barang yang hendak dikeluarkan
II Berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan
III Bagaimana barang hendak dikeluarkan
IV Untuk siapa barang dikeluarkan

A I dan II B II dan III


C I dan IV D III dan IV

7
Masalah pengagihan barang ditentukan oleh mekanisme harga.
Sebarang ketidakadilan akan diselesaikan oleh kerajaan.
Ketidakseimbangan agihan pendapatan diselesaikan melalui cukai

30. Apakah sistem ekonomi yang dijelaskan di dalam pernyataan di atas?


A Sistem Ekonomi Perancangan Pusat B Sistem Ekonomi Campuran
C Sistem Ekonomi Kapitalis D Sistem Ekonomi Islam

31. Encik Rais Fauzan ialah seorang pegawai bank swasta. Gaji bulanannya ialah
RM2 000. Beliau mempunyai 3 orang anak yang bersekolah dan isterinya tidak
bekerja. Setiap bulan beliau mencarum sebanyak RM220 di dalam KWSP dan
membayar RM120 untuk premium insurans nyawa.

Jadual Pelepasan Cukai:


Diri sendiri RM8 000
Isteri RM5 000
Anak RM1 000 seorang

Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan pendapatan boleh cukai Encik Rais Fauzan.
A RM 3 920
B RM 5 360
C RM 8 000
D RM 13 600

32. Antara berikut, pasangan manakah yang benar mengenai pekerjaan mengikut
sektor ekonomi

A Juruteknik komputer - Sektor utama


B Penyelia operasi pengeluaran - Sektor kedua
C Pengurus ladang - Sektor kedua
D Tukang masak hotel - Sektor utama

33. Usahawan menerima ganjaran yang tinggi berbanding dengan sumber ekonomi
yang lain kerana

A Usahawan adalah sumber pengeluaran utama


B Usahawan terpaksa menanggung risiko pelaburan
C Usahawan menggabungkan sumber-sumber ekonomi yang lain
D Usahawan menggunakan sumber-sumber ekonomi dengan cekap

8
34. Jadual 1 menunjukkan butir-butir pendapatan dan bayaran yang telah dibuat oleh
Encik Chong dalam setahun.
Butiran RM
Pendapatan tahunan 48 000
Cukai pendapatan 1 300
Ansuran rumah 9 600
Caruman KWSP 5 280
Caruman PERKESO 160
Derma dan sumbangan 2 000
Jadual 3

Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Chong.


A RM31 660
B RM39 260
C RM41 260
D RM41 420

35. Antara berikut, yang manakah menerangkan keperluan manusia ?

A Merupakan barangan asas untuk meneruskan kehidupan


B Ia adalah barang awam yang disediakan oleh kerajaan
C Merupakan barangan yang disediakan oleh kerajaan
D Harga barang keperluan biasanya lebih murah

36. Derma, hadiah dan pencen adalah

A Pendapatan yang diterima faktor modal


B Pendapatan yang diterima faktor usahawan
C Pendapatan yang diterima oleh pemilik faktor-faktor pengeluaran
D Pendapatan yang diterima tanpa menggunakan faktor-faktor
pengeluaran

9
37. Antara berikut, yang manakah benar tentang pelaburan

I Pulangan yang rendah


II Risiko ketidakpastian adalah tinggi
III Pulangan adalah dalam bentuk keuntungan
IV Melibatkan tempoh masa yang singkat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

38.

39.

10
40.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

.
. .
(MOHD SAHARANI OMAR) (PN. ROHAYU NGAH )
Guru Eko.Asas Ketua Panitia
Ting. 4, SMK Chenderiang Perdagangan & Ekonomi Asas

11

Anda mungkin juga menyukai