Anda di halaman 1dari 1

Azam Tahun Baru

Setiap manusia mempunyai azam tersendiri setiap tahun. Di dalam zaman yang
serba canggih ini,saban kali kita akan mendengar persoalan tentang azam kita setiap tahun.
Apakah maksud azam? Azam adalah kesungguhan melaksanakan satu-satu perancangan
yang bergantung kepada kebolehan individu. Kini kita berada pada tahun
2017.Tentunya,orang akan bertanya apakah azam kita pada tahun 2017

.
Azam saya pada tahun 2017 yang paling utama ialah membanyakkan ibadah kepada Allah
S.W.T.Di samping tidak meninggalkan ibadah yang wajib dilakukan,ibadah sunat tidak pula
di lupakan.Antaranya adalah seperti solat sunat,membaca Al-Quran dan berzikir.Dengan
berbuat demikian,saya dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bahkan mendapat
pahala yang banyak.

Selain itu,azam saya pada tahun 2017 ialah mengubah perangai atau akhlak yang buruk
kepada yang lebih baik.Hal ini demikian kerana,saya takut akan ada yang membenci saya
kerana perangai saya yang buruk.Misalnya dahulu saya sering mengganggu rakan saya,kini
saya tidak akan mengganggunya malah akan membantunya.Dengan itu saya akn disayangi
juga dihormati tidak kira sesiapa pun.

Sementara itu,saya juga ingin meningkatkan kecemerlangan dalam kurikulum.Jika saya


inginkan kecemerlangan,saya harus melakukan kerja dengan sebaiknya bukannya bagai
melepaskan batuk di tangga.Saya juga berazam untuk membaiki ranking atau kedudukan
dalam peperiksaan.Jika tahun lepas saya mendapat kedudukan yang kelima,tahun ini saya
akan berusaha mendapatkan kedudukan tiga teratas.

Dalam pada itu,di sebalik kecemerlangan kurikulum,tidak dilupa juga kecemerlangan dalam
aspek kokurikulum.Hal ini kerana,tidak bergunalah jika sesorang cemerlang dalam aspek
kurikulum tetapi tidak cemerlang dalam kokurikulum.Jika tahun lepas dalam aktiviti
kokurikulum saya telah menyertai pertandingan kawad kaki daerah dan perkhemahan
Nadwah Islamiah peringkat negeri,tahun ini saya berazam mendapatkan lebih daripada
itu.Oleh itu saya akan mendapat cemerlang dalam aspek kokurikulum.

Konklusinya,setiap manusia akan berusaha untuk memenuhi azam sendiri.Saya juga akan
berusaha memenuhi azam saya ini.Dengan berbuat demikian,tahun 2017 akan menjadi
lebih baik dari tahun sebelumnya

Anda mungkin juga menyukai